Posted by: peribadirasulullah | Mei 8, 2011

8 Pergaulan yang wajib kita amati dalam kehidupan

http://t1.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcQh_jtmMsECXgAWNPgo3embBrfjhQQ39oHbBwWJlt7VJrL4N4SN

Abu khotib menyatakan,bahwa barangsiapa bergaul dengan 8 golongan,maka Allah akan menambah kepadanya 8 hal:
a. Barangsiapa bergaul dengan orang-orang kaya,maka Allah akan menambah rasa cintanya kepada dunia.
b. barangsiapa bergaul dengan orang-orang fakir,maka ia akan memperoleh rasa syukur dan merasa senang terhadap rezeki dari Allah.
c. barangsiapa bergaul dengan raja,maka ia akan bertambah keras hatinya dan takabur.
d. Barangsiapa bergaul dengan perempuan,maka Allah akan menambah kebodohan dan birahinya.
e. barangsiapa bergaul dengan anak-anak,maka ia makin suka main-main.
f. Barangsiapa bergaul dengan orang-orang fasik,maka bertambahlah kecenderunganya untuk melakukan dosa dan melalaikan tobat.
g. barangsiapa bergaul dengan orang-orang soleh,maka bertambahlah rasa cintanya dalam taat kepada Allah.
h. Barangsiapa bergaul dengan ulama,maka bertambah ilmu dan amalnya.


Respon

  1. asas dalam Islam adalah Iman…maka susah payah perlu utk mendapatkannnya…xda jaminan orang yg berilmu akn beramal…tp ada jaminan org yg beriman akn beramal…nabi tidak dihantar dengan kitab2 yg tebal2 belaka…cara nak Islah umat Islam dan tarbiyah umat islam adalah kembali kepada cara Nabi Muhammad Islah dn mmbentuk peribadi sahabatnya…iaitu SUSAH PAYAH KERANA AGAMA…Muhammad(ayat 7)> mari kita rujuk…
    saya tidak melarang saudara melakukan dakwah melalui internet…x salah…tp perbanykknlah masa mendatangi umat saling mmperingt…sentuh hatinya dn bawa dia ke jalan..

    tamsilannya umpama orang yg buta dan pekak yg berjalan menuju ke jurang…dengan melakukan:
    1.teriakan
    2.beritahu
    3.dn lain
    tidak akan memberi sebarang manfaat kerana mereka telah dibutakan dan dipekakkan…maka caranya adalah pegang mereka dgn kasih sayang bimbing sentuh mereka…spt cara Muhammad dari rumah ke rumah,lorong ke lorong,khemah ke khemah,dn mmpersiapkn semua org utk melakukan kerja ini…inilah cara semua nabi yg d utus..alasan moden dgnnya ada intrnet tidak mnjdkan alsan bahawa dakwah itu x relevan dgn cara nabi2…
    ya tuan dapat pahala dgn mnympaikn dgn cara begini…tp cuba tuan buat perg rumah ke rumah..setiap pelosok dunia…baru tuan sedar ramai yg tertarik dgn Islam tp umat Islam x mahu begerak kerna adanya cara moden spt ini..marilah sama2 kita bergerak korban..
    1.masa
    2.diri
    3.harta
    sekadar komentar saja..jgn ambil hati…

    • Saya amat sokong pandangan anda, saya telah lakukan apa yang saudara katakan. saya tidak boleh dedahkan berapa banyak wang yang telah saya korbankan. Saya telah mengadakan kursus dan saya korbankan masa serta wang ringgit, walaupun ada sahabat handai yang memandang saya sebagai orang gila dan sanggup melakukan apa sahaja dalam menjayakan dakwah. saya tidak memiliki pangkat yang tinggi dan harta yang banyak tetapi saya lakukan semua ini kerana Allah SWT. Masa dan Tenaga saya curahkan di dalam blog ini semasa diluar waktu pejabat, di pejabat saya adakan kursus dan kertas kerja serta mengajar di beberapa buah masjid. Sebahagian besar isi kandungan kuliah saya adalah apa yang saya muatkan didalam blog ini.
      Yang terbaru, saya serta beberapa orang sahabat cuba merancang untuk menubuhkan satu badan amal untuk pakej umrah dan haji separuh harga. Jika dalam pasaran harga umrah RM 5 ribu, saya akan mengadakan pakej umrah hanya RM 2500 sahaja, melalui skim bantu membantu sesama Islam. Begitu juga pakej haji yang akan mengurangkan perbelanjaan separuh harga sahaja.
      Cara yang kami akan rancangkan adalah:
      1-Dengan hanya mendaftar dan membayar RM 2500.00 sahaja melalui akaun yang akan kami sertakan dalam borang pendaftaran. Anda akan layak menunaikan Fadhu Umrah dalam masa 6 bulan akan datang.
      2-Jika dalam tempoh 6 bulan, anda tidak berjaya menunaikan umrah, wang tersebut akan dikembalikan tanpa kurang walaupun satu sen.
      3-Para jemaah umrah hanya perlu bersabar menunggu giliran serta ikhlaskan diri dalam menunggu pakej ini.
      4-Anda akan dipimpin atau dibimbing oleh mereka yang telah berpengalaman melebihi 16 tahun dalam urusan umrah.
      5-Jika sambutan diluar dugaan anda akan menunaikan umrah dengan mana-mana travel yang anda pilih dan kami akan menanggung kos anda sepenuhnya dalam travel yang anda pilih.
      6-Pakej ini telah berjaya dilakukan di Amerika dan Indonesia.
      Insya Allah kami akan bergerak secara rasmi dengan kakitangan PDRM buat permulaan.
      Doakan kejayaan kami dalam usaha menjadikan Ibadat Haji dan Umrah bukan lagi barang dagangan tetapi sebagai Ibadat untuk semua golongan terutama mereka yang dhaif. Sesungguhnya permintaan dan doa mereka yang miskin terlebih dahulu diterima oleh Allah SWT berbanding dengan doa mereka yang kaya raya yang berdoa tanpa perasaan rendah diri dan keinsafan kepada Allah SWT, sebagaimana mafhum hadis. Amin Ya Rabbal Alamin.


Tinggalkan komen

Kategori