Posted by: peribadirasulullah | Julai 22, 2018

SEDIKIT BICARA BERKAITAN HAJI

Image may contain: outdoor

💜 BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
💜 ASSALAMUALAIKUM

💜 SEGALA puji hanya bagi Allah, Tuhan semesta alam. Selawat dan salam ke atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW, keluarga serta para sahabat baginda.

SEDIKIT BICARA HAJI

💜 URUSAN haji adalah suatu yang harus dipelajari secara detail dan kongkrit, harus berguru serta perlu bersamanya ada latihan-latihan praktik. Justeru, sangat tidak memadai belajar dengan hanya membaca, mendengar ceramah atau menonton video-video. Bicara ringkas di sini hanyalah untuk mendapat maklumat beberapa rahsia dan keutamaan haji.

💜 ALLAH SWT telah menurunkan ayat berikut pada bulan haji yang bermaksud:

“Pada hari ini telah Aku sempurnakan bagi kamu agama kamu, telah Aku sempurnakan nikmat-Ku kepada kamu dan telah Aku redhakan Islam sebagai agama kamu.”

(Surah al-Maidah 5: 3)

😀 KEUTAMAAN HAJI

💜 ALLAH SWT juga berfirman:

“Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadat haji, nescaya mereka akan datang ke rumah Tuhanmu dengan berjalan kaki dan dengan menunggang berjenis-jenis unta yang kurus yang datangnya daripada berbagai jalan dan ceruk rantau yang jauh.”

(Surah al-Hajj 22: 27)

💜 RASULULLAH SAW juga bersabda:

💕 “Syaitan tidak pernah terlihat pada suatu hari lebih kecil, lebih hina dan lebih marah daripada ketika hari Arafah.”

💜 RASULULLAH SAW turut bersabda:

💕 “Barangsiapa yang keluar dari rumahnya untuk menunaikan haji atau menunaikan umrah, lalu dia mati, maka diberikan kepadanya pahala orang yang menunaikan haji atau menunaikan umrah sampai hari kiamat.”

💜 SEBAHAGIAN ulama salaf berkata:

“Apabila hari Jumaat bertepatan dengan hari Arafah, semua yang ada di Arafah diampuni Allah SWT.”

💜 HARI Arafah adalah hari yang paling mulia di dunia. Pada hari itulah Rasulullah SAW melaksanakan Haji Wadak, dan baginda sedang wukuf ketika turun ayat ketiga surah al-Maidah (seperti di atas) yang bermaksud:

“Pada hari ini telah Aku sempurnakan bagi kamu agama kamu, telah Aku sempurnakan nikmat-Ku kepada kamu dan telah Aku redhakan Islam sebagai agama kamu.”

(Surah al-Maidah 5: 3)

💜 AHLUL KITAB berkata tentang ayat tersebut:

“Seandainya ayat ini diturunkan kepada kami, nescaya kami akan menjadikannya sebagai hari raya.”

💜 UMAR al-Khattab r.a. berkata:

“Aku bersaksi bahawa ayat ini telah diturunkan kepada Rasulullah SAW pada dua hariraya sekali gus, iaitu hari Jumaat dan hari Arafah ketika baginda sedang berwukuf (di Arafah).”

💜 RASULULLAH SAW lalu berdoa:

“Ya Allah, ampunilah orang-orang yang menunaikan haji dan orang-orang yang dimohonkan keampunan oleh orang-orang yang menunaikan haji.”

(HR Baihaqi, Hakim dan Tabrani)

💜 DIRIWAYATKAN bahawa Ali bin Muwaffaq telah menunaikan haji beberapa kali untuk Rasulullah SAW. Dia berkata, “Aku pun bertemu dengan Rasulullah SAW di dalam mimpi. Baginda bersabda kepadaku, ‘Wahai Ibnu Muwaffaq, apakah kamu telah menunaikan haji untukku? Aku menjawab, “Ya, Rasulullah.” Baginda bersabda lagi, “Dan kamu bertalbiah untukku?” Maka aku berkata, “Ya, Rasulullah.” Kemudian Baginda SAW pun bersabda: ‘Sungguh, aku akan membalasnya pada hari kiamat. Aku akan memegang tanganmu di tempat perhentian dan memasukkan kamu ke dalam syurga, sedang manusia lain berada dalam kesusahan hisab.”

😀 KEUTAMAAN BAITULLAH

💜 RASULULLAH SAW bersabda:

💕 “Sesungguhnya Allah telah menjanjikan kepada Baitullah bahawa setiap tahun akan menunaikan haji kepadanya enam ratus ribu orang. Apabila jumlah itu kurang, maka Allah akan melengkapkan jumlahnya dengan para malaikat-Nya. Dan sesungguhnya Kaabah akan diarak seperti pengantin menuju ke tempat perhentian. Setiap orang yang pernah menunaikan haji kepadanya akan bergantung pada kain-kain penutupnya. Mereka berjalan di sekitarnya hingga dia masuk ke syurga, dan mereka pun masuk bersamanya.”

💕 “Sesungguhnya Hajar Aswad merupakan sebahagian daripada yaqut syurga. Dan sesungguhnya ia akan dibangkitkan dengan dua mata dan lidah untuk berbicara. Ia akan memberikan kesaksian di atas kebenaran dan ketulusan orang yang pernah menciumnya.”

💕 “Rasulullah SAW sering mencium Hajar Aswad.”

HR Bukhari, Muslim, Nasa’i, Daraquthni,
Haitami dan Ahmad.

💜 UMAR al-Khattab r.a. juga mencium Hajar Aswad sambil berkata:

“Sesungguhnya aku mengetahui bahawa kamu adalah sebongkah batu yang tidak dapat mendatangkan bahaya dan manfaat. Seandainya bukan kerana aku melihat Rasulullah SAW menciummu, nescaya aku tidak akan menciummu.”

💜 ALI r.a. pun berkata kepada Umar: “Kamu janganlah berkata seperti itu. Perkara yang sebenarnya, dia boleh mendatangkan bahaya dan manfaat.” Umar r.a. bertanya: “Apakah itu?” Ali pun menjawab: “Sesungguhnya Allah SWT telah mengambil janji anak cucu Adam. Dia menulis sesuatu ketetapan ke atas mereka, lalu memasukkannya ke dalam mulut batu itu. Oleh sebab itu, batu tersebut akan memberikan kesaksian di atas penepatan janji orang mukmin, dan memberikan kesaksian di atas pengingkaran janji orang kafir.”

💜 DIKATAKAN bahawa itulah makna ucapan manusia ketika mencium Hajar Aswad:

“Ya Allah, aku melakukan ini sebagai bentuk keimanan kepada-Mu, pembenaran kitab-Mu dan penepatan janji kepada-Mu.”

💜 DIRIWAYATKAN bahawa Hasan al-Basri berkata: “Puasa sehari di Makkah sama dengan puasa seratus ribu hari.”

💜 RASULULLAH SAW bersabda:

“Aku adalah orang pertama yang tanah akan terbelah untuknya. Kemudian aku akan mendatangi para penghuni Baqi’, sedang mereka dikumpulkan bersamaku. Kemudian aku akan mendatangi penduduk Makkah dan mengumpulkan mereka di antara dua tanah suci.”

HR Tabrani, Tirmidzi, Ibnu Majah
Ahmad dan Hakim.

💜 DIKATAKAN bahawa, matahari tidak terbenam pada suatu hari kecuali seorang di antara hamba-hamba Allah yang soleh bertawaf di Baitullah, dan bahawa fajar tidak terbit daripada satu malam, kecuali satu daripada pasak-pasak bumi bertawaf di Baitullah. Apabila hal ini telah berhenti, ia akan menjadi sebab pengangkatan Baitullah daripada bumi. Di mana manusia akan memasuki suatu pagi, sementara Kaabah telah diangkat tanpa terlihat bekasnya. Hal ini terjadi apabila dalam tujuh tahun tidak ada seorang pun akan menunaikan haji di Baitullah. Kemudian al-Quran di angkat daripada mushaf-mushaf. Manusia akan mamasuki pula suatu pagi, sementara kertas-kertas telah berubah menjadi putih dan berkilat tanpa ada satu huruf pun di dalam kertas itu. Kemudian al-Quran dihapus dari hati manusia sehingga tidak ada sekalimah pun yang diingatnya. Setelah itu, manusia akan kembali kepada syair-syair, lagu-lagu dan cerita-cerita jahiliah. Selepas itulah keluarnya Dajjal, sedangkan Isa a.s. turun untuk membunuh Dajjal itu. Ketika itu, kiamat ibarat wanita hamil tua yang menantikan saat kelahirannya.

💜 WALLAHU A’LAM
💜 LA HAULAWALA QUWWATA ILLA
BILLAHIL ‘ALIYIL ‘ADZIM
💜 ALLAHOMMA SOLLI’ALA SAYYIDINA
MUHAMMAD, WA’ALA AALIHI
WASOHBIHI AJMA’IN.

💜 LABBAIKALLAHOMMA LABBAIK,
LABBAIKALA SYARIKALA
KALA LABBAIK,
INNALHAMDA, WANNI’MATA
LAKAWALMULK,
LA SYARIKALAK.

😀 SEMOGA bermanfaat dan berkat
BI IDZNILLAHI TA’ALA
AAMIIN.

📌 SUMBER: IHYA ULUMUDDIN
Imam al-Ghaxali

Sila kunjungi kami :

https://muslimcambodiablog.wordpress.com/2017/12/29/asian-fondatiaon-for-education-and-development/

https://peribadirasulullah.wordpress.com/2018/02/03/melayu-champa-cambodia/

https://wordpress.com/post/peribadirasulullah.wordpress.com/46725

https://peribadirasulullah.wordpress.com/2018/03/03/ihya-assunnah-solution-menunaikan-amanah-warga-malaysia-di-sihanoukville-selatan-kemboja/

Pengenalan Ihya Assunnah Solution

https://www.youtube.com/watch?v=13Gi0MilEa0

Misi Menyampaikan Bantuan Ke Selatan Kemboja 2017

https://www.youtube.com/watch?v=64UO1RimxQI

Salleh Faiz

https://web.facebook.com/salleh.faiz.5

IHYA Assunnah

https://web.facebook.com/IHYA-Assunnah-1184250164973202/

Hj Abdul Rahman Ismail

https://web.facebook.com/hjabdulrahman.ismail108?_rdc=1&_rdr

 


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: