Posted by: peribadirasulullah | Julai 16, 2018

Hadis Sahih Berkaitan Kekejian LGBT

 

Image result for maksud lgbt malaysia

Sebarang permasalahan yang menimpa umat manusia perlu dirujuk kepada al-Qur’an dan al-Hadith sebagai panduan yang utama. Ini kerana, hadith sebagai sumber kedua dalam Islam telah mengambil ruang yang sangat besar dalam budaya tamadun umat Islam sejak zaman Nabi s.aw. dan para sahabat sehingga kini, sama ada dalam
bidang aqidah, ibadah, akhlak dan mu‘amalat.6

Bahkan, Imam Ahmad menegaskan bahawa satu-satunya jalan untuk mempelajari fiqh Islam dan syariatnya ialah melalui hadith. Mereka yang berpandangan hanya mencukupi dengan al-Qur’an tanpa hadith, dalam usaha memahami ayat-ayat
al-Qur’an dan mengetahui syariatnya, maka perjalanannya sesat dan tidak akan mencapai maksud yang dikehendakinya.7 Justeru, perbuatan homoseksual (liwat dan al-sihaq) serta transgender atau perbuatan wanita menyerupai lelaki dan lelaki
menyerupai wanita (al-mutasyabbih) turut dibincangkan di dalam al-Hadith

“Katakanlah (Wahai Muhammad):
“Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; Sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani” al-Zumar 39 : 53

 

Permasalahan kecelaruan seksual dan jantina, yang merujuk kepada komuniti Lesbian, Gay,Biseksual, dan Transgender (LGBT) bukan merupakan isu baru. Sebaliknya, Allah SWT telahmenjelaskan tentang permasalahan homoseksual yang berlaku di kalangan umat Nabi Lut  a.s. Perbuatan homoseksual tersebut jelas merupakan perkara yang keji sebagaimana firmanNya pada ayat 80-84, Surah al-A’raf yang bermaksud:

“Dan Nabi Lut (juga Kami utuskan). Ingatlah tatkala dia berkata kepada kaumnya “Patutkah kamu melakukan perbuatan yang keji, yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun daripada penduduk alam ini sebelum kamu?”. “Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu dengan meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum yang melampaui batas”. Dan tiada jawapan oleh kaumnya melainkan mereka berkata “Usirlah mereka (Nabi Lut dan
pengikutnya yang taat) dari bandar kamu ini, sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang (mendakwa) mensucikan diri. Maka Kami selamatkan dia dan ahlinya (keluarganya dan pengikutnya) melainkan isterinya, adalah dia tergolong dalam orang-orang yang dibinasakan. Dan Kami telah menghujani mereka dengan hujan (batu yang membinasakan). Oleh itu, lihatlah bagaimana akibat orang-orang yang melakukan kesalahan”.

Ayat di atas jelas menggambarkan perilaku umat Nabi Lut a.s. yang mengalami masalah
kecelaruan seks apabila memiliki kecenderungan untuk melakukan hubungan intim dengan kaum sejenis iaitu lelaki bersama lelaki dan perempuan bersama perempuan. Orientasi seksual yang dilakukan sesama pasangan sejenis atau homoseksual disebut di dalam hadith dengan istilah liwat (homoseksual) dan al-sihaq (lesbian)8
. Di dalam ayat al-Qur’an tersebut,
Allah menggambarkan azab yang menimpa ke atas kaum Nabi Lut a.s. iaitu kaum Sodom
dan kaum Amoro, suatu daerah di negeri Syam9
.

Sila layari laman dibawah :

Click to access Hadis-hadis_Sahih_Berkaitan_Perlakuan_LGBT.pdf


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: