Sumber Harta
Harta berasal dari dua sumber:
- Dari pencarian sendiri
- Diterima dengan tiba-tiba, dari pemberian orang, atau beroleh warisan dan mendapat dengan tidak disangka-sangka.
Harta pencarian yang diusahakan, didapat dari dua sumber pula, halal atau haram. Kalau nayata bahawa barang itu halal, ambillah. Tetapi kalau haram sekali-kali jangan didekati, sebelum terbiasa. Sebab, kalau telah terbiasa memakan harta yang haram, amatlah sukar mengubahnya, yang menyebabkan budi pekerti rosak binasa. Kalau amat sukar memperoleh sebenar-benar yang halal, seperti pada masa sekarang, melainkan dengan susah payah, ambillah yang paling ringan haramnya, dan yang paling banyak halalnya. Sebab yang haram boleh jadi rukhsah (dibolehkan), kalau memang nyata tidak ada lagi jalan. Tetapi ikhtiar tidak boleh diputuskan.
Pedomannya ialah hati sanubari yang bersih. Untuk kebersihan hati jangan putus hubungan dengan Tuhan.
Setelah dijaga hati-hati sumber harta benda yang akan masuk ke dalam perbendaharaan, hendaklah jaga pula ke mana harta itu dikeluarkan. Menafkahkan harta tidak semuanya…
View original post 1,119 more words
Tinggalkan Jawapan