Posted by: peribadirasulullah | Ogos 7, 2015

5 Hak Isteri dalam Duit Suami

https://scontent-sin1-1.xx.fbcdn.net/hphotos-xpt1/v/t1.0-9/11667249_731665423626526_1337972345315541797_n.jpg?oh=f9235a04a7589e053f2a9b3d9d468a6b&oe=56832336

5 PERKARA MESTI GUNA DUIT SUAMI.
*Hal ni suami isteri mesti ambil tahu.

Dari segi nafkah suami kepada isteri, suami perlu sediakan 5 nafkah ini

1) makan minum isteri.
👉duit belanja diri (Menurut Lembaga Zakat, potongan ke atas isteri adalah RM3000 setahun. Bila dibahagi 12bulan…jadi rm250 sebulan. Pun begitu, ia bergantung pada pendapatan/ehsan suami )
👉duit belanja dapur.
2) peralatan mandian
3) ubat ubatan / medical
4) pakaian baru 2 persalinan setahun. Ini termasuk pakaian dalam, telekung, tudung, kasut dll.
5) rumah yang selesa untuk isteri tinggal dengan aman dan mudah membuka auratnya (tiada yg bukan mahram). Termasuk segala bil berkaitan rumah.

~petikan kuliah Ustaz Fawwaz~

***********************
Nasihat saya… kepada isteri, bila dah tahu bab nafkah ni, jangan pula demand lebih-lebih hingga di luar kemampuan suami ye. Apa2 pun ikut kemampuan suami. Jadilah penyejuk hati suami dalam segala keadaan. Kalau suami tak mampu, sedikit yang suami bagi tu kita bersyukurlah. Bila bersyukur, moga Allah tambah nikmat dan hidup pun lebih bahagia.

Satu lagi, tolonglah para isteri untuk amanah dengan duit yang suami beri. Misalnya untuk duit belanja dapur, bila memasak tu jangan terlalu berlebihan. Makan berempat saja, tapi masak macam untuk 10 orang. Bila tak habis, simpan peti ais…terlupa pulak nak makan..akhirnya dibuang. Kata ustaz, isteri yang selalu macam ni…isteri yang khianat. Dia tidak amanah. Mungkin dia tak sedar yang perbuatannya itu boleh mendatangkan dosa.

Bagi suami yang isterinya bekerja pula, jangan sedap sangat guna duit isteri tanpa izinnya. Dah lah duit rumah guna potongan gaji isteri, duit dapur pun under isteri….duit makan isteri kat ofis tak pernah hulur…konon cakap, “duit gaji saya, saya simpan untuk emergency..untuk kegunaan kita jugak”….Awak, kalau isteri awak tu tak halalkan, tak lepas nanti awak kat akhirat.

Ada sahabat saya beritahu, suaminya setiap malam sebelum tidur akan selalu minta maaf dan minta dihalalkan jika dia ada teralpa tentang tanggungjawabnya atau ada termakan duit isterinya. Bila suami cakap macam tu…takkanlah kita tegar untuk tidak memaafkan. Betul tak?

Isteri jika bekerja, walaupun memang bukan tanggungjawab kita untuk cover belanja rumah, tapi jika suami memang tak mampu, kita belajarlah untuk sabar dengan ujian ni, belajar untuk redha dan seterusnya bersyukur. Kenapa perlu syukur? Bersyukurlah kerana di sebalik ketidakmampuan suami itu, ada hikmah tersembunyi. Allah rupa-rupanya nak bagi kita pahala besar. Mulai sekarang, segala yang kita belanja untuk keluarga tu niatkanlah sebagai sedekah. Sedekah pada keluarga terdekat, pahalanya sangat WOW melebihi pahala sedekah fisabilillah kata ustaz. Sentiasa ingat, hidup kita di dunia ni untuk kumpul pahala sebanyak-banyaknya. Syurga tu kan mahal.

Sesungguhnya sedekah itu menggugurkan dosa seperti air memadamkan api…juga membentengkan kita daripada api neraka.

Semoga bermanfaat.

Wallahualam.

https://www.facebook.com/pages/Mohd-Zaki-Mohamad/694503390676063?fref=photo

Mohd Zaki Mohamad’s Photos

Nota Penting daripada Umat Islam Kemboja untuk berkongsi nikmat kurniaan Allah SWT :

Program Qurban Di kemboja
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Y.Bhg,Tan Sri/Dato’ Seri/Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan,

Kini kami ( صندوق البر العالمى )memohon jasa baik daripada kaum muslimin dan muslimat di Malaysia, Singapore dan Brunei Darus Salam untuk membantu kami menjayakan Qurban pada tahun ini di bumi Kemboja dengan kadar RM 350.00 satu bahagian.
Kepada kaum muslimin dan muslimat yang berminat sila hubungi kami untuk membuat tempahan:
1- Ustaz Mohamad Tahir Bin Daud – No. Tel. :013-7432060 (Johor).
2- Tuan Haji Abdul Manap Bin Manan – No. Tel. : 019-574 1522 (Perak).
3- Haris Murshidi Bin Mohammad Tahur – No Tel : 017-789 7191 (Johor).
4- Amin Bin Mohamed – No Tel : 019-957 6237 (Kelantan).

Sila hulurkan zakat atau sedekah jariah anda ke dalam akaun :
maybank 551070416346.
Emailkan kepada Sunduq_albirri@yahoo.com
Suburkan perniagaan dan sucikan harta dengan zakat serta berkatilah hidup anda dengan sedekah jariah, qurban dan aqiqah. Yakinlah dengan janji Allah SWT,sesungguhnya Allah SWT tidak pernah memungkiri janji.
Untuk maklumat lengkap berkaitan aktiviti kebajikan kami sila layari :

Maahad Tahfiz An-Nur Kampot-Kemboja Dan Misi Yayasan Pembangunan Kemanusiaan Kemboja


Diatas kerjasa dan keprihatinan pihak tuan terlebih dahulu saya ucapkan jutaan terima kasih.
Sekian Wassalam.


Respon

  1. Assalammualaikum ustad…kalau boleh perbanyakkan nasihat kaum suami lebih dr isteri.bosan asyik nak kena isteri lebih baik dlm segala hal sedangkan tanggungjawab lebih kepada suami sebab mereka ketua keluarga.org yg patut bg contoh yg baik dlm segala hal.fokus lebih kepada suami.

    • W.Salam.
      Jutaan Terima Kasih kerana berkongsi pandangan. memang kaum lelaki sebagai Khalifah pasti lebih besar ganjarannya di sisi Allah SWT. In Sya Allah, saya akan muatkan nanti.

  2. kurang tepat duit isteri tu isteri punya..kita tahu tggungjwb suami..nk tanya halal ke haram isteri kuar rumah tanpa ada tujuan?? apatah lg kuar kerja..ok..isteri kerja mesti ada tujuan klu saje2 hukumnya haram..tp apa tujuan??x lain x bkn sbb nk bantu suami dan kluarga..jd suami izinkan..mknanya klu isteri kerja x nk bntu suami berdosa dia kuar rmh dan kerja..

    • dah belajar habiskan duit mak ayah, duit kerajaan, kena ganti baliklah melalui bekerja. mcm cousin saya, sbb x bg isteri bekerja, selain nafkah bulanan pd isteri, dia turut bagi pada mertua sbb walaupun bukan tanggungjawab anak perempuan, hakikatnya mertua mmg perlukan pertolongan.

  3. saya nak kol nmbr ustaz…tp tak ada…harap ustaz emailkan utk saya

  4. asalamualaikum ustaz bgaimana pula jika si suami brkemampuan tapi melebihkan nafkah utk ibunya dr isterinya sendiri?tolong jawab ustaz

  5. Assalammualaikom . Ustaz. saya zamzahuri dari karak. ingin mengajukan beberapa perkara slalu saya menghadapi masalah tp takde penyelesaian.
    Berbalik pada tajuk di atas di mana bini saya share di fb,dan saya baca cuba memahami seperti dikehendaki nafkah seorang isteri. saya ada dua anak putra dan puteri. Di Karak ini saya berkerja sebagai kuli reban ayam bergaji rm 1500 tanpa epf dan sokso. Cara perbelanja ini. dengan rumah sewa rm 500 ,api dan air, rm 180 .hutang kenudahan bayar sikit rm 400. dapur rm 300 .kemudahan ke tmt kerja naik moto rm 20.astro 42.90. Setiap ahad saya wajib dlm poket rm 50.(200rm). Masalah saya ni .bergaji di atas semasa di reban ayam. Bila saya kata nak cari pendapatan tmt lain selepas waktu kerja. bini saya tak mengizikan kerana kata nye saya tidak beri peluang habis masa dgn anak bini. klu ikut kehendak bini saya dan saya dah cuba turutkan selama 6 bln hingga sekarang. saya hanya dapat hutang dgn kawan. beberlanja lebih dari pendapatan. saya minta tolong kira kira . berapa ratus saya perlu nafkah nak bagi pada isteri saya.

    • W.Salam.
      Apa yang kongsikan adalah bagi suami yang berpendapatan tinggi dan tidak bertanggungjawab terhadap anak-anak dan isteri, sedangkan anda seorang suami yang amat bertanggungjawab. Masalah kekurangan kewangan dalam kehidupan berkeluarga pada zaman ini memang dirasai semua.
      Oleh yang demikian Allah SWT menganjurkan orang mukmin bersifat Qonaah ( bersyukur dengan apa yang dikurniakan ) dan terus berusaha untuk meningkatkan ekonomi keluarga secara bersama ( suami dan isteri).
      Semua pihak perlu memahami dugaan Allah SWT yang mencipta kita, Allah SWT jadikan kita dalam keadaan demikian adalah rahsia atau hikmah dalam kehidupan. Dalam segi ekonomi ada yang berpendapatan tinggi dan ada yang berpendapatan rendah begitu juga dari segi anggota badan atau fizikal kita, sebab itu saya muatkan juga video atau gambar golongan yang tidak memiliki anggota tangan dan kaki tetapi tetap berusaha berkerja serta beribadat kepada Allah SWT dalam blog ini.
      Maha Kaya dan Maha Suci Allah SWT dalam semua tindakannya, yakinlah dalam hati kita bahawa apa yang kita alami adalah dalam perhatian dan tindakan Allah SWT. Allah SWT amat sayangkan kita, isteri anda berhak memberi pandangan dan anda berhak menerangkan usaha yang telah anda korbankan demi tanggungjawab dan kasih sayang. Semoga Allah SWT membuka hati isteri anda memahami erti kesabaran dan dugaan Allah SWT serta menjadikan ianya satu wasilah yang mengikat dan mengeratkan kasih sayang.
      Wallahu A’lamu Bissowab. Semoga Allah SWT memberi kebahagian dalam kehidupan anda sebagai keluarga yang Mahabbah dan Sakinah, Amin Ya Rabbal Alamin.

  6. Lepas ni ramai kaum lelaki lewat atau tak nak kahwin. Mgkn atas alasan tak berkemampuan. Sedangkan Islam itu mudah..
    Saya dulu pun terfikir sblm kahwin, kenapa nak buang duit tanggung isteri? Kalu bujang tak perlu nak bayar itu ini? Tapi kerana tanggungjawab sbg umat Nabi Muhammad..sy laksanakn tggjwb dgn berkahwin. Kalau nak diikutkan, gaji saya cukup makan jer. Isteri pula mengajar, dan dia tak pernah berkira dgn saya. Kami sama2 mengeluarkan duit berbelanja. Tak asa istilah duit isteri, duit isteri..duit suami, duit suami. Cuba fikir apa yg Siti Khadijah sumbangkan utk Rasulullah?

  7. Assalamualaikum Ustaz. Bagaimana pula kalau isteri bekerja? Adakah ketetapan nafkah kpd isteri berubah?buat pengetahuan Ustaz saya isteri yg bekerja.saya turut menyumbang dalam memberi barang keperluan dapur Dan keperluan peribadi saya beli sendiri.terima kasih

  8. Isteri tak payah bekerja kalau tak bantu suami dlm perbelanjaan rumahtangga… Kalau suami tanggung semuanya, lebih baik isteri berhenti kerja dan jadi suri rumah… Layan makan minum suami dan anak-anak, kemas rumah dan sebagainya… Hidup dengan penuh sederhana menggunakan gaji suami seorang sahaja… Konsep gaji suami untuk semua perbelanjaan rumahtangga dan gaji isteri tak boleh usik memang tak wajar…

  9. Assalamualaikum wbt Ustaz, saya Ida dr Kelantan ingin bertanya.
    1.Apakah hukum bagi suami yg tidak memberikan nafkah duit kpd isteri atas desakan tiada perkerjaan tetap. (Tidak mempunyai gaji tetap).?
    Nafkah dr segi makan minum, pakaian, tempat tinggal tidak bermasalah(tidak pernah diabaikan suami) tetapi nafkah duit kpd isteri. ( utk membeli keperluan/keinginan kecil seorang isteri).
    2.Berdosakah seorang isteri sekiranya isteri tersebut tidak radha pd suaminya yg tidak memberikan nafkah duit kpdnya?

    • W.Salam.
      Suami yang tidak memberi nafqah memang berdosa, samada nafqah batin atau nafqah bukan batin. Isteri berhak ke atas nafqah tersebut tetapi jika isteri memahami dan memaafkannya amat mulia dan mendapat darjat yang tinggi di sisi Allah SWT. Contoh terbaik adalah Siti Khadijah yang membantu perjuangan Islam di jalan Allah SWT melalui harta miliknya. Wallahu A’lamu Bissowab.

  10. Assalamualaikum ustaz,
    Saya nak bertanya soalan & pandangan ustaz..
    Saya bekerja & membantu suami. Suami tidak memberi nafkah bulanan atau yg berkaitan dgn keperluan saya sendiri tetapi menyediakan keperluan rumahtangga secukupnya. Dlm kehidupan masa kini yg mendesak saya membantu suami utk perbelanjaan anak2 & serba sedikit keperluan rumahtangga…lbh kurang rm500 sebln diberikan kpd beliau atau lebih terutamanya bila pulang ke kg saya.

    Suami saya seorg manager, yg menjadi persoalan saya, saya redho & sabar serta rasa kasihan lalu tidak meminta apa2 pun dr beliau. Yg menyedihkan saya sikap ibu mertua saya yg sering menyindir & bercerita kpd saudara & adik2 suami saya yg mengatakan saya suka berbelanja mewah dgn duit anaknya itu (suami bergaji besar katanya). Bila jd begitu, saya rasa mula mengungkit dlm hati…apa hukumnya ustaz…
    Saya tidak mahu kufur nikmat, sbb suami seorg yg sgt penyayang…saya redho & anggap sedekah setiap yg saya hulurkan tp sedih dgn ibu mertua. Jadi setiap bln saya turut memberikan sedikit duit belanja utk ibu mertua supaya tidak menyindir saya lg. Buat makluman ustz ibu mertua saya mempunyai pendidikan yg tinggi, bekas manager & tinggal dikawasan elite di ibu kita. Apa pandangan ustaz guna kuasa duit ttp bila saya dengar ibu bercakap belakang saya jd mengungkit…mcm mana tu…

    Harap ustaz dpt bg pandangan, dan cara lbh redho & sabar lg…Sekian, Assalamualaikum…

  11. Assalamu’alaikum Ustaz.
    Suami saya sekarang menghadapi kesulitan perniagaan dan tidak dapat menghulur belanja bagi rumah dan keluarga. Sekarang ini saya sedang menghidupkannya semua duit perbelanjaan bagi keluarga (anak2 dan suami). Sumburgh pendapat an daripada duit pencen dan duit tabung Simpanan. Saya sudah be rumour 58 tahun dan suami 64 tahun.
    Boleh kah saya anggap duit yang saya guna akan untuk sara hidup keluarga ini (termasuk suami dan anak2) sebagai bayaran zakat?

    Jazakallahu khairan

  12. assalamualaikum ustat,

    bagaimana jika suami taknak bekerja?walaupun mempunyai anggota badan yang sihat yang cukup tetapi tiada usaha untuk mencari pekerjaan.
    Akhirnya isteri yang bekerja kena tanggung semua perbelanjaan.

  13. Perbelanjaan suami yang mempunyai segulung DIPLOMA untuk ke tempat kerja mencari nafkah tidak termasuk perbelanjaan pakaian dan simpanan suami itu sendiri..

    Jumlah perbelanjaan kasar sebulan suami RM4280 untuk 10 tahun.. Rasa-rasanyalah, suami DIPLOMA yang baru bekerja 5 tahun pertama mampukah dia menanggung RM4280 sebulan untuk perbelanjaan keluarga? Gaji mereka pun tak sampai RM3000, tetapi perbelanjaan sudah melebihi gaji.. Bayangkan jika suami yang berpendapatan lebih rendah dari itu.. RM4280 itu belum termasuk perbelanjaan kasut suami, baju suami, hari raya yang perlu ditanggung suami.. Rumah kalau tak mampu beli, nak menyewa pun dah RM500 – RM800..

    Jika isteri hendak hidup senang, pergilah cari suami CIKGU atau yang setaraf atau yang lebih tinggi atau ahli perniagaan..

    Jika seorang suami DIPLOMA makan gaji atau gaji lebih rendah dari itu, maka bersiap sedialah untuk bersama2 menerajaui bahtera rumahtangga..

    Suami anda pun manusia juga, ada perasaan, ada kemahuan..

    Suami CIKGU pun memerlukan bantuan isteri juga.. Rumah dah tentu nak Semi-D.. Kereta dah tentu nak WISH.. Maintenance kereta lagi.. Kahwin nak grand, lagi banyak belanja..

    Fikir2kanlah.. Kalau isteri bantu, bukan orang lain pun, suami tercinta kot.. Suami pun manusia juga.. Manusia biasa juga..

    Letakkan suami itu sebagai seorang manusia yang sanggup berhabis untuk manusia yang lain bergelar isteri dan anak..

    Jangan cerita pasal gaji suami tak cukup, CER TRY KIRA GAJI DAN PERBELANJAAN SUAMI TU DULU..

    Sebab tu sebelum kahwin kena fikir banyak2, jangan ikut orang lain kahwin kita pun nak kahwin, lepas tu komplen..

    Cuba jadi seperti BELLA MAKEUP tu, dia tak merungut pun jika suami dia tak bagi cukup pakai.. Sama2 usaha.. Sapa yang lebih dia yang bantu.. Kaya raya dah depa.. Ini takde, komplen je banyak.. Bekerjasama itu lebih baik.. Berfikiran positif..

    1) Makan minum isteri RM250 / bulan
    duit belanja dapur. RM500 / bulan
    2) Peralatan mandian RM100 / bulan
    3) Ubat ubatan / medical RM50 /bulan
    4) Pakaian baru 2 persalinan setahun. Ini termasuk pakaian dalam, telekung, tudung, kasut dll. RM30 / bulan
    5) Rumah yang selesa (berbeza bagi setiap negeri) RM1000 / bulan
    6) Anak 2 orang duit ngasuh jika isteri bekerja RM600 / bulan
    7) Duit minyak (berbeza bagi setiap negeri) RM300 / bulan
    8) Bil api air (berbeza bagi setiap negeri) RM50 / bulan
    9) Kereta RM400 / bulan
    10) Makan tengahari suami di tempat kerja yg agak jauh dr rumah RM200 / bulan
    11) Hutang kahwin RM250 / bulan
    12) Wang saku dan peralatan anak2 sekolah RM50 / bulan seorang
    13) Pampers dan susu RM200 / bulan seorang
    14) Hutang PTPTN Diploma RM100 / bulan
    15) Mak ayah dikampung RM200 / bulan

    Hidup dalam dunia realiti la sikit, bukan hidup dalam drama TV3..

    Kalau nak komplen lelaki gaji kecik, pergilah cari yang kaya raya, habis cerita.. Ambil kalkulator cuba congak dulu baru komplen..

    • Isteri yang mukminah pasti tidak akan menambahkan beban suami yang telah banyak berkorban demi kebahagiaan rumah tangga yang sakinah-In Sya Allah.

  14. Halo, Adakah anda ingin mengetahui cara menjual buah pinggang anda? Adakah anda ingin menjual buah pinggang anda untuk wang? Donor Buah Pinggang diperlukan dengan segera, Hubungi Dr Schmidt untuk menjual organ anda, untuk 240000 pound; melalui e-mel UNIVERSITYOFABERDEENHOSPITAL@qualityservice.com atau whatssap +447520637030
    Terima kasih


Tinggalkan komen

Kategori