Posted by: peribadirasulullah | Januari 11, 2019

14. Arti Agama

Sabda Islam

Arti Agama

Ad-din, diertikan dalam bahasa kita agama, atau igama, Ad-din itu sendiri menurut ertinya yang asli ialah menyembah, menundukkan diri, atau memuja. Tetapi agama itu telah umum dalam bahasa kita. Agama itu sendiri menurut bahasa terambil juga dari bahasa Arab, iaitu iqamah ertinya pendirian. Menurut kata setengah pula, diambil dari bahasa Sansekerta, yang ertinya A = tidak, gama = benda.

Agama ialah buah atau hasil kepercayaan dalam hati, iaitu ibadat yang terbit lantaran telah ada iktiqad lebih dahulu, menurut dan patuh kerana iman. Tidaklah timbul ibadat kalau tidak ada rashdiq dan tidak terbit patuh (khudu’) kalau tidak dari taat yang terbit lantaran telah ada tashdiqq (membenarkan), atau iman. Sebab itulah kita katakan bahawa agama itu hasil, buah atau hujung dari iktikad, tashdiq dan iman. Bertambah kuat iman, bertambah teguh agama, bertambah tinggi keyakinan, ibadat bertambah bersih. Kalau agama seseorang tidak kuat, tidak sungguh dia mengerjakan, tandanya imannya, iktikadnya dan…

View original post 1,333 more words


Tinggalkan komen

Kategori