Posted by: peribadirasulullah | Disember 14, 2018

Solat Hajat dan Doa Selamat untuk umat Islam Uighur Di China

Solat hajat doakan umat Islam Uighur

KUALA LUMPUR – Pas mengajak umat Islam di Malaysia melakukan solat hajat selepas Solat Jumaat esok bagi memohon bantuan ALLAH menyelamatkan umat Islam Uighur di China dan seluruh dunia amnya.

Ketua Penerangan Pas, Nasruddin Hassan berkata, pemimpin negara China melancarkan dakyah propaganda ‘membanteras keganasan’ untuk menghukum umat Islam Uighur di Xinjiang, China.

Menurutnya, beberapa buah negara seperti Amerika Syarikat, United Kingdom dan Kanada juga telah mengutuk kekejaman China dalam persidangan Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Oktober lalu.

“Jumlah populasi umat Islam Uighur menjangkau 10 juta orang berbanding 22 juta rakyat di Xinjiang. Mereka etnik minoriti Cina berbahasa ‘Turkic’ (lebih hampir dengan Uzbekistan).

“Segelintir penganalisis geopolitik merujuk Xinjiang sebagai negara Turkistan Timur.

“Laporan PBB juga mendedahkan kira-kira sejuta umat Islam Uighur telah ditahan di sebuah kem tahanan rahsia dan masjid-masjid di Xinjiang telah dimusnahkan, katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, satu laporan disiarkan oleh Wisconsin Muslim Journal mendakwa kem tahanan umat Islam Uighur disifatkan sebagai ‘horrific sites where fear and physical violence, pyschological trauma and emotional abuse are all available tool’.

“Tidak sekadar itu, mereka juga dianggap sebagai pesakit mental, dipaksa murtad dan didoktrin dengan ideologi komunis.

“Lanjutan itu, Pas mengajak seluruh umat Islam di Malaysia bermunajat dan melakukan solat hajat esok selepas Solat Jumaat di seluruh negara.

“Ia untuk memohon bantuan ALLAH bagi menyelamatkan umat Islam Uighur di China khususnya dan di seluruh dunia amnya,” ujarnya.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: