Pegangan Ku

Aku hanyalah hamba Allah yang ingin berkongsi ilmu. Aku juga mengharap tunjuk ajar dari semua pihak demi menyempurnakan Kalimah Allah Yang MAha Suci.Di saat manusia bermati-matian memperdagangkan Agama Allah untuk kepentingan peribadi.

Daripada Waladi Kelantan DN,Malaysia

Respon

  1. Salam. Apa khabar? Harap sihat sentiasa.

    • Ana sihat walafiat, cuma dua hari lalu ana tidak sempat menyumbang tenaga pada blog ini kerana ada urusan peribadi.. Terima Kasih kerana bertanya khabar tentang diri ana.. semoga saudari juga sihat walafiat. Salam Ukhuwah Islamiah dari ana.

      • salam ustaz, nak minta tolong terangkan tentang apa yang dimaksudkan dengan ‘kepintaran beragama’?

    • ass. sdra semua…

      • waalaikumsalam

    • assalam ustaz…..?bolehkah saya bertanya beberapa soalan?bagaimanakah kita hendak menyedarkan seseorang yang kini kian jauh dari rahmat allah..minta penjelasan dari ustaz….semoga tidak keberatan…?

      • assalamualikum ustaz….sy nk minta izin tuk share artikel ustz….utk bhn rujukn sy n sy nk forward pd kwn2 sy ustaz….trime ksh…

      • W.Salam, Silakan semoga memberi manfaat buat kita semua.

      • tegurlah secara ‘hikmah’

    • kenapa ustazah mengajar kita supaya rajin ustaz

      • Allah yang mencipta kita. Kita adalah hamba. Allah sygkn hambany. Sbg hamba Allah, kita buat apa yg dsuruh & tinggal apa dlarang, kena rajin; rajin beribadat (solat, etc, bkerja, blajar, etc). Tentu shj ada pbezaan atr hamba yg rajin beribadat dgn hamba yg malas.

    • assallamualaikum…bagaimana harus saya memaafkan seseorg saya cintai…..krn dia sudah berlaku curang,,n zina ……..sesunguhnya saya adalah isterinya yg halal

      • W.Salam, anda adalah insan mulia kerana Allah SWT memberi kesedaran dan membenci perbuatan zina tetapi orang yang anda kasihi tidak dapat menilai dengan nilai-nilai agama buat masa ini. Demi pujuk rayu syaitan dan iman yang lemah, tak kira siapa pun gelaran manusia diberi namun tanpa bantuan dan Rahmat Allah SWT manusia akan kecundang ditangan syaitan. Sejarah Islam telah mencatat dan merakam kisah-kisah manusia yang berjaya digoda oleh syaitan.

        Bersabarlah anda dengan ujian Allah SWT semoga dengan apa yang anda alami, Allah SWT meletakkan anda di sisiNya pada tempat yang paling tinggi bersama Golongan Mereka Yang Sabar di dlam Syurga nanti, renunglah kisah ini dan jadikan panduan dalam menilai dosa seseorang samada suami atau ibu bapa kita dan janganlah kita abaikan tanggungjawab kita, apabila menghadapi ujian Allah SWT tetapi kita tetap tunaikan tanggungjawab sebagai seorang isteri walaupun suami kita telah menjadi kuda tanggangan syaitan
        ” Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah. “Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?”.

        Allah pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan.
        Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu.

        Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya. “Apa hal ini?, kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh kehairanan.

        Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilap sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik. Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik.

        Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa. “Wahai saudara! Apa agama kamu?”. “Aku agama Tauhid”, jawab pemuda itu iaitu agama Islam. “Habis, mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu.” Kata Nabi Musa.

        “Wahai tuan hamba”, kata pemuda itu. “Sebenarnya kedua babi itu adalah ibubapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodohrupanya. Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibubapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menajdi babi, aku tetap melaksanakan tugasku.”, sambungnya.
        “Setiap hari aku berdoa kepada Allah agar mereka diampunkan. Aku bermohon supaya Allah menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah masih belum memakbulkan lagi.”, tambah pemuda itu lagi.

        Maka ketika itu juga Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s. ‘Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di Syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepasa kedua ibubapanya. Ibubapanya yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh disisi Kami.”

        Allah juga berfirman lagi yang bermaksud : “Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua ibubapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam syurga.”

        ..Walau bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibubapa kita itu bukan urusan kita. Walau banyak mana sekali pun dosa yang mereka lakukan, itu juga bukan urusan kita. ”

        Rujukan kisah di atas :
        http://art-deep.blogspot.com/2011/11/ibu-bapa-babi.html

        Saya hanya mampu menasihati, namun anda yang berada dalam situasi tersebut pasti terlalu berat untuk berbuat demikian. Buanglah dendam yang tidak baik terhadap suami anda dan jadikan Allah SWT dan Rasulullah SAW sebagi Kekasih kita didunia dan Akhirat. Semoga Allah SWT mengurniakan anda hati yang suci dan bersih dalam meneruskan kehidupan di dunia ini. Amin Ya Rabbal Alamin.

      • *maaf perlukn kekuatan iman.

        *pasti stiap kali bersama/ bgaduh ianya tbayang/diungkit kembali.

        *jika kita dtempat dia, sanggupkah dia memafkn kita? mudah utk menyatakan tsilap. brapa kali dia bzina; zina bkn blaku tiba2. mgapa dia tdk kawin shj; dia tdk mau btanggungjawab; kpd kita & wanita tsbt.

        *tidak salah bercerai. zaman skang bkn spt zaman dulu. mcm2 pnyakit ada; siflis, hepatatis, hiv etc. bgantung kpd dgn siapa dia bzina.

    • khabar baik

    • Assalamualaikum ustaz,nak tanya tentang ilmu tasauf,hanya bacaan buku2 dan ceramah dalam internet saja saya mampu setakat ini..nak cari guru/wali nampaknya susah dan tak tau macamana nak mula..tapi hati ini sentiasa kearah ilmu itu..harap dapat bantu terimakasih

      • W.Salam. Di Kelantan masih ada guru tasauf datanglah ke Pondok Pasir Tumboh Kelantan dan libatkan diri dengan mereka yang benar-benar mencari Ilmu pasti dapat. Insya Allah.

      • terimakasih ustaz,insyaAllah saya cuba bertanya ke sana.

  2. terima kasih tentang apa yang anda ushakan dalam blog anda,tapi saya bukan untuk buat komen . hanya hendak buat beberapa pertanyaan saja,itu pun sekira nya anda tahu.
    adakah anda tahu tentang sebuah peti (dengan nama “tabot”)peninggalan nabi sulaiman ,peti itu telah dihadiahkannya kepada anaknya dulu.lalu dibawa pulang,dlm perjalanan pulang, disebabkan terlalu berat lalu disimpan ditempat rahsia.sementara pulang sebentar untuk mencari bantuan.orang2 yahudi hingga sekarang cuba mengesan peti tersebut.bukan apa hanya nak tahu cerita selanjutnya ataupun telah dapat dikuasai oleh orang yahudi…..saya terlebih dahulu mohon maaf sekiranya persoalan saya ini memberatkan lagi urusan anda,assalammualaikum.

    • Terima kasih, saya akan cuba mencari apa yang anda maksudkan, jika saya dapatinya saya akan isi dalam blog ini. sama-samalah kita mencari ilmu Allah.. Terima kasih sekali lagi kerana sudi berkongsi ilmu dengan saya yang dhaif ini.

    • Inilah sebahagian maklumat yang saya dapat dari petikan dalam bahasa arab tentang tabot.

      يذكر اليهود أن نبى الله سليمان بنى هيكلا كمكان لحفظ تابوت العهد ، وأن هذا الهيكل يزخر بالرموز الوثنية والأساطير الخاصة بعبادة الآلهة الكنعانية ، وأن نبى الله سليمان بنى الهيكل لإله اليهود “يهوه” أو “ياهو” وهذا يعنى أن الهيكل بني لحفظ تابوت العهد ، فإذا أثبتنا أن تابوت العهد لا وجود له فى عهد نبى الله سليمان ، إذاً فلا حاجة لبناء الهيكل من الأصل .

      ويدّعى اليهود – زورا – أن نبى الله سليمان كان يعبد إلها غير الذى كان يعبده باقى الأنبياء وهو إله بنى إسرائيل ، وأنه كان من عبدة الأوثان لأنه بنى معبدا يزخر بالرموز الوثنية فإذا أثبتنا لهم أن نبى الله سليمان لم يكن كذلك ، وكان يعبد الله رب العالمين كسائر الأنبياء فهذا يعنى أنه لا حاجة لبناء هيكل ضخم كما وصفه اليهود لإله اليهود يهوه .

      تابوت العهد

      ” تابوت العهد ” هو صندوق مصنوع من خشب السنط أودع به لوحا الشهادة اللذان نقشت عليهما الشريعة وتلقاها نبى الله موسى عليه السلام بسيناء ، وكان بنو إسرائيل يحملونه معهم أينما ذهبوا ولقد نشرت صحيفة معاريف الإسرائيلية فى عدد 7 فبراير 1997 أن ” “منليك” بن سيدنا سليمان من “بلقيس” ملكة سبأ سرق تابوت العهد من أبيه أثناء بناء الهيكل وهرب به إلى الحبشة و أن الهيكل لا يعنى أى شئ بدون تابوت العهد . وأن الحفائر تحت المسجد الأقصى للتوصل للهيكل ستبوء بالفشل وستهدم المسجد .

      وأضافت الصحيفة الإسرائيلية إن هذه القصة موجودة فى كتاب (ترنيمة الملوك) وهو كتاب أثيوبى كتبه الحاخام الأثيوبى ( نيبوز جيز اسحق ) فى القرن 14م ، ولقد ذكر تابوت العهد فى القرآن الكريم أيام أول ملك لبنى إسرائيل – وهو طالوت (الذى تذكره التوراة باسم شاؤل) – في سورة البقرة من آية 246 إلى 248 وكانت حدود مملكة طالوت خارج مدينة القدس حيث أقاموا أول معبد لهم فى مدينة جبعون وكان اليبوسيون العرب ما يزالوا يحكمون مدينة القدس .

      إذاً فلا وجود لتابوت العهد بعد ذلك التاريخ والاحتمال الأكبر أنه فُقد منهم فى أحد الحروب لأنهم لم يحافظوا على ما جاء فى لوحى الشهادة وبالتالى فلا وجود لتابوت العهد فى عهد نبى الله سليمان عليه السلام .

      ولو افترضنا جدلاً أن تابوت العهد كان موجوداً أثناء البناء ثم سُرق فلماذا يسكمل البناء ؟ولأى غرض سيبنيه النبي بهذه الفخامة ؟ ولقد ذكر فى القرآن الكريم ملك نبى الله سليمان وليس من بينه هيكل وثنى ، بل كان له قصر عظيم من الزجاج الصافى شاهدته بلقيس ملكة سبأ وعندما تأكدت أنه نبى الله أتاه الملك والعلم والنبوة آمنت وأسلمت لله رب العالمين ، ولم تؤمن بإله بني إسرائيل الذي يدّعى اليهود أن نبى الله سليمان كان يعبده ، فإذا كان نبى الله سليمان يعبد الله الواحد كسائر الأنبياء فلماذا يبنى هيكلا وثنيا لإله بنى إسرائيل ياهو كما يدّعون ؟

      أسطورة البناء

      قال تعالى في وصف كتبة التوراة “فويل للذين يكتبون الكتاب بأيديهم ثم يقولون هذا من عند الله ليشتروا به ثمناً قليلاً فويل لهم مما كتبت أيديهم وويل لهم مما يكسبون” سورة البقرة أية 79 .

      ونتعجب من كم التناقضات في قصة بناء الهيكل ، حيث يحركون رغبات إلههم بحسب أهوائهم ، فيذكرون أن البناء كان ضد رغبة “يهوه” الذى عاش حياة التجوال فى الخيام فى سيناء وفلسطين ، ومعنى هذا أن من يفكر فى بناء بيت أو هيكل للإله يهوه فإنه يسير ضد رغبة الرب كما يعتقدون . !

      ثم نقرأ لديهم بأنهم يعتقدون في أن نبى الله داود عليه السلام حينما فكر عام 1000ق م فى نقل تابوت العهد من قرية يعاريم (على الحدود الغربية لمملكته ) إلى أورشليم لم يستطع ، لأنه لم يكن من حق بشر أن ينقل تابوت العهد إلا بتنزيل إلهى ، ولكنهم يعودوا ليناقضوا أنفسهم قائلين أن الرب سمح بنقل تابوت العهد من يعاريم إلى أورشليم بعد ثلاثة أشهر !! عندما حاول نبى الله داود مرة ثانية فاشترى الموقع الذى سيبنى عليه المعبد أو (الهيكل المزعوم ) من الملك أرونة (أرنان) أحد ملوك اليبوسيين العرب .

      ورغم أن الرب قد وافق على نقل التابوت – كما يزعمون – فقد عاد فغضب مرة أخرى وأرسل الطاعون على المملكة فقتل 70 ألف شخص فى ثلاثة أيام ، ثم عاد فوافق على البناء !! لذلك أشار أحد المقربين لنبى الله داود بأن يبنى معبد للرب يهوه فى الموقع الذى اشتراه نبى الله داود من الملك أرونة (أرنان) وعندما بدأ حكم نبى الله سليمان 970ق م بنى معبد للرب يهوه فى هذا الموقع وهو الهيكل المزعوم .

      وبهذا يظهر كم الاستخفاف بعقول البشر وخداعه عبر إعلام مضلل وعلماء مرتزقة يرسمون خارطة العالم قديماً وحديثاً بأكاذيب يختلقونها مغتصبين للأرض ، ويمكن أن يستيقظ العرب على انهيار ثالث الحرمين الشريفين المسجد الأقصى .

      الأقصى والصخرة المقدسة

      عندما فتح الخليفة عمر بن الخطاب رضى الله عنه القدس 15 هجرية – 636م فإن أول ما فعله هو البحث عن مكان المسجد الأقصى والصخرة المقدسة واضعاً نصب عينيه الرواية التى سمعها من رسول الله صلى الله عليه وسلم ليلة الإسراء .
      وسأل عمر الصحابة وكعب الأحبار (وهو من اليهود الذين أسلموا ) والبطريرك صفرنيوس بطريرك القدس عن مكان البقعة المباركة التى أسرى برسول الله صلى الله عليه وسلم منها وصلى فيها إماماً بجميع الأنبياء عارجا بعدها للسموات العلى .

      وقد عثر الخليفة عمر بن الخطاب على مكان المسجد الأقصى والصخرة المقدسة وكان المكان مطموراً بالأتربة التى تكاد تخفى معالمه وعند رفع الأتربة كان المكان خاليا تماماً من بقايا أى مبانى سابقة ، ورغم أن اليهود يدّعون أن تيتوس الرومانى دمر الهيكل الثانى عام 70م فعندما رفع عمر بن الخطاب الأتربة لم يكن هناك ولو حجر واحد ولا أى شواهد أثرية تدل عليه ، وهذا هو طبيعى فإذ لم يكن هناك هيكلا أولا فبالتالى لايوجد هيكل ثانى .

      وأمر عمر بن الخطاب بإقامة مسجد موضع المسجد الأول ، وإقامة ظلة من الخشب فوق الصخرة المقدسة ، وعندما جاء الخليفة الأموى عبد الملك بن مروان بنى قبة الصخرة فوق الصخرة المقدسة عام 72هجرية – 691م ، ثم بنى الخليفة الوليد بن عبد الملك المسجد الأقصى عام 86هجرية – 709م ، والمسجد الأقصى المذكور فى سورة الإسراء أية 1 ليس المقصود به المسجد كبناء معمارى فلم يكن هذا البناء قائماً بالقدس سنة 621م ليلة الإسراء وإنما المقصود بالمسجد الأقصى مدينة القدس كلها ، كما أن عبارة “المسجد الحرام” تعنى كل مدينة مكة ولا تقتصر على الكعبة والمسجد الحرام فقط .

      • ustaz saya mahu tanya meniru dalam peperiksaan b.arab apa???

    • betul ke yang kiamat nanti kite takkan kenal mak bapak kite ni siape?? 🙂

      • Pada hari kiamat nanti kita kenal ibu bapa kita sebagaimana kita kenali di dunia dahulu, tetapi pada peringkat huru-hara pertama manusia tidak sempat membantu sesiapa, maka dalam Al-Quran dan Al-Hadis menggambarkan seolah-olah manusia tidak mengenali diantara satu sama lain kerana terlalu sibuk dan takut pada keputusan azab Allah SWT. Apabila manusia telah dapat melalui peringkat pertama dan amalan mereka telah dimizankan. Maka mereka akan mencari ibu bapa mereka ditempat mereka berada. Pada Ahli Syurga mereka akan mencari ibu bapa mereka di dalam Syurga, Insya Allah, begitulah juga jika kita berada dalam neraka, Nauzubillah Min Zalik.

  3. Alhamdulillah, blog ini adalah yang terbaik pernah saya jumpa. himpunan entry2 yang sgt2 menarik sekali. Saya juga telah membuat link blog anda ke blog saya iaitu http://www.kenalikomputer.com. Ingin juga saya mengucapkan salam ukhwah dan salam perkenalan. Semoga Islam kita terus berkembang dan terjaga. Tahniah.

    • Terima kasih di atas sokongan anda. Semoga Allah memberkati usaha kita. Amin Ya Rabbal Alamin.

  4. Salam sahabat,ana minta izin untuk copy paste artikel dzri web ini untuk tatapan dan sumber ilmu untuk pelayar web saya juga.Harap tidak keberatan membenarkannya.Terima Kasih

    • Terima Kasih, krna sudi singgah di blog saya..copy dan sebarlah ilmu Allah.. semoga Allah memberkati usaha kita, semoga Allah jadikan usaha kita sebagai amal jariah untk Dunia Akhirat. Salam Ukhuwah dari saya.

      • Terima kasih ye saudara,blh sy tahu saudara berasal dari?

      • maaf kerana terlambat membalas mesej anda sebab saya ada urusan penting di Baling.Kedah. Salam Ukhuwah Islamiah daripada saya… السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
        Saya tinggal di Malaysia.

  5. salam ukhuwah,,,sekiranya tidak keberatan,,ana ingin mengemukakanstu soalan kpd anta/ti,,,
    sudah berapa lame anta/ti menyumbang sedikit ilmu melalui blog ini??
    dan adakah anta/ti berseorangan atau ada satu usrah,,,,
    itu saja,,,syukran..~~, wallahualam

    • Maaf ya Akhi.. buat masa sekarang ana keseorangan dalam mengendalikan blog ini.. cuma bersumberkan pengalaman dan jiwa yang pernah bertemu dengan beberapa orang yang berjuang dan merantau ke serata dunia demi agama Allah, ana sentiasa bersemangat, buat masa ini. Tetapi yakin dan percayalah bahawa Roh Para Syuhada’ sentiasa mendampingi kita, Rasulullah dan Allah SWT sentiasa dekat dengan kita Ya Akhi.. Berjuanglah Ya Akhi.. Jangan menoleh kebelakang kerana Lambaian Ilahi dan Rasul mu sentiasa bersedia menyambut tanganmu bila-bila masa.. Sesungguhnya Allah SWT tidak pernah Tidur. Pasti disaat kita tidur Para malaikat suruhan Ilahi datang merenung wajah kita yang Ikhlas dalam perjuangan.

  6. ana menyokong blog. amat baik untuk berkongsi ilmu-ilmu agama yang luas cabangnys.

  7. Alhamdulillah….ilmu yang ada sangat bermanfaat,
    Terima kasih atas share ilmu-ilmu nya, 🙂

    Salam,

  8. assalamualaikum, ana ada mengambil catitan tuliskan anta untuk dijadikan panduan bagi ana, ana harap anta halalkan catitan ana ini.

    blog anta sungguh memberi menafaat dunia dan akhirat.

    • ana izinkan dengan ikhlas kerana Allah kita berkongsi Ilmu Allah SWT.

  9. saya selalu mengunjungi blog ini. Ternyata banyak ilmu yg diperoleh.. Syukran.

    Salam.

    • T.kasih atas kunjungan anda.apa yang saya usahakan adalah kerana ingin melihat blog yang benar-benar mengabdikan diri kepada Allah SWT, semoga dengan adanya IT dan lain-lain kemudahan teknolongi menjadikan kita lebih mengenali kekuasaan Allah SWT. Salam Ukhuwah Islamiah daripada saya.

    • Terima Kasih. Carilah kepuasan hidup ini dengan ilmu Allah SWT.Tiada kepuasan yang hakiki melainkan dengan pemberian ketenangan dari Allah SWT.Salam Ukhuwah Islamiah daripada saya yang dhaif ini.

  10. Assalamualaikum.
    byk info2 dan ilmu yg sy dpt dari blog ini.
    sy minta izin copy dan paste.my husband non malay but he like this blog.
    thank you.

  11. Saya minta kebenaran letakkan alamat website ni di facebook saya.

    Mudahan ilmu yg ada dapat lagi disebarkan.TQ.

    • Terima Atas Usaha baik anda berkongsi ilmu. saya izinkan. Salam Ukhuwah Islamiah daripada saya.

  12. Masya ALLAH pada penghulu hari yang mulia ini…seorang hamba yang daif dan merintih rahmat dan kasih Rabbnya dikurniakan nikmat bertemu laman yang penuh hikmah ini…

    Doaku Ya ALLAH….. berkatilah segala usaha mujahid2 kalimahMU walau sekecil mana usaha kami ini YA ALLAH…kami rindu janji-janjiMU, kami harap syafaat kekasihMu Muhammad SAW, sucikan kami redhai kami sebelum kami bertemuMu YA ALLAH

    • Terima kasih kunjungan anda, sama-samalah kita berdoa kepada Allah SWT.. agar kita sentiada didampingi rahmat dan hidayah Allah SWT di dunia lebih-lebih lagi di Akhirat yang kekal abadi..
      Salam Ukhuwah Islamiah daripada saya.. .السلام عليكم ورحمة الله وبركاته .

  13. Assalamualaikum
    Admin, saya amat tertarik dengan entri-entri anda, minta izin kongsi difacebook dan blog saya ya….
    terima kasih

    • Saya ucapkan ribuan t.kasih atas pujian anda, segala-galanya dari Allah SWT, sama-samalah kita berdakwah di Jalan Allah SWT agar kehidupan kita beruntung di dunia dan akhirat. Salam Ukhuwah Islamiah daripada saya dengan lafaz yang mulia ” . “لسلام عليكم ورحمة الله وبركاته.

  14. Salam ustaz, mengapakah kita tak boleh memotong & mencabut bulu kaki & tangan? Apakah cerita dongeng “jangan memotong & mencabut bulu kaki & tangan?

    • 1-Setiap kejadian Allah SWT, semua bertasbih kepada Allah SWT.
      2-Ianya sebahagian daripada egen tubuh kita yang penting dalam menstabilkan haba dalam tubuh kita.
      3-Setiap bulu mempunyai liang untuk sistem perkumuhan, untuk mengeluarkan peluh dari daam tubuh kita.
      4-Kita tidak boleh mengubah kejadian Allah SWT, semua kejadian Allah SWT adalah sebaik-baik kejadian, kecuali untuk kepentingan kesihatan yang diharuskan.
      5-Setiap perbuatan kita adalah Ibadat, perbuatan kita ketika mencabut bulu dengan niat menghina kejadian Allah SWT adalah perbuatan yang amat keji, jika kita memahami konsep tasawwuf yang sebenar, seperti kita menyembelih ayam- jika kita dapat mengerti betapa satu kematian adalah satu kengerian dan kesakitan yang amat besar, pasti kita tidak akan menyembelih ayam tersebut tetapi kerana kita beriman dan mengikut perintah Allah SWT, maka penyembelihan dengan bacaan Bismillah mendapat pahala dan ayam yang menanggung kesatikan pun mendapat pahala, demi taat kepada perintah Allah SWT , kedua-dua pihak mendapat pahala.
      Itu sahaja yang dapat saya sampaikan dalam waktu sesingkat ini.

      Salam Ukhuwah Islamiah daripada saya…. السلام عليكم ورحمة الله وبركاته.

  15. assalamualaikum.wbt

    Alhamdulillah,blog ini antara blog yang terbaik yang pernah saya ikuti.banyak munafaat yang dapat diambil dan dipetik darinya.terima kasih banyak-banyak diatas segala sumbangan dan ilmu anda.moga Allah Swt dapat membalasnya.

    • وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته
      Terima Kasih atas kunjungan anda dalam blog saya yang tidak seberapa ini, sama-samalah kita berdoa semoga kita mendapat keberkatan dalam kehidupan di dunia dan berjaya menemui Rasulullah SAW di Akhirat Kelak. Salam Ukhuwah Islamiah daripada saya. sama-samalah kita sebar Ilmu Allah SWT, Yakinlah hanya Allah Sahaja yang mampu menunaikan segala hajat makhluk-makhluk di dunia ini yang berbagai. وبركاته السلام عليكم ورحمة الله

      • assalam….saya kagum dengan dakwah yang saudara sampaikan..semoga diberkati allah…

      • W.Salam.
        Usaha kita tidak ada bandingan dengan usaha para ambiya’, mereka berdakwah tanpa kemudahan seperti kita miliki sekarang tetapi dakwah mereka dipuji diserata dunia dan semua alam termasuk alam ghaib. Dakwah mereka diakui oleh Allah SWT. Apa yang saya lakukan sekadar kemampuan yang saya ada, saya cuba manfaatkan nikmat masa dan nikmat teknologi yang Allah SWT kurniakan kepada umat Nabi Muhammad SAW, nikmat ini adalah diantara nikmat yang terhasil daripada kajian tentang Al-Quran. Lihatlah betapa tinggi dan bernilainya kandungan Al-Quran yang tidak boleh dijangkau oleh mata hati dan mata manusia. SubhanAllah.
        Jutaan Terima Kasih di atas penghargaan anda dan sokongan semua pihak. Insya Allah kita semua akan bertemu dengan Allah SWT dan Rasulullah SAW serta kita akan berkenalan di hadapan Allah SWT dan Rasulullah SAW. Amin Ya Rabbal Alamin.

  16. trima kasih kerana berkongsi ilmu yang sangat berguna ini..Saya Doakan moga kamu dikurniakan ilmu yang lebih banyak lagi dari Allah.. terima kasih.. :))

  17. السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
    Subhanallah, Alhamdulillah,..saya rasa amat dhaif dgn tulisan anda. Semoga hati ini akan terus mendekatkan diri kpd Yg Khaliq. Syukran Jaziilan.. Semoga anda diberkatiNya..

  18. Assalamualaikum. dr hr sy mlihat gmbr wanita dperkosa (s/a iany hny lakonan/ sbnr), (sy agak emosi mmbri komen kali k2 sy mlayariny). Pun sy tdk bstuju smpai bila2 n bpndpt wajar iany dpadamkn dr blog ini. kjadian rogol/seks bbeza dgn kjadian lain. ia mrosak mata, akal n hati yg mlihat kronologi perlakuan2 tsbt. apa tujuan mrk mrakamkn? utk dsebarkn n kita seolah2 mmbantu mnyebarkn wp niat kita utk mlahirkn simpati n benci dgn pelakuny. cukuplah kita katakn wanita2 kita drogol. wajah wanita tsbt jelas, auratny tdedah. sukar sy jelaskn dcni. bygkn jika wanita tsbt kita, pd masa sama kita mlihat org yg ucap kasihan mnympan klip tsbt. Smoga drhmati Allah.

    • Apa pun komen saudara dan saudari semua, dalam Islam untuk menjadikan sesuatu hukum itu tepat dan jelas, segala maruah dan kepentingan terpaksa didedahkan secara terhormat. Gambar ini hanyalah satu dari ratusan ribu wanita Islam dirogol oleh tentera amerika dan Nato di seluruh dunia. Jika anda ingin menghukum dan membantu umat Islam yang telah dirogol diserata dunia seperti di Iraq, Bosnia, negara-negara bekas jajahan Russia dan sebagainya. Bolehlah anda bergerak dari sekarang untuk membantu mereka. Tentang perkembangan di Palestin terbaru, umat Palestin yang cintakan makanan akan dilonggok kepada mereka produk makanan yahudi sehingga hati-hati mereka kembali hitam seperti sedia kala. Sebelum penjajahan yahudi ke atas Palestin, arak telah melimpah ruah di tanah Palestin dan muda-mudi Palestin berzina dengan muda-mudi israeil sambil minum arak, pada saat tersebut jika anda datang ke Palestin dan meminta secawan kopi, tuan-tuan punya kedai di Palestin akan mentertawakan anda kerana anda meminta minuman yang tidak bertamaddun. Bermula dari saat tersebut barulah yahudi merancang penjajahan terhadap umat Islam Palestin yang hidup dalam kemaksiatan dan lalai dari agama Islam.

      ٍMaklumat dari para pejuang Palestin yang sah, telah mengesahkan bahawa tentera amerika dan yahudi sentiasa merogol anak dara umat Islam di Palestin, Iraq dan Bosnia dihadapan ibu bapa mereka, sambil mencabar kepada umat Islam untuk memohon pertolongan Allah SWT agar membantu kita, umat Islam. Oleh kerana Allah SWT pada zahirnya belum membantu kita, maka yahudi dan amerika mengatakan ” Allah SWT tidak akan membantu kita, kerana umat Islam sekarang berada dalam kesesatan dan dalam keadaan amat lemah dalam semua aspek , oleh yang demikian masa sekarang adalah masa kemenangan dan kemegahan bagi umat yahudi dan amerika di seluruh dunia “.

      Mereka yakin umat Islam akan menang tetapi bukan masa sekarang.

      Walau berbagai nasihat dan gambar telah saya muatkan untuk memberi semangat dan memperteguhkan iman kita semua, namun kita masih berada ditahap yang amat lemah dan kita belum mampu bertindak untuk membantu agama Allah SWT secara berjamaah. Semoga bermula di sini, kita cuba melahirkan jiwa-jiwa murni dan bersemangat waja yang tidak mengikut telunjuk yahudi dan kuncu-kuncu yahudi disekeliling kita.

      Kita mesti mempunyai jadual sendiri, jadual jamaah, tindakan sendiri dan tindakan secara berjamaah terutama dalam sistem pembelajaran Islam, sistem pemakanan Islam dan sistem politik Islam, Insya Allah, Allah SWT akan membantu kita.

      السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

      • buang jer gambar tu. isu yg plg byk dikomen mungkin. matlamat tdk mhalalkn cara.

  19. Salam, tahniah di atas usaha anda yang mulia ini, saya amat berminat dengan setiap artikel yang anda siarkan di laman anda ini. Saya juga baru sahaja hendak berjinak2 dengan dunia blog ini. Bolehkah saya memohon untuk menyiarkan artikel2 anda di laman blog saya..saya juga akan meletakkan nama bloganda di laman blo saya

  20. sy akui apa yg saudara/ri katakan. sy percaya wanita kita drogol, arak bleluasa, kita dhina, agama kita dcerca d sana wp tanpa mlayari bloq saudara/ri tp sy ttp tdk suka gmbr tsbt dpaparkn mlainkn saudara/ri menutupny lg dgn dkwt hitam krn sy msh dpt mlihat kmaluan lelaki dsbny itu (dalam Islam untuk menjadikan sesuatu hukum itu tepat dan jelas, segala maruah dan kepentingan terpaksa didedahkan secara terhormat) & sy tdk akan mlayariny lg. ya benar, sy lemah, sring mlakukan ksalahan yg b’ulang kali. yg mmpu sy lakukn hny mngekalkn agar sdaya mungkin tdk mmbli brgn yg mnyokong mrk, doa, simpati, empati kpd rakyat plstin selain bsyukur dsbalik nikmat yg Allah brikn kpd sy. sy ttp mnyokong post2 saudara/ri kecuali gmbr itu. Ini komen sy yg t’akhir ttg gmbr tsbt. saudara/ri berhak mmbri pndpt. pun alhamdulillah sy kpd Allah Yang Maha Mengetahui. Selamat bpuasa d bulan rejab ini. Smoga kita bpluang utk btemu Ramadhan yg berkat. Insya Allah. teruskn usaha. Assalamualaikum.

  21. Assalamualaikum. Bulan Rejab tahun ini hampir ke penghujung. Tidakkah sedih di hati tika mengingati puasa kita di bulan ramadhan yang lalu. Smoga puasa dan ibadah kita akan lebih baik dan smoga Allah S.W.T. memberi rahmatNya kpd kita utk menikmatinya sekali lagi tahun ini. Tidak sabar menanti. Slmt berjuang di jalan ALLAH.

  22. asalamualaikum,,
    salam perkenalan pd sdr…

  23. Assalamualaikum..jazakallah…tahniah
    blog yg amat berguna bg ana untuk menyebarkan syiar islam…
    izinkan ana sebarkan laman blog anta ya..syukran..:-)

    • Terima Kasih, diatas niat baik anda, semoga Allah SWT memberi pahala setiap usaha dakwah kita bersama. Salam Ukhuwah Islamiah daripada saya, السلام عليكم ورحمة الله وبركاته , sila siarkan syiar Islam di muka bumi Allah ini.

  24. Assalamualaikum saudara..sy amat tertarik dengan blog saudara..sy juga mempunyai blog seperti saudara yg tajuk besarnya ttg islam…jika tidak keberatan,bolehkah sy ambil maklumat2 atau berita atau posting dari blog saudara utk sy isikan pd blog sy??…sekadar utk berkongsi ilmu…

    • وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته . Terima Kasih, diatas kesudian anda singgah sebentar dalam blog saya yang tidak seberapa ini, Salam Ukhuwah Islamiah daripada saya, السلام عليكم ورحمة الله وبركاته , sila siarkan syiar Islam di muka bumi Allah ini, saya izinkan.

      • perkenalkan nama ku abdullah ”” saya mau bertanya tentang doa bersama ketika selesai shalat wajib n kunut setiap subuh ”’ gimana hukumnya ??????

      • Qunut dalam solat subuh adalah sunat muakkad dalam mazhab Shafie, jika tertinggal disunatkan sujud sahwi. Doa secara ramai dalam adalah diharuskan, tetapi jika ada sesuatu perkara yang khusus maka lebih afdhal dilakukan seorang diri disaat solat tahajjud. Dalam masyarakat melayu yang menjadikan agama dan berkat milik ulamak atau orang-orang alim, maka mereka banyak menggunakan ulamak sebagai wakil untuk berdoa kepada Allah SWT. Agama Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW semenjak awl-awal lagi telah memerangi golongan paderi yang menjadikan agama sebagai milik mereka. Allah SWT amat suka jika seseorang hamba bermunajat dan berdoa kepada Allah SWT dengan penuh ikhlas tanpa menggunakan perantaraan. Semoga anda memahami situasi masyarakat Islam yang telah dipengaruhi oleh berbagai elemen agama-agama lain terutama agama hindu dan budha. Wallahhu A’lam.

  25. السلام عليكم ورحمة الله وبركة

    SubhanaAllah,blog saudara sangat bgus..setiap hari ada ilmu baru yg ana dapat dr blog ni..izin ana brkongsi ngn kawan yg lain..semoga Allah memberkati usaha saudara dalam menyebarkan syiar islam yg haq kepada semua org..keep it up!!ا

    • وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته
      Ribuan Terima kasih atas persinggahan saudari di laman blog saya, silalah ambil, apa yang baik adalah anugerah Allah SWT, Jangan lupa berselawat kepada Rasulullah SAW yang sentiasa rindu kepada Selawat kita semua sebagai umatnya, walau baginda dihina sedemikian rupa didalam zaman IT ini, namun Jasad dan Jiwa Rasulullah SAW tetap suci murni di sisi Allah SWT Yang Maha Esa. Salam Ukhuwah Islamiah daripada saya…السلام عليكم ورحمة الله وبركاته ,

  26. Assalamualaikum…
    Ahlan Wasahlan…..
    hari ini adalah permulaan baru bagi saya menemui blog ini…..tahniah atas usaha anda mewujudkn blog sebegini…benda yang baik pasti akn mendatngkn hasil yang baik…..bersama-sama kite berpesan-pesan kepada kebaikan..

  27. Assalamua’laikum

    mmm “mati hidup balik” saya tetap tak setuju dengan posting yg merendah2kan kaum wanita
    isu gender amat sensitive sekarang … disebabkan tindakan posting itu banyak kesannya..
    anda menharapkan orang sedar bukan?

    bagi saya ia amat memalukan kaum Hawa
    kalau macam itu kenapa anda x siarkan saja gambar anda dlm keadaan sedemikian

    disebabkan hal2 sebegini sekarang dah banyak dah pemimpin2 wanita…isu gender amat sensitive bagi saya dan bagi kaum Hawa yg berakal ..Think Outside the Box

    Allah Maha Besar
    Allah Allah Allah

  28. Assalamualaikum…

    kepada Geram, janganlah geram lantaran tiada sensitifnya isu gender ini kerana setiap lelaki pasti berasal dari rahim seorg wanita.

    Buat peribadi Rasulullah, secara peribadi, saya ingin menasihatkan supaya menukar nama blog ini kepada nama yang lebih sesuai lantaran gambar-gambar, ulasan-ulasan dan serta hala tuju yg dipaparkan, tidak menunjukkan kepribadian rasulullah yang sebenarnya.

    Atas cintanya kita kepada Nabi muhammad s.a.w, janganlah blog ini menjadi punca kepada persoalan, perbalahan, cemuhan dan pertelingkahan sedangkan ianya tidak ada kena mengena dengan peribadi rasulullah. Peribadi Rasullah adalah akhlak nya yang sempurna dan indah dan bukan itu yang dipaparkan dalam blog ini.

    sekadar menyatakan pandangan dan tahniah atas usaha dakwah seperti ini.

    • Jutaan T.Kasih atas teguran anda. Jangan anda renung sebahagian gambar yang saya paparkan dengan perasaan yang bercampur hawa nafsu, tetapi pandanglah dengan perasaan cintkan Allah SWT dan Rasulullah SAW dan sematkan perasaan bahawa ” Aku tidak sanggup melihat umat Nabi Muhammad SAW dirogol sebegini, aku tidak sanggup melihat agama Allah SWT dipersendakan dengan hawa nafsu dan Aku tidak sanggup melihat mereka yang mengaku Islam tetapi kehidupan sentiasa membela orang yang merosakkan agama Allah SWT ” bertolak dari tanggungjawab ini saya memaparkan sebahagian kezaliman yang telah dialami oleh umat nabi Muhammad SAW sama ada dari tangan mereka yang bukan Islam atau dari tangan mereka yang mengaku Islam tetapi mengambil upah daripada amerika dan yahudi. Bagi saya, kita tidak boleh menipu Allah SWT dengan kewarakan kita semasa beribadat tetapi diluar ibadat kita membiarkan saudara kita dirogol, dibunuh sewenang-wenangnya. Bukankah Rasulullah SAW bersabda bermaksud ” Biarlah Kaabah runtuh tetapi jangan sekali-kali darah saudaramu seagama tumpah dibumi ini “.. Sesungguhnya solat, haji, puasa dan sebagainya tidak akan diterima oleh Allah SWT dari umat Islam seluruh dunia selagi darah umat Islam tumpah di merata dunia. Rasulullah SAW berpuasa, berzikir, bertahlil, berpolitik, bermasyarakat dan yang paling nyata pada Sahabi Khalib bin Al-walid dan Al-Muktasim serta Abu Bakar Assiddiq adalah mempertahankan maruah Islam dengan bala tentera apabila Islam dihina dan diejek, cukuplah setakat ini dahulu daripada saya, pasti anda lebih arif dan lebih warak daripada saya… Salam Ramadhan dan salam Ukhuwah Islamiah daripada saya dengan penuh hormat, semoga Allah SWT mempertemukan kita di Akhirat kelak dan kita akan bersalaman sambil disaksikan oleh Rasulullah SAW .السلام عليكم ورجمة الله وبركاته

      • aku tidak sanggup melihat gambar itu. buang jer posting tu

  29. Buat yang asas. Buat apa yang disuruh dan hindar yang di larang.AMAL mahruf Nahi Mungkar.

  30. Salam kenaL untuk semua nya.. ^_^

  31. Alhamdulillah…..syukur kepada Allah kerana memeberi kekuatan dan ketabahan kepada anda untuk menyumbang ilmu di blog…Teruskan usaha murni anda dan semoga diberkati Allah..Semoga ilmu yang diajarkan dapat memberi kebaikan kepada kita semua uma Islam sejagat…Amin…
    يأيهااالذينءامنواان تنصرواالله ينصركم ويثبت أقدامكم

  32. Assalamua’laikum

    saya Hamba Allah dan Geram ingin memohon maaf kepada pemillik blog ini sekiranya terdapat mana-mana perkataan di dalam komen saya yang membuatkan anda berasa marah sedikit,tidak puas hati sedikit dan apa-apa pun yang bersifat negatif dan tidak ada nilainya ,bukankah kita sepatutnya bersatu?Maafkan saya,saya tak ada hak nak hukum atau buat hukum. Hanya mencari kebenaran

    Kenapa saya beri komen macam tu?

    1. Saya hamba Allah yang tidak faham dengan tindakan penulis blog posting gambar orang buat maksiat,Allah”berkata” dalam Al Quran jika kita sebagai orang yang beriman mesti tundukkan pandangan kita daripada memandang apa-apa yang tak elok seperti maksiat,tengok orang buat maksiat.
    2. Sebagai orang yang beriman,kita kan tak boleh dedahkan keaiban orang.
    3. Sebagai orang yang beriman ,kita kan tak boleh dedahkan dosa orang lain.Hanya Allah yang berhak berbuat begitu di Hari Pembalasan kelak kerana Allah bersifat Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana
    4. Ada pendedahan aurat? Sebagai orang beriman,kita kan kena menjaga pandangan kita daripada melihat yang haram.Macam mana nak patuh dengan suruhan Allah yang ini?
    5. Shelly Lubben seorang bekas pelacur yang telah insaf keluar dr kancah pelacuran dan bidang porno tetapi Allah masih tak bagi hidayah utk dia masuk Islam,dia telah memperjuangkan hak kaum wanita yang dilayan seperti haiwan seperti dalam filem filem porno.Dia Shelly Lubben juga telah menyuruh semua produser dan sesiapa yang ada CD dia untuk bakar dan buang terus. Dalam konteks posting tersebut “wanita iraq yg di******” seingat saya, saya berfikir ,? Apa beza nya gambar-gambar tersebut dengan gambar-gambar /adegan-adegan dalam filem porno itu? Saya melihat seolah-olah posting tersebut sensored bahagian tertentu nak tengok lebih belilah CD tu or subscribe beberapa nilai wang?
    6. Apa pandangan orang bukan Islam terhadap beberapa posting yang menyentuh isu sensitif agama mereka?
    7. Apa kesannya?
    8. Terdapat pelbagai jenis manusia yang melawat blog ini.Ada yang nak cari macam mana nak hapus dosa dan etc, ada juga yang tercari cari laman web porno google punya google terjumpa pula posting yang camtu alangkah puasnya nafsu dia..tetapi mana tau tetiba datang hidayah Allah dia terbaca pulak posting2 kat cni yang ke arah kebaikan dan ketaqwaan kepada Allah keesaaan kepada Allah swt lalu dia kembali kepada Allah…
    tetapi Islam menghalalkan cara? Tidak
    Mintak kepada hamba hamba Allah yang dah belajar tinggi tinggi ilmu agama untuk beri pandangan dan menjawab kemusykilan saya ini
    10. Bukankah maksiat senjata ampuh bagi syaitan…bukankah tipu daya syaitan begitu halus dan licin sehingga tersedar pun kita
    10. Baru kali ini baru nak lawat blog ini sebab pada pandangan saya posting wanita iraq bertentangan dengan hmm tak berani nak komen lebih-lebih/… Wallahhu’alam

    Hanya mengutarakan dari sudut pandangan saya berdasarkan apa yang telah saya baca dan tuntut ilmu* sejak dari lahir sampai lah saya masih bernyawa lagi ini

    Saya ada terbaca dalam majalah Solusi Isu 22,Memahami Adab & Medan Ikhtilaf, muka surat 77,78 dan 80,kepada mereka yang beriman eloklah baca supaya kita dapat ambil ilmu yang cuba disampaikan dan menimbangkan dengan akal yang diberi oleh Allah

    Semoga kita diberi Allah swt ketenangan dan kerasionalan dalam memberi sebarang komen.
    Sebelum tu kena juga berusaha seperti berwudhuk n etc

    Maafkan saya sekiranya komen saya ini ada kekurangannya .Saya mohon ampun pada Allah swt dan mohon maaf kepada pemilik blog ini

    Assalamua’laikum

    • Saya juga memohon maaf di atas beberapa artikel yang agak tidak baik, tetapi apa yang saya harapkan ialah semua pihak patut membuat siasatan menyeluruh dari mana datangnya bolg tersebut dan bertindak dengan cara penuh hikmah kepada pemilik gambar tersebut atau pencipta gambar tersebut, sama-samalah kita mencari siapa punca perkara ini. Saya juga seperti insan lain yang tidak berkemampuan untuk menghalang orang yang melakukan sabotaj kepada Islam. Kalau anda kenal mereka tak kira di bumi mana sekali pun, cuba beritahu umat Islam dan kita cuba bertindak agar Islam tidak dihina sebegini. Waalahhu A’lam.

      • Ertinya : ” Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara timur dan barat” ( Riwayat Al-Bukhari, bab Hifdz al-Lisan, 11/256 , no 2988)

        Ya Allah ,takutnya ,betapa pentingnya ilmu pengetahuan dituntut dengan sebenar benarnya
        “peribadirasulullah” mohon Allah berikan anda Ilmu yg berguna utk masyarakat dan diri anda sendiri. : )

        Assalamua’laikum

      • Saya juga merasa betapa perlunya bercakap benar dan jelas tetapi oleh kerana keadaan kita hidup dizaman fitnah ini, apa yang dapat saya sampaikan setakat ini sahaja. Kita belum bertemu dengan sahabat sepertimana persahabatan Rasulullah SAW dan sahabat-sahabat Baginda.Jika kita ketengahkan pendapat kita, pasti orang lain akan melontarkan berbagai tohmahan, Jika Islam yang semulia ini boleh dituduh fanatik, pengganas, pemecah belah masyarakat, zalim dan sebagainya. inikan pula diri saya yang dhaif ini. Salam Ramadhan dan pohon tunjuklah kesalahan yang telah saya lakukan , segala tunjuk ajar dan teguran yang anda berikan terlebih dahulu saya ucapkan ribuan terima kasih.

  33. MAri kita berusaha untuk mensucikan diri kita jasmani,rohani, etc daripada pelbagai bentuk dosa dan sifat-sifat yang akan menyebabkan amalan kita tidak bererti apa-apa di sisi Allah swt.

    Semoga kita semua yang beriman kepada Allah swt
    sentiasa berusaha dengan peranan masing-masing untuk menyelamatkan saudara kita di Palestin dan umat Islam serata dunia yang dipandang rendah sahaja oleh beberapa/majoriti/minoriti orang bukan Islam contohnya nak pakai tudung pun tak boleh..

    dengan Jalan Yang Diredhai Allah Swt

  34. Assalammualaikum… Terima kasih kerana menyumbang byk faedah n pengajar untuk kita sama2 mengamal ya sampai bila bila. Salam

    • Apa yang saya harapkan dari semua pihak, sama-samalah kita menghormati hak-hak Allah SWT dan RasulNya. Harapan saya juga semoga Allah SWT menemukan saya dengan artikel-artikal yang amat berfaedah kepada semua makhluk ciptaan Allah SWT. Salam Ramadhan untuk semua.السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

  35. Maafkan saya
    saya hanya mendoakan anda dtambah ilmu oleh Allah swt
    deletelah semua komen2 saya demi kedamaian hati masing2 : )

    smg kita Dirahmati Allah

  36. deletelah komen yg ada dalil itu.
    mungkin tersilap memberi dalil kan?
    sy hanyalah seorang pencari ilmu
    imam syafie”setiap kali bertambah ilmuku maka bertambah jualah kejahilanku”

    • Saya tidak kisah walau apa pun komen, sebagai manusia biasa kita mesti menghargai pandangan orang lain tetapi dalam usaha membuat bekalan untuk kehidupan Akhirat kita mesti mencari sesuatu yang amat berharga di sisi agama, agar amalan kita menepati acuan Allah SWT dan Rasulullah SAW. Salam Ramadhan dan Selamat berpuasa sesi 2010 dengan penuh amal ibadat dan khairat.

      • maafkan saya

        sy tak tau apa-apa ..

  37. saya suka blog ni…saya sgt2 mengharapkan andai saya ditemukan hamba alllah yang sgt2 suka menyampaikan ilmu alllah ni….moga saya dapat pahala dari dia….untuk bekalan akhirat…

  38. blog ygpenuh ilmu. teruskan dakwah.

  39. disebabkan Allah memberi saya mengetahui sesuatu

    walaubagaimanapun
    saya tetap tidak bersetuju dengan posting itu..sangat mengaibkan wanita

    mm ya betul juga kan
    tukarlah “rasulullah”
    tak sesuai dengan isi kandungan nya
    jagalah kemuliaan Rasulullah
    kan baik delete je posting yang macam tu

    maafkan saya ,

  40. tetapi saya tetap menyokong anda dengan posting-posting yang lain penuh dengan hikmah

    KEcUALI posting yang mengAIBkan wanita tersebut
    harap delete je lah bukankah merosakkan pandangan

    Usaha dakwah anda adalah baik : )

    • setuju

  41. assalamua’laikum.
    ana sgt tertarik dengan pautan sains dan islam anta.
    kerana matlamat ana disitu dalam pengisian blog.
    terima kasih 🙂

  42. assalammualaikm. terima kasih atas ilmu yang di kongsi.. banyak yang saya perlu pelajari mengenai islam selaku agama yang di anuti.. daripada agama saa sebelum ini

  43. mohon d izinkan saya share dgn teman2 sy d FB ya

  44. salam , maaf jike smpt ana hndak bertanye pd anta , mc donals y berleluasa itu haram ke halal??? ana cme dapat maklumat tntang kfc shj , mk ana pun ingn b’tanye tntg akn k’halalan mc donals .. dan lagi 1ana ingn b’tnye lagi , tntang cubaan mencuri jasad rasulullh , ada kh ia benar akn crite nyer ??? ana betol2 was2 , ade yang kate cerite benar dan ade y kate haye cerite dongeng?? jike ade mse reply laah ye ,, maaf mengangu

  45. Salam, blog ni banyak info bermunafaat, izinkan perkongsian artikel.

    • Silakan. Semoga Allah memberkati kehidupan kita.

  46. السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
    sy nak minta izin c0py [dlm blog saudara] terima ksh..

  47. Salam.

    Blog yang saya kunjungi hampir setiap hari dan ada N3 yang saya copy dan linkkan ke N3 saya.. suka dengan apa yang dipaparkan di sini. Teruskan usaha..

  48. salam…salam ukhuwwah dari sabah
    ana minta izin copy paste ilmu2 yang ada diblog ini untuk dishare kepada adik2 sebagai pengetahuan..terima kasih..

    • Silakan, semoga saya juga boleh menumpang pahala dari usaha anda semua. Sebarlah Islam, sesungguhnya Allah sentiasa bersama mereka yang bermujahadah di Jalan Allah SWT. Berterus-teranglah dengan Allah SWT, sesungguhnya kita tidak mampu menyembunyikan apa-apa pun dari pengatahuan Allah SWT kerana Allah SWT Maha Berkuasa Lagi Maha Mengetahui, Salam Ukhuwah Islamiah Daripada saya. ٍالسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

  49. jember-jawa timur-indonesia mendoakan mu,,…mudah-mudahan Allah selalu memberi kemudahan untuk mu dalam menegakkan agama-Allah ini……

    • Ribuan T.Kasih untuk Ikhwah semua, semoga kalin juga dibawah Naungan Allah SWT Yang Maha Esa.
      السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

  50. Assalamu’alaikum, blog yang sangat bagus, gambaran generasi muslim yang bijaksana dalam berfikir dan toleransi dalam bersikap. Banyuwangi-Jawa Timur-Indonesia

    • T.kasih dan t.kasih juga kerana sudi singgah sebentar di blog saya yang tak seberapa ini. Sama-samalah kita menyebarkan arahan-arahan Allah SWT yang penuh dengan segala nikmat dan kemanisan di dunia serta di Akhirat .Salam Ukhuwah Islamiah dari saya .السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

  51. SALAM,
    BLOG BAGUS. T KASIH

  52. pertama kali ambo masuk blog ni nov’10, terus bookmark. Banyak info dan ilmu, seperti kata orang semakin tinggi kta ngaji terasa sikit ilmu di dada. Sabda Junjungan SAW, Tuntutlah ilmu dari buaian sampai ke Liang Lahad…..Tuntut ilmu adalah wajib bagi muslimin dan muslimat.

    Jangan biarkan kita tidak tahu kita jahil.

    Tahniah buat anda.

    • Ribuan T.Kasih atas kerana sudi berkongsi Ilmu Allah SWT. Semoga Allah SWT terus memberi hidayah dan Inayah kepada ita semua dalam menjalani liku-liku kehidupan, marilah sama-sama kita mengejar mutiara-mutiara Allah SWT dan Rasulullah SAW yang lebih bernilai daripada mutiara yang menjadi perhiasan dunia. Salam Persaudaraan Sesama Agama dan Salam Aidul Adha untuk semua…السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

  53. Assalamualaikum…blog ini sngt bgus dan brmanfaat.. minta izin diambil sdkit maklumat2 utk dkongsi dgn shabat2 ana..terima kasih…

    • Silakan, semoga anda dan saya mendapat rahmat daripada Allah SWt di dunia dan Akhirat.

  54. Subhanallah…
    Makasih buat artikelnya…
    sangat bermanfaat…
    Izin nge “link” blog nie ya…
    mksh…

    • Sila, selama beberapa hari saya tidak berkesempatan mengisi blog saya kerana masalah saluran internat di kawasan perumahan saya rosak.

  55. Salam HijratuRRasol(SAW) 1432.
    Ucapan Najib melancarkan stesen televisyen terbaru, TV AlHijrah “Dunia harus mengetahui akan hakikat bahawa Islam sejak dahulu sentiasa memperjuangkan keamanan sejagat. Agama ini juga mengiktiraf hak individu, kebebasan beragama dan turut meletakkan wanita di tempat yang betul,” katanya.
    “Bukan Islam tidak lagi fobia apabila disebut perkataan Islam sebaliknya akan menganggap masyarakat Islam sebagai rakan yang baik,”

    Hadith :
    Dari Usamah bin Zaid r.a bahawa ia pernah mendengar Nabi SAW bersabda “Pada hari kiamat kelak seseorang itu akan dicampakkan ke dalam neraka, maka keluarlah ususnya dan dia berputar-putar seperti seekor keldai mengelilingi batu kisaran. Para penghuni neraka lainnya pun menghampirinya dan bertanya:”Wahai saudara, mengapa ini semua terjadi? Bukankah saudara adalah orang yang pernah menyuruh kepada-perkara makruf (kebaikan) dan mencegah perkara-perkara yang mungkar (kejahatan)?” Maka ia menjawab:”Benar, akulah yang pernah menyuruh kamu berbuat makruf dan melarang kamu berbuat kemungkaran, tetapi aku sendiri yang melanggarnya.”-Bukhari & Muslim

  56. Di manakh harus dicari ketenangan itu????

    • Cuba renung ayat Al-Quran, Surah Ar-Ra’du ayat: 23 ( 13:28)
      “(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah”. Ketahuilah dengan “zikrullah” itu, tenang tenteramlah hati manusia.

      Dan Surah Yunus, ayat: 57.
      Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman.

      Serta Surah Al-Isra’, ayat : 82.
      Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Aya-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua.

      Hanya dengan kita yakin kepada pemilikan Allah SWT ke atas diri kita dan Yakin Kemampuan Allah SWT dalam membantu dan membentu hati kita. Pasti hidup kita akan tenang. Wallah Hua’lam.

  57. ya….syukran..

    • عفوا , جزاكم الله خير الجزاء

  58. ass wr wb.
    saudaraku yg baik budiman.
    perkenalkan saya syihabudin dari negara indonesia,umur saya ndak masuk 21 tahun.
    saya orang yg selalu mencari kebenaran kebenaran tentang ketuhanan.meskipun saya orang yg teramat hina di mata manusia,tapi saya tidak ingin hina di mata allah.dimulai dari usia 15 tahun,,saya sudah mencari tentang kebenran2 tentang tuhan.meskipun kehidupan saya tidak di dasari dengan agama yg kuat.dan ketika usia saya masuk 18 tahun saya mulai mencari kebenaran2 dari berbagai agama,dari agam budha,hindu,kristen dan termasuk islam.namun saya tidak pernah menemukan kepastian dari agama agama tersebut.melainkan hanyalah kata2 ragu yg selalu di jelaskan oleh agama2 tersebut,kata2 yg tidak kuat yg mereka sampaikan.

    kemudian sejak umur saya 20 tahun,saya pergi ke daerah ibu kota yaitu jakarta.disana saya menemukan seorang ahli hakikat,disana saya menemukan kebenaran2,namun yg saya rugikan,ihwan/saudara saya yg satu pembelajaran,banyak yg salah mengartikan dari apa yg kami dapatkan bersama,seolah mereka sesat dan terpuruk dalam dosa.saya amat sedih ketika saudara2 saya keliru dalam mengartiakan apa yg di dapatkan.pada tahun 2009 sekitar bulan 04 kemaren,orang yg selalu kasih pengarahan terhadap kami semua meninggalkan dunia.pulang ke hadirat allah.
    dan pada saat itulah saudara saya atau ihwan saya menjadi jadi,dan asal asal mengartikan dari segala macam segi kehidupan,seperti cerita syeikh siti jannar,yg muridnya sesat karena salah mempergunakan ilmu yg di beriaknnay.

    disini saya mohon maaf beribu maaf atas kelancangan saya telah menceritak hal ini terhadap saudara2 sekalian.guna lain dan tak bukan ingin memper dalam lagi tentang hubungan saya terhadap allah,,agar saya dan ihwan saya yg lainnya tahu akan kebenaran2 yg seungguhnya.

    disin saya mungkin saya masih terlalu muda untuk memahami hal2 seperti ini…namun saya benar2 ingin lebih mengetahui dan mengungkap,akan hal2 yg belum di ketahui.
    toong kasih saya pengarahan dan sedikit ilmu agar perjalanan saya selama ini tidak sia sia,,,amin..
    dan say benar2 mengucapkan ribuan terima kasih kepada si pembuat situs web ini….karena dengan bertemunaya situs ini berarti bertambahya wawasan dan mengenal saudara2 sekalian.amin wss wr wb

    • Saya memahami jiwa anda, apa yang saya harapkan dan doakan, agar anda akan bertemu dengan pendakwah Islam yang sanggup membantu anda dalam semua keperluan, maksud saya keperluan aqidah, keperluan pengajaran feqah dan keperluan ilmu tasawwuf. Kehidupan sekarang amat berbeza dengan zaman Rasulullah SAW. Semua golongan sentiasa berusaha mempengaruhi orang lain untuk menyokong pertubuhan masing-masing dan agama masing-masing. Agama dijadikan bahan untuk mencari sesuap nasi atau dijadikan pertubuhan yang besar atau menggunakan semangat agama untuk berniaga mengaut keuntungan, semuanya ini amat dibenci oleh Allah SWT. Rasulullah SAW tidak menggunakan Fardhu Haji untuk berniaga, Rasulullah SAW tidak menggunakan Solat hajat dan solat jenazah untuk berniaga dan membebankan umatnya. Dunia sekarang berbagai pakej haji dan pakej tahlil telah dijadikan perniagaan semuanya bernilai ribuan ringgit, tiada lagi semangat berkorban untuk Allah SWT dan Rasulullah SAW. Oleh yang demikian janganlah anda memandang agama Islam tidak lagi wujud kebajikan dan khairat seperti mana zaman Rasulullah SAW. Apa yang saya lihat sekarang, budaya meminta bayaran dalam ibadat Islam adalah satu proses ke arah melahirkan jiwa-jiwa murni dalam perjuangan Islam. Apabila kebanyakkan golongan ulamak dan ustaz telah mula memperdagangkan agama Allah SWT dengan habuan manusia. Maka ulamak yang tidak meminta bayaran dan habuan daripada Solat Hajat, Solat Jenazah, Tahlil dan Baca Yasin dan sebagainya, Itulah Ulamak dan Ustaz yang benar-benar berkorban kerana Allah SWT. Janganlah anda kecewa dengan gelagat ulamak dan ustaz yang mengejar habuan dunia, sesungguhnya Allah SWT tidak sedekitpun terpedaya dengan amalan-amalan mereka dan pangkat yang mereka miliki. Beramallah kepada Allah SWT dengan penuh Ikhlas, carilah kerja yang halal dan selitkan zikir dan niat Ikhlas kepada Allah SWT setiap saat dalam pergerakkan anggota badan kita, agar pergerakkan anggota badan kita sentiasa berada dalam ibadat kepada Allah SWT. Jika pekerjaan kita tidak begitu menjurus ke arah Islam, seperti berkerja dengan kerajaan demokrasi, pejabat-pejabat agama Islam yang berorientasikan pejabat kerajaan, maka hendaklah kita sentiasa beristihgfar kepada Allah SWT setiap saat kerana pekerjaan kita sebenarnya sentiasa menyokong pertubuhan bukan Islam dan dalam saat yang sama kita meruntuhkan agama Islam. Jika anda hina dimata manusia, percayalah anda mulia di sisi Allah SWT. Insan yang mengutip sampah lebih mulia di sisi Allah SWT jika kehidupannya sentiasa tawadduk dan sentiasa solat serta bibirnya sentiasa dibasahi lafaz-lafaz suci atau zikir-zikir Allah SWT daripada ketua majikan yang pakaian cantik tetapi hati dibaluti sifat takabbur dan tidak solat serta lidah tidak dibasahi dengan zikir-zikir kepada Allah SWT. Pada masa ini telah terserlah apa yang Allah SWT sifatkan, semua manusia mengejar kemewahan dan meninggalkan pahala tawaran Allah SWT, sehingga Ulamak dan ustaz juga cuba beribadat disamping mengejar dunia dan berjihad untuk pangkat, apabila ustaz dan ulamak juga telah mencapai pangkat dan telah mendapat kemewahan yang mereka kejari barulah mereka melafazkan Al-Hamdulillah dan mengucapkan ” Sesungguhnya inilah nikmat kurniaan Allah SWT ” pada sangkaan mereka mereka adalah insan yang paling lengkap dan sempurna di dunia. Pangkat mereka dapat, kemewahan telah mereka perolehi dan ilmu agama mereka kuasai. Sedangkan apa yang kita dapat lihat sekarang tidak ada pertubuhan yang mampu menampung keperluan umat Islam, jika wujud pun tidak banyak. Insan seperti anda, amat memerlukan bantuan dari segenap segi atau bidang, Persaudaraan Islam bukan sekadar dibibir dan di jalanan sahaja tetapi mesti terpahat dihati dan direalisasikan dalam semua bentuk perbuatan. Semoga anda mampu berjuang dan memahatkan nama Allah SWT dan nama Rasulullah di dalam jiwa anda dalam mengharungi kehidupan ini. Ambillah Ilmu dari Ulamak dan Ustaz tetapi jangan meniru perbuatan ulamak dan ustaz yang mengejar pangkat, sentiasa meminta bayaran dan tidak membantu sesama Islam. Betapa Maha berkuasanya Allah SWT, Ilmu Allah SWT tetap bersinar di dunia ini. walaupun ianya tersebar melalui lidah-lidah mereka sebegini. Namun tanggungjawab kita sebagai manusia, lapangkan hati kita menerima Ilmu Allah SWT yang akan tersebar walaupun melalui orang yang bukan Islam. Jika Allah SWT menghendakki ianya berlaku,tetap akan berlaku. Subha Nallah ( Maha Suci Allah SWT) dalam semua tindak tanduknya. Amin Ya Rabbal Alamin.

  59. Assalamualaikum,
    MasyaAllah..Syukur alhamdulillah Allah gerakkan hati dan berjumpa dengan blog ini.Saya masih baru dalam alam blogger dan mengharapkan dapat menjadikan blog saudara/saudari sebagai pedoman.InsyaAllah saya dalam usaha membina blog yang menceritakan sejarah2 di bumi Madinah dan sejarah2 berkaitan kisah hidup Rasulullah SAW di Madinah agar pembaca2 mendapat kisah-kisah yang sahih dari hadis,bukan rekaan semata-mata.Semoga Allah memberi kekuatan dan semangat yang berterusan kepada kita,InsyaAllah..minta izin utk membuat link antara blog kita.

    • W.Salam.Silakan. Semoga Allah SWT memberi semangat kepada anda untuk terus berjuang dan mengharap balasan daripada Allah SWT di Akhirat kelak. Amin Ya Rabbal Alamin.

  60. assalamu’alaikum,,sye nk mintak share sume entri saudr,,syukran..

    • W.Salam, T.Kasih krn nak share ilmu, smoga kita semua bertambah Ilmu dan sentiasa bersemangat mencari Ilmu Allah SWT. جزاكم الله خير الجزاء فى الدنيا والاخرة

  61. Assalamualaikum..blog ni sgt3 mmbantu sy dlm usaha trbiyah ini. jazakllah kheir..smoga apa yg anda perjuangkan diberkati Allah .. ^^

    • T.Kasih atas pujian anda. Segala puji dan syukur sama-sama kita persembahkan kepada Allah SWT yang memilki segala sifat-sifat kesempurnaan. Apa yang saya paparkan juga adalah untuk mentarbiah diri saya sendiri serta sebagai amal jariah untuk tatapan anak-anak saya yang bakal menempuh alam remaja. Apa yang saya korbankan dari segi masa dan tenaga adalah dengan harapan dapat menjadi teladan pada anak-anak saya.

      Saya gunakan masa diluar waktu pejabat untuk mengisi blog ini, agar saya tidak berhutang dengan kerajaan tentang masa perkhidmatan yang diwajibkan oleh kerajaan terhadap kakitangan awam.

      Sama-samalah kita berdoa, agar kita dijauhkan daripada sifat-sifat mazmumah. Apa yang paling saya takuti dalam kehidupan saya adalah syirik kecil atau syirik khafi (syirik tersembunyi ) dan sifat munafiq dalam kehidupan terhadap Allah SWT. Dalam hati kecil kita seharian, kita sentiasa berjanji dengan Allah SWT akan melakukan Ibadat dan penyembahan sejati kepada Allah SWT, tetapi saban hari kita tidak melaksanakannya. Semoga Allah SWT memberi kekuatan kepada kita untuk beribadat kepadaNya di celah-celah kehidupan dunia yang tidak kehabisan. Amin Ya Rabbal Alamin.

  62. Assalamualaikum

    Ambo dok baco tulisan-tulisan tuan lamo doh, menarik sungguh..Alhamdulillah, teruskan perjuangan tuan.

    • W.Salam. T.Kasih kerana sudi membaca dan berkongsi ilmu pengetahuan agama.

  63. asalamualaikum…apabila sy bca laman ini sy berasa petapa kerdil nya sy dengn ilmu yg sy cari selama ny…sy kagum dengn usaha anda..ini kali pertma sy jejak lamn ini sy hrap anda terus dengn usha ini…semoga usaha ini menarik ramai lg orng2 di luar sana untuk mengenali islam..

    • Terima Kasih atas pujian anda, apa yang saya lakukan adalah berbekalkan akal fikiran yang Allah SWT berikan, serta dengan kecetekan Ilmu saya. Cuba anda bayangkan bagaimana ulamak-ulamak yang Allah SWT anugerahkan kepada mereka Ilmu agama, pasti hati mereka begitu jelas melihat keagongan Allah SWT. Untuk pengetahuan anda, pada suatu malam saya terasa amat terharu apabila saya mengamati youtube tohmahan kristian kepada Nabi Muhammad SAW, tetapi apakan daya saya tidak berkesempatan untuk menyebarkan maklumat dalam youtube tersebut. Saya amat bimbang dengan budaya kehidupan di Malaysia dan kecetakan ilmu agama kita tentang Islam, sedangkan pengembangan agama kristian di timur tengah adalah menggunakan hujjah-hujjah dan nas-nas dalam Al-Quran dan hadis untuk menentang agama Islam.
      http://mechristian.wordpress.com/daring-question-series/
      Jika anda mengamati ketajaman dan keberanian yahudi mempersendakan Rasulullah SAW dalam laman di atas pasti anda akan menitis air mata.Saya tidak memilki pengatahuan IT yang mencukupi untuk memperbetulkan aqidah mereka, betapa besarnya tugas ulamak di zaman ini untuk menyebarkan Islam… Selamat mencari Ilmu Allah SWT. Salam Ukhuwah Islamiah daripada saya. Hati-hati apabila melayari laman di atas, berilah alamat laman tersebut kepada Ulamak yang Cintakan Allah SWT agar dapat memberi pengajaran kepada semua. Sekian Wassalam..السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

  64. Assalaamu’alaikum saudara yang baik…

    Subhanallah, tidak menyangka akan bertemu kembali dengan blog yang telah lama tidak dalam pengetahuan saya setelah blog lama saya hilang dimaya. semoga kebaikan akan kembali terjalin dengan terjumpanya blog ini kembali.

    Salam mesra dan persaudaraan dari Sarikei, Sarawak.

  65. Assalamualaikum,
    Saya amat teruja kerana terjumpa blog saudara malam ini. Saya rasa inilah diantara blog yang terbaik pernah saya jumpa dari segi isi kandungannya dan juga layoutnya. Kemas dan senang nak navigate. Tahniah. Lebih menarik lagi setelah saja membaca Peganganku. Suatu niat dan harapan murni yang saya juga ingin kongsikan.

    Saya baru saja berjinak-jinak dengan blogging. Saya rasa blog ini akan menjadi favorite blog saya. Saya mohon izin untuk linkkan blog ini dengan blog saya yang tersangat baru lagi di http://diaripasartani.blogspot.com/

    Tahniah sekali lagi dan saya harap saya akan terus bertuah untuk mempelajari dan mendalami ilmu dan khazanah Allah di sini. Sekian, terima kasih dan Wassalam.

    • Jutaan T.Kasih atas kunjungan anda dalam blog saya yang tidak seberapa ini. Berbekalkan sedikit ilmu dan dibantu dengan sokongan isteri serta sahabat taulan maka saya berusaha menyampaikan mesej Islam kepada mereka yang juga merindui pertemuan dengan Allah SWT. Saya amat jahil dalam bidang IT,apa yang saya mampu lakukan hanyalah sekadar ini sahaja.
      Saya akan berusaha menjadikan blog ini lebih menarik jika saya ditakdirkan Allah SWT mempertemukan saya dengan mereka yang pakar dalam bidang IT. Saya dapati terlalu banyak video agama yang amat berfaedah dan menarik untuk panduan para pendakwah Islamiah jadikan panduan tetapi semuanya dalam bahasa Arab, alangkah baik dan banyaknya pahala yang akan anda dapat sekiranya ada pihak sudi berkorban masa dan tenaga menterjemahkan video-video tersebut ke dalam bahasa Melayu atau lain-lain bahasa dengan tujuan mengambangkan dakwah Islamiah di muka bumi ini.

      Ribuan T.Kasih juga saya ucapkan, kerana anda sudi menjadikan blog saya sebagai blog pilihan anda.

      Semoga bumi Allah SWT dipenuhi dengan Insan Yang Cintakan Ilmu-Ilmu Allah SWT.. Amin Ya Rabbal Alamin.

  66. Assalamualaikum Saudara,
    Terima kasih kerana meluang sedikit masa untuk membalas komen saya di atas.

    Alhamdullilah, saya ada keluangan sedikit masa dan tenaga ke belakangan ini dan ini membolehkan saya untuk memberi perhatian ke atas usaha membuat blog sebegini. Saya ingin membantu menterjemah video-video yang mungkin berguna untuk masyarakat Islam khasnya, tetapi ilmu saya di dalam bahasa Arab adalah hampir tiada. Kalau ada keperluan untuk menterjemah video atau dokumen English ke bahasa Melayu, itu InsyAallah saya boleh lakukan. Tetapi saya pasti perkara itu tidak menjadi masaalah kepada saudara. Walaubagaimanapun, kalau ada keperluan di mana-mana, saya amat berbesar hati kalau boleh membantu.

    InsyaAllah, sedikit usaha dan pengorbanan saudara dan rakan-rakan blogger dan pendakwah-pendakwah lain akan mendapat balasan yang tidak dapat dibayangkan dari ALLAH S.W.T. Amin…

    • وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته
      Jutaan Terima Kasih atas kesudian anda ingin membantu saya dalam mengembangkan usaha dakwah, saya juga kesuntukan masa untuk berbuat demikian tetapi jika anda benar-benar memiliki kemampuan. Saya akan cuba membuat kertas kerja dan akan merangka satu program untuk benar-benar memberi manfaat kepada semua. Saya bertugas dengan kerajaan dan berkhidmat di Kota Bharu. Jika anda juga bertugas dengan kerajaan dan juga berada di Kota Bharu atau anda bertugas di tempat lain tetapi tidak menjadi masalah jika berada di Kota Bharu. Maka kita sama-sama merancang dan melaksanakan program tersebut di Kota Bharu. Kita sama-sama memohon dengan Ketua Jabatan untuk melaksanakan program tersebut dengan selesa tanpa gangguan mana-mana pihak.
      Untuk menyelesaikan masalah Bahasa Arab, Insya Allah saya akan cuba menyenaraikan dalam kertas kerja mereka yang mahir dalam B.Arab untuk menjadi rujukan kita. Apa yang penting kepakaran anda dalam mengedit Video adalah perkara yang paling penting.

      Insya Allah, semoga apa yang kita rancangkan mendapat Restu daripada Allah SWT.
      Maaf, semalam saya tidak berkesempatan membaca komen anda. Sekian.

      جزاكم الله خير الجزاء.

  67. Assalamualaikum wbt…
    1.Tahniah dan syabas untuk anda kerana usaha yang cukup baik..Insya Allah semoga Allah memberkati usaha anda..
    2.Mohon untuk menyalin dan berkongsi di blog saya..Semoga Allah perkenankan usaha kita inysa Allah.
    3.Teruskan usaha anda dan saya akan sentiasa mendoakan kesihatan yang baik dan umur yang panjang untuk anda supaya lebih banyak perkara yang boleh kita kongsi bersama2 di masa2 akan datang..Insya Allah..
    4.Mohon beri tunjuk ajar..kerana saya masih banyak kekurangan..
    5.Boleh anda berikan pendapat : Buku apa yang terbaik untuk saya rujuk untuk kerja berdakwah dan untuk diri saya..

    terima kasih dan semoga dirahmati Allah dengan RahmatNya ..
    Wallahu’lam

    • W.Salam. Terima Kasih atas sokongan anda. Semoga Allah SWT memberkati kehidupan kita semuadi dunia dan lebih-lebih lagi di Akhirat.
      Buku-Buku yang menjadi panduan saya dan paling berharga bagi saya adalah :
      1-Tingkatan Ma’rifat karangan Muhammad Nawawi keluaran Darul Nukman.
      2-Sairus Salikin.
      3-Kuliah Subuh karangan Syeid Ahmad Semait.
      4-Pendidikan Anak-Anak Karangan Abdullah Nasih.
      5-Minhajil Abidin- Imam Al-Ghazali.
      6-Wasiat dan Nasihat Kerohanian-Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani.
      7-Ihya Ulumuddin-Imam Al-Ghazali.
      8-Penawar Hati dan Penenang Jiwa- Abu Mazaayan Al-Hafiz.
      9-Hadis-Hadis Peringatan buat umur Insan-Telaga Biru.
      10-Mencari Ma’rifat-Ibnu Abdullah Al-Naqsyabandi ( Hanya untuk menambah pengatahuan ).
      11-Penenang Jiwa-Imam Al-Ghazali.
      dan lain-lain kitab dalam blog saya serta carilah dalam kategori ” Taman Syurga “.

      Selamat berdakwah di Jalan Allah SWT dan Salam Ukhuwah Islamiah daripada saya.
      السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

  68. Assalamualaikum wbt..
    pertama sekali,saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda kerana melalui blog ini,saya tlah belajar sedikit sebanyak pkara2 yang saya kurang faham sebelum ini.Disini saya ingin bertanyakan beberapa soalan..saya harap soalan saya ini tidak membebankan saudara..
    1.saudara,adakah taubat seorang lelaki yang telah melakukan persetubuhan dgn wanita yang bukan isterinya akan diterima?
    2.adakah sah mandi wajib dan air wudhuk serta solat se2orang yang mewarnakan rambut nya sekiranya dia menginsafi dan berniat ingin melakukan solat dalam keadaan trsebut?
    itu saja yang saya ingin tahu.Saya masih berumur dlm lingkungan 15-18 tahun dan saya masih kurang ilmu pngetahuan.Saya harap saudara dapat membantu saya.Assalamualaikum wbt.

    • W.Salam.
      Apa yang saya jawab hanyalah pendapat peribadi saya berdasarkan apa yang saya fahami.

      1- Saudara mesti yakin bahawa Allah SWT Maha Pengampun kepada dosa yang tidak sengajakan serta jahil. Namun jika disengajakan dan tahu hukum tersebut, maka saudara berdosa disebabkan saudara telah tewas dengan pujukan syaitan. Dosa ini juga berhak mendapat keampunan Allah SWT dengan Taubat Nasuha. Jika telah melakukan taubat Nasuha tetapi mengulangi kembali dosa tersebut. Maka Taubat Nasuha yang kita laung-laungkan bukan lagi Tubat Nasuha tetapi taubat tersebut telah berubah kepada mempersendakan Allah SWT. Maka orang yang mempersendakan Allah SWT adalah orang munafiq. Sesungguhnya amat susah untuk mendapat Taubat Nasuha yang suci dan tidak mengulangi perbuatan maksiat. Sebagai motivasi untuk diri kita, maka kita berpegang kepada pendapat ” Allah SWT akan mengampun segala dosa hambaNYa kecuali dosa Syirik “. Tetapi kita mesti ingat bahawa dosa-dosa yang kita lakukan, tetap akan memalapkan Kejernihan Cahaya Iman semulajadi yang Allah SWT kurniakan kepada kita.
      Dalam Hadis Rasulullah SAW bermaksud setiap anak Adam dilahirkan dengan terdapat TAPAK Syaitan di dalam hati, setiap kali anak Adam melakukan dosa TAPAK syaitan akan membesar sehingga hati anak Adam dipenuhi dengan tapak syaitan jika perlakuan maksiat berterusan.
      Sesungguhnya orang yang melakukan dosa bukanlah orang yang mengikut Sunnah Rasulullah SAW.

      2-Mandi wajib hanyalah untuk mereka yang berhadas besar. Mandi wajib tidak dikhususkan kepada penzina. Dosa Besar tidak layak mandi junub tetapi harus melalui hukum Jenayah Syariat Islam. Sesetengah Ulamak Mayat Penagih Dadah tidak layak disolatkan dan dimandikan. Namun perkara ini khilaf Ulamak. Sementara mewarnakan rambut yang Rasulullah SAW haruskan hanyalah dengan penggunaan inai, sementara lain-lain bahan yang diperbuat daripada bahan haram, maka keharaman tersebut disebabkan penggunaan bahan yang diharamkan. Jika bahan pewarna tersebut halal tetapi menghalang air terkena pada rambut maka hukumnya haram kerana menghalang air dari terkena atau menyerap pada rambut. Jika bahan tersebut daripada bahan yang haram dan mengahalang air daripada mengenai rambut maka pengguna bahan tersebut mendapat dua dosa.
      Pertama dosa menggunaka bahan yang haram dan yang kedua kerana mandi wajib tidak sah disebabkan air tidak sampai ke rambut.
      Bagi saya Allah SWT memang Maha Adil dalam menghukum dosa dan juga Maha Adil dalam menganugerahkan pahala kepada hambaNya. Allah SWT tidak akan menzalimi perbuatan manusia walau sebesar zarah. Wallahhu A’lam. Rujuklah kepada Ulamak Yang Benar-Benar Mencintai Allah SWT.

      • Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada saudara.Segala persoalan yang selalu bermain d fikiran saya sudah pun terjawab.Saya doakan agar saudara sentiasa di rahmati oleh Allah SWT di dunia dan di akhirat.Assalamualaikum wbt

      • Saya juga mengucapkan Jutaan Terima Kasih kerana anda sudi berkongsi Ilmu, semoga Allah SWT menjadikan setiap permasalahan yang kita hadapi ada jalan penyelesaiannya. Semoga Allah SWT mempermudahkan segala usaha kebajikan dan kebaikkan yang kita usahakan. Amin Ya Rabbal Alamin.
        السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

  69. assalammualaikum,saya selalu mengunjungi blog saudara,byk sekali ilmu yg bermanfaat trm ksh krn sudi berkongsi.sya minta izin utk share ilmunya..salam ukhuwah islamiah dr sya…

    • W.Salam. Terima Kasih atas kesudian anda melayari blog saya. Saya kini agak sibuk kerana saya dalam usaha mempelajari IT dengan tujuan agar dapat mengedit video-video arab yang penuh dengan segala khazanah Ilmu Allah SWT. Salam Ukhuwah Islamiah kembali daripada saya untuk anda dan semua Ukhwah Fillah. Semoga Allah SWT memberi semangat kepada kita semua untuk terus mencari rahsia-rahsia kejadian Allah SWT.
      السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

  70. amin…..

  71. assalamualaikum…terima kaseh atas perkongsian ilmu dan pengajaran yang sangat bermanafaat ini, izin kan sya berkongsi di blog saya moga tuan mendapat berkat diatas ilmu dan usaha tuan…

    • W.Salam. Silakan. saya juga berharap demikian, semoga Allah SWT memberi setitis Iman dan Ilmu untuk kita mengenaliNya dan menyembahNya dengan sebenar-benar penyembahan dan pengabdian. Amin Ya Rabbal Alamin.

  72. Bismillah: Al-Hamdulillah. Semoga Allah membalas jasamu dan semoga Allah swt merahmati kita semua. jam jalan-jalan ke blog saya pula.

  73. assalamu’alaikum, syukran atas perkongsian yang bermanfaat. ana mohon keizinan untuk berkongsi dgn sahabat2 lain, artikel2 di sini

    • W.Salam.Silakan, semoga Allah SWT memberi hidayah kepada kita semua. Amin Ya Rabbal Alamin.

  74. Kun babi kau Allah S.W.T. Kun babi kau Muhammad S.A.W. ….Lihatlah kehancuran palestin pasti Muhammad dan sekutunya kan mampus

    • Allah (SWT), Muhammad (SAW). (?????)

  75. apa hukumnya sekiranya isteri minta cerai

    • Cerai adalah harus disisi Islam, cuma keadaan yang menentukan kedudukan hukum tersebut. Jika isteri melakukan maksiat kepada Allah SWT- hendaklah anda memberi nasihat dan panduan agama. Jika berlarutan kemaksiatannya kepada Allah SWT, wajib anda ceraikan, kerana perbuatannya menyebabkan anda menanggung dosa tersebut.
      Jika isteri anda adalah isteri solehah atau isteri yang mentaati arahan agama, cubalah anda selidik kekurangan pada diri anda, carilah sahabat yang memahami hukum agama dan ceritakan permasalahan anda serta mintalah pandangan daripadanya seterusnya jangan lupa pada pandangan alim ulamak yang mursyid. Semoga Allah SWT mempermudahkan permasalahan yang anda hadapi, Amin Ya Rabbal Alamin.

      • “kerana perbuatannya menyebabkan anda menanggung dosa tersebut”
        **kita tidak sesekali menanggung dosa org lain.
        **dosa suami/ayah krn lalai mengajar isteri/anaknya itu. dah diajar etc sedaya upaya, jika tok sir jgk, dosany ditanggung isteri/anak tsbt.

  76. aku bersyukur telah diberi kesempatan untuk membuka blog antum. n sekali lagi aku ucapkan banyak berterima kasih atas sumbangsih anda menegakkan kalimah toyyibah anda kepada kami. dan ijinkanlah kami mengamalkannya.

    • Jutaan Terima Kasih atas kesudian anda melayari dan membaca kandungan blog saya yang tidak seberapa ini. Semoga Allah SWT terus memberi kesihatan dan semangat kepada saya untuk meneruskan usaha ini. Sesungguhnya Rasulullah SAW berlipat ganda masa dan tenaga telah dicurahkan di Jalan Allah SWT, tetapi apa yang saya lakukan bukanlah sampai peringkat berkorban jiwa dan raga. Kita tidak dapat membayangkan bagaimana usaha Rasulullah SAW, para sahabat dan para ilmuan Islam yang boleh mencapai kegemilangan Ilmu dan Kemurnian Akhlak sehingga tingkah laku mereka boleh menarik jiwa-jiwa orang bukan Islam untuk memeluk agama Islam. Alangkah murninya usaha dan pengorbanan mereka. Ilmu dan Jasa Mereka tidak boleh dibayar dengan nilai-nilai kebendaan dan keduniaan. Subhanallah.Semoga Allah SWT mengembalikan kegemilangan dan Kemurnian Islam kepada dunia Islam dalam masa terdekat. Amin Ya Rabbal Alamin.

  77. Kun Babi kau Allah S.W.T. Kun Babi kau Muhammad S.A.W..

    • Allah (SWT), Muhammad SAW), (?????)

  78. PLEASE WISH ME TO BE DUST BEFORE YOUR DELETE THIS MESSAGE OK>

    • Kita smua akn kmbali kpd tanah, x perlu wish apa2.

  79. salam.. blog nie m’berikan kita lg kematangan dlm hidup dan penuh dgn keilmuan agama… Berada dlm blog nie m’buat kita ingin terus m’baca dan terus m’baca tanpa jemu.. trima kasih.

    • W.Salam.
      Jutaan Terima Kasih, di atas sokongan anda. Semoga Allah SWT terus memberi semangat kepada kita semua untuk terus mencari Ilmu Allah SWT yang amat perlu untuk panduan hidup kita di dunia dan lebih-lebih lagi kehidupan di Akhirat.
      Amin Ya Rabbal Alamin.

  80. Salam…..blog ni banyak memberi inspirasi dan pengetahuan agama untuk saya. terima kasih….;-)

    • W.Salam. Jutaan Terima Kasih di atas penghargaan anda. Semoga Allah SWT sentiasa mendampingi kita semua urusan. Amin Ya Rabbal Alamin.

  81. saya ada soalan peribadi yang ingin saya tanya….boleh kah kita bincangkan bukan secara umum?

    • Jika tidak membawa faedah dan kebaikan bersama, silakan.

  82. Salam,
    saya ingin minta pendapat..saya ada berkawan dengan seorang lelaki yang dulunye rakan sekolah..sekarang saya mempunyai perasaan suke , sayang dan cintakan dia…tapi dia dah mempunyai teman wanita…dia pun ada perasaan yang same dengan saya tapi dia lebih sayangkan teman wanita dia…jadi sekarang patut ke saya terus menghubungi dia atau menjauhkan diri dari dia???saya harap kekeliruan yang bermain di minda dan di hati saya dapat di selesaikan…terima kasih..:-)

    • W.Salam.
      Jika anda berkawan biasa dan tidak berhajat menjadikan suami tetapi sekadar bertukar fikiran, Jangan anda terlalu serius. Pandanglah kehidupan yang sementara ini sebagai jambatan menuju Akhirat. Kita tidak lama di dunia ini dan kita pasti menemui Allah SWT.
      Jika anda berniat untuk menjadikan suami dan dia juga berniat demikian, anda patut berusaha mengenali kedua ibu bapanya dahulu, saya yakin hubungan percintaan melalui kedua orang tua pasti membawa berkat dan terhindar daripada perkara mungkar.
      Percintaan yang berdasarkan kebendaan, kecantikan dan sebagainya yang berbentuk keduniaan, tidak kekal dan jauh daripada berkat.
      Percintaan yang berdasarkan membina Keluarga Muslim pasti berkekalan sehingga ke dalam Syurga Allah SWT.

      Gunalah perasaan Cinta anda kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW. Ingatlah kata-kata ini ” Jika anda memberi hati yang bulat kepada keksaih anda, hati tersebut akan dirosakkan oleh kekasih anda, tetapi jika anda memberi hati yang hancur kepada Allah SWT pasti Allah SWT akan merawat hati tersebut sehingga kembali sempurna “.
      Amatlah sukar untuk menilai hati dan keputusan seseorang, hanya Allah SWT sahaja yang boleh mengubah dan mengarah seseorang unutuk mengIkhlaskan diri dalam menjalinkan hubungan sesama manusia.
      Banyakkanlah Solat Tahajjud dan Solat Istikharah kepada Allah SWT, semoga Allah SWT membantu menyelesaikan masalah anda. Setelah solat tahajjud dan istikharah namun permasalahan tetap timbul, sesungguhnya Allah SWT ingin memberi pahala kepada anda di dunia ini.
      Wallahhu A’lam.
      Semoga Allah SWT sentiasa mendampingi anda yang hidup bersamaan ketaatan kepada arahan Allah SWT.

      • tetapi sekiranya dia hanya menganggap kita sebagai rakan..apa yang harus saya lakukan?terus menghubungi atau jangan menghubunginya lagi?

      • tetapi sekiranya dia menganggap dan menyayangi saya sebagai rakan dan tak lebih dari seorang rakan, patut ke saya terus menaruhkan harapan dan terus hubungi dia atau pun menjauhkan diri dari dia??

      • Jika dia menganggap sabagai rakan biasa, binalah hubungan anda dengan penuh keikhlasan dan menjaga tata susila agama Islam. Jangan sesekali menjauhkan diri daripadanya. Kita tidak tahu kedudukan dia di sisi Allah SWT. Semoga Allah SWT memberkati hubungan dan kehidupan anda. Amin Ya Rabbal Alamin.

  83. assalamualaikum….saya nak tanya pendapat peribadi rasulullah sekira seseorang itu bersumpah yang dia akan setia dengan saya tetapi sekarang dia takut dengan sumpah tersebut kerana takut dia pilih orang lain…
    solat taubat boleh selesaikan semua ini ke??

    • W.Salam.
      Kata-kata dan sumpah mesti ditunaikan, sebenarnya dalam kehidupan ini. kita direkod oleh Allah SWT setiap,kata-kata, pergerakkan dan niat kita. Semuanya wajib kita tunaikan ( Jika perkara Ma’ruf atau kebaikan ). Semuanya kita akan bertanggungjawab dihadapan Allah SWT. Jika sumpah telah dilakukan dan pelanggaran sumpah berlaku, bagi Allah SWT itu bukan lagi sumpah malah itu adalah satu persendaan dan mempermainkan janji dengan Allah SWT. Allah SWT akan menghukum mereka yang melakukan sedemikian dengan penuh keazaban, samada di dunia atau di Akhirat nanti.
      Solat Taubat dan Istikharah hendaklah dilakukan dengan penuh kesedaran dan kesungguhan, perkara agama bukanlah boleh dipersenda-sendakan, sekadar solat dan sumpah memang manusia boleh lakukan, namun keikhlasan dan kesungguhan dalam melakukan ibadat adalah perkara asas dalam berhubung dengan Allah SWT yang Maha Melihat segala perbuatan hambanya. Allah SWT akan menilai Solat Hajat dan Iskharah yang kita lakukan adakah selari dengan nilai-nilai kehidupan kita seharian ?

      Insya Allah, Allah SWT akan membantu anda jika anda membantu Allah SWT, sesungguhnya Allah SWT sentiasa menyayangi hambanya yang Mukmin dan Mukminah. Ingatlah setiap nafas yang kita sedut adalah dengan izin Allah SWT, oleh yang demikian yakinlah kita hidup dan mati adalah di Tangan Allah SWT. Layarilah hidup ini dengan penuh keyakinan.
      Semoga Allah SWT akan membantu anda dengan berbagai cara, Amin Ya Rabbal Alamin.

      • macam mana pulak dengan saya ingin bertaubat tetapi saya hanya tahu solat fardu dan solat sunat hajat ?
        perlu ke saya bagitahu mak ayah saya sudah malukan mereka?

      • Taubat Nasuha amatlah suci, dengan Taubat Nasuha menjadikan anda insan yang suci dan berani serta gagah menghadapi segala dugaan. Jika ibu dan ayah anda seorang yang berilmu agama pasti mereka akan berbangga dengan Taubat Nasuha yang anda lakukan, tetapi jika ibu bapa yang tidak memahami agama. Anda perlu mengisi imu agama dalam jiwa mereka. Semoga Allah SWT mempermudahkan dan memberkati kehidupan anda. Amin Ya Rabbal Alamin.

  84. assalamulaikum…izinkn sy mngmbil info y brmnfaat d blog ne, trma ksh

    • W.Salam.Silakan.

  85. Salam Sejahtera dgn penuh keberkatan dari Allah swt buat semua saudara2ku sbgai pembaca n pengunjung laman islam ini. Ustaz, sudah lama sya mancari jawapan pd soalan ini. mungkin pd semua senang, tp disebabkan kecuaian, saya terlupa amalan sunat yg teramat mudah ini. batapa daifnya saya. boleh ustaz ingatkan saya bacaan sunat bagi laungan azan subuh pd “assolatulkhoirumminannaum”. Terima kasih

    • W.Salam.
      صَدَقْتَ وَبَرَكْتَ
      Sodaqta Wa Barakta – Itulah bacaan untuk menjawalan laungan azan yang anda maksudkan.
      Jangan terasa bersalah di atas persoalan anda, anda adalah insan pilihan Allah SWT untuk berterus terang dalam mencari pahala Allah SWT.

      • Salam buat semua dan terima kasih dengan ilmu dan nasihat dari ustaz itu. Gembira saya dan minta halal ilmu yg diberikan utk keberkatan sy bagi mengamalkanya. sekali lg shukran jazilan ya ustaz.

        salam………..

  86. KUN CELAKA KEPARAT BABI KAU ALLAH S.W.T. KUN CELAKA KEPARAT BABI JAHANAM KAU MUHAMMAD S.A.W.

    • Allah (SWT), Muhammad (SAW), (?????)

  87. Assalamualaikum sdra. Tahniah sdra atas perkongsian ilmu yang sungguh bermanfaat dalam blog ni. Blog yg sangat bagus dan sejak pertama kali membacanya, terus saya subsribe kat email. Mohon juga ehsan dan kebenaran sdra untuk saya share artikel2 dalam blog ini untuk perkongsian n manfaat bersama. Teruskan usaha anda yang murni ni.

    • W.Salam.
      Jutaan Terima Kasih di atas pujian anda, semoga Allah SWT membalas pujian anda dengan segala kemuliaan. Amin Ya Rabbal Alamin.

  88. assalamualaikum… macam saya nak elak kan diri dari menyayangi lelaki yang telah tinggal kan saya tak lama lagi saya nak exam risau saya dibuatnya kerana tak dapat fokus… salah ke cara saya kerana memarahi lelaki tersebut macam saya nak minta maaf kerana ikutkan hati saya sudah menyesal sekarang ini..

    • W.Salam.
      Tidak salah kita menasihati seseorang secara kasar tetapi sebaik-baiknya secara lembut. Cuma kadang-kadang kita terpaksa membentuk masa depan kita sendiri dan meminggirkan sementara kepentingan orang lain. Ini bukan bererti kita mementingkan diri sendiri tetapi memang sunnatullah atau sudah menjadi Syariat Allah SWT, Allah SWT memberi pahala kepada mereka yang menunaikan kebajikan atau pahala sahaja. Lihatlah kesungguhan Rasulullah SAW dalam beribadat. Oleh yang demikian tindakan anda adalah tidak salah, tunaikanlah hak dan kewajipan anda pada diri sendiri. Semoga Allah SWT memberkati dan mmbimbing serta memilih perkara terbaik untuk masa depan anda di dunia dan Akhirat. Jangan lupa tunaikan Solat Tahajjud dan Solat Istikharah apabila ingin memutuskan sesuatu keputusan. Hanya pilihan Allah SWT adalah terbaik untuk kita.

      Setiap kesalahan wajib memohon kemaaanf dan berterus terang adalah cara terbaik dalam menyelesaikan sesuatu masalah.
      Sematkan di hati anda niat yang Ikhlas agar Allah SWT sentiasa merestui tindakan anda. Amin Ya Rabbal Alamin.

  89. assalamualaikum saudara. syukran atas perkongsian ilmu yang sangat bermanfaat. saya mohon untuk kongsi entri saudara dalam fb saya. dan saya ingin kenal saudara..jikalau tidak keberatan.mungkin saudara ada facebook? cuma hendak tambah kenalan dan berkongsi..salam ukhwah daripada saya. jazakallah khairan.

  90. salam nak tanya betul ke bulu kucing tidak sah utk solat?

  91. Assalamualaikum.

  92. Assalamualaikum..ana ada satu prsoalan yg ana msih buntu mncri jwpnnya..begini..bagaimana kta nk mghadapi seorg sahabat yg tnpa sgan silu mncritakn hal dri kta kpd org lain? boleh dktakn ana seorg muslimat ttp soal dri ana dcritakn kpd ajnabi..bagaimana ya?

    • W.Salam.
      Dalam suasana sebegini,serahlah segala-gala pada Allah SWT. Ikhlaskan diri anda dan perbetulkan diri anda dengan cara muhasabah diri. Yakinlah segala yang berlaku akan menjadi pengajaran kepada kita. Kadang-kadang Allah SWT menggunakan perantaraan orang yang kita benci untuk membetulkan Akhlak kita.
      Bukankah diantara syarat taubat nasuha mesti mengaku kesalahan yang telah kita lakukan. Oleh yang demikian, lapangkan hati anda dan anggaplah sahabat tersebut adalah orang perantaraan yang Allah ingin melihat kita menjadi Insan Pilihan Allah SWT.
      Semoga anda berjaya menahan perasaan marah dan membaluti perasaan tersebut dengan kasih sayang sehingga melaluinya anda menjadi Insan yang disayangi oleh Allah SWT. Amin Ya Rabbal Alamin.

  93. Amin…syukran ya akh…

  94. assalamualaikum., ustaz.

    sy seorg perempuan. masalah yg paling sukar untuk saya tangani ialah masalah mengawal kemarahan. saya kuat cemburu meskipun saya sedar kekasih saya berhubung dgn rakan wanita sekiranya ada perkara penting dan tertentu shj. Apabila sy sedang marah, perkataan yang sy keluarkan sgt berbisa, shgga sy pernah ditegur ibu dan ayah mengenai kelancangan mulut saya berbicara. sy harap ustaz tak keberatan untuk membantu. wassalm.

    • W.Salam.
      Marah dan Cemburu merupakan sifat semulajadi yang Allah SWT ciptakan untuk manusia agar kehidupan sentiasa bersemangat, apa yang wajib anda lakukan adalah kawal dan alihkan perasaan tersebut ke arah kebaikan.
      Jika kawan anda berhubung dengan wanita lain dalam urusan yang tidak dilarang oleh agama, anda tidak patut memarahinya kerana anda akan memperolehi dosa secara tidak langsung. Seandainya urusan tersebut dilarang oleh agama, maka anda wajib memarahinya dan anda pasti mendapat pahala kerana mencegah perkara mungkar.
      Begitulah uniknya ciptaan Allah SWT, cuma cara penggunaan sifat tersebut wajib dikawal dengan ajaran Al-Quran dan Al-Hadis. Oleh yang demikian Allah SWT menggalakkan kita, agar sentiasa hidup dalam keadaan berzikir, menutup aurat, berwuduk, membaca Al-Quran dan sebagainya yang terdiri daripada amalan soleh supaya kehidupan kita tidak terluang untuk melakukan kemungkaran atau bersifat marah dan cemburu yang tidak mendatangkan kebaikan di dunia dan Akhirat.
      Padamkan kemarahan dan cemburu anda dengan berwuduk dan bertasbih serta berzikir kepada Allah SWT. Semoga Allah SWT membantu anda untuk menjadi Insan Yang Bertaqwa. Amin Ya Rabbal Alamin.

      • assalamualaikum ustaz.

        sy seorg pelajar. Sy mengambil SPM pd tahun nie.. dan alhamduliilah sy dah selesai exam. Orang tua sy amat berharap saya dapat menyambung peljrn sbg seorang guru. Berdosakah sy sekiranya sy membantah? sy runsing. betul ke menjadi seorang guru dpt menjaga hubungan dengan Allah dan sesama manusia?? bagaimana ingin menguatkan keyakinan sy yg pilihan kerjaya ibu bapa saya aldh pling tepat.?

      • W.Salam.
        Memang benar kerja sebagai guru atau muranbbi amat mulia jika dapat menjadikan Rasulullah SAW sebagai Teladan dan Allah SWT sebagai Matlamak. Setiap apa yang anda lakukan dan diikuti oleh murid akan mendapat pahala dan dosa yang setimpal dengannya. Pahala dan dosa akan berterusan sehingga Hari Qiamat. Alangkah bahagianya seorang Guru atau Murabbi yang mendapat pahala berterusan semasa dalam kubur kerana ajaran dan amalan kebajikan yang dilakukan dan diajari olehnya diikuti oleh anak-anak muridnya, alangkah buruknya padah seorang guru yang menjadi idola dalam perkara maksiat atau keburukan yang mendapat dosa secara percuma kerana perbuatannya dan perkataannnya diteladani oleh anak-anak muridnya sedangkan dia telah meninggal dunia dan tidak sempat memperbetulkan keadaan tersebut.

        Insya Allah anda akan menjadi Guru atau Murabbi yang mendapat Pahala berterusan di dunia dan di Akhirat. Amin Ya Rabbal Alamin.

  95. SLM ustz,ana nk tnya ckit leh?.adkh pnzina tidk dpt lary dari azab ALLH?

    • W.Salam.
      Berdasarkan ayat dalam surah Zalzalah dibawah,
      7. Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat dzarrahpun, niscaya dia akan melihat (balasan)nya.
      8. Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan sebesar dzarrahpun, niscaya dia akan melihat (balasan)nya pula.

      memang Allah SWT layak membalas perbuatan penzina demi keadilan Allah SWT Yang Maha Adil.
      Cuma Allah SWT juga bersifat Maha Pengampun kepada mereka yang melakukan perbuatan tersebut kerana Jahil, kerana dipaksa, kerana tiada orang mengajar ilmu agama dan beberapa perkara lain yang Allah SWT boleh terima kesalahan tersebut.
      Apa yang selalu kita dengar orang memberi alasan adalah lepas buat dosa boleh bertaubat, alasan ini adalah termasuk dalam ayat-ayat syaitan untuk menipu dan menyesatkan manusia.

      Allah SWT Yang Maha berkuasa boleh mengampun dosa sesiapa sahaja tetapi bukan senang untuk Allah SWT bertindak demikian kerana perbuatan kita bukanlah termasuk dalam Sunnah Rasulullah SAW, malah ianya adalah lambang kemegahan syaitan Laknatullah. Allah SWT tetap mengazab kita, namun apa yang kita harapkan agar Allah SWT ringankan azab tersebut dan penghujung azab Allah SWT terdapat Rahmat dan Ihsan Allah SWT yang akan membawa kita ke Syurga. Insya Allah.

  96. assalamualaikum.

    sy ad beberapa persoalan..yg mgkin membuka aib keluarga sy. Tapi sy takde tempat nak luahkan. Ayh sy sgt tegas. sehingga mengongkong ibu sy. tetapi ibu sy memilih utk mengalah dan berdiam diri. Ayh sy tdk mmpu mnyediakan keperluan spt org lain tp sy msih bersyukur. sy tinggal di bandar, tetapi sy dan ibu serta dua org adik lelaki sering bersama. Ayh tak pedulikan kmi sekeluarga, pernah sekali kami hnya diberikan RM10 untk ke pasar malam. shgga sy menghsut ibu sy untk bekerja kerana hmpir 15 tahun ayah tdk pernah memberi nafkah kpd ibu sy, sy sering membaca msej ayh bersama perempuan lain. tapi sy tak thu sejauh mane hbgn mereka. sy thu tekanan yg ibu sy hadapi shgga dia mendapat tekanan darah tinggi. sekarang nie, sy benci ayah sy.,sehingga sy menyampah untuk bercakap dgn ayah. Benci sy meluap2 bile ayah tak nak bg sy ambil lesen. Jujur, sy nak amik lesen sbb ibu, sy tak sggup melihat wanita separuh usia tu berjalan kaki hampir 1.5km setiap hari shgga ad yg pernah menyangka ibu sy seorang janda, ustaz, sy tahu sy berdosa kerana benci kpd ayh shgga pernah mendoakan kematiannya. tapi sy tak thu nak ckp mcm mane kat ayh,, setiap kali sy bersuara untk beri pendapat,ayh akn menjawab die merupakan ketua keluarga,.. sy tahu dy gagal sbg ketua keluarga. sy tak thu nak nsihat mcm mane, nak berbincang mcm mane dgn ayh. mgkin ustaz tahu ayt2 yg mampu menenangkan hati dn fikiran..

    • W.Salam.
      SubhanAllah, ujian Allah SWT terhadap anda terlalu besar dan pahala juga pasti besar di sisi Allah SWT. Apa yang anda alami ada jalan penyelesaiannya. Anda perlu ke pejabat atau ke majlis agama negeri untuk memaklumkan perkara tersebut. Semoga Allah SWT menemukan anda dengan pegawai agama yang berjiwa agama serta Ikhlas memberi khidmat. Jangan anda kecewa sekiranya permasalahan anda tidak diberi perhatian sepenuhnya oleh staf-staf agama yang tidak komited dengan ajaran agama.

      Sikap seorang bapa yang tidak menunaikan tanggungjawab layak menghadapi beberapa hukuman dalam Islam, walaupun kuasa pentadbiran dan cerai dalam keluarga pada pandangan umum di tangan bapa tetapi kuasa untuk Fasakh dan cerai melalui tkliq adalah hak mutlak untuk Isteri Solehah di tangan isteri. Anda wajib memperbetulkan keadaan dahulu melalui aduan kepada pihak yang terlibat, khidmat kaunseling dan sebagainya telah diwujudkan di beberapa kerajaan. Selepas anda berbuat demikian barulah anda menyerah diri kepada Allah SWT. Kita mesti berusaha mengubah nasib kita melalui kemampuan yang telah Allah SWT berikan, Insya Allah, Allah SWT akan memberi sesuatu yang paling baik untuk anda sekiranya anda bertindak sekarang.

      Sesungguhnya Allah SWT ingin memberi pahala kepada diri anda dan ibu anda serta ahli keluarga yang lain melalui ujian ini. Jika anda mampu memperbetulkan keadaan ini dengan cara terbaik bersama sejuta doa dan usaha pasti anda adalah anak soleh atau solehah.

      Semoga Allah SWT memberi jalan keluar kepada anda dalam masa terdekat. Amin Ya Rabbal Alamin.

  97. I’m very new to this blog world, masih bnyk yg perlu diadd. I like reading your articles..bnyk knowledge yg saya dpt. Mohon share artikel yg saya suka utk dimasuk ke blog saya.

    • Silakan.

  98. assalamualaikum. sy nak tanye,, pada pandangan ustaz,, bolehkah kita mempercayai mimpi? apakah maksud mimpi rantai emas yang dipakai putus, tetapi boleh disambungkan semula dan dipakai seperti biasa??

    • W.Salam. Tidak salah mempercayai mimpi, tentang mimpi anda sila rujuk Kitab Tafsir mimpi yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu.
      Nabi Yusuf dan Nabi Ibrahim serta banyak lagi Nabi-Nabi utusan Allah SWT yang menerima arahan Allah SWT melalui mimpi.
      Mimpi yang boleh kita percayai adalah mimpi yang terhasil daripada Doa dan bacaan Al-Quran sebelum tidur serta tidur dalam keadaan berwuduk.

      Untuk rujukan anda :

      Click to access tafsir%20mimpi.pdf

      Click to access UAS-Zarkasi.pdf

      books.google.com.my/books?isbn=9795618776…Muhammad Ibnu Sirin

      Semoga Allah SWT mengurniakan kebahagiaan dalam kehidupan anda.

  99. assalamualaikum,, ustz,, ada doa melembutkan haty pasangan yang jauh? misalnya,, hbgn yg agak dingin kebelakangan ini?

  100. alhamdulillah kerana dipertemukan blog yg dpt menenangkan hati dan fikiran.semoga segala ilmu dapat kita berkongsi bersama..amin

    • Semoga Allah SWT memberkati hidup anda.

  101. Assalamualaikum wbt..
    Banyak ilmu yang saya dapat melalui pembacaan di dalam blog ni. Terima kasih ya saudara. InsyaAllah saya tak akan jemu untuk mengunjungi blog seperti saudara ni yang banyak memberi manfaat..Teruskan usaha ya.

    • W.Salam.
      Jutaan T.Kasih kerana sudi membaca blog saya, semoga Allah SWT memberkati hidup anda.

  102. assalamualaikum,,,,,,
    ustaz?sye ade beberape soalan y ingn sye kongsikn brsama ustaz,,yg prtama,adakah Allh akn menerima taubat seseorng jka seseorng i2 x smprna solatnya,,sbnrnye sye sndiri tkut untuk bertaubat kna sye tkot ALLAH tdk dpt trma taubat saye,,,tpi kni sye dlm proses untk mnuju ke jalan allah,,blhkah ustaz jelaskn?

    • W.Salam.
      Memang solat adalah amalan pertama yang Allah SWT akan hisab, namun Aqidah adalah penilaian yang paling awal sebelum amalan/perbuatan. Oleh yang demikian jika Aqidah atau pegangan tauhid telah sempurna (Insya Allah ) maka amalan solat Insya Allah, Allah SWT akan permudahkan.
      Yakinlah tiada manusia yang boleh mencapai solat yang sempurna melainkan Insan Yang telah Allah SWT pilih seperti Para Nabi dan lain-lainnya.
      Kita dituntut untuk melaksanakan solat dan Taubat, sementara untuk menilai kesempurnaannya, marilah kita berserah kepada Allah SWT Yang Maha Mengetahui.

  103. Assalamualaikum wbt..
    Saudara, saya ada satu masalah yang melibatkan di kawasan perumahan saya. Saya, keluarga dan jiran sekeliling yang tinggal selang beberapa buah rumah dengan keluarga tersebut berasa amat tidak selesa dengan keadaan ini. Saya bukan ingin mengata atau mengumpat tetapi saya nak tahu cara atau kaedah yang sesuai untuk menegur jiran tersebut. Masalah yang saya hadapi ni antaranya melibatkan masalah bising dan bauan (memasang radio dengan ‘volume’ yang kuat dan bauan najis kucing-kucing). Jiran tersebut ‘orang lama’ dalam erti kata lainnya orang yang lebih tua di kejiranan saya, jadi kami risau dengan kaedah kami menegur secara terus akan menyebabkan jiran terbabit akan tersinggung. Tetapi dalam pada masa yang sama keluarga saya dan jiran-jiran lain berasa amat tak selesa. Mohon saudara dapat membantu saya ya.

  104. salam ustaz, saya ada masalah dgn nafas. nafas sy yg pendek ni membuatkn sy sukar mmbca alquran.. kebiasaannya saya berhenti n waqaf pada huruf wau…. kadang2 dlm ayat tu panjang sangat dan takda huruf wau saya terpaksa waqaf pada mana2 huruf sahaja. saya tahu ada juga yang menyalahi hukum…tapi dgn alasan nafas yang pendek ni pula apa hukumya ustaz?harap ustaz boleh tolong

  105. Assalammualaikum ustaz . .
    saya ingin minta motivasi dan pandangan ustaz . . saya ni berumur 22 tahun tapi kehidupan saya di kongkong oleh ibu saya , dan segala pendapat atau cadangan yang saya beri tidak di terima. bagi ibu dan adik beradik saya , saya ni budak2 yang ta tahu apa2 dan tidak matang . . dengan siapa saya berkawan bagi ibu semua ta elok di mata die , sekarang saya hanya duduk di ramah , tidak boleh keluar dengan kawan dan saya tidak boleh buat keputusan saya sendiri kerana semua di kawal oleh ibu saya. saya tidak menafikan saya selalu bermain handphone , message dengan teman lelaki kerana ta dapat berjumpa , kerana itu ibu selalu cakap saya gila jantan . . saya da ta tahan lagi dengan kate2 ibu sampaikan kadang2 saya terpaksa melawan kate2 ibu kerana saya inginkan kebebasan pada usia 22 tahun ini . . . bila saya ingin meluahkan isi hati saya dan masalah saya , ibu tana dengar dan tidak percaya pada saya . . apa yang harus saya lakukan ustaz ?

    • W.Salam.
      Untuk pengetahuan anda, bukan semua ibu boleh membawa anaknya ke Syurga dan bukan setiap ibu dibawah kakinya terletak Syurga. Hanya ibu yang memiliki ciri-ciri ahli Syurga sahaja yang terdapat dibawah tapak kakinya Syurga. Namun demikian ketaatan anda kepada ibu anda pasti akan membawa anda ke Syurga, walaupun ibu anda tidak ke syurga.

      Anda mesti memcari alim-ulamak atau ustaz yang digeruni oleh ibu anda, untuk membantu anda. Ceritalah kesalahan anda yang lalu kepada ustaz atau alim-ulamak tersebut dan ceritakan juga tindakan ibu terhadap anda. Semoga Allah SWT membantu anda dan menemukan anda dengan jalan keluar daripada permasalahan anda.

      • terima kasih ustaz . . . tapi sekarang lbh teruk . . . ibu pernah mengeluarkan ayat ” pukimak nye anak” . . . saya terkejut bile mak mengeluarkan perkataan tersebut . . . sejak dari hari itu saya melawan kate2 mak , yang saya tahu kata2 saya itu melukakan hati seorang ibu . . . tiap2 malam saya menangis dan setiap kali solat saya mohon petunjuk dari ALLAH , kerana saya rasa berdosa sangat . . . tapi saya belum boleh berdepan dengan ibu untuk mohon maaf . . . adakah saya di laknat dan tidak dapat cium bau syurga . . .

      • Allah SWT tidak pernah melaknat hambaNya yang mencari kebenaran, walaupun kita, kadang-kadang dalam melakukan kebaikan Allah SWT menguji kita untuk menjaikan amal kebaikan kita lebih Ikhlas kepadaNya. Teruskan doa anda kepada Allah SWT yang Maha Mendengar dan Yang Maha Berkuasa dalam semua perkara.
        Alangkah mulianya anda apabila mampu membalas segala kejahatan dengan seribu kebaikan, apatah lagi seorang Ibu yang pasti Allah SWT akan memberkati kehidupan anda di Dunia, lebih-lebih lagi di Akhirat. Semoga Allah SWT mengurniakan anda hati yang Tabah dan Sabar dalam menghadapi ujian Allah SWT. Amin Ya Rabbal Alamin.

      • *Mungkin ibu bapa ada sejarah hitam yg tdk ingin kita sbg anak mengalaminya spt yg prnh dilaluiny. Ia blh dlihat melalui perbuatn & kata2ny. Cuba lihat bgmn datuk/nenek kita mlayan ibu bapa kita/ myb kita prnh mdgr criter ttg sjarah ibu bapa kita drpd org lain.

        *Mungkin kita ada ksilapn. Jika ada, kita cuba baiki diri n seelokny tdk dcritakn kpd org yg tdk pandai myimpan rahsia.

        *Mungkin ibu akn lbh marah jika org lain masuk campur.

        *Sstgh ibu bapa tdk pandai mluahkn kasih syg. Mungkin kita mjadi harapan kpd ibu bapa. Sstgh ibu bapa tlalu syg kpd kita shingga tlalu mengongkong. PUN slagi kongkongn ibu bapa wajar, maka trimala wp sbg remaja kita ingin memberontak.

        *Sy cdgkn kita x bjumpa @ mlayan sms2 x wajar dr teman lelaki. Jgn tinggalkan solat n bacala Al Quran/tjemahn stiap masa/hari. Isi masa dgn pkara bfaedah. Gunakan masa ‘kongkongn’ ini sbg 1 masa sblum kita sibuk. Blajar hadapi mslah dgn senyumn. Hampir smua org ada masalah dgn ibu bapa. Insya Allah satu hari hubungn kita akn lbh baik dgn ibu bapa kita wp msh ada duri yg belum dkeluarkn dr hati. Kita pun akn mlalui saat mjd ibu bapa. Saat mcabar bg ibu bapa ialah ktika ank2 mjd remaja. Sbg anak wp kita mlihat ibu bapa yg salah, wajar kita yg mmohon maaf wp ianya akn diungkit2 bkali2.

        *Buktikn pd diri sndri bkn kpd org lain krn jika msh tdk dtrima, kita tdk tlalu putus asa. Allh ada.

        *Insya Allah ada jln, ibu bapa n kita akn mjd ahli syurga. Mlihat Allh n bersama rasulullh. Amin.

  106. Assalamualaikum wbt..
    saya mohon izin di copy/share ilmu nya.terima kasih.

  107. I’ve been surfing on-line more than three hours these days, but I never found any interesting article like yours. It is beautiful price enough for me. In my opinion, if all website owners and bloggers made good content material as you probably did, the internet can be a lot more useful than ever before.

    • TQ.

  108. wah…blog ini memang sangat menarik,,saya suka,banyak ilmu yang saya dapat dan maklumat baru saya peroleh untuk di amalkan

    • Jutaan T.Kasih diatas kesudian anda mengunjungi blog saya yang tidak seberapa ini.
      Salam Ukhuwah Islamiah daripada saya.

      • Ya Allah, muliakanlah saudaraku yg baik ini, bhgiakan keluarganya, berkati rezekinya, mudahkan segala urusannya, jauhkan dari segala penyakit, hindarkan dari fitnah dan syak wasangka, terimalah ibadah puasanya dan jadikan ia sbg salah satu penghuni syurgamu.”Selamat menyambut Aidilfitri Mohon Maaf Zahir dan Batin.. IKHLAS DRPD: Yusof dan keluarga.

      • Amin Ya Rabbal Alamin. Demikian juga doa saya untuk anda dan keluarga serta umat Islam semua.

  109. 25.08.2012 (sabtu), jam 4.00++ ptg, bbrp minit sebelum asar, sy pejamkn mata n mmg ada niat nk tido skjap (Allh tau), sbb tghr x smpat tido. Tjaga 5.30 ptg. Kesanny? Masya Allh. Sungguh dasyat. Biarla sy simpan sndr perasaan sy krn ianya mmg sungguh dasyat. Mujurla kita dianugerahkan Allh dgn Al Quran. *Sy bjanji n sy sarankn kpd smua muslim utk tdk tido pd waktu tsbut.

  110. terima kasih ,kerana berkongsi ilmu allah,,
    mudah-mudahan saya beristiqamah membacanya serta memplajarinya

  111. as salam ustaz, alhamdullillah syukur sy pada allah krn membuka hati utk membuka blog ustaz, sy ada masalah peribadi, sy sedih sngt ustaz, ada kwn sy ssh sngt nk solat, dah bermacam2 cara sy dan kwn nya lakukan, tapi tdk berkesan jg…solat kan tiang agama bagi org yg beriman.. skrg hanya pd allah sy mampu memohon pertolongan, agar allah bg petunjuk….sy hanya ingin berkongsi masalah dan minta pendapat dr ustaz, apa yg perlu sy lakukan lg ustaz.. rasa terbeban sngt fikiran sy..sy tahu, allah x ada uji hamba ny, jika hambanya tdk mampu…skrg sy x th apa lg nk buat ustaz..dari segi lain, dia ok bg pendapat sy.. tapi solat paling ssh, dia nk buat….sy tkt dia semakin terpesong….minta maaf ustaz jika soalan membebankan ustaz, sy ingin minta pendapat dr semua org…sy syg dgn kwn2 sy ustaz..sy x nk dia terpesong ustaz sementara kami tinggal bersama di rumah sewa…ya allah ya rabbul aalamin…

    • W.Salam.
      Alhamdulillah, sesungguhnya Allah SWT telah menyuburkan keimanan anda dengan rasa bertanggungjawab sesama Islam, terutama tentang berkaitan dengan Solat. Jangan anda terlalu risau sehingga anda tidak dapat menumpukan tugasan anda sebagai Hamba Allah SWT. Hiasilah diri anda dengan aktiviti membaca Al-Quran, sentiasa solat dan berdoa kepada Allah SWT. Banyakkan membantu sahabat anda dalam perkara yang membawa faedah kepada agama. Selitkan nasihat supaya berdoa kepada Allah SWT selepas solat. Tak malukah kita memohon kepada Allah SWT tanpa berbakti atau menunaikan kewajipan kita terhadap Allah SWT.

      Jangan berputus asa dalam berdakwah, biar pun pada zahir kita tidak berdakwah dengan lisan tetapi pada hakikatnya kita berdakwah dengan perbuatan harian kita dan doa-doa kita di malam hari semasa kita berhubung dengan Allah SWT, kita berdakwah dengan hati.

      Yakinlah, dengan apa yang berlaku membuatkan kita mendapat iktibar dan pengajaran, malah memberi semangat kepada kita untuk bercerita dan merintih merayu kepada Allah SWT. Perkara yang amat penting semasa bermunajat kepada Allah SWT, banyakkan Istighfar kepada Allah SWT agar jiwa kita suci.
      Banyak berselawat kepada Rasulullah SAW yang telah membawa kita ke Jalan Allah SWT. Jangan lupa mengulangi permohonan keampunan daripada Allah SWT untuk kedua ibu bapa kita, dan barulah tiba masanya kita menceritakan kepada Allah SWT tentang keperluan kita kepada Allah SWT dalam setiap semua perkara termasuk sahabat handai kita yang jauh daripada Cahaya Ilahi.

      Saya doakan anda, semoga Allah SWT tetapkan keimanan dan bersemangat dalam mengejar pahala yang Allah SWT selitkan dalam setiap permasalahan yang anda temui semasa menjalani kehidupan ini.. Amin Ya Rabbal Alamin.

      • terima kasih ustaz dgn nasihat..semoga allah bg kekuatan pada saya utk menghadapi ujian yang sedikit ini, jika dibandingkan dengan ujian yang dihadapi oleh Nabi Muhammad s.a.w dengan hati yang terbuka. in shaa allah saya akan cuba sedaya upaya dengan pertolongan allah. Amin Ya Rabbal Alamin.

  112. salam,..sy mohon keizinan utk jadikan artikel2 dlm blog ni sebagai risalah utk bacaan msykt..

    • W.Salam. Silakan, semoga kita dapat berkongsi pahala di dunia dan Akhirat. Jazakumullahu Khairul Jaza’.

  113. Assalam.. Tuan..boleh tak saya nak kongsi artikel Tuan dalam facebook saya.agar sama kita berdakwah untuk masyarakat yang makin huru hara di akhir zaman ini..kami pun memperjuangkan Islam agar masyarakat membuka mata seluasnya yang selama ini tertutup akibat idelogi barat..

    • W.salam. Silakan, Jazakumullahu Khairul Jaza’.

  114. Alhamdullillah..sebenarnya dah lama saya follow Tuan,, cuma segan nak mohon keizinan.namun hati ni dah berkobar-kobar nak menegakkan Islam di bumi Allah S.W.T ni..Terima Kasih di atas keizinan tuan..akan saya share di http://www.facebook.com/pages/Ustaz-Shamsul-Jamil-USJ/490190284355982..InsyaAllah.. semoga pejuangan kita deRhedaiNya.. Amin..Jaza’

  115. sangat baik & bagus untok kita menambah ilmu pengertahuan lebih2 lagi islam.

  116. Assalamualaikom wbt.. subhanallah, saya bersyukur sangat apabila saya tergerak hati untuk membuka blog ini.. blog ini sangat membantu saya mendalami ilmu allah.. terima kasih..

    • W.Salam.
      Jazakumullahu Khairul Jaza’. Bersama membentuk Minda Akhirat Dalam Semua Perkara. Menghidupkan Kembali BUdaya Berwakaf dalam semua amalan agama, sesungguhnya bayaran Allah SWT di Akhirat nanti lebih bermakna. Insya Allah, Salam Ukhuwah Islamiah untuk semua… السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

  117. salam kenal,assalamu’alaikum. bagus sekali blognya,tq atas informasinya

    • Jazakumullahu Khairul Jaza’.

  118. Assalammualaikum ustz, saya mohon kebenaran untuk membuat salinan dan mencedok sumber ilmu yang begitu berguna dari blog ustz ini semoga diberikan keizinan agar ilmu yang diperolehi berkat.

    • W.Salam.
      Silakan, semoga ianya memberi manfaat kepada kita semua.
      Jutaan Terima Kasih kerana sudi singgah sebentar dalam blog saya tidak seberapa ini.

      • Assalamualikum ustadz, Alhamdulillah saya sangat bersyukur di pertemukan dengan blog yang sangat bagus ini.Saya sangat berharap agar kiranya ustadz mau memberi nasihat dan pencerahan kepada saya karena saat ini saya baru berhijrah,saya baru mengenakan hijab dengan berpurdah/niqob.Saya merasa sangat sedih,satu persatu orang2 disekitar saya mulai menjauhi saya,saya merasa terasing dan tersisih,berilah saya nasihat agar kaut menjalani hidup di akhir zaman ini.

  119. Assalamualikum ustadz, Alhamdulillah saya sangat bersyukur di pertemukan dengan blog yang sangat bagus ini.Saya sangat berharap agar kiranya ustadz mau memberi nasihat dan pencerahan kepada saya karena saat ini saya baru berhijrah,saya baru mengenakan hijab dengan berpurdah/niqob.Saya merasa sangat sedih,satu persatu orang2 disekitar saya mulai menjauhi saya,saya merasa terasing dan tersisih,berilah saya nasihat agar kaut menjalani hidup di akhir zaman ini.

  120. Di zaman sekarang ini,orang yang mengamalkan ajaran islam yang sebenar menurut Al qur’an dan sunnah di anggap aneh.
    Orang yang mengamalkan islam dengan sungguh2 dianggap telah melakukan suatu kejahilan dan keanehan.
    Hanya dengan memakai pakaian sunnah mereka di asingkan serta di dikucilkan di tengah2 masyarakat,karena di anggap lain serta menjalankan ajaran islam yang salah dan sesat.

  121. Alhamdulilah semuanya menarik, berhati waja, ada fi sabilillah. Tetapi Allah anugerah isan yang berakal dan petunjuk:
    1.Guna akal melawan akal
    2. Guna akal melawan akal
    Bila kita ingin berlawan hendaklah dalam permainan yang sama Nak menang permainan bola sepak kena pintar dalam ilmu bola sepak Bukannya jagoh dalam permainan ragbi In Shaa Allah kita ditolongi Allah kerana janji Allah benar pada masa kini dan selama-lamanya

  122. Aslkm ustadz.. Adakah saya berdosa kepada Allah S.W.T ? kerana… sifat, Saya yang suka memendam dan sukar untuk berterus terang kepada orang sekiling saya yang hipokrit, disebabkan sifat saya ini, Cara saya menyampaikan perasaan saya melalui Sindiran, Di sebabkan sifat saya yang suka menyindir, Saya selalu di salah anggap oleh orang yg selalu di pergunakan oleh c hipokrit, Saya berani berkata kepada orang yang saya kata hipokrit kerana bukti dan latar belakangnya yang amat ketara, si hipokrit ini hanya boleh pergunakan saudaranya yang naif, miskin, dan kurang bijak akal fikiran mereka serta kurang didikan agama, c hipokrit ini juga saudara dekat saya, Dia menjalankan perniagaan haram dan selalu menganiaya orang, selain itu saya sendiri jiga pernah terjerumus dengan kegiatanya itu di waltu usia muda dan terdesak, syukur Allhamdulillah, saya dapat mengelak dan sentiasa di berikan Allah petunjuk dan jalan yang benar, serta didikan dan nasihat ibubapa saya. Hipokrit memiliki kekayaan dan kuasa pengaruh yang luas di sebabkan saya yang mempercayainya dan menyayanginya seperti abang saya sendiri, sebagai ppenguatkuasa undang2x dia telah gunakan saya sewaktu di usia yang sangat muda, san terdesak, sebelum ini untuk mendapat pengaruh serta kekuatan memperluaskan perniagaan haramnya. Mujur saya di berikan petunjuk baik, serta doa ibubapa saya. Saya dapat keluar dari kumpulan yang merosakkan akhlak dan masa depan masyarakat. Di sebabkan saya yg sudah tidak ingin terbabit dngan kegiatan haramnya itu, dia merasa tergugat dan terancam kerana saya berkerja sebagai penguatkuasa undang2x, sedangkan saya berusaha sepenuh hati untuk mencari jalan supaya dia meninggalkan kerja haramnya serta bertaubat, Saya tidak pernah pun terlintas untuk menganiaya dirinya, dan saya sanggup ingkar sumpah dan pecah amanah hanya semata mata ingin membantunya, saya selalu menyindir dan memberi nasihat saudara saya yg lain iaitu sudara si hipokrit jua, supaya mereka taubat, saya melakukan pelbagai jenis nasihat dan sindiran dengan melalyi percakapan saya, Di sebabkan itu saya d i salah anggap dan di fikir sebagai pendengki kejayaan mereka. Saya selalu tertanya tanya pada pengorbanan saya iaitu pekerjaan saya dan amanah angkat sumpah saya kepada undang2x yg saya telah ingkari, (KESIMPULANNYA DI SINI USTADZ SAYA SANGAT MEMERLUKAN BANTUAN DARI SEGI PENGENALAN PERBUATAN SERTA SALAH FAHAM SERTA HUKUM ISLAM TENTANG APAKAH YANG DI ANGGAP SEBAGAI PERBUATAN FITNAH ? Saya selalu kecil hati dan selalu mendoakan si hipokrit ini agar kembali ke jalan Allah S.W.T… di sebaliknya hipokrit ini selalu sangat mengaibkan saya kepada penguatkuasa yang hipokrit sepertinya dan memfitnah saya agar saya di pecat daripada jawatan saya, di pandang hina oleh rakan sekerja saya, saya hampir2x hilang kesabaran, dan saya cuma kesiankan saudara saya lain terbabit sama kerana mereka tidak sedar mereka cuma di jadikan pagar dan diperalatkan. Si hopokrit ini sungguh bijak berkata kata sehingga orang yg naif terpaku mendengar setiap bicaranya, sifatnya yg tidak berperikemanusiaan kerana latar belakangnya yg tidak berhati perut dengan mempergunakan orang yg rapat denganya demi harta dunia. ???????????????????? ~~~ APAKAH TINDAKAN YANG WAJAR SAYA LAKUKAN ????????????????????????

    • W.Salam.
      Alangkah mulianya usaha anda dan alangkah besarnya pahala yang Allah SWT akan berikan pada anda.
      Anda adalah Insan Pilihan Allah SWT untuk mengubah mereka yang bersifat dajjal dunia.Bersabarlah sepanjang masa, yang tiada penghujung melaikan Syurga Allah SWT. Selitkan Tasbih dan Tahmid (SubhanAllah Wabihamdihi, SubhanAllahil Azim )kepada Allah SWT setiap ali menghadapi dugaan.
      Alhamdulillah, anda berada dijalan yang benar-Jalan Allah SWT-tidak semua manusia mendapat hidayah seperti anda, malah ramai yang lalai dan redha dengan dengan maksiat dengan alasan akan bertaubat sebelum mati.
      Jika saya ditempat anda, pasti saya tidak 100% yakin berjaya melainkan dengan izin Allah SWT.
      Orang yang anda maksudkan adalah anak dajjal yang berada di merata dunia milik dajjal sekarang.
      Pada luaran mereka memang baik dan patuh pada undang-undang negara tetapi disebaliknya dia adalah penghancur negara dan pembunuh rakyat sesebuah negara serta penghalang kearah kerja-kerja amal yang murni.

      Semoga anda dalam lindungan Allah SWT dan semoga Allah SWT menghantar Para Malaikat Rahmat untuk mendampingi anda-Amin Ya Rabbal Alamin.

  123. Insya Allah kita berjumpa lagi. Amin.

  124. Allah huakbar….

  125. Bismillah Assalamualaikum hamba ucapkan kepada sahabat-sahabat dan syukur hamba panjatkan kepada Allah kerana dengan limpah rahmatnya hamba diutus Allah sebagai seorang pemberi peringatan bagi yang lalai dan khabar gembira buat hamba Allah yang beriman dengan Al-Quran&Hadis, hamba juga manusia seperti kamu? Tugas ku pemberi peringatan buat manusia serata alam mengajak manusia dengan kalimah laa illaha Allah Muhammad Rasulullah. Insyallah akan datang waktunya seizin Allah insyallah, Ameen.

    • In Sya Allah.

  126. Assalamualikum…Subhanalah,la ilaha ilalah,Allah Akbar,Alhamdulilah

  127. Assalamuaalaikum tuan.
    Berapa seas kah quran dalam taksiran bahasa khmer.


Tinggalkan komen