Posted by: peribadirasulullah | Julai 20, 2018

Kelebihan Muazin Dan Solat Berjemaah

Image may contain: nature and text

๐ŸŒบKelebihan Muazin Dan Solat Berjemaah๐ŸŒบ

ุนูŽู†ู’ ุฃูŽุจููŠ ู‡ูุฑูŽูŠู’ุฑูŽุฉูŽ ุฃูŽู†ู‘ูŽ ุฑูŽุณููˆู„ูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ู‚ูŽุงู„ูŽ ู„ูŽูˆู’ ูŠูŽุนู’ู„ูŽู…ู ุงู„ู†ู‘ูŽุงุณู ู…ูŽุง ูููŠ ุงู„ู†ู‘ูุฏูŽุงุกู ูˆูŽุงู„ุตู‘ูŽูู‘ู ุงู„ู’ุฃูŽูˆู‘ูŽู„ู ุซูู…ู‘ูŽ ู„ูŽู…ู’ ูŠูŽุฌูุฏููˆุง ุฅูู„ู‘ูŽุง ุฃูŽู†ู’ ูŠูŽุณู’ุชูŽู‡ูู…ููˆุง ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ู„ูŽุงุณู’ุชูŽู‡ูŽู…ููˆุง ูˆูŽู„ูŽูˆู’ ูŠูŽุนู’ู„ูŽู…ููˆู†ูŽ ู…ูŽุง ูููŠ ุงู„ุชู‘ูŽู‡ู’ุฌููŠุฑู ู„ูŽุงุณู’ุชูŽุจูŽู‚ููˆุง ุฅูู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽู„ูŽูˆู’ ูŠูŽุนู’ู„ูŽู…ููˆู†ูŽ ู…ูŽุง ูููŠ ุงู„ู’ุนูŽุชูŽู…ูŽุฉู ูˆูŽุงู„ุตู‘ูุจู’ุญู ู„ูŽุฃูŽุชูŽูˆู’ู‡ูู…ูŽุง ูˆูŽู„ูŽูˆู’ ุญูŽุจู’ูˆู‹ุง

Dari Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Seandainya manusia (Muslim)ย mengetahui apa (kebaikan) yang terdapat pada azan dan saf pertama, lalu mereka tidak akan mendapatkannya kecuali dengan cara mengundi, nescaya mereka akan melakukannya. Dan seandainya mereka mengetahui kelebihan takbir pertama pada solat berjemaah, nescaya mereka akan berlomba-lomba untuk mendapatkannya. Dan seandainya mereka mengetahui kelebihan yang terdapat pada solat Isya dan Subuh berjemaah, nescaya mereka akan mendatanginya walaupun harus dengan merangkak.”โœ…
(HR Bukhari No: 580)
Status: Hadis Sahih.๐Ÿ’œ

Pengajaran:โœ…

1. Allah memberi kelebihan kepada orang yang menjadi muazin dan solat berjemaah di sof pertama.โœ…

2. Jika Muslim itu mengetahui kelebihan menjadi muazin dan berada di saf pertama, nescaya mereka akan mengundi dan berebut untuk melaungkan azan serta berada di saf pertama.โœ…

3. Allah juga memberikan kelebihan kepada orang yang sentiasa sempat takbirratulihram bersama imam dalam solat berjemaah.โœ…

4. Muslim yang prihatin kelebihan solat berjemaah pada waktu isya dan subuh akan sentiasa berusaha melakukannya walaupun terpaksa merangkak ke masjid.โœ…

5. Muslim yang menunaikan solat isya dan subuh berjemaah seolah-olah ia telah bersembahyang sepanjang malam.โœ…

Hadis Rasulullah SAW:๐Ÿ’œ

ุนูŽู†ู’ ุนูุซู’ู…ูŽุงู†ูŽ ุจู’ู†ู ุนูŽูู‘ูŽุงู†ูŽ ู‚ูŽุงู„ูŽ ู‚ูŽุงู„ูŽ ุฑูŽุณููˆู„ู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ู…ูŽู†ู’ ุดูŽู‡ูุฏูŽ ุงู„ู’ุนูุดูŽุงุกูŽ ูููŠ ุฌูŽู…ูŽุงุนูŽุฉู ูƒูŽุงู†ูŽ ู„ูŽู‡ู ู‚ููŠูŽุงู…ู ู†ูุตู’ูู ู„ูŽูŠู’ู„ูŽุฉู ูˆูŽู…ูŽู†ู’ ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู’ุนูุดูŽุงุกูŽ ูˆูŽุงู„ู’ููŽุฌู’ุฑูŽ ูููŠ ุฌูŽู…ูŽุงุนูŽุฉู ูƒูŽุงู†ูŽ ู„ูŽู‡ู ูƒูŽู‚ููŠูŽุงู…ู ู„ูŽูŠู’ู„ูŽุฉู

Dari Utsman bin โ€˜Affan ia berkata; Rasulullah SAW bersabda: โ€œBarangsiapa melaksanakan solat isya berjamaah maka ia mendapatkan pahala solat setengah malam, dan barangsiapa melaksanakan solat isyak dan subuh dengan berjamaah maka ia mendapatkan pahala solat sepanjang malam.โ€
(HR Tirmizi No: 205)โœ…

6. Marilah kita merebut keutamaan dan kelebihan dalam beramal:โœ…

a. Sebagai muazinโœ…
b. Solat berjemaah di saf pertamaโœ…
c. Mendapat takbirratulihram bersama imam dalam solat fardhu berjemaahโœ…
d. Dapat solat isya dan subuh berjemaah di masjid.โœ…


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: