Posted by: peribadirasulullah | Ogos 26, 2018

Tips belajar yang disebutkan ulama’ silam

Antara tips belajar yang disebutkan ulama’ silam ialah seperti berikut:

Kata Imam Sufyan al-Thauri:

Permulaan ilmu itu ialah engkau diam, kemudian kau dengar dengan baik, kemudian hafal, lalu kau amalkan kemudian barulah disebar dan diajarkan kepada orang lain.
[Jami’ bayan al-Ilm wa fadhlih 1/118]

1. Diam. Jangan rasa serba tahu. Bagaimana nak dapat ilmu kalau awal-awal lagi dah rasa tahu semua benda. First step to gain knowledge is to humble ourself by admit that we know nothing and we want to learn.

2. Dengar betul-betul apa yang disampaikan. Tak semestinya kita perlu terima bulat² apa yang disampaikan but atleast dengar dulu apa yang disampaikan sebelum menilai.

Masalah kita ialah kita nilai dulu sebelum dengar penjelasan. Kita judge dulu sebelum baca full statement. Listen first before make any conclusion.

3. Amal. Banyak ilmu yang melekat dalam kepala sebab kita amal. Yang kita tak amal, mudah kita lupa. Lagipun memang tujuan ilmu untuk beramal. So try our best to practice what we have learn. It much better than only memorize it.

4. Sampaikan. Ini sebenarnya last stage. Bila dah dengar, fah belajar dan kaji, amal pun dah barulah kita sampaikan.

Tapi sebahagian daripada kita malah terbalik. Belajar tak mahu tapi bab sampaikan laju. Bab mengulas dialah jaguh, bab mendengar dan mengkaji dialah raja tangguh. Belum lagi bab amal, dialah paling jauh.

Muhasabah bersama.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: