Posted by: peribadirasulullah | Julai 25, 2018

RINTIHAN ORANG YANG DIZALIMI

Image may contain: text

💜 BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

💜 ASSALAMUALAIKUM
Semua sahabatfillah yang dikasihi Allah.
Semoga sentiasa dalam rahmat Allah.

🌏 RINTIHAN ORANG
YANG DIZALIMI

💜 SEGALA puji hanya bagi Allah, Tuhan semesta alam. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW, keluarga serta para sahabat baginda.

💜 ABU Umamah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya:

“Siapa yang mengambil hak seorang Muslim (secara zalim) atau dengan sumpahnya (yang dusta), maka Allah mewajibkan baginya (masuk) neraka dan mengharamkan atasnya syurga.”

(HR Muslim)

💜 SEBAHAGIAN orang sangat suka bermulut manis dengan dusta untuk meredakan niat dendam dan memuaskan perbuatan jahatnya. Sehingga ia menuduh seorang yang bersih itu dengan tuduhan yang paling kotor dan keji, lalu mendakwanya dengan pembohongan yang paling buruk.

💜 HAL inilah yang telah dilakukan oleh seorang wanita zalim, Arwa binti Uwais, terhadap seorang sahabat agung, Said bin Zaid bin Amru bin Nufail. Wanita itu menuduh Said dengan tuduhan yang tidak ada apanya dan menuntut dirinya dengan satu pembohongan. Namun Allah SWT memberi tangguh waktu bagi setiap orang yang zalim. Hingga jika Dia mengazabnya, maka ia tidak dapat sama sekali melepaskan diri.

💜 PERISTIWA yang berlaku pada zaman Bani Umayyah terhadap Said bin Zaid r.a. ini telah disebutkan oleh Bukhari dan Muslim dalam Sahihnya, merupakan suatu peristiwa yang besar menggemparkan penduduk Madinah dalam jangka waktu yang lama.

💜 BERAWAL dari Arwa binti Uwais yang telah mendakwa bahawa Said bin Zaid merampas sebahagian tanah miliknya, lalu menyebarkan hal tersebut di tengah-tengah manusia ramai. Terus berlanjutan sehingga ia mengadukan perkara itu kepada gabenor Madinah, Marwan bin Hakam.

💜 MARWAN telah mengirim beberapa orang utusan kepada Said untuk mengurus perkara tersebut. Hal ini sangat menyulitkan Said lalu ia berkata: “Mereka menganggap aku telah menzalimi wanita itu, sedangkan bagaimana aku boleh menzalimi dirinya padahal aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:

” Siapa yang menzalimi seseorang dalam hal (walaupun) sejengkal tanah, maka pada hari kiamat kelak ia akan dikalungi tujuh bumi.”

(HR Bukhari dan Muslim)

💜 KERANA telah dizalimi, Said bin Zaid r.a. lalu berdoa kepada Allah SWT:

“Ya Allah, sesungguhnya Arwa binti Uwais telah mendakwa bahawa aku telah menzalimi dirinya. Jika ia berdusta maka butakanlah matanya dan lemparkanlah ia ke dalam sumur yang sempadannya berselisih denganku serta tampakkan cahaya kebenaranku di tengah-tengah kaum Muslimin.”

💜 MAHA Suci Allah, tidak berselang lama selepas itu, mengalirlah air bah yang sangat deras dari jurang lembah di Madinah lalu menyingkap batas pemisah antara tanah kedua orang tersebut. Akhirnya menjadi jelas kepada kaum muslimin bahawa Said berada di pihak yang benar.

💜 DAN sebulan setelah itu, si wanita tersebut mengalami masalah kebutaan, tatkala ia cuba berkeliling di sekitar melihat sempadan tanah kepunyaannya, lalu ia terjatuh ke dalam sumur yang di sana ia berselisih dengan kepunyaan Said.

💜 INGATLAH akan sabda Rasulullah SAW:

“Waspadailah doa orang yang terzalim kerana tidak ada suatu penghalang pun antara ia dan Allah SWT.”

(HR Bukhari)

💜 MAKA bagaimana boleh dizalimi Said bin Zaid r.a. seorang sahabat setia dan agung Rasulullah SAW, yang telah diberi khabar gembira akan masuk syurga?

💜 SEMOGA kita semua tidak termasuk golongan mereka yang suka menzalimi orang lain kerana Allah SWT tidak sekali-kali akan membiarkan terjadi serta ianya teraniaya.

💜 WALLAHU A’LAM

💜 Semoga bermanfaat dan berkat.
BI IDZNILLAHI TA’ALA.

💜 LA HAULAWALA QUWWATA
ILLA BILLAHIL ‘ALIYIL ADZIM.

💜 ALLAHOMMA SOLLI’ALA
MUHAMMAD, WA’ALA
AALI MUHAMMAD.

📌 Sumber: ALLAH Mendengar Rintihan Orang-Orang Yang Dizalimi oleh Muhammad Aiman az-Zuhairi.

 — feeling blessed with Khadijah KhadijahFatimah AlexaFauza Fauza and 46 others in Kota Bharu.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: