Posted by: peribadirasulullah | Mei 16, 2015

11 Perkara Muslim Wajib BerIltizam

https://fbcdn-sphotos-d-a.akamaihd.net/hphotos-ak-xap1/v/t1.0-9/s526x395/11196311_868588799886963_1317413459507334445_n.jpg?oh=ace5dc9161c7ff812ec29c6e888100d1&oe=560CCAA6&__gda__=1439519480_917a4093e2fdf72e6bfec5f84ab0a7f1

Jamaah Islam atau organisasi dakwah sebagai satu harakah yang tersusun, memiliki objektif tertentu untuk mencapai mardhatillah, menegakkan kalimah, menyebarkan panji Islam dan tamkin deenullah di atas mukabumi ini perlu satu neraca yang dapat diukur. Seorang da’ie yang bertaqwa dan warak tetapi tidak iltizam dengan syarat-syarat dan tuntutan organisasi ( taat, disiplin kepada peraturan,harakah, jiddiyah..) maka dia tidak dapat menjadi warganegara atau keahlian organisasi tersebut. Dia berhak memperolehi hak ukhuwwah Islam secara am tetapi tidak hak-hak keanggotaan. Maka sejauh mana kadar luasnya seorang akh itu beriltizam dengan syarat-syarat tersebut, sejauh itulah ukuran penilaian kewarganegaraannya  di dalam oranisasi. Semakin tinggi iltizam seorang da’ie, maka semakin tinggi sumbangan, pengorbanan, beban dan tanggungjawabnya terhadap dakwah. Inilah yang akan membantu menjayakan visi dan misi dakwahnya.

Beberapa gambaran   Iltizam :

1)   Beriltizam bahawa jihad adalah jalan untuk mengembalikan hukum Islam dan meninggikan kalimah allah yang merupakan matlamat asasi di dunia ini. Dia mesti menyiapkan persediaan yang rapi diiringi dengan segala tazhiyyah untuk mencapai matlamat tersebut.

2)   Beriltizam dengan amal secara tanzim dalam melaksanakan dakwah. Dengan ertikata lain mesti wujud di dalam satu-satu organisasi qiyadah-jundi-manhaj.

3)   Beriltizam untuk melaksanakan amal dengan penuh masuliyyah ( kebertanggungjawaban dan berintergriti ). Termasuk dalam hal ini ialah syu’ur  zati terhadap tanggungjawab jihad, memiliki syaksiah islamiah harakiyah, komited dengan taklif haraki yang menentukan networking antara dakwah dan pendakwah.Ambillah kisah Ubad bin Bisyr sebagai contoh seorang sahabat yang memiliki disiplin organisasi dan baik iltizamnya terhadap beban dan tanggungjawab organisasi .

4)   Beriltizam dengan melaksanakan tuntutan ibadah dan sentiasa berterusan mengamalkannya.Antara contoh tersebut, mengamalkan wirid al-Quran setiap hari,zikir, ibadah wajib, sunat-sunat nawafil, sedekah, puasa dan sebagainya.

5)    Beriltizam supaya bertaqwa kepada allah dan bersifat warak.Sekiranya lemah pada kedua-dua sifat ini maka akan mencemarkan  peribadi dai’e. Seorang da’ie hendaklah berusaha mencapai martabat taqwa ke tahap tertinggi dan amat tinggi rasa muraqabah deangan sifat warak agar tidak terjebak dalam perkara haram.Taqwa akan memberikan energi kefahaman dan buah fikiran yang benar dan tepat sebagaimana allah berfirman  yang bermaksud  :  ( bertaqwalah kamu kepada allah, pasti allah akan memberikan kekuatan ilmu ).

6)   Beriltizam dengan sunnah Rasulullah SAW dalam setiap lapangan kehidupan kita. Kita menjadikan baginda saw sebagai role model terbaik di dalam hidup secara praktis. Seorang da’ie mengutamakan amal mendahului kata-kata dalam mengikuti sunnah baginda saw.

7)   Beriltizam supaya menjadi Da’ie Qudwah yang merupakan syarat utama kejayaan dakwahnya. Kaedah menyatakan   “al-qudwah qabla ad-dakwah” (qudwah sebelum menyeru kepada dakwah ).

8)   Iltizam dalam bersistem dan berpengurusan. Untuk melaksanakan agenda dakwah dan melipatgandakan ‘ato daawiy maka seorang akh perlu mengurus dan menyusun masanya agar tidak dibazirkan atau berlaku pengangguran tenaga. Contohnya seorang da’ie perlu bijak dalam pengurusan masa agar pembahagian tersebut dalam memberikan sumbangan dan kejayaan dakwahnya. Dia juga perlu bijak mengurus pembelajaran, perancangan organisasi, pengurusan pejabat dan sebagainya. Al-Imam Hasan  al-Bana menyebut (alwajibat aktharu minal awqat ) – kewajipan lebih banyak dari waktu.

9)   Beriltizam dengan akhlak-akhlak mahmudah. Akhlak seorang da’ie adalah akhlak islam dan ia berada di kedudukan yang pertama. Seorang da’ie hendaklah sentiasa mengukur dan menilai dirinya sejauh mana dia memastikan dirinya berakhlak Islam yang merupakan indikator kejayaan dakwahnya. Bolehlah merujuk buku fiqh dakwah yang menghuraikan akhlak da’ie. (Usul Dakwah : Dr. Abd. Karim Zaidan / Sifat Du’at Ilallah ; Dr. Jasim Muhalhil/Sifat Da’ieyah Muslim : Mustofa Attohan dll )

10)  Beriltizam dengan selalu membaca dan membuat kajian.Para da’ie hari ini hidup di zaman globalisasi, abad millennium, abad digital dan teknologi yang pantas.Semua peristiwa, perkembangan, maklumat hanya diketahui melalui jari-jari sahaja. Tanpa maklumat dan penguasaan ilmu yang secukupnya, para da’ie tidak mampu menyampaikan mesej dakwah dengan berkesan dan efektif. Saidina Umar al-Khattab menyatakan “tafaqqahu qabla an ta suudu, fa in asbahtum saadah fala sabil ila tafaqquh”( carilah kefahaman (belajar) sebelum menjadi pemimpin, jika sudah menjadi pemimpin maka tiada jalan untuk mencari ilmu ).

11)   Iltizam kesedaran , amal dan hikmah sebagaimana iltizam dengan sifat keberanian ,berkorban dan maju ke hadapan. Ia juga menuntut iltizam semangat, gerakan dan kesungguhan berdakwah seperti iltizam ketaatan, sistem dan pembangunan sahsiah da’ie.

Makna Iltizam dalam dakwah yang kita fahami ialah setiap akh yang menggabungkan dirinya di dalam organisasi hendaklah memiliki sifat-sifat berikut :

  • Iltizam (komited) dengan peraturan,manhaj organisasi secara betul dan jujur.
  • Patuh dan komited dengan polisi-polisi yang diputuskan oleh organisasi, manhaj amal dan metode dakwah.
  • Menghadiri setiap majlis pertemuan, seminar, aktiviti tarbawi dan menjaganya. Dia juga bersegera dan proaktif untuk menyertai dan melaksanakan aktiviti-aktiviti umum ( penggarapan umum – Palesin, Khidmat masyarakat, Rabtul Am , dakwah dll).
  • Memberi sumbangan kewangan setiap bulan untuk  dakwah.
  • Mentaati murabbinya (bina’ tarbawi) dan mas’ulnya (bina’ tanzimi) dalam setiap perkara dan urusan. Ketaatan diberi pada mereka yang berada diposisi pengarahan dan penanggungjawaban.
  • Berpegang , beriltizam dan tunduk kepada pandangan dan polisi organisasi dan qiyadah sekalipun bertentangan dengan pandangan peribadi.

Sesungguhnya para da’ie hari ini berdepan dengan jahiliyyah dalam bentuk ma’rakah tarbawiyah munazzamah (pertarungan  tarbiyah tersusun).Tanpa ada sifat iltizam dalam diri para Da’ie untuk menjayakan agenda besar dakwah ini maka dakwah akan menemui kegagalan.

Gagal dalam beriltizam bermakna kita beriltizam untuk gagal.

Wahai para du’at sekalian, Ayuh mari kita semarak dan tingkatkan iltizam tarbawi dan iltizam tanzimi kita…

Al- Iltizam

Rujukan Foto:

Weird world’s photos


Tinggalkan komen

Kategori