Posted by: peribadirasulullah | Disember 18, 2011

5 Soalan yang telah dijawab oleh 700 Ulamak

https://i0.wp.com/sites.google.com/site/altallal/estqfar.jpg

Syaqiq bin Ibrahim berkata :

Saya telah bertanya pada tujuh ratus orang alim tentang lima masalah, maka mereka semuanya menjawab dengan satu jawapan yang sama,

1- Siapakah orang yang sempurna akal ?

Orang yang tidak cinta pada dunia.

2- Siapakah orang yang cerdik ?

Orang yang tidak tertipu dengan dunia.

3- Siapakah orang kaya ?

Orang yang redha menerima bahagiannya  dari Allah SWT  ( rela menerima hukum takdir  Allah SWT ).

4- Siapakah orang yang mengerti agama ?

orang yang tidak minta berlebih-lebihan.

5- Siapakah orang yang bakhil ?

Mereka yang tidak mengeluarkan Hak Allah SWT dalam hartanya.

Kitab Tanbihul Ghafilin. Jilid 1 & 2. M/S : 978-979.

Rujukan Gambar:

http://muslm.net/vb/showthread.php?t=444617

 


Respon

  1. Assalamualaikum Tuan Penulis,
    Saya sebenarnya tertarik dengan penulisan Tuan di dalam bliog ini.
    Ingin sekiranya saya berharap mendapat keizinan dari Pihak Tuan untuk saya copy/share artikel/post Tuan.
    Semoga dengan ilmu yang dikongsi ini dapat kita mendapat ganjaran daripada Allah swt.

    Sekian

    • W.Salam. Silakan.

      • 5 Soalan yang telah dijawab oleh 700 Ulamak

        4 soalan terkumpul dalam satu jawapan..jawapannya untuk 4 soalan pertama ” mereka adalah golongan yang benar2 mengenaliku dengan tidak mengsyirikkan diri KU ini.
        5 soalan yang terakhir ” mereka adalah gol yang tidak mengenaliku dengan sebenar-benarnya”.

  2. Alhamdulillah. Terima Kasih Banyak Tuan. Saya begitu tertarik sekali dengan post dari Kitab Tanbihul Ghafilin. Begitu banyak Ilmu yang hebat2 dihasilkan.

    • Semoga Allah SWT membuka pintu hati semua untuk mencintai Ilmu yang mendekatkan kita kepada Nya. Amin Ya Rabbal Alamin.

  3. Assalamualaikum,

    Terima kasih di atas perkongsian ini. Bolehkah tuan jelaskan dengan lebih lanjut apakah yang dimaksudkan dengan “orang yang minta berlebih-lebihan” sebagai tidak mengerti agama?

    Contohnya, apabila berdoa saya selalu meminta bermacam-macam hajat dari Allah SWT – meliputi hajat di dunia dan di akhirat yang bersifat material dan juga spiritual.

    Adakah perbuatan/doa saya dikira meminta berlebihan?

    Pohon pandangan dan tunjuk ajar.

    Terima kasih.

    • W.Salam.
      Orang yang meminta secara berlebih-lebihan yang membawa maksud seperti Tawaran Allah SWT kepada Rasulullah SAW semasa Isra’ dan Mikraj. Baginda Rasulullah SAW hanya menyebut pemberian Allah SWT kepada semua Rasul yang telah diutuskan. Maka Allah SWT telah memberi Al-Quran yang mana kelebihan dan khazanahnnya melebihi segala pemberian yang telah dianugerahkan kepada Nabi-Nabi terdahulu.
      Oleh yang demikian janganlah anda meminta isteri yang banyak, isteri yang cantik, harta yang banyak, pangkat yang tinggi dan sebagainya tetapi bersyukurlah dengan pemberian Allah SWT yang telah anda terima.
      Bukankah apa yang datang dan berlaku adalah semuanya datang daripada Allah SWT seperti sakit, derita, penyakit dan sebagainya adalah pemberian Allah SWT yang mana akan dicabut atau akan lenyap apabila dikehendakki oleh Allah SWT.
      Janganlah kita pandai memandai dalam menentukan sesuatu perkara semasa berdoa tetapi serahlah pilihan dan kehendak kita kepada Allah SWT kerana Allah SWT Maha mengetahui kemampuan tenaga batin kita, Allah SWT Maha Mengetahui tahap kesabaran kita dalam memghadapi dugaan, Allah SWT Maha Mengetahui tahap pendirian kita. Sesungguhnya pemberian Allah SWT kepada kita dalam sesuatu perkara adalah mengikut kemampuan kita dan telah dinilai oleh Allah SWT secara terperinci.
      Yakinlah dengan pilihan dan pemberian Allah SWT dalam sesuatu perkara kepada kita, agarb anugerah tersebut tidak bertukar menjadi bala petaka dalam kehidupan kita. Amin Ya Rabbal Alamin. Wallahu A’lamu Bissowab.

  4. Sy pon na share jgk kt kwn2 sy segale yg tuan kongsi d sini .. Bleh kn .. Kerna blog ni byk mengajar sy 🙂 semoga kte seme berjaya d dunia n akhirat .. Aminn

  5. saya pun dah share….mohon halalkan ye…terima kasih…

    • Silakan. Semoga Allah SWT memberkati hidup kita semua.

  6. assalamualakum..sy pun sudah share ilmu tuan dalam blog nini ke fb sy..alhamdulillah..diterima ramai..syukran..hanya allah yg mampu membalas kebaikan tuan dalam hidup ini..di dunia dan akhirat..sy berharap tuan teruskan berusaha beri pendedahan tetang ilmu akhirat ini untuk bekalan kita bersama2..ameen..ya rabb..


Tinggalkan komen

Kategori