Posted by: peribadirasulullah | Disember 20, 2018

Ustaz Nik Omar Dan Ustaz Zolkharnain bin Abidin Memulakan Tugas Di YADIM

Image may contain: 3 people, people standing

Image may contain: one or more people, people standing and indoor

Image may contain: one or more people and people standing

Image may contain: 2 people, people standing

SELAMAT BERTUGAS KEPADA DUA TONGGAK UTAMA PIMPINAN BAHARU YADIM

PUTRAJAYA : Hari ini (20 Disember 2018) dua tonggak utama pimpinan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) iaitu Yang Berbahagia Ustaz Nik Omar bin Nik Haji Abdul Aziz selaku Yang Dipertua YADIM (YDP) dan Yang Berusaha Ustaz Zolkharnain bin Abidin selaku Timbalan Yang Dipertua YADIM (TYDP) memulakan tugas rasminya.

Warga YADIM juga pada hari ini telah mengadakan satu majlis menyambut kedatangan kedua-dua pemimpin ini.

Sebelum ini pelantikan mereka berdua telah mendapat liputan meluas daripada pihak media dan juga sahabat media YADIM.

Ketibaan mereka berdua telah disambut oleh Tuan Redhauddin Kamaruzaman, Pengurus Besar Pengurusan Dan Kewangan YADIM dan juga Ustaz Mohd Khairrul Fuad Shamsudin, Pengurus Besar Operasi YADIM di lobi Kompleks Islam Putrajaya Blok D. Seterusnya mereka berdua dibawa ke Bahagian Khidmat Pengurusan di tingkat 4 untuk mengetik kad perakam waktu buat kali pertama.

Seterusnya, YDP dan TYDP YADIM diberikan satu taklimat pengurusan bersama Pengarah-pengarah Bahagian YADIM yang dikendalikan oleh Tuan Redhauddin Kamaruzaman dan Ustaz Mohd Khairrul Fuad Shamsudin.

YADIM sebuah badan dakwah yang bervisikan peneraju dakwah masa sentiasa komited dan aktif dalam memperluaskan dakwah tanpa memilih sempadan.

Warga YADIM menyambut baik kedua-dua tonggak utama pimpinan YADIM ini.

Semoga YADIM terus mengekalkan kecemerlangan dalam dunia dakwah pada masa hadapan.

#yadimMy #dakwah #sayangiYadim #sayangiMalaysiaku #rahmatanlilalamin #UDS


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: