Posted by: peribadirasulullah | September 23, 2018

49 Kemuliaan Akhlak Rasulullah SAW

K 37

HADIS 40/1847
Aisyah RA berkata: “ Akhlak Nabi ﷺ adalah Al-Quran”
(HR Muslim 746 dalam hadis yang panjang)

AKHLAK NABI ﷺ. Maksudnya adalah….. Nabi adalah seorang yang:

1. Paling tenang
2. Paling berani
3. Paling adil
4. Paling jaga maruah
5. Tangan tak pernah sentuh wanita bukan mahram
6. Paling pemurah – jika ada 1 tamar lebihan pun baginda akan sedekah (dermawan). Baginda tidak senang jika ada lebihan harta/makanan.
7. Tidak ambil harta dunia melebihi asas.
8. Apabila orang meminta, pasti baginda akan memberi. Jika tiada lebihan untuk diberi, baginda akan beri keperluan asas sendiri.
9. Kehidupan yang sangat ringkas
10. Baginda jahit baju sendiri
11. Baginda memasak dan potong daging sendiri.
12. Baginda sangat pemalu. Apabila bercakap baginda tidak renung mata lama.
13. Sahut panggilan sesiapa sahaja.
14. Terima pemberian walaupun benda remeh (eg. Seteguk susu)
15. Sahut/ terima jemputan walaupun sesiapa walaupun di hujung kampong
16. Tidak terima sedekah
17. Marah hanya jika hak Allah dilanggar. Tidak pernah marah disebabkan sendiri.
18. Tegakkan kebenaran walaupun akan bawa mudarat kepada diri atau sahabat. Contoh; sahabat terbunuh dari tangan yahudi, maka diat yang dibayar tidak lebih dari 100 unta.
20. Pernah ikat perut dengan batu sebab nak kurangkan rasa lapar.
21. Tidak pernah tolak makanan halal
22. Tidak makan secara bersandar
23. Tidak pernah kenyang (roti) dalam 3 hari berturut-turut. Baginda tahan diri dari makan kenyang bukan sebab tak mampu.
24. Baginda memenuhi jemputan walimah/orang sakit/ urusan jenazah
25. Jalan sendiri tanpa bodyguard
26. Paling rendah diri
27. Petah berkata-kata dan tidak meleret-leret.
28. Tidak terpesona hal dunia
29. Pakai apa sahaja yang ada (tak cerewet)
30. Ketika menunggang, ada sahaja yang menunggang belakang baginda.
31. Tunggang apa sahaja yang ada seperti unta/kuda/keldai.
32. Kekadang jalan kaki ayam, tanpa serban atau ridak
33. Ziarah orang sakit walaupun hujung bandar
34. Suka wangian dan benci busuk
35. Duduk bersama orang faqir dan makan bersama orang miskin
36. Sangat mulia dan peribadi tinggi
37. Tidak bersikap dingin dengan sesiapa. Nabi akan layan sesiapa sahaja walaupun remeh. Sehingga orang itu malu.
38. Bergurau dengan kata-kata yang benar
39. Gelak tetapi tak sampai terbahak
40. Melihat permainan dan tidak mengingkarinya.
41. Lumba lari dengan isteri
42. Apabila orang tinggikan suara dengan nabi, nabi sabar
43. Ada hamba tetapi tidak terhalang dari makan bersama-sama
44. Tidak akan biarkan masa berlalu tanpa ibadah atau membuat perkara berfaedah
45. Tidak perkecilkan orang miskin atau merasa jelek dengan orang sakit.
46. Tidak cemuh mana-mana orang beriman. Hadia nabi: “Aku diutus untuk bawa rahmat bukan laknat”.
47. Sekiranya diminta berdoa kecelakaan, nabi akan akan doa rahmat.
48. Tidak pernah pukul sesiapa
49. Jika diberi pilihan, baginda akan ambil paling mudah.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: