Posted by: peribadirasulullah | Julai 22, 2018

Menjadi Hamba Allah SWT Yang Redha

Image may contain: night and text

💝 BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
💝 ASSALAMUALAIKUM

💝 SEGALA puji hanya bagi Allah, Tuhan semesta alam. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW, keluarga serta para sahabat baginda.

😀 SEBUAH RENUNGAN
ANTARA DUA KEADAAN
SESAT DAN BENAR

💝 IBNUL Qayyim al-Jauziyyah berkata: “Orang-orang yang mengenali Allah dengan baik, sepakat menyatakan bahawa ketika anda sesat (derhaka), maka Allah menyerahkan segalanya kepada diri anda dan membiarkan apa yang terjadi antara anda dengan jiwa anda. Tetapi ketika anda benar (taat), maka Allah akan selalu membimbing dan menunjuk jalan yang lurus kepada anda.”

💝 DAN seseorang hamba itu akan sentiasa berada di antara dua jalan tersebut samada sesat ataupun benar. Bahkan dalam satu jangka waktu tertentu, dia boleh sahaja berada dalam kedua-dua keadaan demikian. Namun seorang hamba yang taat kepada Allah dan membuatNya redha, maka Allah pun berterima kasih kepadanya dengan cara menurunkan pertolongan kepada hamba itu. Sebaliknya, hamba yang derhaka kepadaNya dan menentangNya, maka Allah pun marah lalu mengabaikannya dengan membiarkannya terus derhaka dan sesat. Dengan demikian, hamba ini akan terus selalu berada dalam dua persimpangan yang runcing serta tidak selamat.

💝 KETIKA seorang hamba menyedari keadaan ini lalu melaksanakan kewajipan dan ketaatan sebagaimana mestinya, maka dia akan mengetahui betapa penting dan perlunya dia kepada pertolongan Allah SWT dalam setiap hembusan nafasnya, setiap detik dan setiap kerdipan matanya. Keimanan dan tauhidnya, semuanya dalam genggaman Allah. Jika satu kerdipan mata sahaja keimanannya terlepas, runtuhlah Arasy tauhidnya dan bergoncanglah langit keimanannya di bumi. Ketahuilah bahawa penjaga segala sesuatu tiada lain adalah yang menggenggam langit sehingga tidak menimpa bumi kecuali atas izinNya.

💝 WALLAHU A’LAM
💝 LA HAULAWALA QUWWATA ILLA
BILLAHIL ‘ALIYIL ‘ADZIM
💝 ALLAHOMMA SOLLI’ALA SAYYIDINA
MUHAMMAD, WA’ALA AALIHI
WASOHBIHI AJMA’IN.

😀 SEMOGA bermanfaat dan berkat
BI IDZNILLAHI TA’ALA
AAMIIN.

🌹 SUMBER: LA TAHZAN oleh
Dr. Aidh Abdullah al-Qarni

Sila kunjungi kami :

https://muslimcambodiablog.wordpress.com/2017/12/29/asian-fondatiaon-for-education-and-development/

https://peribadirasulullah.wordpress.com/2018/02/03/melayu-champa-cambodia/

https://wordpress.com/post/peribadirasulullah.wordpress.com/46725

https://peribadirasulullah.wordpress.com/2018/03/03/ihya-assunnah-solution-menunaikan-amanah-warga-malaysia-di-sihanoukville-selatan-kemboja/

Pengenalan Ihya Assunnah Solution

https://www.youtube.com/watch?v=13Gi0MilEa0

Misi Menyampaikan Bantuan Ke Selatan Kemboja 2017

https://www.youtube.com/watch?v=64UO1RimxQI

Salleh Faiz

https://web.facebook.com/salleh.faiz.5

IHYA Assunnah

https://web.facebook.com/IHYA-Assunnah-1184250164973202/

Hj Abdul Rahman Ismail

https://web.facebook.com/hjabdulrahman.ismail108?_rdc=1&_rdr


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: