Bimbingan Rohani Bersama Ihya Assunnah Solution
*22 MUTIARA KATA PILIHAN TERBAIK BERKAITAN DENGAN SOLAT MENURUT PANDANGAN PARA USTAZ*
๐1. *” Orang yang tak solat akan banyak masalah, tidak tenang, cepat marah susah nak terima kenyataan dan selalu nampak salah orang lain. “*
– Ustaz Azhar Idrus
๐2. *” Orang yang Solat lebih nampak kesalahan diri sendiri daripada kesalahan orang lain. “*
– Ustaz Ismail Al-Bakabi
๐3. *” Walaupun ayah kita penagih dadah sekalipun, bila dia suruh solat, kita sebagai anak WAJIB tunaikannya. “*
– Ustaz Kazim Elias.
๐4. *” Penyelesaian kepada krisis keluarga dan masyarakat adalah Solat. Jika Solat baik, maka keluarga dan masyarakat akan baik. “*
– Ustaz Ismail Al-Bakabi
๐5. *” Tidak solat punca utama penceraian dalam rumahtangga? Jaga solat…Insyallah bahagia…”*
– Ustaz Don Daniyal..
๐6. *” Utamakan Solat dalam segala hal, sesuai dengan seruan As-Solah sebelum seruan Al-Falah pada laungan azan. “*
– Ustaz Ismail Al-Bakabi
๐7. *” Selalulah Solat berjemaah walau payah macam mana pun, boleh jadi jemaah itu dapat menampung pahala berlipat ganda. “*
– Datuk Ismail Kamus..
๐8. *” Saf Solat berjamaah adalah sebahagian teknik penyatuan dan kekukuhan Ummah. “*
– Ustaz Ismail Al-Bakabi
๐9. *” Kalau kita sakit jangan takut untuk solat , at least kalau mati , mati dalam solat. “*
– Ustaz Haslin Baharin..
๐10. *” Sekira seorang itu tahu pahala berganda, nescaya ia tidak akan tinggal Solat ketika ia sakit. “*
– Ustaz Ismail Al-Bakabi
๐11. *” Selepas solat jangan tergesa-gesa bangun, baca Subhanallah 33, Alhamdulillah 33, Allahuakbar 33, doa kemudian baru bangun. โ*
– Al-Habib Ali Zainal..
๐12. *” Sesibuk mana pun kita, sekurang-kurangnya zikir setelah Solat bacalah Istighfar 3 kali dan Allahumma Antas-Salam…kerana 2 zikir ini datang dalam sebuah Hadits. “*
– Ustaz Ismail Al-Bakabi
๐13. *” Kalau orang yang solat pun belum tentu masuk Syurga, apatah lagi orang yang meninggalkannya.”*
-TG Syeikh Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki..
๐14. *” Orang yang Solat awasi Al-Wail dan yang membimbangkannya, sebagaimana pengawasan seorang itu kepada Al-Ghaiy, As-Saqr dan lainnya. “*
– Ustaz Ismail Al-Bakabi
๐15. *” Jagalah solat anda. Kerana solat itu adalah hubungan antara Allah dengan hambaNya. “*
– Sheikh Abdullah Jahaf…
๐16. *” Pelihara Solat, Allah pelihara kehidupannya. Abaikan Solat, nescaya Allah abaikan kehidupan dunia dan Akhirat ia akan merana. “*
– Ustaz Ismail Al-Bakabi
๐17. *” Menjaga solat boleh membersihkan dalaman kita. Puasa juga boleh membersihkan jiwa seseorang. “*
-Ustaz Dasuki Rani..
๐18. *” Orang yang tidak Solat, berusaha mengotorkan jiwanya. Orang yang menafikan Solat, berusaha memusnahkan jiwa raganya. “*
– Ustaz Ismail Al-Bakabi
๐19. *” Jangan cakap:”Pergi solat.Kalau tak,masuk api neraka!”Tapi cakap:”Jom solat,Nanti kita masuk SYURGA ALLAH sama-sama ya.InsyaAllah. “*
– TG Harun Din”..
๐20. *” Solat Berjamaah syi’ar dan sumber kekuatan generasi berjaya. Ayuh..! Tegakkannya seiring Sunnah. “*
– Ustaz Ismail Al-Bakabi
๐21. *” Kalau dalam solat tak dapat ingat Allah, mana mungkin luar solat mampu ingat Allah. “*
– Ustaz Pahrol…
๐22. *” Kejayaan seorang Muslim bukan banyak rakaat Solatnya, tetapi bergantung kepada KHUSYUKnya. “*
– Ustaz Ismail Al-Bakabi
Tinggalkan Jawapan