Posted by: peribadirasulullah | Julai 22, 2018

MENGHADIRKAN RASA TAKUT KEPADA ALLAH SWT

Image may contain: text

 BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
 ASSALAMUALAIKUM

 SEGALA puji hanya bagi Allah, Tuhan semesta alam. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia, Nabi Muhammad SAW, keluarga serta para sahabat baginda.

🌹 MENGHADIRKAN RASA TAKUT
KEPADA ALLAH SWT

 TERDAPAT empat faktor yang dapat menghadirkan rasa takut kepada Allah SWT pada diri seseorang hamba-Nya yang beriman. Apabila dia mengingati dan merenungi keempat-empat perkara ini, dia akan memperolehi kelembutan hati dan akan mengingati janji serta pertemuan dengan Allah SWT.

 FAKTOR PERTAMA

💕 FAKTOR pertama ialah menziarah ke kubur, kerana di sana terdapat anak cucu dan nenek moyang. Di sana juga terdapat para kekasih, teman dan sahabat.

💕 OLEH kerana itu, Rasulullah SAW bersabda: “Ziarahlah ke kubur kerana ia akan meningatkan kamu pada kematian.” Dan dalam lafaz yang diriwayatkan oleh Imam Ibnu Majah pula dikatakan: “Sesungguhnya kubur dapat mengingatkan kamu semua pada negeri akhirat.”

(Muslim no.976, Ahmad no.9395, Abu Daud no.3234, an-Nasa’i no.2034 dan Ibnu Majah no.1572 dan 1659)

💕 SEMASA Rasulullah SAW menziarahi perkuburan, baginda SAW bersabda:

“Kesejahteraan bagi kamu semua, wahai para penghuni tempat orang yang beriman, dan kami InsyaAllah akan menyusuli kamu semua. Semoga Allah SWT merahmati orang yang telah didahulukan dan yang diakhirkan dikalangan kita semua.”

(Muslim no.974, Ahmad no.25327 dan an-Nasa’i no.2073)

💕 DALAM riwayat lain terdapat tambahan: “Kami memohon kesihatan dan afiat untuk kita semua.”

(Al-Bukhari no.975, Ahmad no.22476, 22530 dan an-Nasa’i no. 2040)

💕 GOLONGAN salafus soleh terdahulu seringkali menziarahi kubur. Mutharrif bin Abdullah as-Sakhir, salah seorang salafus soleh terkemuka mengatakan, “Saya datang dari bukit Basrah menuju ke ibu negeri Basrah untuk menunaikan solat Jumaat di Masjid Jami’. Jika saya datang pada malam Jumaat, saya akan menziarahi kubur dahulu untuk memberi salam serta membaca al-Quran dan berdoa. Namun pada suatu malam, lantaran hujan turun dengan lebatnya serta udara yang amat dingin, saya tidak singgah menziarahi kubur, sebaliknya saya terpaksa pulang kembali ke rumah. Semasa saya tidur malam itu, saya bermimpi bertemu seorang lelaki daripada penghuni kubur tersebut yang berkata, “Wahai Mutharrif, pada malam ini kamu tidak melantun doa untuk kami. Demi Allah, tiada Tuhan selain-Nya, sesungguhnya Allah SWT menerangi kubur kami selama seminggu dengan setiap kali doa kamu itu!”

💕 SEORANG lagi salafus soleh Muhammad bin Wasi’ berkata, “Saya melalui di suatu kawasan kubur dan berkata ‘Laa ilaha illallah Muhammad Rasulullah’ tiba-tiba saya terdengar suara dari kubur tersebut berkata, ‘Wahai Muhammad bin Wasi’ bekalkanlah diri kamu dengan kalimat itu. Demi Allah jika kamu mengetahui pahalanya, kamu akan mengucapkannya pada setiap nafas kamu. Sesungguhnya kami di sini sudah terhalang daripada menyebutkannya. Sesungguhnya amal perbuatan kami sudah terputus, dan hanya amal soleh inilah yang sentiasa dekat dan berguna bagi kamu di sisi Allah SWT.

 FAKTOR KEDUA

💕 FAKTOR kedua yang boleh menghadirkan rasa takut kepada Allah SWT adalah dengan sentiasa mengingati kematian, sama ada waktu pagi atau petang, bahkan ketika duduk ataupun berbaring di tempat tidur, atau pada bila-bila masa sahaja.

💕 FATIMAH binti Abdul Malik, isteri Khalifah Umar bin Abdul Aziz berkata: “Apabila Umar mahu berbaring di tempat tidurnya dia menggigil seperti burung yang kedinginan. Saya bertanya, Wahai Amirul Mukminin, mengapa tuan belum tidur lagi? Lalu Umar menjawab: Bagaimana mungkin saya boleh tidur kerana sesungguhnya katil ini mengingatkan saya kepada kubur.”

💕 IMAM Az-Zahabi meriwayatkan daripada Sufyan at-Thauri bahawa dia pernah membaca firman Allah SWT:

“Perbuatan bermegah-megahan dan berlumba-lumba telah melalaikan kamu. Sehinggalah kamu masuk ke dalam kubur-kubur.”

