Posted by: peribadirasulullah | Ogos 16, 2018

Menghadiahkan sebuah kereta untuk guru

Ibu bapa sering memberikan hadiah kepada guru anak-anak mereka, biasanya pada penghujung tahun persekolahan, untuk mengucapkan terima kasih atas semua kerja keras dan dedikasi mereka. Untuk mengendalikan kelas yang dipenuhi dengan berpuluh-puluh kanak-kanak yang pelbagai ragam bukan sesuatu kerja yang mudah.

Biasanya, hadiah yang diberikan kepada guru adalah perhiasan yang biasa seperti cawan, bingkai gambar dan bermacam lagi. Tetapi Courtney Adeleye yang tinggal di Huntsville, Alabama mempunyai sesuatu yang lain dalam fikirannya, terutama selepas mengetahui guru kelas anaknya terpaksa menaiki beberapa bas untuk sebagai pengangkutan ke sekolah setiap hari.

Jadi dia memutuskan untuk melakukan sesuatu mengenainya. Tetapi dia mahu membuat kelainan. Sesuatu yang tidak pernah terfikir oleh orang lain, kerana Courtney adalah pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif kedai penjagaan rambut ‘The Mane Choice’!

“Apabila suami memberitahu saya bahawa guru yang mengajar anak perempuan kami untuk beberapa tahun  terpaksa menaiki beberapa bas untuk pergi kerja setiap hari! Dia berkata kita harus memberikan sesuatu,” kata Courtney.

Courtney melakukan kejutan bulan lalu, selepas memimpin guru tersebut ke tempat letak kereta sekolah: Sebuah kereta baru yang dihiasi dengan reben biru!

Anak perempuan Courtney yang berusia 11 tahun merakam reaksi guru tersebut, dia ternyata sangat terkejut dan bersyukur! Dia menitiskan air mata ketika dia melihat kereta tersebut dan dia kelihatan seperti tidak percaya memiliki kereta baru untuk pertama kalinya dalam hidupnya.

Video :

https://web.facebook.com/usatoday/videos/252297648755548/

Sumber: InspiremoreUSA Today/Facebookcourtneyadeleye/Instagram

http://www.erabaru.com.my/2018/08/14/seorang-ibu-menghadiahkan-sebuah-kereta-baru-kepada-guru-anaknya-lihat-reaksi-guru-tersebut/


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: