Posted by: peribadirasulullah | Julai 22, 2018

Keindahan Husnul Khatimah

Image may contain: text

💗 BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
💗 ASSALAMUALAIKUM

💗 SEGALA puji hanya bagi Allah, Tuhan semesta alam. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW, keluarga serta para sahabat baginda.

INDAHNYA HUSNUL KHATIMAH
(Abu Darda’ Radhiallahu ‘anhu)

💗 ABU Darda’ r.a. merupakan Imam Qudwah, Qadi Damsyik dan sahabat Rasulullah SAW. Nama penuhnya ialah Uwaimir bin Zaid bin Qais, dan dikatakan juga Uwaimir bin Amir, al-Ansari al-Khazraji.

💗 HAKIM umat ini, penghulu qurra’ di Damsyik dan beliau termasuk salah seorang pengumpul al-Quran pada zaman Rasulullah SAW. Beliau termasuk salah seorang yang membacakan al-Quran ke atas Rasulullah SAW.

💗 BELIAU juga diutus untuk membacakan al-Quran di Kota Damsyik pada zaman pemerintahan Uthman bin Affan r.a. kemudian pergi ke Syam dan kembali menetap di Damsyik untuk mengajar al-Quran, sehingga maljisnya dihadiri lebih seribu orang.

💗 DEMIKIANLAH Abu Darda’ menghabiskan hidupnya dengan zuhud dan berdakwah kepada manusia, kerana Allah SWT, sehingga dihadiri maut ketika berada di Damsyik pada tahun 32 Hijrah.

💗 UMMU Darda’ berkata: “Tatkala Abu Darda’ nazak, beliau berkata: “Siapakah yang beramal untuk seperti hariku ini? Dan siapakah yang beramal untuk seperti tempat pembaringanku ini?”

💗 DARIPADA Sumait bin Ajlan katanya: “Ketika Abu Darda’ di datangi maut, beliau amat bimbang, lalu Ummu Darda’ berkata kepadanya, “Wahai Abu Darda’ bukankah engkau telahpun memberitahu kami bahawa engkau lebih menyukai mati?” Jawabnya, “Benar demi Tuhanku, akan tetapi diriku tatkala meyakini maut malah membencinya!”

💗 KEMUDIAN Abu Darda’ menangis dan berkata: “Inilah saat terakhirku di dunia ini, maka talqinkanlah aku dengan kalimat ‘Laa ilaha illallah.” Maka dia terus mengulang-ulangi kalimat itu sehingga meninggal. (Al-Muhtadhirun)

💗 DARIPADA Muawiyah bin Qurrah katanya: “Abu Darda’ mempunyai seekor unta yang diberi mama Damun, lalu mereka meminjam unta itu daripadanya. Maka dia berkata kepada mereka: “Jangan kamu memikulkan ke atasnya kecuali begini dan begini, kerana sesungguhnya Damun tidak mampu membawa lebih daripada itu.” Justeru, tatkala dihadiri maut dia berkata: “Wahai Damun, jangan engkau menuntut aku esok di sisi Tuhanku, kerana aku tidak memikulkan ke atasmu, selain yang engkau sanggupi.” (Ibnu Asakir)

💗 DARIPADA Jaafar bin Zaid al-Abdi bahawa Abu Darda’ tatkala didatangi maut dia menangis, lalu Ummu Darda’ bertanya: “Engkau menangis wahai sahabat Rasulullah?” Katanya: “Ya, mengapa aku tidak menangis sedangkan aku tidak mengetahui apa yang akan ditimpakan ke atasku daripada dosa-dosaku.” (Al-Muhtadhirun)

💗 DARIPADA Abu Imran al-Juni bahawa Abu Darda’ apabila didatangi maut dia memanggil Ummu Darda’ lalu dipeluknya sambil menangis dan berkata padanya: “Wahai Ummu Darda’, sesungguhnya engkau telah melihat akan kedatangan maut, sesungguhnya demi Allah datang kepadaku perkara yang lebih dahsyat, jika aku mempunyai kebaikan di sisi Allah, maka apa yang ada setelahnya lebih ringan, dan jika sebaliknya maka apa yang ada setelahnya akan lebih dahsyat lagi.” Kemudian dia menangis lagi dan berkata: “Wahai Ummu Darda’ beramallah untuk hari seperti kematianku ini dan beramallah untuk seperti saatku ini.” Kemudian dia memanggil anaknya Bilal lalu dia berkata: “Wahai Bilal, beramallah untuk saat kematimu dan beramallah untuk seperti hari kematian ayahmu. Selalulah ingatkan kematian.” Kemudian beliau bersyahadah lalu meninggal dunia.” (Al-Muhtadhirun 1/36)

💗 DARIPADA seorang lelaki daripada an-Nakha’i katanya: “Aku mendengar Adu Darda’ ketika didatangi maut berkata: ‘Aku beritahukan kepada kamu sebuah hadis yang aku dengar daripada Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Sembahlah Allah seolah-olah kamu melihat-Nya, jika kamu tidak dapat melihat-Nya, maka yakinlah bahawa Dia sedang melihatmu, hitunglah dirimu dalam kumpulan orang mati, jauhilah doa orang yang teraniaya kerana ia dimakbulkan Allah, sesiapa di antara kamu yang mampu menghadiri solat isyak dan subuh sekalipun dengan merangkak-rangkak maka lakukanlah.”

Al-Haitami berkata: Hadis ini diriwayatkan oleh al-Tabrani dalam al-Kabir dan lelaki daripada al-Nakha’i adalah Jabir.

💗 WALLAHU A’LAM
💗 LA HAULAWALA QUWWATA ILLA
BILLAHIL ‘ALIYIL ‘ADZIM
💗 ALLAHOMMA SOLLI’ALA SAYIDINA
MUHAMMAD, WA’ALA AALIHI
WASOHBIHI AJMA’IN.

😀 SEMOGA bermanfaat dan berkat.
BI IDZNILLAHI TA’ALA
AAMIIN.

📌 SUMBER:
INDAHNYA HUSNUL KHATIMAH
Oleh: Shamsul Mohd Nor

Sila kunjungi kami :

https://muslimcambodiablog.wordpress.com/2017/12/29/asian-fondatiaon-for-education-and-development/

https://peribadirasulullah.wordpress.com/2018/02/03/melayu-champa-cambodia/

https://wordpress.com/post/peribadirasulullah.wordpress.com/46725

https://peribadirasulullah.wordpress.com/2018/03/03/ihya-assunnah-solution-menunaikan-amanah-warga-malaysia-di-sihanoukville-selatan-kemboja/

Pengenalan Ihya Assunnah Solution

https://www.youtube.com/watch?v=13Gi0MilEa0

Misi Menyampaikan Bantuan Ke Selatan Kemboja 2017

https://www.youtube.com/watch?v=64UO1RimxQI

Salleh Faiz

https://web.facebook.com/salleh.faiz.5

 

IHYA Assunnah

https://web.facebook.com/IHYA-Assunnah-1184250164973202/

Hj Abdul Rahman Ismail

https://web.facebook.com/hjabdulrahman.ismail108?_rdc=1&_rdr


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: