Posted by: peribadirasulullah | Julai 22, 2018

MENZALIMI DIRINYA SENDIRI

Image may contain: text

💗 BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
💗 ASSALAMUALAIKUM
Semua sahabat fillah yang dikasihi Allah.
Semoga sentiasa dalam rahmat Allah.

MENZALIMI DIRINYA SENDIRI

💗 SEGALA puji hanya bagi Allah, Tuhan semesta alam. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda.

💗 DIANTARA manusia, ada yang menjadi kunci kebaikan dan ada pula yang menjadi punca kejahatan. Di antaranya juga ada yang menjadi punca kebaikan dan kunci kejelekan. Termasuk dalam jenis kedua ini adalah Ahmad bin Farj bin Jarir bin Malik, yang lebih dikenali dengan Ahmad bin Abi Daud atau Ibnu Abi Daud. Ia mendapatkan kedudukan tinggi di dunia, di sisi Al-Ma’mun, Al-Mu’tashim dan Al-Watsiq, yang merupakan para Khalifah Abbasiyah.

💗 IBNU Abi Daud merupakan salah satu ikon Mu’tazilah, yang merosakkan akhlak, muamalah dan akidah manusia. Mereka menyerukan pendapat ‘manzilah baina manzilataini’ iaitu suatu kedudukan di antara dua kedudukan, yakni tidak beriman dan tidak pula kafir. Lalu bagaimana pula statusnya jika tidak beriman dan tidak pula kafir? Itulah kesesatan besar dan nyata yang sentiasa mereka serukan.

💗 LELAKI ini sangat antusias untuk mempengaruhi ketiga Khalifah tersebut. Ia menyebutkan bahawa al-Quran adalah makhluk dan mereka pun menyepakati hal ini, bahkan akan memaksa tunduk sesiapapun yang menyelisihi pendapat itu.

💗 IBNU Abi Daud melihat bahawa musuh besarnya adalah Imam Ahmad bin Hanbal r.a. Justeru ia memfitnahkan Imam Ahmad sebagai “sesat dan menyesatkan” dan menghasut para Khalifah agar membunuhnya. Seandainya hal ini mudah bagi mereka, pasti mereka akan melakukannya. Hanya saja mereka khuatir akan muncul pula fitnah yang lebih besar, perpecahan umat dan tercerai-berainya manusia.

💗 JADI setiap seksaan yang dialami Imam Ahmad adalah disebabkan oleh perancangan orang hina ini, yang ia akan kita adukan di hadapan Allah SWT dan meminta keadilan dari Zat yang tidak menzalimi seseorang walaupun sebesar atom. Allah SWT memberi tangguh waktu bagi setiap orang zalim, hingga jika Dia mengazabkannya, maka manusia itu tidak akan dapat melepaskan diri.

💗 IBNU Abi Daud kemudiannya mengalami kelumpuhan, yang akhirnya tubuh beliau seolah-olah terbahagi menjadi dua bahagian. Satu bahagian yang jika di gergaji pun ia tidak akan merasakannya sebab telah mati dan lumpuh. Dan satu bahagian lagi jika ada walaupun seekor lalat yang hinggap padanya, maka tentu akan terasa amat menyakitkannya. Berlarutanlah Ibnu Abi Daud berada dalam azab tersebut.

💗 DI SAMPING itu, Allah SWT telah memberikan kuasa kepada Khalifah Al-Mutawakil untuk menundukkan Ibnu Abi Daud dan membebaskan Imam Ahmad, lalu memuliakan, menghormati, mengangkat dan meninggikan kedudukan beliau. Demikian Allah SWT memberikan balasan kepadanya dengan sebaik-baik balasan sebagai ganti kebaikannya terhadap Islam dan kaum Muslimin.

💗 TERSISALAH diri Ibnu Abi Daud mempertanggung-jawab akan perbuatannya dalam keadaan tergolek di atas ranjang penderitaan, kesedihan, kesempitan, serta kegembiraan musuh-musuhnya di atas musibah yang menimpanya itu. Segala puji bagi Allah SWT yang telah memperlihatkan kepada kita kekuasaan dan keagungan-Nya terhadap musuh-musuh Islam, dakwah dan para da’i. Allah SWT berfirman:

“Dan tidaklah Kami menzalimi mereka, akan tetapi merekalah yang menzalimi diri mereka sendiri.”

(Surah an-Nahl: 118)

💗 WALLAHU A’LAM

💗 LA HAULAWALA QUWWATA ILLA
BILLAHIL ‘ALIYIL ‘ADZIM

💗 ALLAHOMMA SOLLI’ALA
MUHAMMAD, WA’ALA AALIHI
WASOHBIHI AJMA’IN

💗 SEMOGA bermanfaat dan berkat.
BI IDZNILLAHI TA’ALA
AAMIIN.

 

Sila kunjungi kami dan bantulah kami:

https://muslimcambodiablog.wordpress.com/2017/12/29/asian-fondatiaon-for-education-and-development/

https://peribadirasulullah.wordpress.com/2018/02/03/melayu-champa-cambodia/

https://wordpress.com/post/peribadirasulullah.wordpress.com/46725

https://peribadirasulullah.wordpress.com/2018/03/03/ihya-assunnah-solution-menunaikan-amanah-warga-malaysia-di-sihanoukville-selatan-kemboja/

Pengenalan Ihya Assunnah Solution

https://www.youtube.com/watch?v=13Gi0MilEa0

Misi Menyampaikan Bantuan Ke Selatan Kemboja 2017

https://www.youtube.com/watch?v=64UO1RimxQI

Salleh Faiz

https://web.facebook.com/salleh.faiz.5

IHYA Assunnah

https://web.facebook.com/IHYA-Assunnah-1184250164973202/

Hj Abdul Rahman Ismail

https://web.facebook.com/hjabdulrahman.ismail108?_rdc=1&_rdr


Respon

  1. Sila kunjungi kami dan bantulah kami:

    Asian Fondatiaon For Education And Development

    Melayu Champa Cambodia


    https://wordpress.com/post/peribadirasulullah.wordpress.com/46725

    Ihya Assunnah Solution Menunaikan Amanah Warga Malaysia Di Sihanoukville-Selatan Kemboja


    Pengenalan Ihya Assunnah Solution

    Misi Menyampaikan Bantuan Ke Selatan Kemboja 2017

    Salleh Faiz
    https://web.facebook.com/salleh.faiz.5

    IHYA Assunnah
    https://web.facebook.com/IHYA-Assunnah-1184250164973202/
    Hj Abdul Rahman Ismail
    https://web.facebook.com/hjabdulrahman.ismail108?_rdc=1&_rdr


Tinggalkan komen

Kategori