Posted by: peribadirasulullah | Ogos 26, 2018

DERITA ORANG PENCEN

939b5-luqman156025

Renungan Bersama Ihya Assunnah Solution

*DERITA ORG PENCEN*

Ramai org pencen hidup derita sbb tk merancang!
Kalau derita sekadar di dunia ok lg, tp yg ditakuti derita dunia akhirat.
Di usia pencen ini tak yah lah sibuk bela kucing, cari Pokemon, ralit dgn game atau apa sj yg tk faedah.
Badan da tak brp larat tu eloklah buat plan ibadah agar mati dlm iman/ibadah.
Skrg byk majlis ilmu. Mengajilah… Refresh blk ilmu yg telah kita tinggalkan sejak dulu.

Cadangan Manfaat:

1. *Mantapkan ilmu aqidah/Tauhid* utk memastikan aqidah kita betul sbb jk salah/syirik/kufur tanpa sedar pun kita akan masuk neraka. Akidah kunci syurga.
Mantapkan juga *ilmu feqah dan tasauf*.
Jgn asyik bljr tajwid dan taranum sj sdgkan kita da fasih baca quran. Lain lah *kalau tk pandai bc quran, wajiblah kita belajar*.
Bagi yg da mahir baca, ingatlah tkde siapa nk dgr suara tua kita yg merdu tu. Yg penting *byk tadabbur quran* dan bukan hanya baca sj tanpa faham isi alquran.

2. *Bykkan taubat*. Taubat tk kira tempat. Dimana pun boleh taubat. Bukan di Mekah sj. Kita byk dosa. Jgn abaikan taubat walau sehari.

3. *Qodho sgala solat* yg pernah kita tertinggal, abaikan. *Perbaiki ilmu solat*. Jgn pulak masa terluang yg byk tu kita asyik tengok drama bersiri dan drama cinta. Ingat, awak tu da kerepot. Takde sapa main cinta dah!

4. Dpt $ pencen jgn sibuk shopping bergaya mcm org kaya2. Itulah $ blanja penyambung nyawa kita 10-15 thn lg. Jgn pula asyik belikan cucu2 baju pula. Sesekali tak apalah! Yg penting, guna $ utk settle fidyah puasa dan qodha. Itu semua *hutang kita pd Allah*. Jgn lupa *hutang pd manusia* yg blom di byr!

5. Kalau blom ke Mekah & da ada $ *pergilah Mekah*. Jgn sibuk renovate rumah. Duduklah rumah yg ada tu seadanya. Kalau nk repair pun repair bumbung sbb takut kena hujan.

6. *Bykkan sedekah jariah dan wakaf*. Bukan sedekah pd org buta yg ada sindikit tu tp jariah bermaksud sedekah pd org buat masjid, pondok ngaji dsbnya. Sedekah jariah itu akan mengalir pahalanya bila kita dikambus tanah.

7. Pg dan ptg jgn lupa buat *senaman* & *check up hospital* selalu. Supaya kita tk sakit, menyusahkn anak2 jaga kita waktu tua. Mrk pun bergelut dgn kehidupan sendiri. Kesian anak2. Bila sihat mudahlah buat ibadat.

8. *Jgn byk tidur* sbb kita pun tk lama lg nk tidur lama!

9. *Jgn jd kuli anak* waktu tua. Waktu inilah anak2 yg tak fikir keperluan ibubapa, suka landingkan anak2 mrk pd kita utk kemudahn mrk melaram gi kenduri kahwin/shopping. Lainlah kalau sesak sesekali krn kerja dsbnya. Tp bukan slalu. Ingat tu!

10. *Jgn sesekali terlibat dgn bisnes!* Cukuplah pencen/simpanan yg ada tu utk mkn kita yg da tk brp selera ni sbb hidup kita pun tk lama. Andai kalau bangkrap, jwbnya jd cleaner/pak guard lah kita sampai mati.

11. *Berhati2 bg anak pinjam $* utk perkara yg tk penting bg mrk. Kalau penting sgt bolehlah beri tp pastikan mrk byr balik! Itu $ hari tua kita. Jgn sampai kita mengemis sbb kerakusan anak2. Syg anak biar bertempat. Jgn sesekali kita diperbodohkan.
Mrk sepatutnya perlu bijak uruskan kewangan spt mana kita dulu yg ikat perut besarkan mrk. Terkadang anak menantu hidup ikut nafsu. Pantang ada duit sket, shoppinglah mrk tanpa fikir masa dpn anak2 mrk. Baju penuh almari. Mekap yg mahal2. Sambil perhatikan, berilah nasihat.

12. *Berziarahlah kwn2 dan sedara mara* sbb usia kita pun tak panjang. Kita pun byk dosa dgn mrk waktu muda dulu. Mengumpat, gosip, pinjam duit tak byr. Waktu inilah kita *tebus sgala dosa* agar kita clear *dgn manusia* bila mati.

13. Akhirnya, *bersabarlah* hidup di hari tua. Ujian mcm kelkatu. *Byk ingat Allah & baca quran*. Agar kita selalu tenang hinggalah bertemu Allah.

Jgn sesekali menyusahkan org atau anak2 asbab *kelemahan kita tak plan hidup atau berlagak sampai tua.*
Ingatkan anak2 jgn ambil kesempatan rezeki hari tua kita. Inilah masa anak2 nk balas budi pd kita, sementara nyawa ada. Bila blk rumah kita jgn kata rindu masakan emak. Padahal ini lah masa anak masak utk org tuanya, bukan nak order je. Dulu kita da susah payah bsrkan mrk.
Biar sisa2 umur yg kita ada ni dihargai oleh anak2….

Mengguna baki masa kehidupan dengan cara terbaik.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: