Posted by: peribadirasulullah | November 8, 2016

Bersama Menabung Tabung Kemanusiaan Rohingya

📌SALIMAH PRIHATIN UMMAH📌

Sebagaimana yang kita semua sedia maklum saudara Islam kita iaitu kaum Rohingya di Arakan Myanmar telah di tindas dan diperlakukan dengan kejam sekali.

Mereka telah di bunuh beramai-ramai, wanita-wanita di rogol dan kanak-kanak juga telah dibunuh secara tragis. Kini darah dan airmata mengalir kembali di Bumi Arakan.

Foto-foto ini mengungkapkan apa yang berlaku melebihi seribu ungkapan.

Kaum Rohingya telah di usir dari kampung halaman mereka dan telah menjadi pelarian dalam negara sendiri. Keperluan mendesak sekarang ialah bekalan makanan.

Atas nama kemanusiaan dan keprihatinan, NGO SALIMAH Malaysia ( Persatuan Persaudaraan Muslimah Malaysia) merayu kepada para dermawan yang budiman sudi apa kira nya menghulurkan sedikit bantuan untuk Rohingya.

Sumbangan bolehlah disalurkan kepada :
Persatuan Persaudaraan Muslimah Malaysia (SALIMAH)
Bank: Bank Islam Malaysia Bhd.
Akaun No. 1203 80101 07403

Sila maklumkan/pm kepada Bendahari (Pn Samtinar, jumlah sumbangan) setelah bank in.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:
1. Pn Asiah Ahmad: 0133999621
2. Pn Siti Fatimah Likin: 0133677773
3. Pn Samtinar Abd Rahman : 0162781158

Setiap sumbangan amat dihargai sebagai usaha meringankan beban dan penderitaan saudara-saudari Rohingya di Arakan.

Salimah Kebangsaan Malaysia


Tinggalkan komen

Kategori