Posted by: peribadirasulullah | Januari 14, 2019

SUKARELAWAN DIPERLUKAN SEGERA DI SABAH!

Image may contain: one or more people, people standing and crowd

SUKARELAWAN DIPERLUKAN SEGERA!

Pihak kami mengucapkan ribuan terima kasih atas sumbangan orang ramai yang prihatin akan nasib mangsa kebakaran di Kg. Pasir Putih, Putatan

Namun begitu, sumbangan berbentuk pakaian terpakai terlalu banyak dan keperluan asas sehingga berlimpahan di Pusat Penempatan Sementara di Dewan Masyarakat Putatan.

Oleh yang demikian, kami memohon kepada orang yang ingin menyumbang untuk menghentikan sementara sumbangan sehingga diperlukan lagi. Kami akan sampaikan maklumat selanjutnya jika memerlukan sumbangan daripada anda, masyarakat Sabah yang prihatin.

Kami kini memerlukan sukarelawan untuk menyusun dan membersihkan kawasan sekitar Pusat Penempatan Sementara dan di kawasan kebakaran. Sukarelawan yang ingin menyumbangkan tenaga dan kekuatan boleh berhubung dengan sekretariat kami dan kami memerlukan khidmat anda pada esok hari.

Sebarkan informasi ini agar ramai sukarelawan yang boleh menyumbang dan melibatkan diri bergotong royong membersihkan kawasan Pusat Penempatan Sementara dan menyusun pakaian yang berlonggok.

Disediakan oleh
Mohd Zikri Zainudin
Ketua Penerangan
Majlis Belia Sabah

——————————————————————————

Untuk maklumat lanjut berkaitan dengan Majlis Beli Sabah boleh hubungi kami di:

Majlis Belia Sabah
Arena Belia, Taman Winley Kepayan
88200 Kota Kinabalu
Tel: 088-213559
Faks: 088-218559
Emel: beliasabah@gmail.com
FB: https://www.facebook.com/majlisbelia.sabah
FB Page: https://www.facebook.com/Majlis-Belia-Sabah-318286785756/
Instagram: https://instagram.com/majlisbeliasabah…

#MendidikAkalBudi
#BeliaSabahBerwibawa


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: