Posted by: peribadirasulullah | Februari 13, 2018

Berzikir tetapi tidak tenang ?

Foto

 

*Mengapakah ramai yang berzikir tetapi masih tiada ketenangan perasaan hati?.*

*Biasa dengar…*
*Ketenangan hati itu dicapai melalui zikrullah*

*Tapi….*

*Walaupun ucapkan Subhanallah, Alhamdulillah, Allah hu Akbar beratus-ratus malah beribu-ribu kali tetapi mengapa hati tidak tenang juga?*

*Zikrullah hakikatnya bukan sekadar menyebut atau menuturkan kalimah.*

*Ada bezanya antara berzikir dengan sekadar “membaca” kalimah zikir.*

*Zikir yang berkesan melibatkan tiga dimensi – dimensi lidah (qauli), hati (qolbi) dan perlakuan (fikli).*

*Macam mana tu?*

*Katalah lidah kita mengucapkan Subhanallah*
*– Ertinya Maha Suci Allah.*
*Itu zikir qauli (lafaz di lidah). Namun, pada masa yang sama hati hendaklah merasakan Allah itu Maha Suci pada zat, sifat dan af’al (perbuatannya). Segala ilmu yang kita miliki tentang kesucian Allah hendaklah dirasai bukan hanya diketahui. Allah itu misalnya, suci daripada sifat-sifat kotor seperti dendam, khianat, prasangka dan sebagainya.*

*Allah Maha Pengampun dan Maha Penerima Taubat*
*Betapa…Maha baiknya Allah*

*Firman Allah:*
*“… Sungguh, Allah menyukai orang yang taubat dan menyukai orang yang menyucikan diri”*
*(Surah Al-Baqarah ayat 222.*

*Sifat ini berbeza sekali dengan manusia yang kekadang begitu sukar memaafkan kesalahan orang lain. Dan segelintir yang mampu memaafkan pula begitu sukar melupakan.*
*– FORGIVE YES, FORGET NOT!*

*Begitulah kotornya hati yang sentiasa diselubungi dendam, prasangka dan susah memaafkan.*

*Tidak seperti Allah yang begitu Suci, Penyayang dan Pemaaf.*

*Jadi, apabila kita bertasbih, rasa-rasa inilah yang harus diresapkan ke dalam hati. Ini zikir qolbi (terkesan hadir di hati) namanya.*

*Tidak cukup di tahap itu, zikrullah perlu dipertingkatkan lagi ketika bertasbih hendaklah memastikan perlakuannya benar-benar menyucikan Allah.*
*Ertinya, dia melakukan perkara yang selaras dengan suruhan Allah yang Maha Suci dan meninggalkan apa yang dilarang-Nya. Yang halal, wajib, harus dan sunat dibuat. Manakala yang haram dan makruh ditinggalkannya. Zina, mengumpat, mencuri, memfitnah dan lain-lain dosa yang keji dan kotor dijauhi. Bila ini dapat dilakukan kita telah tiba tahap zikrullah – zikir fikli! (Perlakuan)*

*Maka kesannya sangat mendalam kepada hati. Sekurang-kurang hati akan dapat merasakan empat perkara:*

*~Rasa kehambaan.*
*~Rasa bertuhan.*
*~Memahami maksud takdir.*
*~Mendapat hikmah di sebalik ujian.*

*In Syaa’ Allah*

*Selamat beramal solleh*
*Banyakkanlah berselawat*

*۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞*


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: