Posted by: peribadirasulullah | September 23, 2018

Golongan Majoriti(Kebanyakan) VS Sedikit (Ghurabak)

K 21

Golongan Majoriti(Kebanyakan) VS Sedikit (Ghurabak) – Apa Kata Allah?   –  home

RAMAI BUKAN PENENTU KEBENARAN

Usah terpukau dengan ramainya pelaku kemungkaran kerana ramai belum tentu benar dan diredhai di sisi Allah. Demikian sebaliknya, usahlah gusar jika anda termasuk dalam kelompok yang sedikit (ghurabak) dalam melakukan kebenaran kerana ia bukan petanda anda di pihak yang salah dan dimurkai olehNya.

CELAAN ALLAH TERHADAP GOLONGAN RAMAI

1. Kebanyakan manusia menyesatkan 
“Seandainya kamu mengikuti KEBANYAKAN orang di muka bumi, sungguh mereka akan menyesatkan kamu dari jalan Allah.” (Surah al An’am, ayat 116)

2. Kebanyakan manusia tidak bersyukur
“..akan tetapi KEBANYAKAN manusia tidak bersyukur.” (Surah al-Baqarah, ayat 243)

3. Kebanyakan manusia tidak mengetahui kebenaran 
“…akan tetapi KEBANYAKAN manusia tidak mengetahui” (Surah al-A’raf, ayat 187)

4. Kebanyakan manusia lalai mengingat Allah
“.. dan sesungguhnya KEBANYAKAN manusia itu lengah terhadap tanda-tanda kekuasan Kami” (Surah Yunus, ayat 92)

5. Kebanyakan manusia itu fasik
“..dan sesungguhnya KEBANYAKAN manusia itu benar benar fasiq.” (Surah al-Maa’idah, ayat 49)

6. Kebanyakan manusia mengingkari Al Quran 
“ dan sesungguhnya Kami telah mengulang ulang kepada manusia didalam Al-Quran ini setiap macam perumpamaan, tetapi KEBANYAKAN manusia tidak menyukai selain mengingkari.” (Surah al-Isra’: 89)

7. Kebanyakan manusia tidak beriman dengan hari akhirat
“ Dan sesungguhnya KEBANYAKAN diantara manusia benar-benar ingkar akan pertemuan dengan Rabb-nya.” (Surah ar-Ruum: 8)

8. Kebanyakan manusia tidak beriman 
“ ..akan tetapi KEBANYAKAN manusia tidak beriman.” (Surah Hud: 17)


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: