Posted by: peribadirasulullah | Ogos 8, 2018

Manusia Cerdik ialah Mereka yang Mengingati Mati

Image result for tazkirah tentang kematian

Manusia Cerdik ialah Mereka yang Mengingati Mati

Tidak seorangpun yang sudi digolongkan sebagai orang yang jahil atau bebal, sebaliknya masing-masing ingin dipandang sebagai orang yang bijak dan cerdik. Sekalipun mereka tidak berusaha untuk melayakkan dirinya untuk digolongkan sebagai manusia bijak dan cerdik, malah tidak kurang juga orang yang berlagak bijak meskipun dia sebenarnya adalah sebaliknya.
Ada orang yang mengukur kebijaksanaan seseorang itu berdasarkan ijazah yang dimiliki, kerana orang yang lulus dalam sesuatu pepereksaan hingga melayakkan mereka menerima ijazah itu, adalah bukti bahawa dia seorang yang bijak. Si jahil adalah mustahil boleh mencapai segulung ijazah, kecuali dia telah berusaha membuang kejahilannya dengan belajar bersungguh-sungguh.
Tidak dinafikan orang yang memiliki ijazah adalah orang yang bijak, tetapi tidak pula bererti orang yang tidak memiliki ijazah itu tidak bijak, kerana jika ditinjau dari kacamata Islam bahawa orang yang beriman itu lebih bijak dari orang yang tidak beriman. Orang yang beriman dianggap bijak oleh Islam kerana mereka mengetahui tentang Allah yang Maha Esa, mengetahui rahsia disebalik alam barzah. Dan seterusnya mengetahui alam akhirat dengan segala peristiwa Mahsyar, as-Shur (tetuang sangkakala) al-mizan (timbangan amal), as-Shirot (titian ke Syurga), an-Nar (neraka) dan al-jannah (syurga).
Orang mukmin yang sebenar adalah mengetahui setaip perkara yang diimani dan diyakini, kerana itu mereka dianggap bijak oleh kerana mengetahui sesuatu yang belum pernah dilihat oleh mata zahirnya, khususnya mengenai kehidupan selepas mati iaitu alam barzah dan alam akhirat. Sedangkan orang yang tidak beriman melihat kematian itu seolah-olah suatu noktah bagi setiap kehidupan, mereka tidak yakin adanya kehidupan selepas mati.
Justeru itu ia telah meletakkan orang yang beriman lebih bijak dan lebih baik dari orang yang tidak beriman, namun demikian taraf kebijaksanaan dan kebaikan di kalangan orang-orang yang beriman mempunyai peringkat, ada yang kurang dan ada yang lebih, bergantung kepada keilmuan sejauh mana ia diamalkan dan sejauh mana keikhlasan, kerana amal yang didasarkan kepada ilmu itu sebenarnya yang membuahkan keimanan.
Abdullah bin Umar radhiallahu ‘anhuma berkata, bahawa ketika dia sedang duduk-duduk di sisi Rasulullah s.a.w. lalu datang seorang lelaki memberi salam dan bertanya kepada Rasulullah: “Siapakah yang lebih utama (lebih baik) di kalangan orang yang beriman?” Jawab Rasulullah s.a.w.: “Orang yang lebih baik di kalangan orang beriman ialah mereka yang berakhlak mulia.”
Kemudian lelaki itu bertanya lagi: “Siapakah orang yang paling cerdik di kalangan orang yang beriman?” jawab, Nabi saw: “Orang yang paling cerdik ialah mereka yang banyak mengingati mati, dan banyak membuat persiapan untuk menghadapi mati.”
Demikianlah ukuran cerdik pada pandangan Islam jauh berbeza dengan tanggapan manusia ramai, kerana manusia ramai mengukur kecerdikan itu berdasarkan pencapaian mereka dalam akademik, serta kepakaran dalam cabang ilmu pengetahuan, termasuk juga para pengkaji dan saintis yang berjaya menghasilkan ciptaan baru dalam dunia teknologi canggih. Walaupun Islam tidak menafikan cabang-cabang ilmu tersebut, tetapi ia hanya akan lebih bernilai jika ia dapat membantu mempertingkatkan keimanan seseorang terhadap Allah Taala dan juga alam akhirat.
Islam melihat dari sudut tersendiri iaitu kecerdikan berdasar kepada kemampuan menggunakan ilmu, untuk melihat rahsia yang tersembunyi di alam ghaib selepas mati. Lantaran itu orang yang sentiasa mengingati mati akan lebih memahami kehidupan sebenar di alam kubur iaitu alam perantara, di antara alam dunia dan alam akhirat.
Orang yang banyak mengingati mati bererti akan sentiasa mengawasi diri dari melakukan dosa, kerana dosa akan membawa akibat buruk di alam barzah dan lebih-lebih lagi di akhirat. Setiap apa yang dilakukan akan sentiasa merujuk terlebih dahulu kepada hukum Allah Taala, bukan seperti pepatah Melayu ‘tepuk dada tanya selera’ yang membawa erti hidup dibawah dorongan nafsu. Sebaliknya orang yang sentiasa mengingati mati itu akan sentiasa bertanya imannya sendiri, iaitu `tepuk dada tanya iman’.
Jika dia seorang ketua rumahtangga dia tidak akan lalai dari melaksanakan tanggungjawabnya, memimpin anak-anak dan isteri menurut petunjuk iman. Dengan itu wujudlah tarbiyah Islam dan suasana rumahtangga terpancar nur Islam.
Begitu juga jika dia seorang peniaga yang sentiasa mengingati mati, nescaya dia akan menjadi peniaga yang jujur. Tidak mengecoh atau menipu dalam sukatan, tidak menyembunyikan kecacatan barangan yang diniagakan, tidak menindas pengguna dengan mengambil keuntungan yang berlebihan, tidak menyorokkan barang keperluan umum semata-mata kerana hendak melambungkan harga bagi meraih keuntungan yang berlipat ganda.
