Posted by: peribadirasulullah | September 25, 2009

15 Anugerah Allah pada Wanita tidak pada Lelaki.

1. Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah s.a.w. keluar mengiringi jenazah. Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis tersebut. lalu Baginda bertanya, “Adakah kamu menyembahyangkan mayat?” Jawab mereka,”Tidak” Sabda Baginda “Seeloknya kamu sekalian tidak perlu ziarah dan tidak ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah dan berkhidmatlah kepada suami nescaya pahalanya sama dengan ibadat kaum orang lelaki.

2. Wanita yang memerah susu binatang dengan ‘Bismillah’ akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

3. Wanita yang menguli tepung gandum dengan ‘Bismillah’, Allah akan berkatkan rezekinya.

4. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di Baitullah ( Kaabah).

5. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan membinakan 7 parit di antara dirinya dengan api neraka, jarak di antara parit itu ialah sejauh langit dan bumi.”

6. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utas benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat.”

7. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas tahta di hari akhirat.”

8. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan kemudian dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatit baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian.”

9. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya, menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya.”

10. Sabda Nabi s.a.w. : ” Ya Fatimah setiap wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum kepadanya dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman-taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Shiratul Mustaqim.”

11. Jika suami mengajarkan atau menerangkan kepada isterinya satu masalah agama atau dunia  dia akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

12. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga dan menunggu kedatangan suaminya dengan menunggang kuda yang diperbuat daripada permata yakut.

13. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah. Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.

14. Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya, cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kahwin).

15. Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya ia menggembirakan kamu, jika engkau memerintahnya  ia  mentaati perintah tersebut  dan jika engkau bermusafir dia menjaga harta engkau dan dirinya. Maksud hadis: Dunia yang paling aku sukai ialah wanita solehah.


Respon

  1. Assalamualaikum..
    mcm ner sy nak twu nie hadis sohih??
    tlg..
    plish2

    • Semua kelebihan dalam 15 perkara pada wanita tidak diragui lagi.jika terdapat sedikit hadis dhaif, ianya tidak mengurangkan sedikit pun kedudukan wanita yang telah allah muliakan seperti isteri-isteri Rasulullah dan lain-lain wanita seperti Siti Mariam, Rabiataul Adawiah, Sumaiyah dan lain-lain.. lihatlah isteri-isteri Rasulullah diharamkan berkahwin dengan lain-lain lelaki demi melindungi kesucian Rasulullah selama mana mereka telah hidup bersama Rasulullah.
      Cerita yang terkandung dalam 15 perkara tersebut terlalu masyhur dalam sejarah Islam.. jangan ragui kebenaran Islam, Jangan biarkan hati anda dibaluti syak kerana itulah sebenarnya bisikan Syaitan apabila kita hendak mendekati hidayah Allah dan apabila kita telah mengecapi kemanisan Iman kepada Allah SWT.

    • Anda adalah insan yang telah merasai kemanisan Iman.. lantaran itu anda sentiasa berfikir tentang kelebihan yang telah Allah janjikan untuk Muslimat Solehah.Tetapkan Iman anda pada Allah.. Bacalah buku-buku Agama… Terima Kasih.

  2. Saya dapati kandungan dalam blok ini bagus walaupun saya belum baca kesemuanya. Saya akan membaca dari semasa ke semasa, insya-Allah. Teruskan usaha yang baik untuk menyebarkan ilmu.Tk.

    • T.Kasih sama-samalah kita bertukat fikiran demi menambah kebaikan dalam amalan agama. Salam Ukhuwah Islamiah dari saya..

  3. […] 15 Anugerah Allah pada Wanita tidak pada Lelaki. 13 01 2010 15 Anugerah Allah pada Wanita tidak pada Lelaki. […]

  4. Ya Alloh…masih adakah wanita yang sperti digambarkan Rasululloh diatas, di tahun 2010 ini? Semoga Anak-anakku kelak menjadi Wanita yang bila dipandang menyenangkan, bila diperintah menuruti dan bila ditinggal pergi selalu menjaga kehormatannya.

  5. salam
    terima kasih kerana menyediakan web yang berguna seperti ini. amat membantu saya dalam menyiapkan tugasan yang diberikan pensyarah. banyak contoh2 yang boleh digunapakai samada untuk diri saya sendiri mahupun semasa pembentangan tugasan untuk dipaparkan kepada rakan sekelas dan pensyarah. harap dapat memaparkan banyak lagi informasi yang berguna dan menjadi panduan dalam hidup. amin

    • Terima Kasih.. sama-samalah kita berdakwah Di Jalan Allah SWT Yang Maha Agong, Salam Ukhuwah Islamiah daripada saya
      السلام عليكم ورحمة الله وبركاته : Ilmu Allah Terlalu Luas…

  6. izinkan saya copy untuk tujuan dakwah..assalamualaikum..semoga Allah memberkati usaha saudara

    • Terima kasih kerana usaha anda yang murni, semoga apa yang saya paparkan dapat menambah keyakinan kita terhadap Allah SWT dan RasulNya.. Silakan Ya Ikhwani Fillah. Semoga Allah SWT memberkati usaha kita di jalan Allah SWT.

  7. salam..izinkan saya copy…..sy bru joe blog ni..tme kaseh ats sgala usha yg di lakukan..troskan perjuangn…

    • Ambillah apa yang ada pada blog saya, dan gunalah ke Jalan Allah SWT. Itulah tugas kita sebenar sebagai hamba Allah SWT, kita hanya dituntut mencari dan berbekal dengan kebaikkan untuk bekalan di Akhirat..السلام عليكم ورحمة الله تعالى وبركاته Sambutlah Salam Persaudaraan sesama Islam ..السلام عليكم ورحمة الله تعالى وبركاته

  8. izinkan sya copy utk sya hadiahkan pada istrri saya…

    • Silakan.. saya pun ucapkan ribuan t.kasih krn sudi singgah di blog saya yang tidak seberapa ini.

  9. salam.. nak copy juga ya…

  10. sesiapa yg diberi petunjuk dan kefahaman walaupun sedikit ttg nama Allah –> Arrahiim, maka insyaAllah dia boleh menerima post ini dengan senang hati 🙂

    • Insya Allah… semua insan sebenarnya menerima Allah SWT sebagai Tuhan dan Islam yang memenuhi tuntutan fitrah kebaikkan sebagai agamanya.

  11. terima kasih atas amal tuan, walau simple tetapi berkesan dihati saya, syaitan kini memang banyak dah mula tunjuk diri secara terang-terang dengan manusia,pandai memutar belitkan kenyataan dan hakikat , manusia je tak sedar2 agaknya bila nyawa dah sampai kerongkong, mata hari dah naik sebelah barat baru nak nyesal. teruskan usaha mu walau apa pun Allah tetap bersama dgn insan yang berhati jujur dan ikhlas dlm mendokong kesucian agama NYA.

  12. بسم الله الرحمن الرحيم

    ِAssalamualaikum..syukran atas keperihatinan anda yg sudi berkongsi ilmu dengan post2 yang sgt berguna insyaAllah ..bersyukur sgt dengan rahmat Allah sbb dapat jumpa blog ni yg memberi seribu satu kefahaman dan ilmu bru untuk ana dan sahabat2 ..

    15 Anugerah Allah pada Wanita tidak pada Lelaki diatas sgt memberi kesan pd hati ana..semoga ana dan sahabat akhawat semua dapat mencapai semua anugerah Allah itu..amin ya Rabb..Aىش bersyukur kerana dilahirkan sebagai seorang wanita…bukan mudah nk mencapai anugerah itu tp tidak mustahil kita dapat mencapainya..semoga Allah mempermudahkan jalan kita untuk mencapai halawatul iman..-perempuan adalah fitnah dunia-semoga kita xtergolong dalam asbab terjadinya fitnah itu..insyaAllah

    • T.Kasih kerana sudi membaca blog ana.sesungguhnya ilmu Allah SWT amat luas, saya sentiasa mengejar ilmu Allah SWT. sama-samalah kita mencari Ilmu Allah SWT dengan bersungguh-sungguh, kita akan merasai bahagia dan tenang apabila kita benar-benar memerhati kata-kata Allah SWT dan merenung setiap ilmu yang kita temui. Allah amat halus pengetahuanNya.apabila kita cermat dalam semua hal, kita akan temui seribu hikmah disetiap gerak-geri kita dan setiap perubahan alam yang kita diami. Salam Ukhuwah Islamiah daripada saya untuk semua .. السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

  13. […] sumber Share · Tags: anugerah allah kepada wanita, kelebihan wanita, kelebihan wanita berbanding lelaki, tanda sayang allah kepada wanita […]

    • izinkn copy jgak ye….

  14. […] Sumber : http://peribadirasulullah.wordpress….k-pada-lelaki/ […]

  15. Assalamualaikum 🙂

    Alhamdulillah, sungguh berguna info ini dan juga keseluruhan artikel di dalam blog peribadirasulullah. Sangat memberi kesan kepada saya setelah membacanya. Syukran di atas perkongsian yang bermanfaat, semoga usaha anda mendapat ganjaran yang setimpal. Saya juga memohon izin untuk copy artikel ini bagi tujuan berkongsi dengan sahabat-sahabat di luar sana, untuk tujuan dakwah. Jazakallah Khair.

  16. salam..saya copy sebagai peringatan utk diri sendiri…terima kasih kerana mewujudkan blog ini

  17. salam…izinkan saya copy

  18. salam, mintak izin copy info ni ya…=)

    • Silakan… beruntunglah wanita yang dapat memenuhi tuntutan Allah SWT.

  19. salam..

    lebih elok jika ade sumber yg sahih..

    jzkk..

  20. salam…. jugak nak mintak izin copy

  21. Blog ini sgt menarik..pengisiannya mampu membuatkan sy menginsafi segala perbuatan lalu..minta izin copy ye.

    • Semoga Allah SWT memberi hidayah kepada saya dan kepada anda serta kepada semua umat Islam. Hanya hidayah daripada Allah SWT sahaja yang mampu memberi kebahagiaan kepada kita semua di Dunia dan Akhirat. Perbanyakkan solat Dhuha dan Sujud kepada Allah SWT.
      Ambillah maklumat dalam blog ini dan pintalah pandangan daripada mereka yang Mursyid.

  22. Assalamualaikum..info yang berguna terima kasih kerana berkongsi. Pertama kali melawat saya rasa tertarik dengan blog ni jarang jumpa perkongsian yang seperti ni..teruskan berblog sampaikan apa yang saya tak tahu agar saya mendapat ilmu yang berguna insyaallah

    • Wa.Salam.
      Semoga Allah sentiasa bersama kita. Salam Ukhuwah Islamiah untuk anda dan semua yang sudi singgah di blog ini.
      السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

  23. assalamulaikum…izinkan saya copy jugak na……10q….

    • W.Salam. Silakan copy dan sebarkan Ilmu Agama, Insya Allah kita sama-sama mendapat pahala dan keredhaan Allah SWT.

  24. Asalamualaikum wr.wb…..
    info yang berguna terima kasih kerana berkongsi.
    minta izin untuk kopy…..
    Terima kasih

    • W.Salam, Silakan.

  25. […] Sumber […]

  26. Asalamualaikum wr.wb saudara,

    Satu perkongsian yg baik dalam blog saudara, Mudah-mudahan Allah SWT akan terus memberikan ilham yang berterusan kepada saudara utk dikongsi kepada semua muslimin dan muslimat.

    Sesungguhnya masa dunia sudah semakin hampir…

    • W.Salam.
      Jazakillahi Khairul Jaza’, semoga perkongsian ilmiah ini memberi manfaat di dunia dan Akhirat.


Tinggalkan komen

Kategori