Posted by: peribadirasulullah | Disember 13, 2018

HADIS LARANGAN MENERIMA UPAH MEMBACA AL-QURAN

Q 6

HADIS LARANGAN MENERIMA UPAH MEMBACA AL-QURAN (TAHLIL, YASINAN ATAU QARI)

*Upah termasuklah wang, makan atau apa-apa barangan.

1. Nabi ﷺ bersabda: “Bacalah oleh kamu al-Quran, janganlah kamu melampaui batas padanya dan JANGAN KAMU MAKAN HASIL DARI MEMBACANYA”. (H/R Ahmad Abu Ya’la)

2. Nabi ﷺ bersabda: “Sesiapa yang MEMBACA AL-QURAN KEMUDIAN MAKAN HARTA MANUSIA (hasil dari upah bacaan tersebut), maka Insya Allah akan datang di Hari Kiamat dalam keadaan wajahnya hanya tinggal tulang yang tidak berdaging” (HR Al-Baihaqi dalam Sy’ub al-Iman)

3. Nabi ﷺ bersabda: “Bacalah oleh kamu al-Quran, mintalah Allah (ganjaran) dengannya. Sesungguhnya selepas kamu nanti terdapat KAUM YANG MEMBACA AL-QURAN UNTUK MEMINTA-MINTA (UPAH) kepada manusia melalui pembacaannya itu.” (HR Ahmad dan Tirmizi)

4. Nabi ﷺ bersabda: “Sesungguhnya jika engkau mengambilnya ENGKAU TELAH MENGAMBIL BUSAR DARI API NERAKA. Maka aku kembalikan busar tersebut” (HR Ibn Majah)

5. Dari Jabir RA berkata: “Rasulullah ﷺ keluar menuju kami dan kami sedang membaca al-Quran, antara kami ada orang-orang Arab (Badawi) dan orang-orang yang tidak dikenali. Maka baginda bersabda : Bacalah oleh kamu kerana semuanya adalah kebaikan kerana akan tiba beberapa kaum menegakkannya (membaca tetapi mereka melupakan batas-batasnya) dan BERLUMBA-LUMBA MENDAPATKAN UPAH (BAYARAN SETELAH MEMBACANYA) di dunia, tetapi mereka tidak mengharapkan pahala dari bacaannya (di akhirat).” (HR Abu Daud)

6. Nabi ﷺ bersabda: “Bacalah oleh kamu al-Quran sebelum dibaca oleh kaum yang membangunkannya seperti membangunkan panah, MEREKA TERBURU-BURU (BEREBUT-REBUT) MANDAPATKAN UPAHNYA tetapi tidak memperdulikan pahalanya” (Riwayat Abu Daud)


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: