“Jadi boleh saya tahu kenapa Amar dan Shob ingin memeluk Islam.” Soalan ini sengaja ku Tanya, demi menduga apakah sebab mereka ingin menganut agama Tauhid ini. Lalu Amar menjawab tersekat sekat, “Kami ingin masuk Islam sejak berada di Nepal, tapi disana agak susah. Sebab orang Islam sangat sedikit. Jadi, kami mahu ambil peluang di Malaysia untuk masuk Islam.” Shob mengiayak jawapan Amar.
Syukur dan hamdallah bersatu. Rupa rupanya hasrat memeluk Islam sudah lama berbuah dijiwa Amar dan Shob. Cuma perlu diserikan dengan didikan agar buahnya ranum dan harum. Lalu dengan izin Allah Azzawajalla, buah itu boleh dipetik, menyerikan lagi taman taman orang yang beriman. Semuga niat kudus itu tetap mekar mewangi, hingga hela nafas yang terakhir. Menyakinkan keinginan Amar dan SHob yang membuak buak, aku mula bersyarah khutbah syahadah. Tidak panjang, cukuplah hanya menjelaskan pokok ajaran Islam. “Apa yang membezakan Islam dengan agama lain ialah konsep ketuhanan. Di dalam Islam, kami hanya percaya dan yakin akan kewujudan satu Tuhan, iaitu Allah Ta’ala. Segala apa yang kami lakukan di bumi ini hanyalah untuk Allah Ta’alla, sebagai Pencipta manusia dan juga alam semesta. Amar dan Syob menyengguk. Joy sekadar memerhati dari jauh. “Selain itu, kami juga percaya dan yakin bahawa Nabi Muhammad Solallahu ‘alaihi wassalam ialah pesuruh Allah Ta’alla. Dia merupakan Nabi Allah Ta’alla. AKu berhenti disitu. Berehat sejenak selepas intipati syahadah di rungkai secara ringkas. “Amar dan Syob faham?” Sengaja ku panggil nama mereka sebagai ganti nama, agar keadaan jadi lebih mesra. Kesuraman ini mesti dilenyapkan. Amar dan Syob lalu berbual dalam bahasa yang tak ku fahami. Mungkin keduanya berbincang tentang apa yang aku katakana tadi. Joy pula sibuk bertanya Rahman: sambil merujuk pada terjemahan Al-Quran Bahasa Inggeris yang turut dibawa bersama. Kebetulan, beberapa naskah kitab yang dibawa RAbbani amat membantu sebagai bahan rujukan dan sokongan. Tiba tiba Syob menjawab “Saya faham, dia tak fahamlah” Sambil sedikit mendongak kea rah Amar. “Dia susaha faham Bahasa Melayu, kena cakap perlahan lahan. Baru ku tahu; Shob pandai berbahasa Melayu tetapi tidak mampu berbahasa Inggeris. Amar pula mampu berbahasa Inggeris, namun sukar memahami Bahasa Melayu. Sedangkan Joy gagal menguasai kedua dua bahasa, hanya faham sikit sikit lantyaran hijrahnya ke tanah air amat mutakhir. AKu tersenyum sendiri atau mungkin kalamku terlalu cepat! Lalu ku sampaikan penerangan secara dwibahasa: selepasku bebbahasa Melayu, aku terjemahkan dalam Bahasa Inggeris bagai meraikan kedua dua lelaki ini. Kefaham Amar dan Shob nampaknya makin jelas. Tapi dari riak paras mereka, tampaknya seolah olah mereka menyembunyikan seuatu. Ada yang benda yang membuku dnamun tidak mahu diluahkan. Seraya aku menambah, “Islam agama yang mudah. Pengamalan Islam boleh dilaksanakan secvara berperingkat. Seperti solat. Saudara baru seperti kalian sudah pasti tidak mahir bersolat. Maka, kalian tidak wajib bersolat sehingga Amar dan Shob tahu bagaimana untuk bersolat. Begitu juga membaca al-Quran serta lain lain ibadah yang wajib dilakukan.” Kuucapkan panjang lebar. Auzan lantas menambah, “Paling penting, hati kita semua. Jika kita betul betul ikhlas ingin menganut Islam, maka kita belajar perlahan lahan. Solat dan puasda itu wajib kalian lakukan kelak, tapi pastikan kalian terlebih dahulu memahami dan menghadami ajaran Islam yang suci.” The ‘O’ suam yang masih bersisa dalam gelas diteguknya penuh berhati hati. Amar, Shob dan Joy mengangguk lagi. Aku mula memancing perlahan-lahan, ‘Asalkan Amar dan Shob percaya dan yakin bahawa Tuhan itu satu, dan Nabi Muhammad Sollahu ‘alaihi wassalam itu pesuruh Allah Wala, maka kalian sudah meyakini Islam itu agama yang benar. Tentang solar, tadarus AlQuran dan puasa, itu bisa dipelajari kemudian. Perlahan-lahan, sampai kalian menguasai ilmu-ilmu itu.” Semua diam. Hampir lima belas minit azan Maghrib sudah berkumandang di corong radio. Diikuti alunan irama nasyid kontemporari. Lalu kini Mulan Jameela mendendangkan lagu’Makhluk Tuhan Paling Seksi’. Tidak. Bagiku, dakwah sedikit rumit untuk berlangsung dalam bi’ah sebegini. Langsung kudekati pekerja kedai itu dan memohon izin untuk mengubah saluran. Cepat-cepat dia mematikan radio. Sungguh, dia amat memahami. Moga Allah Azzawajalla membalas jasa murninya! Amar mengangkat wajah, mengajukan soalan, “Bagaimana untuk jadi Muslim yang baik?” Maha Suci Allah, pemuda ini begitu tulus! Dia bukan hanya mahu menganut Islam semata-mata, seperti majoriti Muslim serata benua. Tetapi dia ingin menjadi Muslim yang soleh. Pertanyaannya menampar hatiku. Sepanjang 23 tahun dihidupkan di muka bumi Tuhan, jarang sekali aku menyoalku diriku sendiri; apakah aku sendiri Muslim yang benar benar bertakwa? Mukmin yang selayaknya dijanjikan rahmat dan maghfirah dari Tuhan. Ya Allah, dari-Mu aku datang dan pada-Mu aku pasti kembali. Aku mencari jawapan serata benak. “Untuk jadi Muslim yang baik, pertamanya perlu meyakini keesaan Allah Wala sebagai Rabb sekalian alam. Juga yakin bahawa Nabi Muhamad Solallahu ‘alaihi wassalam. Seterusnya mengimani rukun-rukun iman yakni yakin dengan wujudnya malaikat, nabi-nabi Allah Azzawajalla, kitab-kitab Tuhan, hari kiamat Juga qada! dan kadar. Semua itu akan dipelajari nanti. ” Sengaja kutenangkan hati mereka dengan ayat penutup ini. “Selain itu, kita mesti lakukan pada yang disuruh oleh Allah Ta’ala. Rukun Islam yang lima wajib dipatuhi. Syahadah yang akan saya ajar sebentar lagi, bersolat fardhu, puasa dalam masa sebulan.” Dua lagi rukun tidakku tekankan sepenuhnya. Khuatir Amar dan Shob jadi makin keliru. Proses tarbiah sepatutnya berjalan secara berperingkat. Sirah Nabawiyah sudah membuktikan! Satu soalan yang sudah kuduga terpacul dari bibir nipis Shob, “Tentang ‘potong’, untuk masuk Islam memang terus kena ‘potong’ ke?” Rabbani dan Saiful serentak tersenyum manis. Rahman terpinga-pinga. Aku turut tersengih. Selama ini aku hanya menadah telinga dari para penceramah yang mengkisahkan bahawa berkhatan ialah antara punca yang menghalang cita cita untuk diIslamkan. Lazimnya isu ini jadi bahan lawak bagi menggamatkan suasana kuliah, dan jarang sekali untuk kita fikirkan sungguh-sungguh. Kalaulah kita berada di tempat mereka.Kujejak balasan yang sarat hikmah. “Bila Amar dan Shob betul-betul bersedia untuk ‘potong, maka ‘potong’lah. Jika masih belum bersedia untuk di’potong’, tak bermakna kalian bukan Muslim yang baik. Fahami isi ajaran Islam dahulu, itu jauh lebih utama. “ Lirik mataku dan Shob berlaga sejeda. Dapatku baca riak kelegaan di wajahnya. Langsung Auzan memperincikan kaedah berkhatan berserta sebab disyariatkan amalan ini. Ibadah yang sekian lama wujud, hatta sebelum era kenabian Muhammad Solallahu ‘alaihi wassalam.
Rujukan :
Tinggalkan komen