Posted by: peribadirasulullah | Julai 22, 2018

WASIAT ALLAH SWT KEPADA PARA PEMIMPIN

Image may contain: text

💖 BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
💖 ASSALAMUALAIKUM

💖 SEGALA puji hanya bagi Allah, Tuhan semesta alam. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW, keluarga serta para sahabat baginda.

😀 WASIAT ALLAH KEPADA
PARA PEMIMPIN

💖 ALLAH SWT telah mewasiatkan kepada setiap penguasa yang memimpin urusan kaum muslimin, agar berlaku adil dalam setiap keputusannya dan terhadap rakyat pimpinannya. Firman-Nya:

“Wahai Daud, sesungguhnya Kami menjadikan kamu khalifah di muka bumi ini, maka berilah keputusan di antara manusia dengan adil dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu, kerana ia akan menyesatkan kamu dari jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan Allah akan mendapat azab yang berat, kerana mereka melupakan hari perhitungan.”

(Surah Shad 38: 26)

💖 DALAM tafsirnya, Ibnu Kathir berkata, “Ini adalah wasiat dari Allah SWT kepada para pemimpin, agar mereka memberi keputusan hukum di antara manusia dengan kebenaran yang turun dari sisi Allah dan jangan mereka menyimpang darinya, hingga akhirnya mereka akan tersesat dari jalan Allah. Allah juga telah memberi ancaman kepada sesiapa sahaja yang menyimpang dari jalan-Nya dan melupa hari perhitungan, dengan ancaman yang pasti, azab yang berat.”

💖 KEADILAN merupakan keamanan bagi penduduk bumi dari pelbagai fitnah dan permusuhan. Allah SWT berfirman:

“Orang-orang yang beriman dan tidak mencampur-adukkah iman mereka dengan kezaliman dan syirik, mereka itulah yang mendapat keamanan dan merekalah orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.”

(Surah al-An’am 6: 82)

💖 DALAM kepimpinan kaum Muslimin, telah terjadi pergantian penguasa adil yang banyak jumlahnya. Di antaranya, adalah seorang raja yang tegas dan adil, yakni Raja Mahmud bin Sabaktakin Abdul Qasim, yang mendapat jolokan ‘Yaminu Daulah’ yakni Kekuatan Negara ‘Aminul Milah’ yakni Kepercayaan Agama dan ‘Penguasa Negeri Ghaznah’.

💖 MAHMUD telah berjuang dalam rangka membangunkan Islam dengan perjuangan paripurna, dan menakluki banyak wilayah di sekitar India juga selainnya, sehinggalah kedudukannya semakin tinggi, kerajaannya semakin meluas, warga negaranya semakin berkembang manakala hari-harinya dipenuhi dengan keadilan.

💖 DIALAH yang telah menghancurkan berhala Suminat yang terdapat di wilayah India dan memperolehi harta ghanimah yang berlimpah. Walahpun demikian, dia tetap berada di puncak dalam hal agama Islam, penjagaan diri, dan membenci kemaksiatan sekaligus pelakunya. Yang demikian, tidak ada seorang pun yang berani menampakkan kemaksiatan dan minuman keras di wilayah kekuasaannya.

💖 DIA tidak senang senda gurau dan para pelakunya. Sebaliknya dia mencintai para ulama dan para ahli hadis serta memulikan dan bergaul mesra dengan mereka. Dia juga mencintai orang yang berbuat kebaikan dan kebajikan, beragama serta soleh. Dia adalah seorang yang baik lagi adil.

💖 SESEORANG pernah mengadu kepadanya bahawa seorang (keponakan Raja Mahmud) selalu datang ke rumahnya lalu menzaliminya di dalam rumahnya, juga terhadap anggota keluarganya pada setiap waktu dia datang, sehingga membuatkannya harus keluar rumah mengasingkan diri bersama keluarganya.

💖 DIA pernah mengadu hal ini kepada amir, pejabat dan orang-orang yang mempunyai kedudukan di dalam pemerintahan, namun setakat ini tidak ada apa-apa tindakan diambil.

💖 SETELAH mendengar aduan tersebut, Raja Mahmud marah dengan kemarahan yang besar lalu berkata, “Celaka engkau, bila saja ia mendatangi rumahmu lagi, maka datanglah segera beritahu kepadaku! Kamu tidak akan mendapati seorangpun yang menghalangmu untuk sampai kepadaku, seandainya dia mendatangimu pada waktu malam.”

💖 RAJA Mahmud kemudian memanggil para pegawai, pengawal, penjaga dan tenteranya lalu berpesan, “Janganlah kamu halangi lelaki ini jika ia mentadangiku, baik siang ataupun malam, biarkanlah dia menemuiku.” Mereka semua menjawab, “Kami mendengar dan taat.” Maka lelaki itupun pulang dengan gembira sambil mendoakan si Raja akan kebaikan, kesejahteraan serta keadilannya.

💖 HARI pertama berlalu, tapi si zalim itu tidak mendatanginya. Saat hari kedua memasuki waktu malamnya, ternyata orang zalim itu telah masuk ke dalam rumahnya selepas waktu Isyak. Lalu menyelinap keluarlah lelaki itu untuk menemui dan memberitahu raja. Sesampai di istana raja, seorang pengawal telah menahannya, tapi apabila dipastkan orangnya, beliau diizinkan masuk.

💖 APABILA dia masuk, didapati Raja sedang beradu namun belum tidur, lalu dia pun terus menceritakan halnya. Maka bangkitlah si Raja dan bersamanya pergi segera ke rumah lelaki itu. Ketika sampai dan terus dengan perlahan memasuki rumah lelaki itu, Raja terlihat dalam sebuah bilik yang diterangi lilin, si zalim yang dimaksudkan itu, sedang bersama seorang perempuan berada dalam satu ranjang.

💖 MAKA si Raja pun sangat murka, lalu maju dengan penuh tekad, memadamkan lilin yang menyala, dan memenggalkan kepala si zalim itu. Kemudian baginda menoleh kepada tuan rumah tadi dan berkata, “Berikan kepadaku seteguk air” lalu kemudian meminumnya!

💖 APABILA si Raja hendak beranjak pergi, lelaki tuan rumah bertanya kepadanya, “Demi Allah, mengapakah tuan mematikan lilin itu, dan kenapa pula tuan nampaknya tersangat dahaga?” Menjawab si Raja, “Sesungguhnya orang itu keponakanku dan aku tidak suka menyaksikan dirinya saat aku kerjakannya lalu mengasihaninya. Aku juga ingin agar tidak mendapatkan celaan dalam menegakkan kebenaran dari orang yang mencela. Adapun aku meminta dan meminum air itu adalah kerana aku telah bersumpah untuk tidak makan dan minum semenjak kamu mengadu halmu padaku, hinggalah aku telah selesai menolongmu dalam menegakkan hakmu.” Subhanallah!

💖 MAKA lelaki itupun terus mendoakan kebaikan dan keselamatan Raja dan si Raja pun beredar kembali ke istananya. Semoga Allah SWT merahmati dan memberi balasan kebaikan atas usahanya membenteraskan gangguan dan pemberian haknya, juga atas keunggulannya dalam mengalahkan perasaan yang terkadang menjadi penghalang kepada kebenaran.

💖 ALANGKAH baiknya seorang penguasa dan pemimpin yang adil. Kita berharap agar beliau dinaungi dengan naungan Arasy Allah ketika hari kiamat nanti, suatu hari di mana tidak ada naungan selain dari naungan-Nya. Sebab, ianya termasuk dalam salah satu dari tujuh golongan mereka yang berhak dalam mendapatkan naungan tersebut.

💖 LA HAULAWALA QUWWATA
ILLA BILLAHIL ‘ALIYIL ‘ADZIM
💖 ALLAHOMMA SOLLI’ALA SAYIDINA
MUMAHHAD, WA’ALA AALIHI
WASOHBIHI AJMA’IN.

😀 SEMOGA bermanfaat dan berkat
BI IDZNILLAHI TA’ALA
AAMIIN

Sila kunjungi kami dan bantulah kami:

https://muslimcambodiablog.wordpress.com/2017/12/29/asian-fondatiaon-for-education-and-development/

https://peribadirasulullah.wordpress.com/2018/02/03/melayu-champa-cambodia/

https://wordpress.com/post/peribadirasulullah.wordpress.com/46725

https://peribadirasulullah.wordpress.com/2018/03/03/ihya-assunnah-solution-menunaikan-amanah-warga-malaysia-di-sihanoukville-selatan-kemboja/

Pengenalan Ihya Assunnah Solution

https://www.youtube.com/watch?v=13Gi0MilEa0

Misi Menyampaikan Bantuan Ke Selatan Kemboja 2017

https://www.youtube.com/watch?v=64UO1RimxQI

Salleh Faiz

https://web.facebook.com/salleh.faiz.5

 

IHYA Assunnah

https://web.facebook.com/IHYA-Assunnah-1184250164973202/

Hj Abdul Rahman Ismail

https://web.facebook.com/hjabdulrahman.ismail108?_rdc=1&_rdr


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: