Posted by: peribadirasulullah | Julai 22, 2018

SENYUM KETAWA RASULULLAH

No automatic alt text available.

💜 BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
💜 ASSALAMUALAIKUM
💜 SALAM JUMAAT

💜 SEGALA puji hanya bagi Allah, Tuhan semesta alam. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW, keluarga serta para sahabat baginda.

💜 ALLHOMMA Solli’ala Sayyidina Muhammad, wa’ala Aalihi Wasohbihi Ajma’in.

😀 SENYUM KETAWA RASULULLAH

💜 DIPETIK daripada kitab “Asy-Syamail al-Muhammadiyah karya Imam at-Tirmidzi hadis-hadis mengenai senyum dan ketawa Rasulullah SAW.

💜 HADIS 222

💕 ABU DZAR r.a. melaporkan:

📌RASULULLAH SAW berkata: “Sesungguhnya aku mengetahui orang yang pertama masuk syurga dan orang yang paling akhir keluar dari neraka. Pada hari kiamat nanti, seseorang dipanggil lalu perintah berikut diberikan kepada malaikat, ‘Tunjukkan kepadanya dosa-dosa kecil yang telah dia lakukan, namun sembunyikan dosa-dosa besarnya.”

📌ORANG itu akan ditanya oleh malaikat, “Pada hari sekian dan sekian…engkau telah melakukan ini, dan ini, dan ini, serta seterusnya.”

📌DAN orang itu tidak memungkirinya langsung, bahkan dia mengakui kesemuanya. Cuma pada masa yang sama, dia kelihatan takut dan tersangat bimbang dengan dosa-dosa besarnya.

📌SELEPAS itu, diperintah yang selanjutnya kepada malaikat, “Berikan kepadanya pahala kebaikan bagi menggantikan setiap kesalahan yang dilakukannya.”(*)

(*) DALAM surah al-Furqan ayat 70 menyebutkan firman Allah SWT yang bermaksud: “Kecuali orang-orang yang bertaubat dan beriman serta mengerjakan amalan soleh, maka kejahatan mereka digantikan dengan kebaikan.”

📌KEMUDIAN orang itu secara jujurnya berkata kepada malaikat, “Sesungguhnya masih ada lagi dosa-dosaku yang tidak dibicara dan diperlihatkan di sini!”

💕 ABU DZAR r.a. berkata:

📌“KETIKA itu aku melihat Rasulullah SAW senyum dan ketawa sehingga ternampak gigi geraham baginda.”

(HADIS DIREKOD oleh Muslim, Abu Daud dan at-Tirmidzi. At-Tirmidzi mengatakan hadis ini hasan sahih)

💜 HADIS 223

💕 JARIR bun Abdullah r.a. berkata:

📌 “SEMENJAK aku memeluk Islam, Rasulullah SAW tidak pernah menghalang aku mengunjungi baginda, dan baginda selalu memandang dan mempelawaku dengan tawa senyuman.”

(HADIS DIREKOD oleh al-Bukhari, Muslim dan at-Tirmidzi. At-Tirmidzi mengatakan hadis ini hasan sahih)

💜 HADIS 225

💕 ABDULLAH bin Mas’ud r.a. melaporkan:

📌 “SESUNGGUHNYA aku mengetahui penghuni neraka uang paling akhir keluar, iaitu seseorang yang keluar dari situ dengan merangkak. Lalu dia mendapat perintah, ‘Pergilah ke syurga dan masuklah ke dalamnya.’ Orang itu pun pergi memasuki syurga. Namun, dia melihat rumah-rumah di syurga sudah penuh ditempati oleh orang lain. Lalu dia mengadu kepada Tuhan, ‘Wahai Tuhanku, rumah-rumah di syurga sudah pun dipenuhi orang ramai.’

📌 ORANG itu ditanya, ‘Apakah kamu ingat bagaimana kehidupanmu semasa di dunia?’ Dia menjawab ‘Ya’ Lalu dia diperintahkan, ‘Bayangkan keinginanmu sekarang.’

📌 ORANG itu pun membayangkan keinginannya. Kemudian Tuhan berkata kepadanya, ‘Kamu mendapatkan keinginan yang kamu bayangkan, bahkan sepuluh kali ganda daripada yang ada di dunia.’ Orang itu membalas, ‘Wahai Tuhanku, Adakah Engkau sedang mempermain-mainkan aku, padahal Engkaulah Yang Maha Berkuasa!”

💕 ABDULLAH bin Mas’ud berkata:

📌 “KETIKA itu aku melihat Rasulullah SAW senyum sambil ketawa sehingga terlihat gigi geraham baginda.”

(HADIS DIREKOD oleh al-Bukhari, Muslim, at-Tirmidzi dan Ibnu Majah. At-Tirmidzi mengatakan hadis ini hasan sahih).

💜 WALLAHU A’LAM.
💜 LA HAULAWALA QUWWATA ILLA
BILLAHIL ‘ALIYIL ‘ADZIM.
💜 ALLAHOMMA SOLLI’ALA SAYYIDINA
MUHAMMAD, WA’ALA AALIHI
WASOHBIHI AJMA’IN.

😀 SEMOGA bermanfaat dan berkat
BI IDZNILLAHI TA’ALA
AAMIIN

Sila kunjungi kami :

https://muslimcambodiablog.wordpress.com/2017/12/29/asian-fondatiaon-for-education-and-development/

https://peribadirasulullah.wordpress.com/2018/02/03/melayu-champa-cambodia/

https://wordpress.com/post/peribadirasulullah.wordpress.com/46725

https://peribadirasulullah.wordpress.com/2018/03/03/ihya-assunnah-solution-menunaikan-amanah-warga-malaysia-di-sihanoukville-selatan-kemboja/

Pengenalan Ihya Assunnah Solution

https://www.youtube.com/watch?v=13Gi0MilEa0

Misi Menyampaikan Bantuan Ke Selatan Kemboja 2017

https://www.youtube.com/watch?v=64UO1RimxQI

Salleh Faiz

https://web.facebook.com/salleh.faiz.5

 

IHYA Assunnah

https://web.facebook.com/IHYA-Assunnah-1184250164973202/

Hj Abdul Rahman Ismail

https://web.facebook.com/hjabdulrahman.ismail108?_rdc=1&_rdr


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: