Posted by: peribadirasulullah | November 19, 2018

Tiga Ciri Mendapat Kemanisan Iman

3 K

_Tiga Ciri Mendapat Kemanisan Iman_*

*عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ ثَلَاثٌ مَنْ كُنَّ فِيهِ وَجَدَ حَلَاوَةَ الْإِيمَانِ أَنْ يَكُونَ اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِمَّا سِوَاهُمَا وَأَنْ يُحِبَّ الْمَرْءَ لَا يُحِبُّهُ إِلَّا لِلَّهِ وَأَنْ يَكْرَهَ أَنْ يَعُودَ فِي الْكُفْرِ كَمَا يَكْرَهُ أَنْ يُقْذَفَ فِي النَّارِ*

_Dari Anas bin Malik dari Nabi SAW, baginda bersabda:_
*_”Tiga perkara yang apabila ada pada diri seseorang, ia akan mendapatkan manisnya iman:_*
*_Dijadikannya Allah dan Rasul-Nya lebih dicintainya dari selain keduanya._*
*_Jika ia mencintai seseorang, dia tidak mencintainya kecuali kerana Allah._*
*_Dan dia benci kembali kepada kekufuran seperti dia benci bila dilempar ke neraka”_*
(HR Bukhari No: 15)
Status: Hadis Sahih

*_Pengajaran:_*

1. Tiga perkara jika dimiliki akan menjadikan seseorang mendapat kemanisan iman:

a. Allah dan Rasul-Nya lebih dicintai dari selain keduanya.

b. Apabila ia mencintai seseorang, ia hanya mencintainya kerana Allah.

c. Ia tidak suka untuk kembali kepada kekufuran setelah Allah menyelamatkannya, sebagaimana ia tidak mahu untuk dicampakkan ke dalam api neraka.

2. Mencintai Rasulullah SAW mewajibkan adanya penghormatan, ketundukan dan mengikuti serta mencontohi apa yang dilakukan oleh baginda (mengagungkan sunnahnya).

Allah berfirman:

*قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ ۗ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ*

*_“Katakanlah: ‘Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah akan mencintai kamu dan mengampuni dosa-dosamu._*
*_Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.’”_*
[Ali ‘Imran: 31]

Ibnu Katsir:
*_“Ayat ini adalah pemutus hukum bagi setiap orang yang mengaku mencintai Allah namun tidak mahu menempuh jalan Rasulullah SAW, maka orang itu dusta dalam pengakuannya hingga ia mengikuti syariat dan agama yang dibawa Rasulullah SAW dalam semua ucapan dan perbuatannya.”_*

3. Di antara tanda cinta kepada Rasulullah SAW adalah dengan mengamalkan Sunnahnya, menghidupkan, dan mengajak kaum Muslimin untuk mengamalkannya, serta berjuang membela As-Sunnah dari orang-orang yang mengingkari As-Sunnah dan melecehkannya.
Termasuk cinta kepada Nabi SAW adalah menolak dan mengingkari semua bentuk bidah dan kesesatan.

4. Mencintai seseorang adalah semata-mata kerana Allah.
Ibnul Qayyim berkata:
*_“Setiap kecintaan dan pengagungan kepada manusia hanya dibolehkan dalam rangka mengikuti kecintaan dan pengagungan kepada Allah._*
*_Mencintai dan mengagungkan Rasulullah SAW adalah penyempurnaan kecintaan dan pengagungan kepada Allah”._*

Bersama Mentarbiah Umat Manusia Ke Arah Kebaikan Dan Kebajikan Agar Menjadi Insan Terbaik Di Dunia Dan Akhirat.

 


Responses

  1. Reblogged this on Penyucian Jiwa.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: