Posted by: peribadirasulullah | November 11, 2018

22 AMALAN YG MENDEKATKAN DIRI DENGAN ALLAH SWT

1 SELAWAT

Bimbingan Rohani Bersama Ihya Assunnah Solution

*AMALAN YG MENDEKATKAN DIRI DGN ALLAH*

1. Solat Tahajjud di waktu ¾ mlm sekurang-kurangnya 2 rakaat & Solat Sunat Witir sekurang-kurang nya 1 rakaat sebelum masuk waktu Subuh.

Tahajjud merupakan jalan org2 yg Soleh, amalan para Nabi dan Wali2 Allah yg terdahulu. Jgn ditinggalkan.

2. Selepas Subuh, Zikir {100x [tasbih,tahmid dan takbir], 100x selawat & 100x istighfar}.

Zikir sgt penting kerana semasa kedatangan DAJJAL hanya zikir sebagai sumber makanan dan minuman. Hanya org yg benar2 jaga zikir shj mempunyai sumber makanan dan minuman pada waktu itu. Selainnya akan mengikut DAJJAL utk mendapat kan makanan dan minuman.

3. Kemudian bacalah Surah Yasin.

Allah janji segala hajatnya pada hari itu akan dipenuhi.

4. Kemudian selepas 26 min naik matahari, solat sunat Isyraq 4 rakaat.

Allah janji akan menolong kamu menyempurnakan segala urusan mu pada hari itu.

5. Kemudian Solat Sunat Dhuha, boleh dilakukan bermula 20 minit selapas Isyraq (di antara jam 8-12 tghari).

Nabi SAW bersabda: “Sesiapa mengerjakan solat Dhuha 2 rakaat, dia tidak tergolong di dalam golongan org2 yg lalai dan lupa.” Solat Dhuha juga memudah kan urusan dan memberkati rezeki.

6. Selepas solat Zohor, bacalah surah Ar-Rahman.

Nabi SAW bersabda: “Segala lsesuatu itu mempunyai mempelai, dan mempelai bagi Al-Quran ada lah Surah Ar-Rahman.” Surah Ar-Rahman menanam sifat syukur di dalam hati atas nikmat2 Allah dan dgn amalan membaca Surah Ar-Rahman juga sgt baik utk meningkatkan kecerdasan otak.

7. Selepas Solat Fardhu Asar, zikir 300 petang, {100x [tasbih,tahmid dan takbir], 100x selawat & 100x istighfar}

8. Kemudian baca Surah An-Naba’.

Nabi SAW bersabda: “ Jika kamu tahu fadhilat dan besar nya pahala membaca surah An-Naba’, maka kamu akan berhenti daripada tugas2 kamu, lalu mempelajari Surah tersebut dan mendekatkan diri kepada Allah dgn membaca nya. Sesungguh nya Allah akan mengampunkan dosa2 mereka yg mengamalkan membacanya selain dosa syirik.”

9. Selepas Solat Maghrib, Solat sunat Auwabin.

Allah janji akan memberi keampunan terhadap dosa2 melainkan dosa syirik kepadaNya.

10. Kemudian bacalah Surah Al-Waqiah.

Allah janji sesiapa yg istiqamah mengamalkannya pada setiap malam, kebuluran & kemiskinan tidak akan menemuinya.

11. Selepas Isya’ bacalah Surah Al-Mulk.

Allah janji akan memelihara daripada azab kubur. Nabi SAW tidak akan tidur selagi tidak membaca surah Al-Mulk dan surah As-Sajdah.

12. Setiap malam bacalah Ayatul Kursi dan “Amanar-Rasul” hingga habis.

Surah penting untuk melindung diri daripada pengaruh syaitan dan kejahatan

13. Sebelum tidur, Solat Sunat Taubat dan tidur beradab seperti mana Nabi SAW tunjuk ajar.

14. Setiap malam apabila hendak tidur, Muhasabah diri, pohonlah keampunanmu kpd Allah diatas dosa2 dan bagi setiap amalan yg baik, nyatakan kesyukuran mu kepada Allah.

15. Sebelum tidur fikirkan dan renunglah (muqarabah) juga mengenai mati dan peristiwa2 selepas maut.

Muqaraba adalah perlu utk membentuk sifat Taqwa.

16. Setiap hari bacalah Al-Quran (Tilawatul Quran) walaupun hanya satu ‘ain’.

Latihan tilawah sangat memberi kesan kepada hati. Hati yg tidak ada Al-Quran seumpama hati yg mati. Pembacaan Al-Quran jgn lah ditinggalkan. Hak Al-Quran adalah perlu dikhatamkan dua kali setiap tahun.

17. Setiap pagi Jumaat bacalah Surah Al-Kahfi, kalau tak mampu habiskan seluruh surah, bacalah seberapa bnyk yg boleh.

Allah janji ‘cahaya’ di hari Kiamat dan diampunkannya diantara dua Jumaat. Nabi SAW bersabda: ‘Sesiapa membaca Surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya drpd bawah kakinya hingga ke langit.’

18. Hendaklah hati & lidah sentiasa sibuk dgn berzikir didalam apa jua kegiatan sama ada berjalan, duduk atau bekerja.

Berzikirlah ‘Lailahailallah’ sebagai amalan tetap dan berkekalan.

19. Puasa Sunat Isnin & Khamis, juga Puasa Sunat pada hari2 yg digalakkan dalam Islam utk puasa2 Sunat, bagi Perempuan mintalah keizinan daripada Suami2 kamu.

20. Cubalah sedaya-upaya berada dalam keadaan berwudhu’.

Sabda Nabi SAW: ‘Wudhu’ adalah senjata org2 mukmin.’ faedah wudhu’ sangat besar.

21. Tatkala Haid, jgn tinggalkan zikrullah. Meninggalkan zikir akan mengeraskan hati dan melayukan cahaya rohaniah bagi hati.

22. Tetaplah dgn usaha kamu melawan hawa nafsu.

Jagalah mata, telinga, lidah dan hati. Mengumpat dan mengata-ngata org lain adalah bencana yg sangat besar. Ia menghapuskan dan melenyapkan pahala dan kesan ibadat.

Amalkan sedikit demi sedikit yg mana mampu. Semoga kita dpt amal dan sampaikan.
Aamiin

Bersama Mentarbiah Umat Manusia Ke Arah Kebaikan Dan Kebajikan Agar Menjadi Insan Terbaik Di Dunia Dan Akhirat.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: