Posted by: peribadirasulullah | Disember 30, 2012

2 Surah yang dibaca 200 tahun sebelum makhluk tercipta

https://i0.wp.com/sphotos-a.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/382461_417781561599446_709249479_n.jpg

Rasulullah SAW telah bersbda:

” Sesiapa membaca Al-Quran, kemudian ia menganggap ada seseorang yang diberi sesuatu yang lebih utama daripada yang diberikan kepadanya, maka ia pun telah mengecualikan apa yang dibesarkan Allah SWT ”

Rasulullah SAW juga telah bersabda :

”  Tidaklah ada juru syafaat yang lebih utama darjatnya  di sisi Allah SWT pada hari kiamat daripada Al-Quran, bukan Nabi, bukan Malaikat dan bukan lainnya.”

Rasulullah SAW bersabda bahawa Allah Azzawajal membaca surah Thaha dan Surah Yasin 200 tahun sebelum mencipta makhluk. Semasa malaikat mendengar  Al-Quran, mereka berkata :

” Beruntunglah umat yang diturunkan Al-Quran ini kepada mereka dan beruntunglah rongga tubuh yang mengandungi Al-Quran ini serta beruntung pula lisan yang membacanya. ”

Kitab Ringkasan Ihya Ulumuddin     m/s : 108


Tinggalkan komen

Kategori