(Surah at-Takathur 102: 1-2)

💕 SELEPAS Isyak apabila dia beredar untuk tidur dia berkata: “Bagaimana mungkin saya boleh tidur, sementara kubur sudah berada di depan saya?”

 FAKTOR KETIGA

💕 FAKTOR ketiga adalah sentiasa pula mengingati bahawa azab Allah amatlah pedih. Jangan mempermudahkan azab Allah ini dengan membandingkan dengan keazaban di dunia, bahkan azab di dunia ini tidak sampai pun satu perseratus daripada azab Allah di akhirat nanti. Dan Allah SWT telah menjanjikan azab yang amat pedih kepada mereka yang menderhakai-Nya. Dan ingatlah juga bahawa malaikat yang menjalankan perintah Allah SWT itu tersangatlah patuh serta bengis dan tidak mempunyai perasaan kasihan belas sedikit pun. Justeru, bila Allah SWT mengazabkan hamba-Nya, maka Dia tidak akan mengasihinya sedikit pun.

💕 OLEH sebab itulah, Khalifah Umar al-Khattab r.a dalam suratnya kepada para gabenornya berkata: “Ketahuilah, bahawa seksa Allah SWT amatlah pedih, adakah kamu telah melupakannya?

💕 UMAR bin Abdul Aziz r.a. berkata kepada Adi bun Artha’ah: “Demi Zat yang Maha Suci, apakah yang membuatkan kamu melakukan kezaliman dan bertindak dengan sesuka hatimu? Tidakkah pernah kamu melintasi kawasan kubur? Tidakkah kamu mengetahui bahawa azab Allah SWT itu tersangat pedih?”

💕 JUSTERU, menghadirkan keagungan dan kebesaran Allah SWT dan mengingati seksaan-Nya yang amat pedih, adalah faktor ketiga yang boleh menyebabkan rasa takut kepada Allah SWT dengan sebenar-benarnya.

 FAKTOR KEEMPAT

💕 ADAPUN faktor keempat adalah sentiasa berwaspada terhadap pandangan Allah SWT. Ibnu Taimiyyah berkata: “Hati adalah rumah Allah. Rumah ini tidak akan baik, tidak akan kukuh dan tidak berkata jujur kepada allah SWT, melainkan kamu memperhati dan menyedari dengan yakin bahawa Allah SWT itu sentiasa memerhati dan melihat kamu.

💕 APABILA Imam Ahmad bin Hanbal masuk ke dalam rumahnya, dia selalu duduk bersila sendirian penuh dengan khusyuk dan rasa takut yang teramat. Mereka bertanya kepadanya: “Wahai Imam, jika tuan duduk bersama orang ramai tuan tidaklah begitu khusyuk, tetapi bila tuan duduk bersendirian, maka tuan amatlah khusyuk!” Dia menjawab: “Allah SWT berfirman, ‘Aku adalah teman duduk bagi orang yang mengingati-Ku.” (Hadis Qudsi) Jadi bagaimana mungkin saya tidak khusyuk bila duduk bersama Allah SWT?”

💕 INILAH faktor yang paling penting dan utama untuk menghadirkan rasa takut kepada Allah SWT, iaitu hendaklah seseorang mukmin itu memperhati dan menyedari bahawa pandangan dan pengawasn Allah SWT itu sentiasa sahaja bersamanya, sepanjang masa, walau di mana pun dia berada. Rasulullah SAW bersabda:

“Apabila kamu tidak melihat-Nya, maka yakinlah bahawa sesungguhnya Dia sedang melihat kamu.”

(HR al-Bukhari no.50, 3777 dan Muslim no.1079)

 WALLAHU A’LAM.
 LA HAULAWALA QUWWATA ILLA
BILLAHIL ‘ALIYIL ‘ADZIM.
 ALLAHOMMA SOLLI’ALA SAYYIDINA
MUHAMMAD, WA’ALA AALIHI
WASOHBIHI AJMA’IN.
🌹 SEMOGA bermanfaat dan berkat
BI IDZNILLAHI TA’ALA
AAMIIN.

📌 JAGALAH ALLAH oleh
Dr. Aidh Abdullah al-Qarni

Sila kunjungi kami :

https://muslimcambodiablog.wordpress.com/2017/12/29/asian-fondatiaon-for-education-and-development/

https://peribadirasulullah.wordpress.com/2018/02/03/melayu-champa-cambodia/

https://wordpress.com/post/peribadirasulullah.wordpress.com/46725

https://peribadirasulullah.wordpress.com/2018/03/03/ihya-assunnah-solution-menunaikan-amanah-warga-malaysia-di-sihanoukville-selatan-kemboja/

Pengenalan Ihya Assunnah Solution

https://www.youtube.com/watch?v=13Gi0MilEa0

Misi Menyampaikan Bantuan Ke Selatan Kemboja 2017

https://www.youtube.com/watch?v=64UO1RimxQI

Salleh Faiz

https://web.facebook.com/salleh.faiz.5

 

IHYA Assunnah

https://web.facebook.com/IHYA-Assunnah-1184250164973202/

Hj Abdul Rahman Ismail

https://web.facebook.com/hjabdulrahman.ismail108?_rdc=1&_rdr


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: