Posted by: peribadirasulullah | Julai 15, 2010

8 Perkara yang menentukan bahagia atau derita didalam Kubur

https://i0.wp.com/www.albaqeea.com/baqee_photos/images/21.jpg

Gambar Kubur-kubur keluarga Rasulullah SAW di Baqi’ Madinah Al-Munawwarah

Abu-Laits berkata: “Siapa yang ingin selamat dari siksaan kubur maka harus menlazimi empat dan meninggalkan empat iaitu:

  • Menjaga sembahyang lima waktu
  • Banyak bersedekah
  • Banyak membaca al-Quran
  • Memperbanyak bertasbih (membaca: Subhanallah walhamdulillah wal’aa ilaha illallah wallahu akbar, walahaula wala quwata illa billah)

Semua yang empat ini dapat menerangi kubur dan meluaskannya. Adapun empat yang harus ditinggalkan ialah:

  • Berbohong
  • Khianat
  • Adu-domba
  • Menjaga kencing, sebab Nabi Muhammad S.A.W pernah bersabda: “Bersihkanlah kamu daripada air kencing, sebab umumnya siksa kubur itu berpunca daripada  air kencing. (Maksudnya  hendaklah dicuci kemaluan sebersih-bersihnya selepas membuang  air kecil.)

Sedutan dari Kitab Tanbihul Ghafilin


Respon

  1. apakah yang dimaksud adu-domba??

    • adu-domba yang membawa maksud batu api atau suka melaga-lagakan orang lain supaya suasana kebahagiaan dan kemurnian orang lain menjadi hancur dan keruh. seperti apa yang dilkukan oleh media dan ahli politik sekarang demi mencapai cita-cita tertentu mereka terpaksa melakukan adu-domba setiap masa.


Tinggalkan komen

Kategori