Posted by: peribadirasulullah | Ogos 6, 2018

Maksud 3 T (Takhalli, Tahalli & Tajalli )

Takhalli, Tahalli, dan Tajalli

Sahabat yang dirahmati Allah sekalian, adalah wajib bagi kita berusaha keras untuk menjaga kesihatan qalbu (hati) kita dengan sebaik-baiknya.

Mengapa? Kerana dengan memiliki qalbu yang kuat dan ikhlas kita akan mampu menghasilkan energi yang dapat digunakan untuk merawat diri kita dan juga orang lain dengan izin Allah Yang Maha Esa.

Sama ada kita ingin disembuhkan atau ingin membantu menyembuhkan orang lain, kita harus betul-betul berusaha menguatkan hubungan kita dengan Allah SWT. Hubungan istimewa ini mesti kita usahakan betul-betul kerana melalui sifat Allah Yang Maha Penyayang dan Maha Pengasih lah kita akan mendapat kesembuhan dari sebarang kesakitan dan kesulitan hidup.

Melalui perasaan dan fikiran yang jitu kepada emosi kasih dan sayang akan mampu mengubah medan energi kita. Daripada energi ini ia akan mengalir dan mencipta keadaan fizikal, mental dan spriritual yang lebih baik untuk membentuk kesembuhan dan kekuatan.

Dalam perawatan Shifanergi ini, kita akan panjatkan doa serta tawakkal kepada Allah SWT sebelum kita memulakan usaha rawatan. Namun, contohnya jika perawat berfikir secara negatif  “pesakit ini kena kanser mungkin susah hendak sembuh”, maka tidak kisah bagaimana bersungguhnya ikhtiar yang dilakukan energi yang diberikan oleh perawat sukar untuk membantu pesakit berkenaan.

Bersamaan juga, jika pesakit yang sedang dirawat tetapi mindanya sangat negatif dan meragui bahawa medan energi penyembuhan itu wujud maka secara tidak langsung akan terbentuk seakan tembok pada tubuh pesakit itu yang menghalang energi penyembuhan dari merawat tubuhnya.

Oleh itu, adalah sangat efektif jika qalbu dan minda pada kedua-dua belah pihak perawat dan pesakit saling memahami dan bekerjasama untuk meningkatkan tahap energi kesembuhan, sistem kekebalan atau mengurangi rasa sakit yang ditanggung pesakit.

Apa yang paling penting ialah menjadikan qalbu kita suci dan kuat.

Qalbu wajib dipimpin agar ia menjadi bersih dan baik. Apabila ia bersih, ia akan menguatkan seluruh kehidupan lahirnya.

Di antara cara-cara menguatkan qalbu ialah:

Pertama:
Mencari ilmu tentang hati atau roh. Tujuannya untuk mengenal sifat-sifat hati yang positif dan yang negatif. Kalau tidak ada ilmu tentangnya, sifat-sifat negatif (mazmumah) tidak akan dapat dikesan apalagi untuk kita tumpaskan. Begitu juga dengan sifat-sifat positif (mahmudah) nya tidak akan dapat dikesan untuk kita suburkan.

Kedua:
Perlu membuat latihan-latihan praktikal melalui:

  1. Mujahadatun Nafsi
  2. Istiqamah
  3. Tafakur
  4. Bergaul dengan orang yang baik-baik
  5. Pimpinan mursyid
  1. MUJAHADATUN NAFSI
    Mujahadatun nafsi itu, di antara caranya ialah dengan menempuh tiga peringkat iaitu:

(1) Takhalli – menyuci dan membersihkan hati daripada sifat-sifat yang keji.
(2) Tahalli  – menghiasi dan mengisi hati dengan sifat-sifat terpuji.
(3) Tajalli  – sentiasa merasakan kebesaran dan kehebatan Allah SWT.

Pada ketiga-tiga peringkat ini hendaklah dilakukan dengan mengadakan latihan yang dinamakan riadatunnafsi (latihan melawan atau memerangi semua kehendak-kehendak hati yang jahat, yang didorong oleh hawa nafsu).

Cara memeranginya ialah melalui latihan-latihan menolak kemahuan jahat yang ditimbulkan oleh nafsu. Langkah-langkahnya adalah seperti berikut:

(1) Takhalli
Di peringkat takhalli, kita mesti melawan dan membuang dengan memaksa terus-menerus semua kehendak-kehendak nafsu yang rendah (jahat) dan dilarang oleh Allah. Selagi kita tidak memaksa diri untuk membenci, memusuhi dan membuangnya jauh-jauh secara terus-menerus dari diri kita, selagi itulah nafsu jahat akan sentiasa menguasai dan memperhambakan kita.

Rasulullah SAW bersabda: 

“Sejahat-jahat musuh mu ialah nafsu mu yang terletak di antara dua rusuk mu
(iaitu hati).”

(Riwayat Al Baihaqi)

Apabila nafsu jahat dibiarkan menguasai hati, iman tidak akan ada tempatnya. Bila iman tidak ada, manusia bukan lagi menyembah Allah, Tuhan yang sebenarnya tetapi dia akan menyembah hawa nafsu. Oleh itu usaha melawan hawa nafsu adalah satu jihad yang besar.

Sabda Rasulullah SAW pada Sahabat-Sahabat ketika baginda berangkat pulang dari satu medan peperangan:

“Kita baru balik dari satu peperangan yang kecil untuk memasuki
peperangan yang besar.”
Bila para Sahabat bertanya: “Peperangan apakah itu?”
Baginda berkata: “Peperangan melawan nafsu.”

(Riwayat Al Baihaqi)

(2) Tahalli
Tahalli bererti menghias. Ia juga adalah perkataan lawan bagi Takhalli. Sesudah kita mujahadah yakni mengosongkan hati dari sifat-sifat negatif atau mazmumah, segera pula kita menghiasi hati dengan sifat-sifat terpuji atau mahmudah. Untuk mudah difahami, cuba gambarkan hati kita sebagai sebuah mangkuk yang kotor. Kemudian mangkuk itu dibersihkan. Setelah bersih, jangan dibiarkan ianya kosong. Isikan dia dengan barang-barang yang berharga dan makanan yang lazat. Begitu jugalah dengan hati yang telah dibersihkan daripada sifat-sifat negatif tadi. Janganlah dibiarkan ianya kosong. Mestilah diisi dengan sifat-sifat terpuji pula. Untuk mengisi hati dengan sifat terpuji, sekali lagi kita perlu mujahadah. Dalam peringkat mujahadah ini, kita masih berasa berat dan susah. Susahnya memerangi hawa nafsu itu kerana hakikatnya kita terpaksa memerangi diri kita sendiri.

Cara-cara mujahadah dalam Tahalli samalah seperti kita buat latihan senaman untuk sihatkan badan. Peringkat awal tentulah terasa letih, menjemukan dan sakit-sakit badan. Tetapi akhirnya nanti, kita akan rasa seronok dan terhibur dengan senaman itu. Begitulah juga dalam riadatunnafsi ini. Ertinya, kita bersenam secara rohaniah. Peringkat awal tentulah jemu dan terseksa tetapi akhirnya ia akan mesra dengan tabiat diri kita. Misalnya, kita mahu menghiasi hati dengan sifat pemurah. Maka kita mujahadah dengan mengeluarkan harta atau barang kita, terutama yang kita suka dan sayang, untuk diberi pada yang memerlukannya. Mulanya tentu terasa berat dan payah. Tetapi jangan menyerah. Kita lawan. Ingatkan hati bagaimana orang-orang muqarrobin berebut-rebut untuk dapatkan pahala sedekah. Sayidatina Aisyah r.ha. di waktu tiada apa yang hendak dimakan, beliau cuba juga mendapatkan walau sebelah kurma untuk disedekahkan. Begitu kuat keinginan mereka pada pahala dan rindunya dengan Syurga. Mereka berlumba-lumba menyahut pertanyaan Allah SWT: “Siapakah yang mahu meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, maka Allah akan melipatgandakan (balasan) pinjaman itu untuknya, dan dia akan memperolehi pahala yang banyak.” (Al Hadid: 11)

Setiap kali kita rasa sayang pada harta, setiap kali itulah pula kita keluarkannya. InsyaAllah lama-kelamaan kita akan memiliki sifat pemurah. Begitu juga dengan sifat-sifat terpuji yang lain seperti kasih sayang, berani, tawadhuk dan sebagainya, perlulah kita miliki. Untuk itu kenalah bermujahadah. Jika tidak, iman juga turut hilang. Sebab iman itu terdiri di atas sifat-sifat mahmudah.


(3) Tajalli
Sebagai hasil mujahadah dalam Takhalli dan Tahalli, kita akan memperolehi Tajalli. Iaitu sejenis perasaan yang datang sendiri tanpa memerlukan usaha lagi. Agak sukar untuk dituliskan atau digambarkan dengan bahasa. Apakah yang dikatakan tajalli? Yang sebenarnya ia adalah sejenis perasaan yang bersifat maknawiah (zauk), yang hanya mungkin dimengertikan oleh orang-orang yang mengalami dan merasainya. Sepertilah kemanisan gula, tidak akan dapat digambarkan secara tepat. Tajalli secara ringkas, secara asas dan secara mudah difahami ialah perasaan rasa bertuhan, rasa dilihat dan diawasi. Hati seakan-akan celik, hidup, nampak dan terasa kebesaran Allah. Ingatan dan rindu penuh tertuju pada Allah. Hati tenggelam dalam kebesaran-Nya atau dalam mencintai-Nya dengan tidak putus-putus lagi. Harapan dan pergantungan hatinya tidak lagi pada yang selain dari Allah. Dirasakan oleh hatinya bahawa seluruh amal bakti yang dibuatnya, adalah kerana dan untuk Allah semata-mata. Atau hadiah daripada Allah kepadanya. Apa sahaja masalah hidup, dihadapi dengan tenang dan bahagia. Tidak ada pun kesusahan dalam hidupnya. Sebab semua itu dirasa pemberian dari Kekasihnya, Allah SWT.

2. ISTIQAMAH

Sikap istiqamah (berterusan) beramal adalah benteng iman yang keempat. Seseorang yang memiliki sikap ini sebenarnya telah mendirikan benteng untuk mengawal imannya daripada gangguan musuh. Sebaliknya, tanpa sikap ini seseorang telah membuka satu pintu kepada musuh-musuhnya untuk masuk ke hati dan merosakkan imannya.

Bagaimana ini boleh terjadi? Telah dikatakan berulang kali bahawa tujuan ibadah serta membersihkan hati itu adalah untuk membuahkan iman dan akhlak. Kalau tidak begitu, ibadah itu tidaklah bererti apa-apa. Amalan yang membuahkan iman dan akhlak itu adalah benteng yang menjaga iman. Maka melaksanakannya secara tetap dan berterusan akan menetapkan iman dan akhlak itu pada hati kita. Sebaliknya, kalau amalan yang berbuah itu dilakukan sekali-sekala dan tidak berterusan, maka tentulah iman itu juga tidak terjamin keselamatannya.

Ketika waktu amalan itu kita lakukan, iman akan tinggi tetapi ketika amalan itu ditinggalkan, iman akan menurun atau merosot. Oleh itu supaya iman sentiasa ada dan stabil, sikap istiqamah beramal adalah penting. Ia akan bertindak sebagai benteng yang dapat memelihara dan menyelamatkan iman daripada serangan musuh terutama nafsu dan syaitan.

Sabda Rasulullah SAW:

“Amalan yang paling disukai Allah ialah amalan yang berterusan (berkekalan) walaupun sedikit.”

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Yang penting dalam beramal ialah mengekalkan amalan itu. Kalau tidak mampu berbuat banyak amalan, cukuplah sedikit, asal dikekalkan (istiqamah), daripada banyak amalan tetapi tidak kekal. Contohnya, membaca Al Quran, cukuplah lima baris sahaja tetapi dibuat tiap-tiap hari daripada lima juz sekali baca tetapi dibuat sebulan sekali. Sembahyang sunat pula, cukuplah dua rakaat tiap-tiap malam daripada seratus rakaat tetapi sebulan sekali. Begitu juga dengan sedekah. Biar hanya 10 sen setiap hari daripada RM10 tetapi setahun sekali.

Kebaikan dari sikap istiqamah ini ialah:

  1. Amalan yang dibuat secara istiqamah akan berkesan. Umpama setitik air kalau terus-menerus memukul batu, lama-kelamaan akan melekukkan batu. Sebaliknya kalau banjir sekalipun yang datang tetapi hanya sekali datangnya, tentu tidak berbekas pada batu.
  1. Tujuan beramal dan membersihkan hati agar iman dan akhlak subur. Setiap kali kita beramal kita akan merasai nikmat buahnya itu. Jadi kalau sesuatu amalan itu kita kekalkan, maknanya kita akan sentiasa dapat menikmati nikmatnya. Nikmat inilah yang akan memelihara iman kita.
  1. Musuh kita terutama nafsu dan syaitan tidak pernah rehat daripada memusuhi kita. Dengan istiqamah, barulah seimbang pertahanan kita terhadap musuh-musuh itu. Makna-nya kita juga tidak pernah berehat mempertahankan iman dan akhlak kita.

3. BERTAFAKUR

Seterusnya kita lalui jalan berfikir (tafakur). Banyak ayat Al Quran yang menganjurkan kita berfikir.

Firman Allah SWT:

“Dan mengapa mereka tidak memikirkan tentang (kejadian) diri mereka?”
( Rom:8 )

“Apakah kamu tidak memikirkannya?”
(Al An’am: 50)

“Pada diri kamu mengapa kamu tidak memerhatikannya.”
(Az Zariyat: 21)

Berfikir yang dimaksudkan di sini ialah merenung dengan hati dan akal tentang ciptaan Tuhan hingga datang rasa insaf dan terasa kelemahan diri. Misalnya memikirkan rahsia ciptaan alam sehingga terasa kebesaran Allah dan timbul rasa gerun pada kekuasaan-Nya. Sehingga dapat kita rasakan satu pentadbiran Yang Maha Agung sedang mengawasi diri kita. Kesannya kita akan rasa sungguh takut untuk menderhakai Allah.

Juga apabila kita merenung dan berfikir tentang mati, yang tidak pernah ada seorang pun dapat mengelak darinya sehingga timbul rasa ingin beramal secara serius, sekaligus mahu membuat persiapan ke arah itu.

Berfikir terus tentang itu semua, insyaAllah hati kita akan dimasuki sifat-sifat terpuji (mahmudah). Jadi untuk memiliki sifat-sifat terpuji mestilah seseorang itu membuat latihan-latihan berfikir seperti berfikir tentang kesalahan diri, tentang dosa dan tentang sifat-sifat negatif dalam diri. Bawa tafakur dan merenung barulah terasa betapa buruknya sifat terkeji kita. Ketika itu barulah mahu menyerah dan menghina diri kepada Allah. Kesannya akan mendorong kita untuk tunduk dan patuh kepadaAllah dan perintah-Nya. Mendorong kita menjadi tawadhuk, rendah diri, berlemah-lembut sesama manusia dan memiliki lain-lain sifat terpuji. Jadi berfikir juga salah satu cara boleh membaiki diri seseorang.

4. BERGAUL

Imam Al Ghazali r.hm. ada berkata, di antara cara-cara yang praktikal untuk membaiki diri, hendaklah kita bergaul dengan orang ramai. Melalui pergaulan dapat dikesan sifat-sifat buruk kita. Manusia umum biasanya lebih memperkatakan tentang keburukan kita daripada kebaikan kita yang kadang-kadang kita sendiri tidak sedar dan tidak tahu itu satu kejahatan. Jadi bila kita dikata orang, barulah kita tahu akan kejahatan diri. Maka di waktu itu mudahlah untuk membaikinya.

5. PIMPINAN MURSYID

Cara membaiki diri seterusnya ialah melalui pimpinan. Pemimpin atau guru mursyid itu mampu memimpin kerana kelebihannya yakni dia lebih tahu tentang kelemahan muridnya lebih daripada muridnya mengenali dirinya sendiri. Dia juga boleh mendidik dan menunjuk ajar. Biasanya cara ini lebih berkesan dan lebih cepat untuk kita membuat perubahan diri. Asalkan kita dapat memberi kepatuhan kepadanya tanpa berbelah lagi.

Biasanya guru mursyid sentiasa buat teguran kepada pengikut-pengikutnya atau murid-muridnya sama ada secara langsung dengan lisan mahupun dengan perbuatan secara tidak langsung. Jadi pimpinan pemimpin yang mursyid itu lebih berkesan daripada latihan-latihan lain dalam membaiki diri yakni membaiki roh kita itu.

Begitu besarnya peranan hati atau roh ini. Ia adalah raja dalam kerajaan diri. Sebab itu Allah memerintahkan hati atau roh mesti dibersihkan. Bersihkan sifat-sifat negatif digantikan dengan sifat-sifat terpuji melalui takhalli, tahalli dan tajalli.

Allah berkata dalam Al Quran:

“Sesungguhnya mendapat kemenanganlah orang yang membersihkan hatinya (roh atau nafsu). Dan kecewalah orang-orang yang mengotorinya.”

(As Syams: 9-10)

Allah sebut orang yang hatinya baik, dia akan berjaya atau menang dalam hidup. Berjaya di dunia dan berjaya di Akhirat. Mendapat kemenangan di dunia dan mendapat kemenangan di Akhirat. InsyaAllah.

QURABAN 2018 2

 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

JOM QURBAN DI SELATAN KEMBOJA

Saudaraku yang dikasihi, bawalah hartamu sampai ke akhirat . Gunakan hartamu di jalan Allah , pahalanya pasti akan sampai ke akhirat .

Sesungguhnya , harta yang dibelanjakan di jalan Allah SWT,

Harta yang diinfaqkan di jalan Allah SWT, harta yang disedekah, harta yang digunakan untuk ibadah dan sebagai kemudahan untuk beribadat.

Dibalas di dunia, akan menjadi kaya. Jika dibalas di akhirat akan mendapat Syurga.

Harta yang kita miliki tidak kekal, malah akan binasa.  HARTA  yang diinfaqkan di jalan Allah akan kekal di Syurga.

Gunakanlah harta kekayaan kita untuk membantu agama Allah SWT.

Pahalanya akan abadi, mengalir sampai ke akhirat dan akan mendapat Syurga.

Gunakan rezeki kita ke arah amal kebajikan .

Pahalanya akan kekal, mengalir sampai ke Akhirat dan mendapat syurga.

Gunakanlah wang kita, untuk infaq sedekah dan membantu fakir miskin.

Pahalanya akan abadi, mengalir sampai ke Akhirat dan mendapat syurga .

 

JOM QURBAN DI SELATAN KEMBOJA

 

Fadhilat dan Kelebihan Berqurban

  1. Keampunan.-
    Titisan darah qurban yang pertama adalah merupakan pengampunan bagi dosa-dosa yang telah lalu iaitu sebagai penebus dosa yang telah dilakukan.
    ‘Imran bin Hushain radhiallahu ‘anhushallallahu ‘alaihi wasallam bersabda kepada Sayyidatuna Fatimah radhiallahu ‘anha: meriwayatkan bahawa Rasulullah
    Maksudnya: “Wahai Fatimah! Pergilah ke tempat (penyembelihan) qurbanmu dan saksikanlah ia, sesungguhnya titisan darahnya yang pertama itu adalah merupakan pengampunan bagimu di atas dosa-dosamu yang telah lalu.”
    (Hadis riwayat al-Hakim)
  2. Kebajikan (hasanah) yang dikurniakan kepada orang yang berqurban adalah sebanyak bulu binatang yang diqurbankan.
    Zaid bin Arqam radhiallahu ‘anhu meriwayatkan:
    Maksudnya: “Para sahabat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bertanya: “Wahai Rasulullah! Apakah yang ada pada qurban itu?” Rasulullah menjawab: “Ia adalah sunnah bapa kamu Ibrahim” Mereka berkata: “Apa yang akan kami perolehi darinya wahai Rasulullah?”Rasulullah menjawab: “Bagi setiap helai rambut satu kebajikan” Mereka berkata: “Bagaimana pula dengan bulu wahai Rasulullah?” Rasulullah menjawab: “Bagi setiap helai bulu satu kebajikan.”
    (Hadis riwayat Ibnu Majah)
  3. Darah qurban yang tumpah ke bumi akan mengambil tempat yang mulia di sisi Allah subhanahu wa ta‘ala.
    ‘A’isyah radhiallahu ‘anha meriwayatkan bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
    Maksudnya: “Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak Adam pada Hari Raya Qurban yang lebih disukai Allah melainkan menumpahkan darah (menyembelih binatang qurban). Sesungguhnya binatang qurban itu akan datang pada Hari Kiamat bersama tanduk, kuku dan bulunya dan Allah memberi pahala ibadah qurban itu sebelum darah binatang qurban itu jatuh ke bumi. Oleh itu, elokkanlah qurban kamu.”
    (Hadis riwayat at-Tirmidzi,Ibnu Majah dan Hakim)
  4. Akan memperolehi kenderaan atau tunggangan ketika meniti titian al-Sirat al-Mustaqim di akhirat kelak.

Sabda Nabi Muhammad SAW (maksudnya): “Muliakanlah qurban kamu kerana ia menjadi tunggangan kamu di titian pada Hari Qiamat”.

“Tidak akan sampai kepada Allah daging-dagingnya dan tidak pula darah-darahnya. Tetapi akan sampai kepada Allah ialah ketaqwaan dari kamu. Demikianlah dipermudahkannya korban-korban kepada kamu supaya kamu mengagungkan Allah terhadap hidayah-Nya kepada kamu. Dan hendaklah kamu gembirakan orang-orang yang berbuat kebajikan.” (al-Hajj : 36-37)

Ancaman terhadap orang yang mampu melakukan qurban tetapi tidak melaksanakannya.

Daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu katanya, sabda Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam:
Maksudnya: “Barangsiapa yang ada kemampuan untuk berqurban tetapi tidak melakukannya, janganlah dia hadir bersama kami di tempat sembahyang kami”.(HR Ahmad dan Ibnu Majah)

Bantulah kami umat Islam Melayu Champa di Selatan Kemboja yang kurang mendapat perhatian masyarakat Islam antarabangsa, melalui Ihya Assunnah Solution umat Islam Melayus Champa di Selatan Kemboja dapat berteduh dan menikmati sedikit nikmat kurniaan Allah SWT dikongsi bersama pada hari raya Aidil Adha nanti, sumbangan dan penyertaan anda lambang kekuatan pertalian Ukhuwah Islamiah Seaqidah Dan lambang ketinggian Iman Anugerah Allah SWT yang tidak boleh dinilai oleh makhluk ciptaan Allah SWT. Hanya Allah SWT sahaja yang mampu membalas Setiap Sen yang anda sumbangankan di Jalan Allah SWT.

Cara melaksanakan ibadah Qurban :

1-Hantarkan nama lengkap kepada email atau whatsapp.

2- Bank in RM370/ 1 Bahgian lembu ke akaun Maybak 553131011505 Ihya Assunnah Solution.

3-Emailkan ke ihyaassunnah68@gmail.com atau whatsappkan ke talian                                     +6 0199576237( En. Amin)  slip bank in tersebut kepada kami.  http://ipkkelantan.wasap.my .

4-Nama para peserta akan kami kemaskini dalam blog peribadirasulullah.wordpress.com dari masa ke semasa.

Lafaz niat Qurban

” Saya …………… bin/binti ……………… dengan ini bersetuju membeli dan mewakilkan kepada Ihya Assunnah Solution satu bahagian lembu untuk ibadah Qurban / Aqiqah di Kemboja pada tahun ini kerana Allah Taala.

Sila kunjungi kami melalui laman  dibawah  untuk maklumat lengkap berkaitan program Qurban dan bantulah kami:

Jom Qurban Di Selatan Kemboja

https://peribadirasulullah.wordpress.com/2018/08/03/jom-qurban-di-selatan-kemboja-3/

https://muslimcambodiablog.wordpress.com/2017/12/29/asian-fondatiaon-for-education-and-development/

https://peribadirasulullah.wordpress.com/2018/02/03/melayu-champa-cambodia/

https://wordpress.com/post/peribadirasulullah.wordpress.com/46725

https://peribadirasulullah.wordpress.com/2018/03/03/ihya-assunnah-solution-menunaikan-amanah-warga-malaysia-di-sihanoukville-selatan-kemboja/

Pengenalan Ihya Assunnah Solution

https://www.youtube.com/watch?v=13Gi0MilEa0

Misi Menyampaikan Bantuan Ke Selatan Kemboja 2017

https://www.youtube.com/watch?v=64UO1RimxQI

Salleh Faiz

https://web.facebook.com/salleh.faiz.5

IHYA Assunnah

https://web.facebook.com/IHYA-Assunnah-1184250164973202/


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: