Posted by: peribadirasulullah | Mei 11, 2018

10 Nasihat Berguna Kepada Pemerintah

Image may contain: text

Hj Abdul Rahman Ismail

 

10 Nasihat Berguna Kepada Pemerintah

Terdapat satu kisah seorang raia Islam mengumpul lima orang ulamak dan meminta para ulamak tersebut untuk menasihati baginda dengan dua nasihat dan nasihat tersebut adalah seperti berikut:

Ulamak pertama menasihati baginda dengan nasihat berikut :

1-” Takut kepada Allah akan menyelamatkan seseorang dari semua yang ditakuti, sedangkan tidak memiliki rasa takut kepada Allah SWT merupakan satu kekufuran.

2- Tidak takut kepada sesama manusia adalah suatu kemerdekaan , sedangkan merasa takut kepada sesama manusia beerti menjadi budaknya.”

Ulamak kedua menasihati baginda dengan nasihat berikut :

3- ” Berharap rahmat Allah SWT adalah kekayaan yang tidak akan rugikan kefakiran.

4- Putus asa dari rahmat Allah SWT adalah suatu kefakiran yang menjadikan kekayaan tidan bermanfaat.”

Ulamak ketiga menasihati baginda dengan nasihat berikut :

5- ” Tidak akan ada kemudaratan dari fakir harta jika disertai dengan kaya hati (Qonaah).

6-Begitu juga sebaliknya, kaya harta tidak akan dapat memberi kemanfaatan jika disertai fakir hati ( tamak ).”

Ulamak keempat  menasihati baginda dengan nasihat berikut :

7- ” Kaya hati yang disertai dengan murah hati tidak akan membuahkan tambahan, kecuali kekayaan.

8-Sebaliknya, fakir hati yang disertai dengan banyak harta, maka hal tersebut tidak akan membuahkan tambahan, kecuali kefakiran. ”

Ulamak kelima menasihati baginda dengan nasihat berikut :

9- ” Melakukan sedikit kebaikan itu lebih baik dari meninggalkan keburukan yang banyak.

10- Meninggalkan keburukan secara keseluruhan itu lebih baik dari melakukan sedikit kebaikan.”

Kitab Mutiara Kebijaksanaan Dalam Islam. M/S: 272-273.

RAMADHAN A 2018

 
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Salam Ramadhan Al-Kareem

MOHON SUMBANGAN IKHLAS BAGI MENJAYAKAN PROGRAM BERBUKA PUASA 1439H/2018M DI SELATAN KEMBOJA.

KELEBIHAN WAKAF DAN BERINFAQ HARTA JALAN ALLAH SWT.

 

Allah ta’aala menjanjikan kelebihan dan keutamaan di sebalik kedermawanan seseorang yang rajin berinfaq.

 

قُلْ إِنَّ رَبِّي يَبْسُطُ الرِّزْقَ لِمَنْ يَشَاءُ مِنْ عِبَادِهِ وَيَقْدِرُ لَهُ وَمَا أَنْفَقْتُمْ مِنْ شَيْءٍ فَهُوَ يُخْلِفُهُ وَهُوَ خَيْرُ الرَّازِقِينَ

 

“Katakanlah, “Sesungguhnya Tuhanku melapangkan rezki bagi siapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya dan menyempitkan bagi (siapa yang dikehendaki-Nya).” Dan apa sahaja yang kamu nafkahkan, maka Allah akan menggantinya dan Dia lah Pemberi rezki yang sebaik-baiknya.” (QS Saba’ ayat 39)

 

Bahkan dalam sebuah hadis Nabi Muhammad SAW  menggambarkan keuntungan yang bakal diraih seseorang yang rajin berinfaq di pagi hari sekaligus kerugian yang bakal dideritanya bilamana ia tidak peduli berinfaq di pagi hari.

 

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَا مِنْ يَوْمٍ يُصْبِحُ الْعِبَادُ فِيهِ إِلَّا مَلَكَانِ يَنْزِلَانِ فَيَقُولُ أَحَدُهُمَا اللَّهُمَّ أَعْطِ مُنْفِقًا خَلَفًا

 

وَيَقُولُ الْآخَرُ اللَّهُمَّ أَعْطِ مُمْسِكًا تَلَفًا (البخاري)

 

Tidak ada satu  subuh pun yang dialami hamba-hamba Allah kecuali turun kepada mereka dua malaikat.        Salah satu di antara keduanya berdoa: “Ya Allah, berilah ganti bagi orang yang berinfaq”, sedangkan yang satu lagi berdo’a “Ya Allah, berilah kerosakan bagi orang yang menahan (hartanya)” (HR Bukhary 5/270)

 

Jom berinfaq  dan berwaqaf  di Jalan Allah SWT melalui Ihya Assunnah Solution

Bantulah warga muslim Melayu Champa di pendalaman Selatan Kemboja, semoga dengan sumbangan tersebut membuat Allah SWT membuka pintu rezeki buat tuan dengan melimpah ruah in sya Allah.

 

Bantulah kami umat Islam Melayu Champa di Selatan, Kemboja  Hanya Dengan RM10 untuk Program Berbuka Puasa di Markaz Umar Al-Khattab, Sihanoukville Dan Masjid-masjid di Selatan Kemboja Tahun 2018 M/1439H. Hulurkan sumbangan ikhlas anda melalui Ihya Assunnah Solution Maybank 553131011505 – Sumbangan Anda Lambang Kekuatan Pertalian Ukhuwah Islamiah Seaqidah Dan Lambang Ketinggian Iman Anugerah Allah SWT Yang Tidak Dapat Dinilai Oleh Makhluk Ciptaan Allah SWT. Hanya Allah SWT Sahaja Yang Mampu Membalas Setiap Sen Yang Anda Sumbangankan Di Jalan Nya.
Mohon hantar salinan slip bank in ke talian +6 0199576237(Ustaz Amin) http://ipkkelantan.wasap.my

atau emaikan ke ihyaassunnah68@gmail.com untuk direkod maklumat yang anda sumbangankan. Jazakumullahu Khairul Jaza’ Fiddunya WalAkhirah Ya Mujiibas Sailiin….

Sila kunjungi kami

https://muslimcambodiablog.wordpress.com/2017/12/29/asian-fondatiaon-for-education-and-development/

https://peribadirasulullah.wordpress.com/2018/02/03/melayu-champa-cambodia/

https://wordpress.com/post/peribadirasulullah.wordpress.com/46725

https://peribadirasulullah.wordpress.com/2018/03/03/ihya-assunnah-solution-menunaikan-amanah-warga-malaysia-di-sihanoukville-selatan-kemboja/

Pengenalan Ihya Assunnah Solution

https://www.youtube.com/watch?v=13Gi0MilEa0

Misi Menyampaikan Bantuan Ke Selatan Kemboja 2017

https://www.youtube.com/watch?v=64UO1RimxQI

 

 

 


Respon

  1. Reblogged this on Penyucian Jiwa.


Tinggalkan komen

Kategori