Posted by: peribadirasulullah | Ogos 15, 2009

Maksud Istidraj

Maksud Istidraj
Ianya adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya. Inilah yang dinamakan istidraj.

Rasullulah s. a. w. bersabda :”Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat(durhaka),ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT.”(Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi)

Tetapi, manusia yang durhaka dan sering berbuat maksiat yang terkeliru dengan pemikirannya merasakan bahawa nikmat yang telah datang kepadanya adalah kerana Allah berserta dan kasih dengan perbuatan maksiat mereka. Masih ada juga orang ragu-ragu, kerana kalau kita hendak dapat kebahagian di dunia dan akhirat kita mesti ikut jejak langkah Rasullulah saw dan berpegang teguh pada agama Islam.

Tetapi bagaimana dengan ada orang yang sembahyang 5 waktu sehari semalam, bangun tengah malam bertahajjud, puasa bukan di bulan Ramadhan sahaja, bahkan Isnin, Khamis dan puasa sunat yang lain. Tapi, hidup mereka biasa sahaja. Ada yang susah juga. Kenapa? Dan bagaimana pula orang yang seumur hidup tak sembahyang, puasa pun tak pernah, rumahnya tersergam indah, kereta mewah menjalar, duit banyak, dia boleh hidup kaya dan mewah. Bila kita tanya, apa kamu tak takut mati? Katanya, alah, orang lain pun mati juga, kalau masuk neraka, ramai-ramai. Tak kisahlah! Sombongnya mereka, takburnya mereka.

Rasullulah s. a. w. naik ke langit bertemu Allah pun tak sombong, Nabi Sulaiman, sebesar-besar pangkatnya sehinggakan semua makhluk di muka bumi tunduk di bawah perintahnya pun tak sombong! Secantik-cantik Nabi Yusof dan semerdu suara Nabi Daud, mereka tak sombong. Bila sampai masa dan ketikanya, mereka tunduk dan sujud menyembah Allah.

Manusia istidraj – Manusia yang lupa daratan. Walaupun berbuat maksiat, dia merasa Allah menyayanginya. Mereka memandang hina kepada orang yang beramal. “Dia tu siang malam ke masjid, basikal pun tak mampu beli, sedangkan aku ke kelab malam pun dengan kereta mewah. Tak payah beribadat pun, rezeki datang mencurah-curah. Kalau dia tu sikit ibadat tentu boleh kaya macam aku, katanya sombong.” Sebenarnya, kadang-kadang Allah memberikan nikmat yang banyak dengan tujuan untuk menghancurkannya.

Rasullulah s. a. w bersabda: “Apabila Allah menghendaki untuk membinasakan semut, Allah terbangkan semua itu dengan dua sayapnya” (Kitab Nasaibul’Ibad)

Anai-anai, jika tidak bersayap, maka dia akan duduk diam di bawah batu atau merayap di celah-celah daun, tetapi jika Allah hendak membinasakannya, Allah berikan dia sayap. Lalu, bila sudah bersayap, anai-anai pun menjadi kelkatu. Kelkatu, bila mendapat nikmat(sayap), dia akan cuba melawan api. Begitu juga manusia, bila mendapat nikmat, cuba hendak melawan Allah swt.

Buktinya, Firaun. Nikmatnya tak terkira, tidak pernah sakit, bersin pun tidak pernah kerana Allah berikannya nikmat kesihatan. Orang lain selalu sakit, tapi Firaun tidak, orang lain mati, namun dia masih belum mati-mati juga, sampai rasa angkuh dan besar diri lantas mengaku dirinya tuhan. Tapi dengan nikmat itulah Allah binasakan dia.

Namrud, yang cuba membakar Nabi Ibrahim. Betapa besar pangkat Namrud? Dia begitu sombong dengan Allah, akhirnya menemui ajalnya hanya disebabkan seekor nyamuk masuk ke dalam lubang hidungnya.

Tidak ada manusia hari ini sekaya Qarun. Anak kunci gudang hartanya sahaja kena dibawa oleh 40 ekor unta. Akhirnya dia ditenggelamkan bersama-sama hartanya sekali akibat terlalu takbur. Jadi kalau kita kaya, jangan sangka Allah sayang, Qarun lagi kaya, akhirnya binasa juga.

Jadi, jika kita kaji dan fikir betul-betul, maka terjawablah segala keraguan yang mengganggu fikiran kita. Mengapa orang kafir kaya, dan orang yang berbuat maksiat hidup senang /mewah. Pemberian yang diberikan oleh Allah pada mereka bukanlah yang diredhaiNya. Rupa-rupanya ianya adalah bertujuan untuk menghancurkannya. Untuk apa hidup ini tanpa keredhaanNya?

Tetapi jangan pula ada orang kaya beribadat, masuk masjid dengan kereta mewah kita katakan itu istidraj. Orang naik pangkat, istidraj. Orang-orang besar, istidraj. Jangan! Orang yang mengunakan nikmatnya untuk kebajikan untuk mengabdi kepada Allah bukan istidraj. Dan jangan pula kita tidak mahu kekayaan. Kalau hendak selamat, hidup kita mesti ada pegangan. Bukan kaya yang kita cari, juga bukan miskin yang kita cari.

Tujuan hidup kita adalah mencari keredaan Allah. Bagaimana cara untuk menentukan nikmat yang diredhai Allah? Seseorang itu dapat menyedari hakikat yang sebenarnya tentang nikmat yang diterimanya itu ialah apabila dia bersyukur nikmatnya. Dia akan mengunakan pemberian ke jalan kebaikan dan sentiasa redha dan ikhlas mengabdikan diri kepada Allah. Maka segala limpah kurnia yang diperolehi itu adalah nikmat pemberian yang diredhai Allah. Bila tujuan hidup kita untuk mencari keredhaan Allah, niscaya selamatlah kita di dunia dan akhirat.


Respon

  1. mohon copy n paste

    • Silakan.

      • assalamualaikum…mohon copy n paste

  2. Pada saya orang yang hisap rokok, tapi tak sakit, itu pun istidraj, Allah melalaikan mereka.

  3. salam.. mohon copy and paste

    • W.Salam. Silakan. Semoga Allah SWT memberi nikmat kepada kita semua bukan melalui Jalan Istidraj tetapi nikmat yang dipenuhi dengan Rahmat dan Kasih Sayang. Amin Ya Rabbal Alamin.

  4. mohon share

  5. salam… artikel yang menarik… mohon dikongsi bersama…

    • W.Salam. Silakan.

  6. perkongsian yg hebat. ^^” jzzk

  7. ane copy ya…

  8. Salam.. Artikel yg menarik.. Mohon di copy yer..

    • W.Salam, silakan.

  9. mhon copy

  10. mohon copy n paste jgk..

  11. sy minta izin copy, tkasih

    • Silakan.

  12. [...] ISTIDRAJ. Allah memberi rezeki kepada hambaNya dalam keadaan marah dan tidak redha dan tiada keberkatan. Hidup mewah, kaya raya tetapi hatinya KOSONG (Kosong-kosong macam lagu Najwa Latif). Sentiasa tidak cukup, cari lagi tambah lagi. Tetapi dia menggunakan kekayaan yang ada untuk menipu orang bagi menambahkan lagi pendapatannya. Melakukan kerja-kerja yang tidak baik, ingkar perintah Allah. Tidak menunaikan solat, tidak mengerjakan puasa dan zakat tak nak bagi. Tiada niat pun hendak bantu orang miskin. Keseluruhannya dia telah LUPA pada Allah yang telah menjadikannya. Memberikan dia rezeki yang banyak. [...]

  13. great article.. going to share!!!^^

  14. Assalamu’alaikum wr wb. ijin share akh.

    • W.Salam. Silakan. Jazakumullahu Khairul Jaza’.

  15. Terima kasih atas penulisan ini.ia menginsafkan saya.login untuk copy & paste dlm wall fb saya

  16. Terima kasih atas penulisan ini.ia menginsafkan saya.mohon izin copy &paste

    • Sama-sama,Silakan.

  17. Salam, mohon copy

  18. salam, mohon copy artikel yg ana berkenan disini…..

    • W.Salam, Silakan.

  19. mohon share di blog ya.. :)

  20. Mohon share ilmu ni ye, syukran

  21. mohon copy & paste

    • Silakan.

  22. […] http://peribadirasulullah.wordpress.com/2009/08/15/maksud-istidraj/ […]

  23. saudaraku, saya mohon ijin untuk copy paste artikel yg sangat bermanfaat ini.. Trima kasih.. Jzkallah kheir

    • Silakan, kita berkongsi pahala di dunia dan Akhirat.

  24. Hi there! This post could not be written any better! Reading through this post reminds
    me of my previous room mate! He always kept talking about this.
    I will forward this post to him. Fairly certain he will have a good read.
    Thank you for sharing!

  25. Assalamualaikum..
    jazakAllahu khairan…
    Mohon copy ye…

    • W.Salam, silakan.

  26. It is best to check with the specific branch for
    information. Apart from being able to swim fast over long distances, they also go through a lot of fractious and exerting train phases on
    land. 2 TEODor Heavy Duty Explosive Ordnance Disposal (EOD) Robot 5-87.

    • T.Q.

  27. assalamualaikum.. mohon share ye

    • W.salam, silakan.

  28. mohon share kt fb ye

    • Silakan, saya amat bersyukur kerana dapat berkongsi pahala.

  29. inilah jwpan yg sy cari slama nih..mohon share ye.


Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori