Posted by: peribadirasulullah | Julai 31, 2018

Kesihatan Minda Di Tempat Kerja

Image may contain: one or more people and text

Adakah rakan kerja sentiasa murung atau bersendirian?
Ataupun wajahnya sentiasa muram dan jawapannya pendek?
Adakah suasana tempat kerja membimbangkan anda?

Kemungkinan besar dia sedang menghadapi masalah peribadi atau di tempat kerja. Kenali petanda-petanda yang tertera dalam poster ini.

Cuba dekati rakan-rakan yang anda rasa mungkin memerlukan bantuan. Dapatkan khidmat nasihat professional sekiranya perlu.
Sekiranya anda merasakan ada perkara yang perlu diubah oleh pihak pengurusan/pentadbiran, berbincanglah dengan ketua/majikan anda.

Terima kasih kepada doktor-doktor dari Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental #HospitalBintuluuntuk mengarang dan #DrAini dari #HospitalSentosauntuk mereka bentuk poster ini.

Sekiranya anda ingin mencetak poster ini, anda dipelawa untuk mesej kepada Admin untuk mendapatkan versi resolusi tinggi.

Sedarkah anda menghabiskan lebih kurang 40 jam bekerja setiap minggu? Tema Hari Kesihatan Mental Sedunia tahun ini adalah Kesihatan Mental di Tempat Kerja. Satu daripada lima pekerja akan mengalami masalah kesihatan mental. Ini akan menjejaskan kualiti hidup individu tersebut, rakan-rakan sekerjanya dan produktiviti organisasi. Suasana pekerjaan yang positif mampu mencegah masalah kesihatan mental dan menyokong individu-individu yang mengalami isu kesihatan mental untuk mendapatkan bantuan. Poster ini menggambarkan ciri-ciri tempat kerja yang positif dan boleh dipraktikkan di tempat kerja anda.

Terima kasih kepada doktor-doktor dari Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental #HospitalBintuluuntuk mengarang dan #DrAini dari #HospitalSentosauntuk mereka bentuk poster ini.

Sekiranya anda ingin mencetak poster ini, anda dipelawa untuk mesej kepada Admin untuk mendapatkan versi resolusi tinggi.

LAMAN MINDA

Persatuan Terapi Psikospiritual Malaysia

https://web.facebook.com/malaysianpsychospiritualtherapy/

 

 

 


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: