Posted by: peribadirasulullah | September 23, 2018

HIDUP MUSLIM BERPRINSIP

K 41

HIDUP MUSLIM BERPRINSIP

Oleh Ustaz Idris Sulaiman, 10 Mei 2018

Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah dalam segala keadaan. Sesungguhnya kita adalah milik Allah dan kepadaNya lah jua kita kembali.

DOA MUSLIM KETIKA MENDAPAT MUSIBAH

Ya Allah, kurniakan buat daku pahala dalam musibah yang menimpa atas diriku, dan gantilah ia dengan apa yang lebih baik daripadanya.

MUSLIM TIDAK BERPUTUS ASA DARI RAHMAT ALLAH & DAN IA ADALAH SIFAT ORANG KUFUR

Sesungguhnya manusia merancang, dan Allah jualah sebaik-baik perancang. Barangkali sebahagian bersedih dan berduka, tetapi sebagai seorang Muslim kita tidak berkata melainkan dengan kata-kata yang diredai Allah. Janganlah kamu berputus asa daripada rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidaklah orang yang berputus asa daripada rahmat dan pertolongan Allah melainkan orang-orang yang kufur.

PRINSIP MUSLIM ADALAH ‘WAJIB TAAT KEPADA PEMERINTAH MUSLIM’ DALAM HAL MAKRUF

Barangkali sebahagian bersangka bahawa Muslim yang taat kepada pemerintahnya akan berpaling tadah apabila pemerintah yang baharu diangkat. Perlu ditegaskan, sama sekali tidak! Prinsipnya tetap sama. Tidak ada apa-apa yang berubah.

Kami dengar dan kami taat dalam hal-hal yang makruf. Malah kami membantu serta mempertahankannya.

APABILA BERBALAH KEKUATAN AKAN HILANG (AL-ANFAL:46) & KEPENTINGAN ‘JAGA KESATUAN’

Apa yang penting ialah bagi Umat Islam sedar tentang betapa pentingnya menjaga kesatuan dan perpaduan. Ketahuilah bahawa apabila masyarakat Islam berbalah, maka ketika itu musuh-musuh Islam akan mengambil kesempatan. Perkara ini tidak boleh dibiarkan berlaku.

MENJAGA KEPENTINGAN AGAMA HENDAKLAH DIUTAMAKAN

Menjaga kepentingan Agama dan Umat Islam hendaklah sentiasa diutamakan. Hal ini hanya akan dapat dicapai dengan cara kita terus menggiatkan dakwah kepada masyarakat, menyebarkan ajaran-ajaran Islam yang berteraskan Kitab Allah dan Sunnah RasulNya menurut kefahaman Salaf As-Soleh, di samping menghubungkan tali silaturahim dan memupuk kasih sayang sesama Umat Islam demi menjaga kesepakatan dan kesatuan antara kita. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.

SEMOGA ALLAH MEMBERI TAUFIK DAN HIDAYAH KEPADA PEMIMPIN BAHARU NEGARA

Semoga Allah memberikan taufik dan hidayahNya kepada pemimpin baharu Negara, mengurniakan petunjuk buatnya untuk terus memartabatkan Agama dan memperkasakan Umat. Sesungguhnya Dia Yang Maha Mendengar lagi Maha Perkasa.

Kepada Allah jua kita memohon petunjuk.

” BERSAMA MEMERANGI RASUAH DAN PECAH AMANAH “.

” DENGAN ISLAM DAN BERAKHLAK MULIA, ISLAM AKAN DIPANDANG MULIA TETAPI DISEBALIKNYA, DENGAN BERAKHLAK KEJI (MAZMUMAH) AGAMA ISLAM DIPANDANG HINA “.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: