Posted by: peribadirasulullah | Mac 9, 2011

IBADAH WANITA KETIKA HAID

http://www.voa-islam.com/timthumb.php?src=/photos/Bataku/mawar-haid.jpg&h=235&w=355&zc=1

Soalan; Ustaz, Saya ada kemusykilan tentang haid wanita. Apa yang saya tahu perempuan dalam haid dilarang melakukan puasa dan sembahyang, mengaji Alquran. tetapi tiada larangan untuk berzikir dan berdoa. Soalan saya, boleh tak ustaz tolong berikan hujah iaitu dalil al-Quran/Hadis tentang haid yang menjelaskan perkara diatas. Sekian terima kasih.

Jawapan;

1. Telah ijmak (sepakat) para ulamak bahawa wanita yang dalam haid dan nifas diharamkan mengerjakan solat dan juga puasa (termasuk puasa Ramadhan). Puasa Ramadhan wajib diqadha, adapun solat tidak perlu diqadha. Dalil larangan solat dan puasa tersebut ialah hadis Dari Abu Sa’id al-Khudri r.a. yang menceritakan; Nabi s.a.w. telah bertanya kaum wanita; “Bukankah kesaksian seorang wanita sama seperti separuh kesaksian seorang lelaki?”. Mereka menjawab; “Ya”. Baginda lalu berkata; “Itu tanda kurangnya akal wanita”. Baginda bertanya lagi; “Bukankah jika kamu kedatangan haid, kamu tidak boleh mengerjakan solat dan berpuasa?”. Mereka menjawab; “Ya”. Baginda lantas berkata; “Itu tanda kurangnya agama wanita” (HR Imam al-Bukhari dari Abu Sa’id al-Khudri r.a.).

2. Adapun hukum membaca al-Quran, terdapat khilaf di kalangan ulamak seperti berikut;

A) Menurut Jumhur ulamak (yakni pandangan teramai ulamak termasuk Imam-Imam mazhab empat); Diharamkan ke atas orang yang berhadas besar membaca al-Quran dengan lidahnya sekalipun satu ayat. Mereka berdalilkan hadis dari Ibnu Umar yang menceritakan Rasulullah bersabda;”Janganlah wanita dalam haid dan orang yang berjunub membaca sesuatupun dari al-Quran” (HR Imam at-Tirmizi dan Ibnu Majah). Berdalilkan hadis ini, jumhur ulamak memutuskan; orang-orang yang berada dalam haid dan junub dilarang membaca al-Quran dengan lidah. Adapun membaca dengan hati (tanpa menggerakkan lidah), diharuskan.

B) Imam Malik berpandangan; Diharuskan wanita dalam haid dan nifas membaca al-Quran dari ayat-ayat yang dihafalnya jika dibimbangi takut hilang dari ingatannya jika tidak dibaca sepanjang tempoh haid atau nifasnya. Namun, orang berjunub dilarang sama sekali membaca al-Quran.

C) Terdapat ulamak-ulamak yang menganggahi pandangan jumhur ulamak di atas iaitulah Imam Daud az-Dzahiri, Imam Ibnu Hazm, Imam Ibnu Taimiyyah dan beberapa lagi. Menurut mereka; harus bagi orang berjunub dan begitu juga wanita yang kedatangan haid membaca al-Quran keseluruhannya. Di kalangan Salaf, pendapat ini ada diriwayatkan dari Ibnu ‘Abbas dan juga Ibnu al-Musayyab. Dalil mereka ialah hadis dari Saidatina ‘Aisyah r.a. yang menceritakan; “Sesungguhnya Nabi s.a.w. sentiasa berzikir kepada Allah pada setiap ketika/masanya” (HR Imam Muslim) dan membaca al-Quran termasuk di dalam pengertian zikir. Adapun hadis yang dijadikan dalil oleh jumhur tadi, hadis tersebut adalah dhaif mengikut penilaian ulamak-ulamak hadis.

3. Mengenai zikir dan doa, tidak ada nas (dalil dari al-Quran atau as-Sunah) yang melarang wanita yang kedatangan haid dan nifas dari melakukannya. Oleh itu, ia kekal sebagai harus (tidak dilarang). Dalam kaedah Fiqh ada dinyatakan “Sesuatu itu kekal dalam hukum asalnya selagi tidak ada dalil yang mengubahnya atau mengecualikannya dari hukum asal”.

Dari keterangan di atas, kita dapat melihat bahawa ruang untuk wanita dalam haid dan nifas beribadah adalah luas seluas ruang doa dan zikir itu sendiri walaupun mereka tidak dibolehkan solat, puasa dan membaca al-Quran (mengikut pandangan jumhur tadi). Berikut kita senaraikan dengan terperinci ibadah-ibadah yang boleh dilakukan oleh wanita-wanita yang berada dalam haid dan nifas;

1. Berdoa dengan apa sahaja doa termasuk dari al-Quran

2. Beristighfar; termasuk istighfar dari al-Quran

3. Berzikir; sama ada bertahlil, bertahmid, bertasbih dan sebagainya.

4. Berselawat kepada Nabi

5. Mendengar bacaan al-Quran

6. Menghadiri/mendengar majlis ilmu (yang diadakan di tempat lain selain masjid)

7. Mengulang hafalan al-Quran (mengikut pandangan Imam Malik tadi)

8. Membaca buku-buku agama termasuk kitab-kitab hadis

9. Bersedekah

10. Membuat kebajikan kepada orang lain

Bagi doa, istighfar dan zikir yang diambil dari al-Quran hendaklah dibaca dengan niat untuk berdoa, berzikir dan beristighfar, bukan dengan niat membaca al-Quran.

Wallahu a’lam.

Rujukan;

1. Tamam al-Minnah, Syeikh Adil bin Yusuf al-Azzazi, jil. 1. Hlm. 144-145.
2. Laman Fiqh Anda (http://fiqh-am.blogspot.com/).
3. Haid Membawa Berkah, Lissa Malike dan Asmawati, hlm. 74.

Posted by USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL a


Responses

  1. Persoalan yg menjd kemusykilan.. apa hukum guru yg mengajar murid membaca Iqra ketika haid? Syukran

    • Jika ayat dalam buku iqra’ yang potongan ayat tersebut adalah sempurna satu ayat, maka berdosa tetapi jika potongan ayat tersebut tidak lengkap satu ayat, tidak mengapa. Wallahhu A’lam.

  2. maaf… saya kurang jelas maksud Nabi s.a.w “KURANGNYA AKAL kerana separuh kesaksian lelaki dan KURANGNYA AGAMA kerana kedatangan haid” pd wanita… adakah kerana “sebab” tersebut, wanita dihukum begitu… saya mungkin silap faham…

    • hadith itu maudhu’ (palsu), tidak boleh berpegang kepadanya.

    • sebab itu kita tak boleh bertaqlid (mengikut sahaja tanpa menyelidik) semata-mata..sekalipun ianya adalah hadith kita perlu memastikan jika ia hadith sahih atau bkn..jika dibaca hadith ni pn sy kurang percaya nabi kita yg sgt mulia nk ucapkan perkataan-perkataan yg begini..kpd sesiapa shj yg nk memetik hadith sbg kata sokongan, pilih yg sahih atau hasan. Allah lebih menyukai org yg berilmu daripada org yg beramal (tanpa ilmu). Allah telah memuliakan kaum wanita. Percayalah. Tolonglah selidik, cari ilmu secukupnya dahulu sebelum bercakap. kepada yg telah tersilap, mohon ampun kepadaNya. Sesungguhnya Dia Maha Pengampun. Takut syurga yg kita cari, neraka pula yg menanti. Semoga Allah melindungi kita daripada kejahilan diri kita sendiri. Amiin.

  3. salam.saya nak bertanya, bagaimana hukumnya seorang wanita yang masih dalam haid, membaca al-quran untuk tujuan perubatan

    • W.Salam. Zikir-zikir yang diambil daripada Al-Quran dan dijadikan amalan ketika wanita dalam keadaan haid diharuskan. Begitu juga untuk tujuan perubatan, namun sebaik-baiknya biarlah mereka yang dalam keadaan suci membaca ayat-ayat tersebut dan ditiupkan kedalam air lalu dijadikan penawar kepada pesakit tersebut. Semoga Allah SWT mengampuni niat murni kita menjadikan ayat-ayat Al-Quran sebagai penawar dalam mengubati penyakit yang dihadapi.

  4. perkongsian yang baik

  5. assalamualaikum. i)Bolehkah wanita dalam haid membaca zikir mathurat berserta ayat-ayat yang ada dalam himpunan zikir mathurat tersebut. ii) Bolehkah membaca surah-surah yang dihafal sebagai pelindung atau hanya dalam hati sahaja?

  6. Good!

  7. Salam ustaz.. Saya nak tanya tentang adab bedoa ketika haid. Adakah kita perlu menadah tangan? Bagaimana pula cara duduk ketika ingin bedoa? Tempat manakah yang sesuai untuk bedoa? Sebab kebanyakan doa kita ( lebih lebih lagi untuk meminta keampunan dan hajat) banyak dilakukan ketika selepas solat wajib atau sunat. Saya selalu akan bangun waktu malam untuk bertahajud dan meminta keampunan dari Allah, dan ketika haid saya akan terjaga juga kerana kebiasaan, bagaimana cara nak bedoa ketika saya terjaga malam dan ketika itu saya sedang period? Mohon ustaz jawab kemuskilan yang dah lama timbul ni, terima kasih,

    • W.Salam, betapa mulia hati anda. Allah SWT telah memelihara anda dan menyayangi anda. Berdoa adalah amalan hati, amalan perbuatan dan amalan lidah. Semua amalan kita adalah doa. Walaupun anda dalam keadaan berhaid, anda sebenarnya tetap dalam keadaan suci, cuma Allah SWT melarang Muslimah melakukan solat dan puasa adalah kerana menghormati anugerah Allah SWT kepada kaum Muslimah dalam keadaan berhaid. Tubuh badan wanita muslimah tetap bersih dan boleh beribadat kepada Allah SWT selain daripada membaca ayat-ayat suci Al-Quran seperti biasa kecuali untuk berzikir.
      Pada zaman jahiliah, masyarakat arab memandang wanita dalam keadaan berhaid terlalu kotor dan berpenyakit sehingga ditinggalkan keseorangan di padang pasir. Alhamdulillah, Islam telah memuliakan wanita. Anda boleh membersihkan diri seperti biasa dan mengadaplah Allah SWT diwaktu malam di atas sejadah dan bacalah Ma’thurat, sesungguhnya Islam terlalu mudah. Janganlah bimbang dengan permasalahan anda, semoga Allah SWT menjadikan anda bersama mereka yang sentiasa bersemangat beribadat kepada Allah SWT seperti Siti Mariam dan Siti Khadijah. Amin Ya Rabbal Alamin.

      • Terima kasih ustaz atas jawapan yang diberi, insyallah semoga kita akan sentiasa dalam perhatian Allah, Amin..

  8. Salam Ust,

    saya pernah tertinggal solat zohor dan asar, magrib dan isya dalam hari yg sama, bagaimana cara saya mengqada solat tersebut? contoh saya buat solat isya dulu dan qadak solat magrib..bagaiman kalau saya nk qadak 4 solat tersebut dalam 1 masa? tima kasih ust.

    • W.Salam.
      Qada’lah setiap waktu yang tertinggal setiap kali menunaikan solat fardhu agar mendapat pahala menghormati waktu dan ianya lebih tertib. Cara kedua juga boleh kerana terdapat pendapat ulamak yang mengatakan demikian.
      Dalam solat jamak dan qasar serta hukum mengqoda’ solat subuh terdapat khilaf seperti yang anda sebutkan. Islam terlalu mudah kepada mereka yang ingin beragama dan Allah SWT mengadakan syariat adalah bertujuan memudahkan manusia dalam mencari panduan untuk kehidupan di dunia dan Akhirat. Wallahhu A’lamu Bissowab.
      Semoga Allah SWT memberkati dan merahmati kehidupan anda.

  9. AsSalam Ustaz,perlukan berpakaian sempurna (menutup aurat) dan duduk untuk berdoa dan berzikir..?

    • W.Salam. Itulah sebaik-baik adab apabila mengadap Allah SWT.

  10. Salam

    “6. Menghadiri/mendengar majlis ilmu (yang diadakan di tempat lain selain masjid)”

    Bagaimana dengan surau? adakah sama seperti masjid iaitu dilarang masuk bagi wanita haid?

    • Jika di perkarangan masjid tidak mengapa, begitu juga surau.

  11. ass. ustadz sy mau bertnya, boleh kah jika seorg wanita haid mengikuti pengajian, maksud saya pengajian’a seperti mendengarkan ceramah, atau ratib biasa?
    tidak baca qur’an dan mengaji’a pun di adakan di rmh2 misal’a, bukan di masjid?

    • W.Salam. memang boleh… Alhamdulillah.

  12. asalamualaikum ustaz…. saya seorang penghafaz al quran… masalahnya jika period adakah saya boleh menghafaz al quran juga dengan melihat mushaf seperti biasa..

  13. Niat Mandi junub dan haid adakah sma ustaz

  14. Assalamualaikum

    Saya nak Tanya semasa syahadah dlm tahiyat , adakah jari telunjuk perlu diangkat sehingga habis bacaan tahiyat awal / akhir? bolehkah jari telunjuk diturunkan selepas baca syahadah?

  15. Salam,
    Satu pertanyaan, saya masih musykil…apa hukumnya jika wanita menyentuh Tafsir al-quran (ada ayat-ayat al-Quran bersertakan terjemaahanya)?

    Sila balas.

    • W.Salam.
      Diharuskan, tidak berdosa.

      • Alhamdulillah,terima kasih untuk jawapannya.

  16. Alhamdulillah begitu rupanya..syukran jazilan:-)

  17. Assalamualaikum..
    boleh saya tahu amalan2 zikir yang boleh menenangkan jiwa? hati saya selalu rasa sedih.. saya tau dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang.. tapi zikir yang boleh membuat hati menjadi tenang, saya tak tahu.. mohon di balas.. terima kasih atas perhatian..

  18. askum ustaz saya ade beberape soalan nk tanye pada ustaz….sy ada masaalah datang bulan lebih dari sebulan.persoalannya ustaz saya keliru ada yg mengatakan selepas hr ke 15 haid.. sy sudah blh solat…ade yg mengatakan x wajib solat selama mana haid itu datang?…mohon penjelasan ustaz…..

    satu lg soalan bagaimana pula cara-cara untuk menunaikan solat semasa masih ada darah haid yg lebih dari sebulan itu ustaz?
    maksud saya perlu ke mandi wajib setiap kali hendak menunaikan solat….?


Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 2,562 other followers

%d bloggers like this: