Posted by: peribadirasulullah | Januari 28, 2010

Doa Supaya Allah Tetapkan Iman Kita

رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ

Rabbabaa Laa Tuyigh Quluubanaa Ba’da Idz Hadaitanaa wa Hab Lana Mil-Ladunka Rahmatan Innaka Antal-Wahhaab

Artinya: “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan karuniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau; karena sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi (karunia).” (QS. Ali Imran: 7)

يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوْبِ، ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِيْنِكَ

Yaa Muqallibal Quluub, Tsabbit Qalbi ‘Ala Diinik

Artinya: “Wahai Dzat yang membolak-balikkan hati, teguhkan hati kami di atas agama-Mu.” (HR. Ahmad dan at Tirmidzi)

اللَّهُمَّ مُصَرِّفَ الْقُلُوبِ صَرِّفْ قُلُوبَنَا عَلَى طَاعَتِكَ

Allaahumma Musharrifal Quluub, Sharrif Quluubanaa ‘Alaa Thaa’atik

Artinya: “Ya Allah yang mengarahkan hati, arahkanlah hati-hati kami untuk taat kepadamu.” (HR. Muslim)

Keterangan:

Ketiga doa di atas adalah doa yang bersumber dari Al Qur’an dan sunnah sohihah. Maka seorang muslim patut menghafal dan memunjatkannya kepada Allah setiap waktu, kerana terpelihara ataupun tercabutnya hidayah terletak pada kehendak dan kekuasaan Allah. Apabila Allah meneguhkan hidayah, tidak ada yang dapat memalingkan dan menyesatkannya.

مَنْ يَهْدِ اللَّهُ فَهُوَ الْمُهْتَدِي وَمَنْ يُضْلِلْ فَأُولَئِكَ هُمُ الْخَاسِرُونَ

Sesiapa yang diberi petunjuk oleh Allah, maka dialah yang mendapat petunjuk; dan Sesiapa yang disesatkan Allah, maka merekalah orang-orang yang merugi.” (QS. Al A’raf: 175)

Pada ketiga doa di atas mengandungi  permohonan terpeliharanya hati. Kerana hati merupakan penentu baik dan buruknya amal perbuatan seseorang. Dia menjadi pusat takwa dan hidayah. Namun, dia juga menjadi pusat kekufuran dan kesesatan. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

أَلَا وَإِنَّ فِي اَلْجَسَدِ مُضْغَةً, إِذَا صَلَحَتْ, صَلَحَ اَلْجَسَدُ كُلُّهُ, وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَدَ اَلْجَسَدُ كُلُّهُ, أَلَا وَهِيَ اَلْقَلْبُ

….ketahuilah sesunguhnya di dalam jasad itu ada segumpal daging, apabila baik maka baiklah seluruh jasadnya, dan apabila rosak maka rosaklah seluruh jasadnya, ketauhilah bahawa dia itu adalah hati.” (Muttafaq ‘Alaih dari An Nu’man bin Basyir)

Sedangkan hati setiap seseorang berada di bawah kendalian Allah ‘Azza wa Jalla. Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, “sesungguhnya hati anak Adam (manusia), semuanya berada di antara dua jari dari jari-jemari Allah, laksana hati yang satu, Dia arahkan ke mana sahaja yang Dia kehendaki.” (HR. Muslim)

Dalam riwayat at Tirmidzi dari hadis Malik bin Anas, Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda, “Sesungguhnya hati itu berada di dua jari dari jari-jari Ar Rahman, Dia membolak-balikkan sekehendak-Nya.” Dalam riwayat Ahmad, “jika Dia berkehendak (untuk menjadikannya sesat) maka akan disesatkan-Nya dan jika berkehendak ditetapkan iman maka akan tetap diteguhkan di atas petunjuk.”

Sedangkan sesiapa yang hatinya dijaga oleh Allah dengan hidayah, tiada seorang pun yang boleh menyesatkannya.

مَنْ يَهْدِهِ اللَّهُ فَلَا مُضِلَّ لَهُ وَمَنْ يُضْلِلْ فَلَا هَادِيَ لَهُ

Sesiapa yang diberi hidayah oleh Allah maka tidak seorangpun yang boleh menyesatkannya. Sebaliknya, siapa yang disesatkan oleh Allah maka tida seorangpun yang boleh memberinya petunjuk.” (HR. Ahmad, Abu Dawud, at Tirmidzi dan lainnya)

Kerananya, kita sentiasa memohon kepada Allah, Tuhan kita semua, agar tidak menjadikan sesat hati kita setelah dia memberi petunjuk  dan kita juga memohon limpahan rahmat dari sisi-Nya, sesungguhnya Dia dzat Maha Pemberi.


Responses

  1. assalamualaikum,can i copy these pray from your paste to my blog.:)

  2. Bagus,Dan memudahkan.

  3. alhamdulillah sgt berguna buat saya ….

  4. Assalamualaikum, bagaimana jika seseorang itu yg beriman/bertaqwa pada Allah SWT, tapi kadang-kadang hatinya dibolak-balikkan dgn keraguan, perkataan jahat dll., Nauzubillah. Adakah ini semua bisikan syaitan/iblis yg cuba nak memesongkan keimanan/akidah seseorang muslim? Bagaimana nak hapuskan syaitan dilaknat Allah ini dan menguatkan iman seorang muslim sekukuhnya pada Allah SWT tanpa ada keraguan lagi

  5. Ada x lirik doa tetap kan iman….saya dah cari maerata rata blog tapi xjumpa pon….

  6. Terima kasih diatas ini..amat bermanfaat utk saya dan semua yg mmbca…dan sangat menarik..

  7. Jadi suami saya betul lah apa kesalahan dia buat adalah Allah izinkan dan apa segala perbuatannya yang jijik dan suka gunakan orang dan abaikan tanggungjawab terhadap keluarga adalah kerana Allah??? Semua kerana Allah??? Klau macam tu Allah lah yang buat dia berdosa dan buat jahat terhadap keluarga tanpa rasa bersalah bukan jadi betul lah dia berkata yang kami sebagai keluarga terima perbuatan nya walaupun salah adalah kerana Allah? Klau macam tu tak perlu lah kita salahkan orang2 tang membunuh merogol berzina merompak termasyk suami saya yang Alim ini kerana pada dia wajar semua perbuatannya kerana Allah lah yang izinkan kerana Allah berikan dia kepandain tanpa rasa bersala dia hukum keluarganya? Ada apa dengan Agama Islam yang saya dulu sayangi klau begitu orang lelaki boleh tiada kesalahan oleh kerana Allah lah yang izi kan dia berbuat sedemikian?

    • Walaikumusslam..
      Pengangan suami puan adalah salah kerana mirip kepada aqidah Qodariah atau Jabariah yang bukan termasuk dalam Ahlu Sunnah Waljamaah.
      Kita sebagai Ahlu Sunnah Waljamaah tidak boleh melakukan dosa dan meletakkan perbuatan dosa yang kita lakukan dengan izin Allah SWT.
      Memang benar Firaun atau Abu Jahal boleh bertindak menyiksa para sahabatan Nabi Muhammad SAW, begitu juga Firaun boleh menyiksa para pengikut nabi Musa. Semuanya berlaku dengan izin Allah SWT tetapi disana ada dua keizinan atau dua nikmat pemberian Allah SWT.
      Golongan orang-orang soleh atau para nabi boleh melakukan amal ibadat dengan izin Allah SWT dan mendapat balasan Syurga di Ahirat nanti. Tenaga yang digunakan oleh para sahabat dan solehin adalah tenaga yang berkat dan diredhai oleh Allah SWT.
      Golongan Firaun dan Abu Jahal sebagai contohnya, mereka boleh bertindak sewenang-wenangnya melakuakn kejahatan dengan kekuatan tenaga yang Allah SWY kurniakan kepada mereka, tetapi Allah SWT kurniakan tenaga tersebut tanpa mendapat keredhaan dan tidak disertai dengan keberkatan. Pengakhiran mereka adalah Neraka Dan Azab Allah SWT serta dikira sebagai dosa.
      Allah SWT telah permudahkan kepada orang yang berakal dengan diutuskan Rasulullah SAW, dikirimkan Al-Quran dan diajari oleh Malaikat Jibril, dikurnikan akal yang waras, yang dapat membezakan perkara baik dan memudharatkan. Tidak seperti akal lain-lain haiwan yang hanya mampu untuk mencari makanan sahaja.
      Tanggungjawab pada keluarga adalah satu kewajipan, Rasulullah SAW telah bersabda ” ‘Aisyah Radhiyallahu ‘anha meriwayatkan, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam telah bersabda :

      خَيْرُكُمْ خَيْرُكُمْ لأَهْلِهِ وَأَنَا خَيْرُكُمْ لأَهْلِي

      “Sebaik-baik kalian adalah orang yang paling baik bagi keluarganya. Dan aku orang yang paling baik bagi keluargaku” [HR. At Tirmidzi no: 3895 dan Ibnu Majah no: 1977 dari sahabat Ibnu ‘Abbas. Dan dishahihkan oleh Al Albani dalam Ash Shahihah no: 285].
      Sumber: https://almanhaj.or.id/3721-rumah-membongkar-rahasia-lelaki.html

      Suami yang tidak melaksanakan tanggungjawab pasti mendapat azab Allah SWT.

      Semoga puan memahami dengan apa yang saya sampaikan, itu sahaja yang dapat saya tuliskan buat kali ini.
      Salam Ukhuwah Islamiah dari saya untu semua.
      Semoga Allah SWT memberi kekuatan pada puan untuk membimbing suami puan dengan penuh hikmah dan kasih sayang.
      Sekian Jutaan Terima Kasih Diatas Perkongsian Yang Penuh Ilmiah.
      السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

w

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: