Posted by: peribadirasulullah | Jun 28, 2011

Cara terbaik mengawal kemarahan

http://liriklagump3indonesia.com/wp-content/uploads/2010/10/Tazakka-Sahabat-Perjuangan.jpg

Oleh Mohd Shukri Hanapi

MARAH salah satu daripada sifat mazmumah (tercela) yang dibenci Allah dan Rasul. Marah akan menimbulkan sifat keji lain, seperti dendam, dengki, sombong dan angkuh. Ja’far bin Muhammad berkata: “Marah itu kunci segala kesalahan (kekejian).”

Justeru, Rasulullah menganjurkan umatnya jangan marah.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa ada seorang lelaki berkata kepada Rasulullah: “Berpesan kepadaku!. Baginda berkata: Jangan marah. Orang itu mengulangi lagi beberapa kali minta supaya dipesan. Namun Baginda masih tetap berkata: Jangan marah!” (Riwayat al-Bukhari).

Marah adalah salah satu sifat semula jadi manusia. Biasanya ia berpunca daripada tekanan perasaan, akibat dizalimi, dianiaya dan diperkecilkan. Marah adalah senjata kepada manusia. Ia boleh membawa kebaikan dan kebinasaan. Jelasnya sifat marah boleh menjadi penyakit yang merosakkan keamanan dan keharmonian hidup.

Pada peringkat permulaan, sifat marah bukan penyakit, cuma luahan seseorang dalam bentuk tindakan dan tingkah laku. Ia adalah akibat daripada sesuatu sebab atau kesan yang kalau tidak berbuat demikian, kita berasa tidak selesa dan resah gelisah.

Sifat marah sudah mula bertapak di hati, jika tidak dibendung lama kelamaan akan memakan diri sendiri. Ia juga akan membawa padah kepada orang yang kita sayangi dan hormati, serta membawa keburukan serta kemudaratan kepada sekeliling kita.

Bagi membendung dan mengubati penyakit marah, Islam mengajarkan kepada kita satu ubat terbaik iaitu menahan diri tatkala marah dan sabar ketika hawa nafsu meluap-luap.

Rasulullah bersabda bermaksud: “Sesungguhnya marah adalah secebis api yang dinyalakan dalam hati. Tidakkah engkau melihat kepada kedua-dua matanya yang merah dan urat-urat lehernya yang mengelembung? Maka apabila salah seorang daripada kamu berasakan sesuatu dari yang demikian, maka rapatkan diri kamu ke muka bumi (duduk menenangkan diri atau sujud kepada Allah).” (Riwayat al-Tirmizi)

Sebenarnya, sifat marah itu dicetuskan oleh syaitan. Syaitan dijadikan daripada api oleh itu ingatlah bahawa api itu boleh dipadamkan dengan air. Apabila seseorang itu sedang marah, sebaiknya dia hendaklah segera berwuduk, kerana air yang disapukan di anggota wuduk bukan saja dapat menjauhkan diri daripada godaan dan hasutan syaitan, malah ia juga dapat menyejukkan muka dan anggota badan kita yang sedang panas akibat marah.

Rasulullah bersabda bermaksud: “Apabila seseorang daripada kamu marah, maka hendaklah ia mengambil wuduk. Maka sesungguhnya marah itu daripada secebis api.” (Riwayat Abu Daud).

Nabi Muhammad SAW menasihatkan kepada orang yang sedang marah supaya mengambil wuduk. Di samping itu, perbanyakkan zikir kepada Allah dapat menghapus dan memadamkan api kemarahannya yang sedang meluap-luap.

Islam mengajar umatnya mengambil berat hubungan murni antara suami dan isteri, anak dengan ibu bapa dan antara adik beradik. Ia adalah teras penting kehidupan sesebuah keluarga.

Allah berfirman bermaksud: “Dan Tuhanmu (Allah) perintah, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang daripada keduanya atau kedua-duanya sekali sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaan, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan ‘uh’, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan mulia (yang bersopan-santun).” (Surah al-Israk ayat 23).

Keluarga bahagia memang menjadi idaman kita. Namun, sepanjang hidup bersama ada ketikanya suami marah terhadap isteri dan anak dan begitulah sebaliknya. Kemarahan itu mungkin berkaitan dengan disiplin dalam rumah, tingkah laku anak, kewangan, makanan dan pelbagai perkara berkaitan hal ehwal rumah tangga.

Tidak kurang juga sifat marah yang timbul sesama kita, lebih-lebih lagi jika tiada persefahaman dalam sesuatu perkara. Satu pihak mula marah dengan pihak lain dan seterusnya mula timbul tuduh menuduh dan berprasangka buruk sesama sendiri.

Inilah yang sering timbul apabila sifat marah sudah mula menular di dalam jiwa. Marah boleh merosak dan mengakibatkan kemusnahan jika tidak dikawal dengan hati yang rasional dan fikiran tenang.

Orang yang dapat menahan dirinya daripada dikuasai sifat marah akan mendapat ganjaran setimpal dengan usahanya. Rasulullah bersabda bermaksud: “Janganlah kamu marah dan bagi kamu balasan syurga.” (Riwayat al-Bukhari)

Dalam menangani sifat marah, kita sebagai umat Islam harus bertoleransi dan persefahaman antara sesama manusia. Hindarkan sebab atau punca yang boleh menyebabkan orang lain memarahi kita.

Sekiranya kita yang dimarahi janganlah pula kita mengeruhkan keadaan. Kita juga harus memainkan peranan untuk memadamkan api kemarahan itu. Hadapilah orang yang sedang marah dengan tenang dan bantulah dirinya mencari punca kemarahannya.

Bagi orang sering marah, renung dan hayatilah firman Allah bermaksud: “Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang yang menjauhi dosa besar serta perbuatan keji; dan apabila mereka marah (disebabkan perbuatan yang tidak patut terhadap mereka), mereka memaafkannya.” (Surah al-Syura ayat 37).

Marah adalah penyakit yang sepatutnya dihindari, tetapi marah juga amat perlu dalam keadaan tertentu. Seorang bapa wajib marah jika ahli keluarganya sengaja tidak mahu mengikut ajaran Islam. Jika mereka dalam tanggungannya sengaja melanggar perintah Allah, ketua keluarga wajib menegur dan memarahi.

Rasulullah marah apabila hukum Allah dilanggar dan dipermainkan, tetapi harus ingat bahawa marah bukan marah yang mengikut hawa nafsu, melepaskan geram dan melayangkan kaki tangan sehingga memukul sebaliknya ia mestilah bertujuan mendidik untuk menunjukkan ketidaksenangan kita terhadap perbuatan maksiat itu. Inilah cara Islam mengarahkan sifat marah yang semula jadi pada diri manusia, supaya ia membawa kebaikan kepada manusia dan bukan membawa kebinasaan.

Ingatlah marah adalah senjata. Ia boleh membawa manfaat dan ia juga boleh membawa mudarat. Orang pandai dan kuat, adalah orang yang dapat mengawal kemarahannya agar ia membawa manfaat, bukan mudarat.

Rujukan :

http://www.muslimdiary.com/


Responses

  1. kun babi kau Allah s.w.t kun babi kau muhammad s.a.w.

    • Maaf, saya terpaksa delete komen anda.

      • kepada penulis:kenapa komen pembaca diatas masih wujud walaupun anda mengatakan telah mendelete komen tersebut??????

      • Saya dah buang tetapi tetap ada tersebut. Orang yang komen tu memang mahir dalam IT. Kita bersabarlah di atas kelakuan yang tidak senonoh pada Allah SWT dan Rasulullah SAW. Jika anda mampu membantu saya untuk mendelete komen tersebut, saya dahulukan ucapan ribuan Terima Kasih.

    • semoga ALLAH memberi hidayah kepada kamu.bila sampai satu masa nti bila kamu suda tidak berdaya barulah kamu percaya bahawa ALLAH itu benar,,,

  2. Info yang menarik.
    Bagaimana kita hendak mengawal marah kita sekiranya kita berada diatas kenderaan seperti motor?
    Saya pernah alami marah dan mengganas hingga lupa diri.
    Saya tidak ingat ta’awwuz,mengucap dan lain2 mlainkan melepaskan perasaan marah saya.
    Saya perlukan bantuan sebelum perkara jadi lebih teruk.

  3. komen kt atas tu patut kita marah..tenkiu admin sekarang saya pun dalam proses mengawal kemarahan saya..insyaallah semoga membuahkan hasil..

  4. terima kasih atas ilmu yg diberi…saya manusia yg lemah dan sering marah2 kepada anak2 saya kerana kepenatan untuk menguruskan rumahtangga dan juga menjaga 4 org anak2 yg masih kecil….saya akan cuba memperbaiki diri saya dengan bersungguh sungguh…amin..doakan kejayaan saya megawal sifat amarah dalam diri ini….amin…

    • Semoga Allah SWT sentiasa membantu kita untuk terus berubah ke arah yang lebih baik dan lebih dekat dengan Allah SWT. Ingatlah setiap layanan baik kita kepada anak2 membawa pahala dan setiap perkara tidak baik yang kita lakukan terhadap anak2 kita akan menempatkan diri kita di dalam neraka.Sesungguhnya tingkah laku anak2 kita adalah ujian dan tarbiah Allah SWT kepada kita untuk menganugerahkan pahala kepada kita sebagai bekalan di Akhirat nanti. Semoga Allah SWT menganugerahkan hati yang sabar dan beriman kepada kita semua. Amin Ya Rabbal Alamin.

  5. skrg sy tengah mengawal marah sebab lihat komen paling atas…moga diberi hidayah…Aamiiin Ya Rabb…^_^

    • Insya Allah, Allah SWT jadikan anda seorang sabar. Disamping itu jangan lupa membaca buku kisah-kisah kehidupan para wali-wali Allah yang mana hidup mereka sentiasa sabar dan tenang menghadapi ujian Allah SWT.

  6. orang yg komen kat atas tu adalah pengecut kerana dia tak berani dedahkan namanya yang sebenar. semoga Allah memberikan hidayah kepada orang tersebut

  7. Maaf, saya terpaksa delete komen anda.

    By: peribadirasulullah on Jun 29, 2011
    at 12:08 pm

    Balas

    kepada penulis:kenapa komen pembaca diatas masih wujud walaupun anda mengatakan telah mendelete komen tersebut??????

  8. **** PERHATIAN kepada penulis Blog Peribadirasulullah ** KENAPA respons yang anda kata delete tu masih ada….tolong delete segera…tk


Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 2,568 other followers

%d bloggers like this: