Posted by: peribadirasulullah | September 24, 2011

2 Orang artis memakai tudung kerana bermimpi Kiamat

1 – Diana Amir Pakai Tudung Selepas Mimpi Kiamat

Pelakon filem Aku Masih Dara, Diana Amir melakukan tindakan mengejut dengan memakai tudung dan menutup aurat selepas beberapa kali mengalami mimpi hari kiamat.
Kata Diana, dia bertekad dengan keputusan tersebut biarpun mengakui dirinya masih terlalu cetek dengan ilmu agama.
“Saya ambil keputusan ini kerana saya sudah beberapa kali sejak tiga bulan yang lalu diberi petanda dan mimpi buruk tentang hari kiamat.
“Dan mimpi-mimpi tersebut juga mengingatkan saya tentang kematian yang semakin hampir dan perkara itu sering membelenggu hidup saya beberapa bulan kebelakangan ini,” katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Khamis.
Tambahnya, dia menceritakan perkara tersebut kepada seorang rakan baik sehingga menyebabkan temannya itu turut mengambil keputusan yang sama untuk berhijrah dan mendalami ilmu agama.
Bacaan selanjutnya di mStar

2 – Marshanda pakai tudung kerana mimpi kiamat

Marshanda - Chacha - Andriani
Dalam blognya di amarshanda.com, pada 27 November 2010, Marshanda “Chacha” Andriani iaitu seorang pelakon Indonesia (terkenal dengan cerita Soleha), ada menulis tentang sebab mengapa dia sudah memakai tudung jilbab.
Ura-ura yang mengatakan bahawa beliau mula memakai tudung kerana bermimpi kiamat telah diakui oleh beliau sendiri. Dia mengatakan bahawa dia telah bermimpi bahawa dunia ini kiamat selama 5 malam berturut-turut.
Seperti telah dirancang kan? 5 malam berturut-turut pula tu. Begitulah kalau hidayah dari Allah sudah sampai, dalam waktu sebentar manusia boleh berubah, dan kejadian yang berlaku pun seperti luar biasa. Tidak masuk akal terjadi dengan sendirinya 5 malam berturut-turut dengan mimpi kiamat melainkan adalah peringatan atau tanda-tanda dari ilahi.
Mungkin berkat Marshanda berlakon drama-drama yang berunsurkan islamik dan memegang watak sebagai wanita solehah, dan didoakan oleh peminat-peminatnya maka dia mendapat hidayah. Apa-apa pun semuanya adalah kehendak Allah. Kita tumpang bersyukur lah ke atasnya.
Apa yang difikirkannya dalam mimpi-mimpi itu, “Ya allah, sekarang ini kiamat, sementara dosa gw tuh banyak banget, kalo saya mati sekarang it’s for sure pasti saya masuk neraka.”

Alhamdulillah, dia sudah mengambil langkah yang sangat bagus sekali.  Dan semoga dia dapat istiqomah hingga ke akhir hayat …….

http://unikversiti.blogspot.com/2011/09/beberapa-artis-dan-personaliti-yang.html


Respon

  1. subhanaAllah…sesungguhnya kuasa ALlah itu hanya Dia sja yg mngetahui..ana juga mngalami perkara yg sama…mngalami mimpi2 sebegitu sejak kecil hingga sekarang…pernah skali diberi peringatan n sempat berubah sekejap ramadhan 2005 tpi iman masih xkuat masa tu,, xmampu istiqamah,..tapi Allah Maha Penyayang…mimpi2 begitu masih berterusan walau ana hidup dlm kefasikan..dan kerna mimpi jualah hidup ana berubah 99% pada ramadhan 2010..alhamdulillah genap setahun hijrah ana,,dan kali ni ana bertekad taubat ana taubat nasuha..moga Allah menerima hambaNya yg byk dosa ni kelak…aminn..

    sesungguhnya masa dan ketika kiamat itu berlaku hanya pada pngetahuan Allah.. cuma kita yg sudah dijentik hati ni perlu segera bertaubat n tiada penangguhan lagi tuk pulang padaNya,,, sungguh masa semakin suntuk..moga mnjadi pengajaran pada smua.. Allah sgt cinta pada hamba2Nya yg bertaubat,,,selamat semua dunia akhirat..insyaAllah…Allahumma ameennn…salam

  2. Baba Syarif reblogged this on Ansar As-Sunnah.

  3. sememangnya semakin banyak perubahan yang merupakn pertunjuk sebelum berlakunya pengakhiran zaman kita… jadikan ia bukan hanya pengajaran…tetapi jalan untuk kita sama2 bertaubat.


Tinggalkan komen

Kategori