Posted by: peribadirasulullah | Julai 22, 2018

KISAH PEMUDA ABID

Image may contain: text

 BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
 ASSALAMUALAIKUM semua
 SALAM Jumaat Mubarak

😀 KISAH PEMUDA ABID

 SEGALA puji hanya bagi Allah, Tuhan semesta alam. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW, keluarga serta para sahabat baginda.

 DIRIWAYATKAN, pada zaman Khalifah Umar bin al-Khattab r.a. ada seorang pemuda soleh yang sangat taat beribadah dan rajin pergi ke masjid. Khalifah Umar sangat bangga terhadap pemuda itu.

 PEMUDA itu mempunyai seorang ayah yang sangat tua. Setiap kali semasa pulang dari mengerjakan solat malam di masjid, dia akan terus kembali ke rumah untuk menemui ayahnya. Jalan yang dilaluinya melintasi pintu rumah seorang wanita. Wanita itu pula sering sahaja menggodanya, bahkan sampai suka menghadangnya di tengah jalanan, tetapi pemuda itu tetap sahaja mengelak.

 SUATU malam, ketika dia melintasi rumah wanita tersebut, wanita itu menggodanya seperti biasa sehingga dia terpengaruh dan tergoda untuk mengikutinya masuk. Apabila sampai ke dalam rumah, dia segera teringat kepada Allah SWT, lalu cepat-cepat dia lari menjauhinya. Kemudian dia membaca akan firman Allah SWT ini:

“Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa, apabila mereka disentuh oleh imbasan hasutan daripada syaitan, mereka terus ingat (kepada Allah) maka dengan itu mereka kembali sedar (jalan yang benar).”

(Surah al-A’raf 7: 201)

 KEMUDIAN pemuda itu jatuh pengsan dan wanita itu terus memanggil pembantunya untuk membantu mengurusnya membawa ke pintu rumah. Sementara itu ayah pemuda itu telah keluar mencarinya kerana tidak biasa bagi anaknya pulang lewat. Akhirnya dia dapati anaknya tidak sedarkan diri di pintu rumah seorang wanita.

 SANG ayah lantas memanggil keluarganya untuk membawa pulang anaknya itu, namun apabila sampai ke rumah, anaknya tidak juga sedarkan diri, bahkan sepanjang malam itu anaknya itu pengsan dan tidak sedarkan diri.

 AKHIRNYA, walaupun dalam keadaan anaknya pengsan, si ayah mengeluh seolah-olah bertanya kepada si anak:

“Wahai anakku, apakah yang telah terjadi kepadamu sehingga pengsan ini?”

LALU tidak semena-mena dijawab oleh anaknya: “Aku baik-baik sahaja pak!”

NAMUN kata bapanya: “Aku bermaksud apakah yang telah menimpamu sehingga jadi begini?”

PEMUDA itu lalu menceritakan apa yang telah dialami olehnya dari awal hingga akhir.

“ANAKKU ayat apakah yang kamu baca itu?”

PEMUDA itu membaca kembali ayat yang telah dibacakan itu. Setelah itu dia berdiam dan pengsan lagi. Orang ramai berusaha pelbagai cara untuk memulihkannya, namun tidak berhasil. Ternyata dia sudah meninggal dunia.

 SETELAH itu orang ramai menguruskan mayatnya. Apabila semuanya telah sempurna, mereka pun terus menghantarnya ke kubur pada malam itu juga. Pada pagi harinya, hal itu telah dimaklumkan kepada Khalifah Umar al-Khattab. Kemudian Umar segera berangkat mendatangi ayahnya seraya berkata:

“Bukankah engkau telah memberitahu padaku akan kematian anakmu itu?”

Bapanya menjawab: “Kami menguburkanya pada malam hari tadi wahai Amirul Mukminin!”

 Umar al-Khattab telah mengajak ayah pemuda itu bersama beberapa orang sahabat berangkat ke kubur.

 BELIAU kemudiannya berkata: “Dan orang yang takut akan keadaan dirinya di mahkamah Tuhannya nanti (ketika dihitung amalannya) disediakan baginya dua syurga.”

(Surah ar-Rahman 55:46)

 SAAT Sayidina Umar al-Khattab membaca ayat di atas, dua syurga itu adalah merujuk kepada syurga di dalam kubur dan syurga selepas dihisab oleh Allah SWT ketika di Padang Mahsyar kelak.

 DEMIKIANLAH bagaimana Allah SWT telah menjaga seorang abid (ahli ibadah) daripada sebarang maksiat, hanya dengan membaca ayat-ayat-Nya lalu berserah kepada-Nya.

 DAN inilah ganjaran yang Allah SWT sediakan kepada orang yang benar-benar menjaga agama-Nya. Semoga kisah ini mampu memberi peringatan kepada kita di saat kita hidup dalam zaman yang penuh dengan pelbagai fitnah ini.

 SEMOGA bermanfaat dan berkat.
BI IDZNILLAHI TA’ALA
AAMIIN.

 LA HAULAWALAVQUWWATA ILLA
BILLAHIL ‘ALIYIL ‘ADZIM.

 ALLAHOMMA SOLLI’ALA SAYIDINA
MUHAMMAD, WA’ALA AALIHI
WASOHBIHI AJMA’IN.

📌 SUMBER: MAU’IZHAH HASANAH
OLEH: Imam Jalaluddin as-Suyuti

Sila kunjungi kami dan bantulah kami:

https://muslimcambodiablog.wordpress.com/2017/12/29/asian-fondatiaon-for-education-and-development/

https://peribadirasulullah.wordpress.com/2018/02/03/melayu-champa-cambodia/

https://wordpress.com/post/peribadirasulullah.wordpress.com/46725

https://peribadirasulullah.wordpress.com/2018/03/03/ihya-assunnah-solution-menunaikan-amanah-warga-malaysia-di-sihanoukville-selatan-kemboja/

Pengenalan Ihya Assunnah Solution

https://www.youtube.com/watch?v=13Gi0MilEa0

Misi Menyampaikan Bantuan Ke Selatan Kemboja 2017

https://www.youtube.com/watch?v=64UO1RimxQI

Salleh Faiz

https://web.facebook.com/salleh.faiz.5

 

IHYA Assunnah

https://web.facebook.com/IHYA-Assunnah-1184250164973202/

Hj Abdul Rahman Ismail

https://web.facebook.com/hjabdulrahman.ismail108?_rdc=1&_rdr


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: