Posted by: peribadirasulullah | Oktober 5, 2018

Al-Quran ditulis menggunakan pen, dakwat dan arang

Image may contain: 7 people, people standing

Nasim Akhtar sedang dibawa ke Muzium al-Quran bersebelahan Masjid Nabawi. Tengok nombor pintu sana, 5 kan? Hehe.

Sumber gambar: SaudiNews50

Image may contain: 6 people, people standing

Mushaf jahitan ini diserahkan sendiri oleh Nasim Akhtar kepada pihak muzium.

Sumber gambar: albayan

No automatic alt text available.

 

 

Najmi Farisham

1 hr · 

HTC Sense

Seorang wanita Pakistan dari sebuah kawasan bernama Punjab telah mencipta rekod dengan unik sekali berkaitan penulisan al-Quran.

Keunikan ini menjadi tarikan seluruh orang Islam kerana ia bukannya ditulis menggunakan pen, dakwat ataupun arang. Bahkan beliau menjahitnya sendiri tiap-tiap huruf yang ada di setiap lampiran mushaf sehingga lengkap 30 juzuk al-Quran dengan menggunakan tangan.

Beliau yang bernama Nasim Akhtar telah menghabiskan masa bermula tahun 1987, sehingga siap dengan sempurna pada 2018. Dipercayai hanya akan menjahit dan menyulam apabila dirinya dalam keadaan suci sahaja (bukan ketika haid). Dan melakukannya pada setiap sepertiga malam. Begitulah rutinnya.

Fuh, bayangkan hampir separuh hidupnya digunakan untuk menyiapkan jahitan ini. Semoga ia menjadi salah satu asbab pahalanya mengalir masuk walaupun sudah meninggal dunia nanti.

Baru-baru ini, beliau telah membuat keputusan untuk menghadiahkan karya agung ini kepada sebuah Muzium al-Quran yang bertempat di Madinah Munawwarah, bersebelahan dengan Masjid Nabawi. Ditayangkan secara terbuka di sana.

Kalian semua bolehlah ambil peluang ini untuk melihatnya sendiri sementara ia masih dibuka kepada orang ramai. Muzium ini berada di pintu pagar Masjid Nabawi bernombor 5.

Itulah.

Najmi Farisham,
Wartawan Kegemaran Kalian.

Sumber: albayan

 

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh, Mohon jasa baik semua pihak untuk like Page dibawah dan dengan rendah hati IHYA ASSUNNAH SOLUTION memohon insan-insan mulia dari Malaysia, Singapore, Indonesia dan Brunei Darus Salam bagi menabur amal bakti melalui kami kepada masyarakat Islam Melayu Champa di Selatan Kemboja, jadikan kami sebagai jambatan penghubung kepada mereka:

https://web.facebook.com/IHYA-Assunnah-1184250164973202/

Sila kunjungi laman ilmiah dibawah :

https://peribadirasulullah.wordpress.com/

 


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: