Posted by: peribadirasulullah | Julai 23, 2012

Pengertian 2 Kalimah Syahadah

https://i0.wp.com/a5.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/s720x720/555731_462234800455708_1886979315_n.jpg

RINGKASAN – Perihal KAFA [Kursus Asas Fardhu Ain]
(Baik untuk tujuan pendidikan asas)
Allah SWT akan Bertanya Sesiapa yang dikehendakiNya.
– Ditanya daripada Nabi-Nabi itu daripada perkara yang mereka sampaikan bersangkutan dengan pekerjaan mereka itu menjadi Rasul atau “PesuruhNya”.
– Ditanya Orang-orang kafirin daripada sebab-sebab mendustakan Rasul-Rasul itu dan menolak Agama yang dbawakannya
– Dan daripada orang-orang Ahli Bidaah dan Sesat pada Agama pula ditanya daripada sebab-sebab sesat dan bidaah itu daripada mengikut jalan-jalan yang diprintahkan.
– Orang-orang Muslimin pula ditanya daripada segala amalan mereka itu.

Maka Orang-Orang yang Beriktiqad di Hatinya semua kandungan Iktiqad yang tersebut dalam makna Terjemahan Dua Kalimah Syahadah At-Tawhid dan Syahadah Ar-Rasul yang tersebut ini serta Berkeyakinan penuh di Hatinya dengan kesemua kandungan Iktiqad ini, maka orang-orang itu termasuk dalam jumlah orang Ahli Al-Haq berpegang kepada iktiqad Ahli Al-Sunnah Wal-Jamaah dan bercerailah daripada ahli puak sesat dan ahli bida’ah.


Tinggalkan komen

Kategori