Apatah pula jika dia seorang pemimpin negara, andainya dia tidak sentiasa mengingati mati atau tidak beriman dengan Allah Taala, nescaya tiada alasan untuk pemimpin tersebut bagi melaksanakan hukum Allah SWT, sebaliknya dia akan menggunakan kekuasaan untuk memuaskan nafsu bagi mengaut kekayaan dari harta negara dengan memperalatkan kekuasaan yang dimiliki, untuk kepentingan diri dan kelompoknya.
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Peniaga yang amanah akan bersama para malaikat yang mulia di akhirat kelak.” Dan pada hadith yang lain disebut: “Peniaga yang amanah akan bersamaku (Rasulullah) di dalam syurga.”
Natijah dari banyak mengingati mati itu akan melahirkan manusia yang berdisiplin tinggi, berakhlak mulia, tidak gentar menghadapi ancaman manusia, kerana dia tidak takut selain kepada Allah Taala. Dia berani menyatakan kebenaran meskipun seorang diri, kerana kebenaran itu adalah dari Allah Taala, justeru itu tidak ada sesuatu yang meragukan dia.
Orang yang mengingati mati akan sentiasa berusaha menambahkan ilmu terutamanya tentang ilmu yang berhubung dengan Allah Taala, kerana asas kepada keimanan ialah ilmu. Sebab itulah Allah Taala berjanji akan mengangkat darjat orang yang berilmu sebagaimana firman Allah SWT:
يَرۡفَعِ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ مِنكُمۡ وَٱلَّذِينَ أُوتُواْ ٱلۡعِلۡمَ دَرَجَـٰتٍ۬‌ۚ 
Yang bermaksud:
“Nescaya Allah akan meninggikan darjat orang-orangyang beriman di antaramu dan orang yang berilmu pengetahuan beberapa derajat. “
(Surah at-Mujadilah ayat 11)
Allah Taala mengangkat derajat orang beriman dan berilmu pengetahuan kerana mereka mempunyai asas yang kukuh untuk unggul ketaqwaannya, berdasarkan bahawa hati mereka sentiasa mengingati mati, sangat sensitif terhadap suruhan dan larangan Allah, tidak mungkin mereka akan melanggar larangan Allah Taala, kerana meninggalkan kefardhuan dan melakukan kejahatan akan menyulitkan kehidupannya di alam barzah dan di akhirat. Mereka sentiasa gementar hatinya terhadap ancaman Allah. Seperti firman Allah Taala yang bermaksud:
اْۗنَّمَا يَخۡشَى ٱللَّهَ مِنۡ عِبَادِهِ ٱلۡعُلَمَـٰٓؤُ
“Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara hamba-hamba-Nya hanyalah ulama.”
(Surah Faathir ayat 28).
Mengingati mati tidak akan menimbulkan kesan yang fasip atau negatif, sebagaimana anggapan setengah golongan orang yang tidak memahami hikmah di sebalik zikrul maut itu. Ramai orang jahil berkata, jika asyik ingat mati nescaya tidak akan membangun. Anggapan itu amat keliru kerana pembangunan masyarakat manusia tidak hanya pembangunan benda, kerana pembangunan benda tanpa pembangunan jiwa atau rohani pasti akan hancur binasa.
Dunia menyaksikan betapa kemajuan benda yang dihasilkan oleh kepakaran manusia, kemudiannya dihancurkan oleh tangan manusia sendiri. Los Angeles sebuah bandaraya di Amerika musnah menjadi abu apabila manusia merusuh, ekoran dari rasa tidak puas hati terhadap sistem perundangan yang tidak menghasilkan keadilan seperti yang mereka harapkan, khususnya ketika membicarakan kes Rodny King.
Demikianlah nasib sebuah kotaraya yang disuburkan dengan tamadun kekufuran, akibat sistem perundangan ciptaan manusia yang tidak berteraskan wahyu Ilahi, tanpa iman kepada Allah Taala, tiada kepercayaan kepada hari pembalasan, sebab itulah perundangan mereka tidak menjanjikan keadilan.
Andainya manusia membangun kebendaan dan kemudiannya tangan mereka sendiri pula yang meruntuhnya, sudah nyata mereka bukan golongan yang cerdik. Justeru orang yang bodoh dan dangkal saja yang membina tamadun benda semata-mata yang tidak menjanjikan kebahagiaan, sebaliknya untuk mewarisi kesengsaraan.
Mengingati mati akan melunakkan hati yang keras, serta menjinakkan nafsu yang ganas, umpama seekor harimau yang hilang garangnya apabila tali tas atau tali cemeti dipecutkan di hadapannya.
Apabila nafsu yang ganas telah ditundukkan, maka akan bertambah mudahlah usaha untuk membuat persiapan dan bekalan bagi menghadapi suatu kehidupan abadi selepas mati. Justeru nafsu yang ganas itulah yang selama ini menjadi penghalang, hendak menderma untuk kebajikan atau perjuangan menegakkan kalimah Allah tidak lagi keberatan kerana sifat bakhil yang didalangi oleh nafsu itu sudah ditundukkan.
Orang yang tidak pernah mengingati mati adalah orang yang dangkal ilmu pengetahuan dan lemah, terutama dalam aspek kerohanian. Golongan tersebut sering menjadi tunggangan kepada nafsunya sendiri, hidup dalam suasana lalai dan terpesona dengan kelazatan dunia yang bersifat sementara, sedangkan kesenangan akhirat itulah yang kekal. Jika ada manusia yang tidak memilih kebahagiaan yang kekal, nescaya mereka itu adalah terdiri dari orangorang yang dungu.
Tazkirah daripada,
Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat,
Menteri Besar Kelantan Darul Naim.

 

1 QURBAN 2 2018

 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

JOM QURBAN DI SELATAN KEMBOJA 2018M/1439H.

Saudara dan saudariku  yang dikasihi, bawalah hartamu sampai ke akhirat . Gunakan hartamu di jalan Allah , pahalanya pasti akan sampai ke akhirat .

Sesungguhnya , harta yang dibelanjakan di jalan Allah SWT,

Harta yang diinfaqkan di jalan Allah SWT, harta yang disedekah, harta yang digunakan untuk ibadah dan sebagai kemudahan untuk beribadat.

Dibalas di dunia, akan menjadi kaya. Jika dibalas di akhirat akan mendapat Syurga.

Harta yang kita miliki tidak kekal, malah akan binasa.  HARTA  yang diinfaqkan di jalan Allah akan kekal di Syurga.

 

Gunakanlah harta kekayaan kita untuk membantu agama Allah SWT.

Pahalanya akan abadi, mengalir sampai ke akhirat dan akan mendapat Syurga.

Gunakan rezeki kita ke arah amal kebajikan .

Pahalanya akan kekal, mengalir sampai ke Akhirat dan mendapat syurga.

Gunakanlah wang kita, untuk infaq sedekah dan membantu fakir miskin.

Pahalanya akan abadi, mengalir sampai ke Akhirat dan mendapat syurga .

 

JOM QURBAN DI SELATAN KEMBOJA

Fadhilat dan Kelebihan Berqurban

  1. Keampunan.-
    Titisan darah qurban yang pertama adalah merupakan pengampunan bagi dosa-dosa yang telah lalu iaitu sebagai penebus dosa yang telah dilakukan.
    ‘Imran bin Hushain radhiallahu ‘anhushallallahu ‘alaihi wasallam bersabda kepada Sayyidatuna Fatimah radhiallahu ‘anha: meriwayatkan bahawa Rasulullah
    Maksudnya: “Wahai Fatimah! Pergilah ke tempat (penyembelihan) qurbanmu dan saksikanlah ia, sesungguhnya titisan darahnya yang pertama itu adalah merupakan pengampunan bagimu di atas dosa-dosamu yang telah lalu.”
    (Hadis riwayat al-Hakim)
  2. Kebajikan (hasanah) yang dikurniakan kepada orang yang berqurban adalah sebanyak bulu binatang yang diqurbankan.
    Zaid bin Arqam radhiallahu ‘anhu meriwayatkan:
    Maksudnya: “Para sahabat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bertanya: “Wahai Rasulullah! Apakah yang ada pada qurban itu?” Rasulullah menjawab: “Ia adalah sunnah bapa kamu Ibrahim” Mereka berkata: “Apa yang akan kami perolehi darinya wahai Rasulullah?”Rasulullah menjawab: “Bagi setiap helai rambut satu kebajikan” Mereka berkata: “Bagaimana pula dengan bulu wahai Rasulullah?” Rasulullah menjawab: “Bagi setiap helai bulu satu kebajikan.”
    (Hadis riwayat Ibnu Majah)
  3. Darah qurban yang tumpah ke bumi akan mengambil tempat yang mulia di sisi Allah subhanahu wa ta‘ala.
    ‘A’isyah radhiallahu ‘anha meriwayatkan bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
    Maksudnya: “Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak Adam pada Hari Raya Qurban yang lebih disukai Allah melainkan menumpahkan darah (menyembelih binatang qurban). Sesungguhnya binatang qurban itu akan datang pada Hari Kiamat bersama tanduk, kuku dan bulunya dan Allah memberi pahala ibadah qurban itu sebelum darah binatang qurban itu jatuh ke bumi. Oleh itu, elokkanlah qurban kamu.”
    (Hadis riwayat at-Tirmidzi,Ibnu Majah dan Hakim)
  4. Akan memperolehi kenderaan atau tunggangan ketika meniti titian al-Sirat al-Mustaqim di akhirat kelak.

Sabda Nabi Muhammad SAW (maksudnya): “Muliakanlah qurban kamu kerana ia menjadi tunggangan kamu di titian pada Hari Qiamat”.

“Tidak akan sampai kepada Allah daging-dagingnya dan tidak pula darah-darahnya. Tetapi akan sampai kepada Allah ialah ketaqwaan dari kamu. Demikianlah dipermudahkannya korban-korban kepada kamu supaya kamu mengagungkan Allah terhadap hidayah-Nya kepada kamu. Dan hendaklah kamu gembirakan orang-orang yang berbuat kebajikan.” (al-Hajj : 36-37)

Ancaman terhadap orang yang mampu melakukan qurban tetapi tidak melaksanakannya.

Daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu katanya, sabda Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam:
Maksudnya: “Barangsiapa yang ada kemampuan untuk berqurban tetapi tidak melakukannya, janganlah dia hadir bersama kami di tempat sembahyang kami”.(HR Ahmad dan Ibnu Majah)

Bantulah kami umat Islam Melayu Champa di Selatan Kemboja yang kurang mendapat perhatian masyarakat Islam antarabangsa, melalui Ihya Assunnah Solution umat Islam Melayus Champa di Selatan Kemboja dapat berteduh dan menikmati sedikit nikmat kurniaan Allah SWT dikongsi bersama pada hari raya Aidil Adha nanti, sumbangan dan penyertaan anda lambang kekuatan pertalian Ukhuwah Islamiah Seaqidah Dan lambang ketinggian Iman Anugerah Allah SWT yang tidak boleh dinilai oleh makhluk ciptaan Allah SWT. Hanya Allah SWT sahaja yang mampu membalas Setiap Sen yang anda sumbangankan di Jalan Allah SWT.

Untuk makluman muslimin dan muslimat yang dihormati sekalian,

Lembu pertama akan diruskan oleh Saudara Mohd Zain di Wilayah Kg. Som :

1.1- Bahagian Pertama : Norehan Kamaruddin.

1.2-Bahagian Kedua : Mohd Sufian Hashim.

1.3-Bahagian Ketiga : Belum ada tempahan.

1.4-Bahagian Keempat : Belum ada tempahan.

1.5-Bahagian Kelima : Belum ada tempahan.

1.6-Bahagian Keenam : Belum ada tempahan.

1.7-Bahagian Ketujuh : Belum ada tempahan.

Lembu Kedua  akan diuruskan oleh Al-Fadhil Ustaz Abdul karim.

2.1- Bahagian Pertama : Belum ada tempahan.

2.2-Bahagian Kedua : Belum ada tempahan.

2.3-Bahagian Ketiga : Belum ada tempahan.

2.4-Bahagian Keempat : Belum ada tempahan.

2.5-Bahagian Kelima : Belum ada tempahan.

2.6-Bahagian Keenam : Belum ada tempahan.

2.7-Bahagian Ketujuh : Belum ada tempahan.

Lembu Ketiga  akan diuruskan oleh Al-Fadhil Dr Zahry.

3.1- Bahagian Pertama : Belum ada tempahan.

3.2-Bahagian Kedua : Belum ada tempahan.

3.3-Bahagian Ketiga : Belum ada tempahan.

3.4-Bahagian Keempat : Belum ada tempahan.

3.5-Bahagian Kelima : Belum ada tempahan.

3.6-Bahagian Keenam : Belum ada tempahan.

3.7-Bahagian Ketujuh : Belum ada tempahan.

Lembu Keempat  akan diuruskan oleh Al-Fadhil Usta Muhammad Ali.

4.1- Bahagian Pertama : Belum ada tempahan.

4.2-Bahagian Kedua : Belum ada tempahan.

4.3-Bahagian Ketiga : Belum ada tempahan.

4.4-Bahagian Keempat : Belum ada tempahan.

4.5-Bahagian Kelima : Belum ada tempahan.

4.6-Bahagian Keenam : Belum ada tempahan.

4.7-Bahagian Ketujuh : Belum ada tempahan.

In Sya Allah, jika ada permintaan tambahan akan diterima.

Cara melaksanakan ibadah Qurban :

1-Hantarkan nama lengkap melaui email atau whatsapp kepada kami.

2- Bank in RM370/ 1 Bahgian lembu ke akaun Maybak  553131011505   Ihya Assunnah Solution.

3-Emailkan ke ihyaassunnah68@gmail.com atau sila whatsapp ke talian                                  +6 0199576237 ( En. Amin)  slip bank in tersebut kepada kami.

4-Nama para peserta akan kami kemaskini dalam blog peribadirasulullah.wordpress.com dari masa ke semasa.

Lafaz niat Qurban

” Saya …………… bin/binti ……………… dengan ini bersetuju membeli dan mewakilkan kepada Ihya Assunnah Solution satu bahagian lembu untuk ibadah Qurban / Aqiqah di Kemboja pada tahun ini kerana Allah Taala.

Sila kunjungi kami melalui laman  dibawah  untuk maklumat lengkap berkaitan Program Jom Qurban Di Selatan Kemboja :

https://peribadirasulullah.wordpress.com/2018/08/03/jom-qurban-di-selatan-kemboja-3/

Lain-lain laman berkaitan aktiviti kami :

https://muslimcambodiablog.wordpress.com/2017/12/29/asian-fondatiaon-for-education-and-development/

https://peribadirasulullah.wordpress.com/2018/02/03/melayu-champa-cambodia/

https://wordpress.com/post/peribadirasulullah.wordpress.com/46725

https://peribadirasulullah.wordpress.com/2018/03/03/ihya-assunnah-solution-menunaikan-amanah-warga-malaysia-di-sihanoukville-selatan-kemboja/

Pengenalan Ihya Assunnah Solution

https://www.youtube.com/watch?v=13Gi0MilEa0

Misi Menyampaikan Bantuan Ke Selatan Kemboja 2017

https://www.youtube.com/watch?v=64UO1RimxQI

Salleh Faiz

https://web.facebook.com/salleh.faiz.5

IHYA Assunnah

https://web.facebook.com/IHYA-Assunnah-1184250164973202/

Zahry Kohkong
https://web.facebook.com/kohkong.zahry?ref=br_rs

 


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: