Posted by: peribadirasulullah | Julai 25, 2018

SEBUAH JALINAN DOA YANG INDAH

Image may contain: text

💜 BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
💜 ASSALAMUALAIKUM
Semua sahabatfillah yang dikasihi Allah.
Semoga sentiasa dalam rahmat Allah.

💜 SEGALA puji hanya bagi Allah, Tuhan semesta alam. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW, keluarga serta para sahabat baginda.

💜 ALLAHOMMA Solli’ala Sayyidina Muhammad, wa’ala Aalihi Wasohbihi Ajma’in.

🌏 SEBUAH JALINAN DOA
YANG INDAH

(يا حى يا قيوم برحمتك استغيث)

💜 “YA HAYYU YA QAYYUM
BIRAHMATI ASTAGHIITH”

💜 “Wahai Dzat Yang Maha Hidup dan Maha Berdiri sendiri, dengan rahmatMu aku memohon pertolongan.”

💜 TERDAPAT sebuah jalinan mafhum yang sangat indah dan murni saat mengucapkan doa ini. Sebabnya sifat Allah SWT Yang Maha Hidup itu, dalamnya mengandungi segala sifat kesempurnaan, sedangkan sifat Maha Berdiri sendiri (qayyumiyyah) mengandungi segala kesempurnaan perbuatan.

💜 OLEH sebab itulah nama Allah Yang Paling Agung ini (al-hayyul qayyum) jika diseru akan menjawab, dan jika diminta akan memberi. Kehidupan yang sempurna adalah kehidupan yang terhindar dari segala bentuk fitnah dan penyakit.

💜 JUSTERU, saat kehidupan di syurga telah dimulai, maka para penghuninya tidak lagi pernah ditimpa kerisauan, kegelisahan, kesedihan dan sebarang gangguan lainnya.

💜 BILA terjadi kekurangan dalam sifat hayat (kehidupan), maka akan membahayakan pada perbuatan dan menafikan sifat berdiri sendiri (qayyumiyyah). Sebaliknya sifat berdiri sendiri (qayyumiyyah) akan sempurna jika sifat hayat juga sempurna.

💜 OLEH kerana itu, Dzat yang Maha Hidup haruslah sentiasa hidup dan tidak ada satu pun sifat kesempurnaan yang luput darinya. Sama halnya Dzat Yang Maha Berdiri sendiri, tidak sekalipun terhalang untuk melakukan segala hal yang mungkin.

💜 DENGAN demikian, bertawassul dengan sifat hidup (hayat) dan berdiri sendiri (qayyumiyyah) akan memiliki dampak yang kuat untuk menghilangkan sesuatu yang bertentangan dengan kehidupan dan yang membahayakan perbuatan.

💜 “Wahai Dzat Yang Maha Hidup dan Maha Berdiri sendiri, dengan rahmatMu aku memohon pertolongan.”

💜 AAMIIN, AAMIIN, AAMIIN,
ALLAHOMMA AAMIIN,
YA ROBBAL ‘AALAMIIN.

💜 SEMOGA bermanfaat dan berkat.

📌 Sumber: LA TAHZAN
Dr. Aidh Abdullah al-Qarni.

Sila kunjungi kami dan bantulah kami:

https://muslimcambodiablog.wordpress.com/2017/12/29/asian-fondatiaon-for-education-and-development/

https://peribadirasulullah.wordpress.com/2018/02/03/melayu-champa-cambodia/

https://wordpress.com/post/peribadirasulullah.wordpress.com/46725

https://peribadirasulullah.wordpress.com/2018/03/03/ihya-assunnah-solution-menunaikan-amanah-warga-malaysia-di-sihanoukville-selatan-kemboja/

Pengenalan Ihya Assunnah Solution

https://www.youtube.com/watch?v=13Gi0MilEa0

Misi Menyampaikan Bantuan Ke Selatan Kemboja 2017

https://www.youtube.com/watch?v=64UO1RimxQI

Salleh Faiz

https://web.facebook.com/salleh.faiz.5

 

IHYA Assunnah

https://web.facebook.com/IHYA-Assunnah-1184250164973202/

Hj Abdul Rahman Ismail

https://web.facebook.com/hjabdulrahman.ismail108?_rdc=1&_rdr


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: