Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa yang ada pada diri mereka -Ar-Ra’d:11-
Nabi kita sallallahu ‘alaihi wasallam menyebut,
الْمُؤْمِنُ الْقَوِيُّ خَيْرٌ وَأَحَبُّ إِلَى اللَّهِ مِنْ الْمُؤْمِنِ الضَّعِيفِ
“Orang beriman yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada orang beriman yang lemah.” (Riwayat Muslim)
Nabi Muhammad SAW. Pernah mengajarkan doa kepada Abdullah bin Abbas, Beliau berkata: : maukah engkau aku ajarkan doa yang kalau engkau ucapkan, Allah akan menghilangkan / melenyapkan kesusahan dan melunaskan hutang-hutangmu?, doa tersebut adalah : Allohumma innii a’uudzubika minal hammi wal hazani wa a’uudzubika minal ’ajzi walkasali, wa a’uudzubika minal jubni wa bukhli, wa a’uudzubika min gholabatid-daini wa qohrirrijaal.
Dalam hadits tersebut ada 8 penyakit jiwa yang sangat berbahaya, sehingga Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam memohon perlindungan dari Allah swt:
Mari kita berlindung dari kedelapan hal tersebut, semoga Allah memberikan taufiq dan pertolongannya kepada kita, Amin.
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
MOHON SUMBANGAN IKHLAS DAN PROGRAM QURBAN DI KEMBOJA 2015
Kehadapan :
Y.Bhg,Tan Sri/Dato’ Seri/Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan.
Kami memohon jasa baik semua pihak agar dapat menyumbang kepada kepada kami walaupun RM 10 sahaja demi menampung perbelanjaan kegiatan dakwah serta membayar elaun kepada tenaga pengajar di Kemboja yang bertugas tanpa apa-apa bayaran.
Matlamat penubuhan Tabung Kebajikan ini adalah untuk menggerakkan dakwah dan memberi motivasi kepada seluruh tenaga pengajar di Kemboja melalui pelbagai kegiatan agama.
Kami terdiri daripada:
1- USTAZ MOHD TAHIR Bekas tenaga pengajar Darul Ukhuwah,Kota Tinggi, Jabatan Agama Islam Johor.No. Tel: 013-743 2060 (Johor).
2- TUAN HAJI ABDUL MANAP BIN MANAN- Pesara Unit Teknikal Felcra,Ibu Pejabat Felcra.
No. Tel. : 019-574 1522 (Perak).
3- MUHAMMAD HARIS AL MURSHIDI -Pengurus HTE & Konsultan Prudential
No Tel : 017-789 7191 (Johor).
4- Amin Bin Mohamed- Kader Post Jakim, No Tel : 019-957 6237 (Kelantan).:
SUNDUQ AL BIRRI AL ALAMI SOLUTION
(TABUNG DANA KEBAJIKAN SEDUNIA)
MAYBANK 551070416346
CIMB 8602299125
Mohon emailkan kepada kami selepas anda menyumbangkan sedekah:
Sunduq_albirri@yahoo.com
Diatas kerjasa dan keprihatinan pihak tuan terlebih dahulu saya ucapkan jutaan terima kasih.
Sekian Wassalam.
Alhamdulillah, program Qurban telah mendapat 2 bahagian dan jutaan terima kasih kami ucapkan di atas sumbangan sedekah yang pasti amat menggembirakan para pelajar Maahad Tahfiz An-Nur, Kampot Kemboja.
Melalui program Qurban ini dapat meringankan kesengsaraan umat Islam yang amat dhaif taraf kehidupan mereka, mereka yang miskin tidak tahu bagaimana cara untuk melepasi belenggu kemiskinan, mereka tidak berilmu , tidak bermotivasi, tidak kreatif dan tidak ada cara untuk menyebarkan berita kemiskinan mereka. Memang terdapat sekelompok orang Islam yang hidup mewah di bandar raya Phnom Penh yang menerajui kementerian agama dan pertubuhan-pertubuhan Islam, namun masih ramai golongan muslim yang amat dhaif hidup mereka.Mereka amatlah memerlukan bantuan ikhlas kaum muslimin dari seluruh dunia. Untuk tujuan tersebut kami telah berusaha sedaya upaya walaupun terpaksa kami korbankan sebahagian harta kami dan tenaga kami serta masa kami demi berjihad di Jalan Allah SWT. Kami terpaksa menabung daripada hasil usaha mata pencarian kami sendiri untuk ke Kemboja. Kami lakukan demi agama Allah SWT, jika tidak Berjaya pada pandangan manusia tetapi kami yakin kami Berjaya di sisi Allah SWT.Kini kami kumpul derma dan zakat daripada isteri kami, sanak saudara kami, teman-teman sepejabat dan mereka yang menghadiri kuliah-kuliah kami untuk tujuan tersebut.
Marilah kita sama-sama berusaha dengan apa yang ada pada diri kita dijalan Allah SWT agar kita menjadi Insan Mulia disisi Allah SWT. Kita dahulukan Allah SWT tanpa member apa-apa alasan kepada kerana Allah SWT lebih mengetahui apa yang kita miliki, sesungguhnya apa yang ada pada kita, bukankah semuanya dari Allah SWT jua asalnya.
In Sya Allah kami akan adakan program solat hajat dan doa selamat buat mereka yang telah menderma kepada tabung kami, oleh yang demikian amatlah baik sekira para penderma memberi nama penuh berserta nama ibu untuk mereka lafazkan semasa dalam majlis tersebut .
Yakinlah.. wahai para penderma yang budiman semua, sesungguhnya doa orang mukmin kepada Allah SWT dapat merentasi alam semesta dan didengari oleh Allah SWT Yang Maha Mendengar walaupun dibumi Kemboja mereka mendoakan kebaikan dan keberkatan buat para penderma di Malaysia, Singapore,Brunei dan Indonesia serta seluruh negara di dunia ini..
Jalinan ukhuwah yang disaksikan oleh Para Malaikat Rahmat utusan Allah SWT pasti lebih kukuh berbanding dengan ikatan duniawi semata-mata. Sila layari laman web di bawah untuk mengetahui kegiatan kami:
BERNIAGA DENGAN ALLAH SWT DAN MENJADI JUTAWAN DUNIA DAN AKHIRAT
Maahad Tahfiz An-Nur Kampot-Kemboja Dan Misi Yayasan Pembangunan Kemanusiaan Kemboja
http://safeshare.tv/w/AHVcVHKRsI
http://www.awda-dawa.com/Pages/Articles/default.aspx?id=29272
Bukan mudah seseorang menghulurkan bantuan, tetapi hanya insane berhati suci sahaja yang Allah SWT gerakkan tangannya untuk bersedekah – Kami tidak akan berputus asa memohon bantuan kerana kami yakin Allah SWT sentiasa bersama kami- Cukuplah Allah SWT sebaik-baik wakil dan pemerhati perbuatan kami..
Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim,
Wahai Tuhanku Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang bukakanlah hati insan-insan mulia yang menerima mesej ini agar mereka bermurah hati untuk menderma dan berkorban dijalan Mu.
Ringankanlah tangan-tangan mereka untuk menghulur bantuan kepada kami demi membina ummah yang benar-benar mencintai Mu, Yakinlah hati-hati kami dengan jannji-janji Mu, Takutkan hati-hati kami dengan azab Mu,
Ya Allah, Engkau Maha Kaya dan Maha Pemurah. Engkau tidak memerlukan pertolongan dan pengorbanan manusia serta makhluk-makhluk ciptaan Mu, apa yang kami lakukan adalah kerana mencari Rahmat Mu untuk kami hidup bersama Mu di Akhirat nanti..
Kasihanilah kami dan para penderma yang sama-sama memikul amanah Mu Yang Mulia… lindungilah kami dari kemurkaan dan azab Mu di Akhirat nanti Ya Allah… Amin Ya Rabbal Alamin.
Tinggalkan komen